Langkau ke kandungan utama

Cerita Semalam...

Kali ni saya nak kongsikan aktiviti saya semalam...

Semalam saya terlibat dengan pemantauan pengajaran. Pemantauan ni memang setiap semester akan diadakan. Jika semester lepas saya dipantau oleh Hjh. Fadzilah Ali, Ketua Jabatan JTMK, kali ni saya dipantau oleh Puan Norleza atau Kak Lez, Ketua Program dari Jabatan Perdagangan.

Pemantauan telah diadakan pada kelas FP512 Web Programming 1, iaitu melibatkan pelajar DIP4 S2. Kelas saya ni bermula jam 2 petang dan berlangsung selama sejam. Namun, Kak Lez agak lewat masuk untuk pemantauan saya tu. Sekitar kul 2.30 baru dia masuk. Itu pun lepas saya minta dayah call Jabatan Perdagangan untuk mendapatkan kepastian.

Secara keseluruhan, sesi pemantauan selama 30 minit itu berjalan lancar. Saya bernasib baik kerana mendapat kerjasama baik dari pelajar DIP4 S2. Terima kasih saya ucapkan. Komen yang saya perolehi dari Kak Lez pun agak baik. Agak positif gak komen Kak Lez. Markah pun boleh tahan. Tinggi gak la. Hehehe...

Komen pemantauan

 Siap pemantauan, saya berkemas untuk balik ke rumah, Saya mohon pelepasann awal sebab nak gerak ke Bangi. Saya menumpang umah adik saya sebab saya ada meeting kat Putrajaya. Lebih kurang kul 4.30 saya gerak dari Muadzam bersama-sama mak ayah. Saya sampai di Bangi dalam kul 8.15 malam. Kemudian adik saya bawa kami makan di Satay Kajang. Siap makan,  terus balik umah sebab dah letih sangat.

Satay Kajang

Bahagian saya...hehehe


Memang agak letih la dalam seminggu ni. Banyak benda nak diselesaikan. Harap semuanya dapat disiapkan dengan sempurna...InsyaAllah...

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
same2 encik~ hehe ^_^
Untungla dapat mkn satay kajang..jeles~~huhuh