Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

Kelantan Juara Piala Sumbangsih 2011...

Kelantan, Juara Sumbangsih 2011

The Red Warriors meneruskan rentak kemenangan apabila memenangi Piala Sumbangsih Sultan Hj Ahmad Shah semalam. Kelantan juga dianggap bermula langkah kanan dalam saingan liga musim ini apabila memperolehi 3 mata penuh setelah menundukkan Selangor 2-0 dia Stadium Shah Alam.

Penalti Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-8, dan sepakan percuma Piya pada separuh masa kedua nyata memadamkan cabaran Selangor dalam mempertahankan piala yang dimenangi mereka tahun lalu.

Walaupun terpaksa berhadapan pelbagai cabaran dan dugaan sebelum bermula perlawanan, namun itu sedikit pun tidak menghadirkan rasa gerun pemain Kelantan sewaktu berdepan pasukan yang dianggap serba lengkap seperti Selangor. Malah, Kelantan berusaha untuk menembusi kawalan pertahanan Selangor. Ternyata Kelantan tetap bersedia walaupun baru hanya dibimbing jurulatih baru, Datuk M. Karathu.

Tahniah kepada para pemain, jurulatih dan pengurusan The Red Warriors. Anda telah membuat rakyat Kelantan bangga.

Sepak Mula Bersejarah...

Dua pemain yang bakal menjadi tumpuan, Khairul Fahmi dan Safee Sali.

Hanya tinggal beberapa jam saja lagi, sepak mula Liga Malaysia 2011 akan berlangsung. Perlawanan utama tentunya pertembungan 2 juara musim 2010 untuk merebut Piala Sumbangsih. Selangor, Gergasi Merah bakal melayan kunjungan Kelantan, Pahlawan merah di Stadium Shah Alam.

Pertembungan ini bakal menarik perhatian jutaan peminat bola sepak tempatan. Selepas insiden yang berlaku musim lepas, tentunya pertembungan kali ni dianggap sebagai 'panas'. Namun, diharapkan tidak ada lagi insiden seumpama itu berlaku.

Kedua-dua pasukan menampilkan beberapa pemain yang beraksi cemerlang sepanjang kejohanan Piala AFF Suzuki bulan lalu. Dengan Selangor bakal dibarisi penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2010, Safee Sali serta pemain lain seperti Shafiq Rahim, Amirulhadi, Amri Yahyah, tentu sekali mereka akan bermain bermati-matian sepanjang perlawanan. Kelantan pula agak goyah sejak beberapa hari sebelum pertandingan. Dengan pelb…

Sofea Jane...

Hari ni saya nak kongsi lirik lagu Sofea Jane nyanyian Black. Saya memang duk layan lagu ni sekarang. Lagu yang sedap didengar, dan lirik pula yang menarik. Rasanya semua dah biasa dengar,kan? Lagu ni pun tersenarai dalam Anugerah Juara Lagu 25 yang lalu.

Apa pun, layan je la...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Black - Sofea Jane
Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memilikiKau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengertiKini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiriChorus
Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nantiKau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengertiKini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiriUlang Chorus 2X

KAFA Pilih M. Karathu...

Akhirnya, Datuk M. Karathu dipilih sebagai Ketua Jurulatih Kelantan yang baru bagi menggantikan B. Sathianathan yang digantung oleh FAM. Perlantikan ini secara tidak langsung menamatkan sebarang spekulasi mengenai perlantikan jurulatih baru Kelantan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia bagi musim 2011.

Walaupun Sathianathan bukan lagi ketua jurulatih, namun peranannya tetap penting kepada skuad The Red Warriors. Beliau dilantik sebagai Penasihat Teknikal & Pembangunan kepada Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa. Malah, Sathianathan dilantik sebagai CEO Akademi The Red Warriors. Selain itu, Sathianathan juga berperanan sebagai penasihat kepada barisan kejurulatihan skuad Kelantan. Ternyata jasa Sathianathan sebelum ini masih dihargai oleh KAFA.

Pagi ni, Karathu akan tiba ke Kota Bharu dan akan diperkenalkan kepada barisan pemain. Walaupun agak singkat, diharapkan Karathu dapat menggunakan masa 2 hari yang ada ini untuk menyusun strategi terbaik bagi menghadap Selangor dalam perlawanan…

The Red Warriors Disentap Lagi...

B. Sathianathan

Semalam, 5 hari sebelum sepak mula perlawanan sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah, Kelantan dikejutkan dengan berita rayuan KAFA terhadap hukuman kepada Ketua Jurulatih, B. Sathianathan dikekalkan oleh FAM. Berita ini ternyata menyentap semangat pemain dan peminat kerana perlawanan penting ini bakal berlangsung kurang dari seminggu.

Ternyata FAM sekali lagi membuat keputusan yang tidak bijak kerana membuat keputusan disaat-saat terakhir, ketika perlawanan hampir berlangsung. Ini bukan kali pertama Kelantan menghadapi masalah seumpama ini sepanjang kebangkitan semula skuad The Red Warriors. FAM seharusnya membuat keputusan lebih awal supaya pihak pengurusan pasukan dapat membuat pilihan bagi menggantikan tempat yang terpaksa dikosongkan selama 6 bulan itu. Ini kerana penolong jurulatih sekarang, Hashim Mustapha belum boleh mengendalikan skuad utama kerana tidak memiliki Lesen A.

Azrai Khor

Kini, KAFA dikatakan sedang cuba untuk berunding dengan bekas jurulatih Harimau Muda &…

Kejuaraan Ketujuh...

Semalam, Datuk Lee Chong Wei melengkapkan kejuaraan ke-7 pada Kejohanan Badminton Super Series Terbuka Malaysia.

Menewaskan Taufik Hidayat dari Indonesia, Chong Wei nyata sekali beraksi baik. Bermain straight set, Chong Wei menang 21-8, 21-17. Kemenangan ini melebarkan rekod pertemuan antara kedua-dua pemain ini dengan Chong Wei menang 11, manakala Taufik menang 6.

Datuk Lee Chong Wei kini hanya kurang 1 kejuaraan lagi bagi menyamai rekod bekas pemain negara, Wong Peng Soon yang berjaya memenangi 8 kejuaraan. Tidak mustahil untuk Chong Wei menyamai rekod tersebut jika dia mampu mengekalkan aksi terbaiknya sepanjang musim.

Minggu ini, Chong Wei bakal beraksi di Super Series Terbuka Korea yang menawarkan jumlah wang tertinggi dalam Super Series. Diharapkan Chong Wei mampu untuk menjuarai Terbuka Korea, walaupun musuh utamanya, Lin Dan dijangka beraksi selepas terpaksa menarik diri pada separuh akhir Terbuka Malaysia beberapa hari lepas kerana kecederaan.

Ayuh Chong Wei...Malaysia boleh...

Alhamdulillah...

Lega rasanya. Akhirnya, surat pengesahan jawatan saya telah diterima. Berkuatkuasa 1 Januari lalu, saya disahkan sebagai penyelia untuk bahagian saya. Tempoh 6 bulan dalam pemerhatian telah tamat pada penghujung tahun lalu. Walaupun kenaikan gaji saya tak banyak sangat, tapi saya tetap bersyukur dengan apa yang saya dapat.

Untuk menambahkan lagi kelegaan saya, bahagian saya kini telah cukup kakitangannya. Sebelum ini, terdapat 2 kekosongan jawatan. susah gak kalau tak cukup kakitangan ni. Letih dan kalut dibuatnya. Mujurlah 2 orang kakitangan baru telah diambil bekerja untuk bahagian saya. Boleh la bahagian saya kembali berfungsi secara maksimum. Maklumlah, sekarang ni kami sibuk dengan promosi sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba awal Februari nanti.

Sekarang, tumpuan saya adalah untuk mengukuhkan bahagian saya dan mengemaskini semula tugasan yang sebelum ini agak kucar kacir semenjak kekurangan kakitangan. Moga-moga lepas ni bebanan tugas saya akan berkurangan. InsyaALLAH.…

Insafi Diri...

Gambar yang saya nak kongsikan hari ni sebenarnya gambar yang dah lama saya dapat. Kawan saya hantar melalui email kepada saya. Disebabkan saya belum letak gambar-gambar ni dalam blog saya ni, jadi hari ni rasanya sesuai la kot kalau saya letak. Sekadar untuk berkongsi dengan anda semua.

Bila tengok gambar ni, apa yang kita rasa...? Bila saya tengok, rasa insaf je diri ni. Mereka tak pernah lupakan kewajipan mereka walaupun dalam suasana yang tidak mengizinkan, Tempat yang sempit dan suasana yang tak sesuai, tapi tanggungjawab tetap dilaksanakan. Harap saya pun dapat membetulkan diri saya untuk jadi lebih baik. InsyaALLAH...





















Rumah Siap, Pahat Berbunyi...

Rumah dah siap, tapi pahat masih lagi berbunyi...

Perumpamaan itu selalu dikaitkan dengan majlis-majlis anugerah, terutamanya untuk Anugerah Juara Lagu. Boleh dikatakan hampir setiap tahun, akan ada cakap-cakap di kalangan orang ramai apabila sesuatu keputusan pada majlis tersebut diumumkan. Ada yang mempertikaikan dan tidak setuju dengan keputusan yang dibuat. Tidak ketinggalan juga untuk AJL 25 yang berlangsung pada Ahad lalu.

Ramai yang mempertikaikan kemenangan Ana Raffali untuk menjadi juara AJL 25. Pelbagai pendapat dan pandangan yang diberikan. Namun, itu semua tidak akan membantu apa-apa kerana juri telah membuat keputusan, dan setiap keputusan juri adalah muktamad.

Saya nak bagi pendapat pun, saya ni bukanlah tau pasal muzik. Apatah lagi nak menghasilkan lagu itu sendiri. Tapi pada pendapat saya, lagu yang memenangi AJL tidak boleh dinilai menerusi populariti lagu itu, atau populariti penyanyi yang menyanyikan lagu itu. Ini kerana AJL adalah pertandingan yang diwujudkan untuk me…

The Red Warriors 2011...

Jumaat lalu, berlangsung acara memperkenalkan pemain Kelantan untuk musim 2011 di perkarangan KB Mall. Saya sempat tengok sekejap je majlis tu sebab saya masih dalam masa bekerja.

Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, Kelantan menerima kehadiran beberapa pemain baru ke dalam skuad The Red Warriors untuk saingan 2011 ini. Pemain-pemain ini adalah seperti Nurul Azwan Roya, K. Soley, Abdul Aziz Ismail, Danial Fadzly, dan anak kepada pemilik kelab Cardiff City, Nicholas Chan. Malah, Kelantan menerima kepulangan bekas pemain Kelantan sebelum ini, iaitu Khalid Jamlus dan Wan Rohaimi. Selainnya, Kelantan masih dibarisi beberapa pemain dari musim lepas dengan lilitan ketua pasukan kini pada lengan Piya, dan ditunjangi dua wira Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat.

Walaupun peminat dikejutkan dengan berita perpindahan mengejut 3 pemain utama Kelantan musim lalu, namun diharapkan pemain yang ada kini mampu mengekalkan momentum kejuaraan yang dimilik Kelantan untuk te…

Tolong Ingatkan Aku....

Ana Raffali Juara AJL 25 menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku.

Pertama kali menyertai AJL, akhirnya Ana Raffali berjaya menjulang Anugerah Juara Lagu Ke-25 dengan lagu Tolong Ingatkan Aku.

Sememangnya edisi kali ini membariskan lagu-lagu yang terbaik. Kesemua lagu yang dipertandingkan memiliki kekuatan tersendiri. Malah, persembahan yang ditampilkan penuh dengan daya kreativi tersendiri. Kumpulan A.P.I. menampilkan suasana peperangan untuk lagu Pelita, Faizal Tahir pula membawa tema kekeluargaan untuk lagu Selamat Malam, Shahir pula dengan gimik kena tampar. Tidak terkecuali dengan gimik Haifz yang ditembak, dan Faizal Tahir dengan lagu Hanyut yang basah dalam 'akuarium '.

Apa pun, tahniah kepada kesemua peserta yang bertanding kerana menampilkan persembahan yang bertenaga. Semoga terus memperjuangkan muzik tempatan.

Berikut adalah senarai pemenang untuk AJL 25.

Juara = Ana Rafali (Tolong Ingatkan Aku)
Naib Juara = Black & Meet Uncle…

Seminggu Di Tahun Baru...

Dah seminggu rupanya kita masuk ke tahun 2011. Ni adalah coretan pertama saya untuk tahun baru ni. Tak sempat nak buat coretan dalam seminggu ni. Sibuk je.

Seminggu pertama ni, banyak gak perkara berlaku sekeliling saya. Ada yang ok, ada yang tak ok. Tapi semua tu menambahkan rencah cerita di awal tahun baru ni.

Nampaknya, tahun ni akan menjadi tahun yang mencabar. Betul tak..?