Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2014

MH17...Al-Fatihah...

Tragedi MH17 tentu sekali mengejutkan semua. Detik 17 Julai 2014 menjadi tarikh penuh kesedihan bagi keluarga dan saudara mangsa MH17. dan hari ini, 22 Ogos 2014, sebahagian keluarga mangsa menerima kepulangan jenazah dengan penuh rasa pilu. Kerajaan mengumumkan bahawa 22 Ogos adalah Hari Berkabung bagi seluruh Malaysia bagi mengenang tragedi MH17, bersempena dengan kepulangan 20 jenazah terlibat. Seluruh stesyen tv dan radio menyiarkan upacara menyambut ketibaan jenazah. Rakyat Malaysia seluruhnya menantikan ketibaan jenazah ini dengan penuh rasa hiba. Masing-masing berkongsi rasa duka dan sedih bersama-sama keluarga mangsa. Memang sedih bila lihat kesuraman dan kepiluan di wajah setiap ahli keluarga mangsa. Lebih pilu lagi bila melihat anak-anak mangsa yang telah kehilangan ibu atau bapa sewaktu mereka masih kecil. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini. Berat mata melihat, beat lagi bahu yang memikul. Sayu kita melihat, pilu lagi mereka yang menanggung. Sedih kita rasa