Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

Awal Ramadhan Yang Sayu...

Ramadhan kali ni tentu sekali takkan pernah saya lupa. Peristiwa di awal Ramadhan terlalu memang sayu untuk saya ingati. Seperti biasa, saya akan cuba untuk balik ke KB bagi menyambut awal Ramadhan bersama keluarga. Jadi, saya balik sehari sebelum puasa, iaitu Rabu, 17 Jun. Saya sampai petang di KB. Masa sampai, saya tengok ma saya terbaring letih. Macam demam. Bila ditanya, ma cakap letih sikit sebab baru siap masak lauk-lauk untuk saya sekeluarga yang baru sampai, sambil-sambil siapkan lauk utu bersahur. Saya ajak ma ke klinik sebab tengok macam demam tapi ma cakap tak perlu. Bila malam tu ma makin melarat. Mula muntah-muntah. Saya dengan abah paksa gak la ma gi klinik. Doktok cakap kencing manis ma naik balik. Sebab tu tak larat. Ma pun mengadu sakit perut sikit. . Tapi klinik tu takde kelengkapan untuk masukkan air pada ma. Doktor suruh ma ke hospital tapi ma taknak. Doktor sekadar cucuk ubat tahan muntah dan ubat darah tinggi. Doktor sertakan surat rujukan untuk ke hospit