Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Warna Warni 2010...

Hari ni, 31 Disember 2010, hari terakhir untuk kita bagi tahun 2010. Banyak rasanya ragam-ragam menarik yang boleh kita kongsikan bersama sepanjang tahun 2010 ni. Ada gembira, tidak kurang juga yang sedih dan mengecewakan.

Bagi saya, tahun 2010 bolehlah dianggap sebagai tahun yang agak melegakan untuk saya. Walaupun pada awal tahun, saya agak tertekan kerana terpaksa menganggur selama beberapa bulan. Tapi pertengahan tahun, barulah saya dapat kerja. Sepanjang menganggur, saya rasa macam seluruh hidup saya gelap je. Macam takde masa depan. Bila dah mula kerja, barulah saya kembali bersemangat.

Sepanjang 2010 juga, banyak suka duka yang terpaksa dilalui. Tidak kira mengenai diri saya sndiri, keluarga, ataupun kerjaya. Namun, semuanya diharungi dengan redha.

Apa yang palin melegakan saya adalah azam saya untuk 2010 semuanya sudah tertunai. Alhamdulillah, semuanya telah dimakbulkan ALLAH SWT. Sekarang, saya bolehlah meneruskan impian untuk tahun 2011. Untuk tahun 2011, tak banyak yang saya h…

Berakhir Penantian 14 Tahun...

Pemain dan pegawai Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF buat pertama kali.

Tanggal 29 Disember 2010, tarikh yang bakal diingati oleh seluruh rakyat Malaysia untuk tempoh yang lama. Pada tarikh inilah, Malaysia mencatat sejarah baru dalam persaingan bola sepak peringkat Asia Tenggara. Malaysia akhirnya sah dinobatkan selaku Juara Piala Suzuki AFF 2010.

Perlawanan akhir kedua yang berlangsung Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam nyata memberi debaran buat seluruh rakyat Malaysia. Walaupun selesa mendahului dengan jaringan 3-0 pada perlawanan pertama, itu sebenarnya belum memberi jaminan untuk skuad negara kerana bukan mudah untuk menentang Indonesia di stadium keramat mereka. Dengan sokongan ribuan penyokong Garuda, tentu sekali skuad Malaysia perlukan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Namun, Alhamdulillah, skuad Harimau Malaya yang rata-rata dibarisi pemain muda berjaya dalam ujian kali ini.

Walaupun semalam Malaysia tewas dengan jaringan 1-2 kepada Indonesia, namun itu belum…

Malam Penentu...

Gambar skuad Malaysia yang menjalani latihan di kawasan perkarangan hotel kerana jadual latihan asal terganggu. Manakala gambar bawah adalah gambar segelintir penyokong Indonesia yang berkumpul di kawasan hotel untuk mengejek skuad Malaysia.

Malam ni, segalanya akan terjawab. Apakah Malaysia mampu mempertahankan kelebihan yang dimiliki, atau Indonesia mampu melenyapkan harapan Malaysia untuk bergelar juara Piala AFF 2010.

Diharapkan skuad Harimau Malaya mampu beraksi baik malam ini disebalik pelbagai provokasi yang dicetuskan oleh penyokong skuad Indonesia. Bermula dari awal ketibaan, pelbagai provokasi dicetuskan oleh penyokong dan wakil media Indonesia. Daripada pemain hingga lah Menteri Belia Dan Sukan, semuanya menerima tempiasnya. Mungkin kerana rakyat Indonesia belum mampu terima hakikat kekalahan mereka Ahad lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Apa pun, inilah masanya untuk para pemain Malaysia buktikan bahawa kemenangan di Bukit Jalil bukanlah atas faktor nasib atau faktor sampi…

Malam Yang Hebat...

Penyokong Malaysia yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil

Tandukan Safee Sali menghasilkan gol ke 3 Malaysia

Pemain Malaysia meraikan kemenangan

Rasanya semalam tentu ramai rakyat Malaysia yang menyaksikan perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Saya pun tengok gak kat rumah sorang-sorang. Memang puas hati la dengan keputusan yang diperolehi. Kemenangan 3 - 0 Malaysia ke atas Indonesia semalam merupakan bekalan selesa untuk skuad negara sebelum bertandang untuk 90 minit terakhir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 29 Disember nanti.

Walaupun pada separuh masa pertama perlawanan dilihat seimbang, namun pesta gol skuad negara bermula di separuh masa kedua. Walaupun perlawanan terhenti kira-kira 5 minit akibat gangguan laser ke arah penjaga gol Indonesia, namun itu tidak sesekali menjejaskan fokus anak buah K. Rajagobal untuk memburu gol. Hasilnya, pada minit ke 60, Norshahrul Idlan Talaha bijak memperdaya pertahanan Indonesia un…

Rindu JBPMNT...

Kenangan di JBPMNT 2008.

Semalam, saya sempat buka laman web Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Terengganu (JBPMNT). Laman web baru. Menarik dan ada penambahbaikan berbanding sebelum ni.

Saya tengok galeri gambar, ternampak 2 album yang menarik perhatian saya, iaitu gambar sempena majlis perpisahan Tuan Pauzan dan sambutan hari raya. Saya jadi sayu je bila tengok gambar kakak-kakak & abang-abang kat Bahagian Pengurusan yang saya kenal. Antara yang kelihatan dalam gambar tu adalah Kak Da, Kak Nor, Kak Ros, Kak Zah, Kak Mahani, Kak Zan, Kak Sah, Abang Rashid, dan lain-lain. Turut kelihatan gambar Puan Rohana, Encik Samsul & Tuan Ridzuan. Yela, sedar tak sedar, dah setahun rupanya saya tak jumpa diaorang. Tiba-tiba je saya teringatkan kenangan saya bersama mereka dulu.

Dua tahun lebih saya berada di sana. Banyak kenangan yang masih saya ingat sampai sekarang. Apa yang paling saya tidak boleh lupa ialah jasa baik kakitangan JBPMNT yang sentiasa membantu saya. Saya cukup menghormati …

Semakin Hampir...

Hari ni dah 20 Disember 2010. Maksudnya, hanya tinggal 11 hari lagi untuk kita masuk ke tahun 2011. Wahhhhh....Cepatnya masa berlalu...

Sebelum ni saya ada janji nak bagi tahu azam saya,kan... Ya, saya akan kongsikan azam saya dengan semua... Tapi bukan hari ni... Hahahahaha....

Apa yang saya duk merepek ni...? Hehehe...

Saje je sebenarnya. Nak hilangkan rasa tension sehari dua ni. Tu yang merepek tak tentu pasal tu...

Apa pun, saya akan bagi tahu kemudian ek....

Kelantan Juara Piala Emas Raja-Raja 2010...

Ternyata tahun 2010 menjadi tahun yang bermakna untuk bola sepak Kelantan. Selepas menjuarai Piala Malaysia 2010 pada Oktober lalu, Kelantan sekali lagi bergelar juara. Kali ini Juara Piala Emas Raja-Raja 2010.

Kelantan menjuarai piala ini semalam selepas menewaskan Kedah dengan penentuan sepakan penalti. Keputusan penalti 4-3 membolehkan Kelantan merangkul piala untuk kali ke 13. Shahrizan Ismail menjadi wira apabila menafikan 2 sepakan penalti pemain Kedah.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu nyata memberi kelebihan dan kepuasan kepada penyokong Kelantan kerana dapat menyaksikan pasukan The Red Warriors merangkul piala di gelanggang sendiri.

Diharapkan dengan kejayaan ini mampu mengekalkan momentum perjuangan pasukan The Red Warriors untuk musim 2011 nanti. Kami sebagai penyokong berdiri teguh di belakang pasukan Kelantan....

Gomo Kelate Gomo...

20 Hari Menuju 2011...

Pejam celik...Pejam celik...Rupa-rupanya kita dah hampir sampai ke penghujung tahun 2010. Tinggal 20 hari je lagi untuk kita menjejakkan kaki ke tahun 2011. Bermakna usia kita akan bertambah setahun lagi. Dah makin tua la ek...Hehehe...

Macam mana dengan azam anda semua sepanjang 2010 ni..? Dah tercapai ke..? Ke ada lagi yang belum tertunai...?

Alhamdulillah... Untuk tahun 2010 ni, semua azam besar saya telah pun tercapai. (Klik sini untuk baca azam saya untuk tahun 2010). Sekarang, bolehlah saya fikirkan azam yang lain untuk 2011. Apa yang boleh dijadikan azam baru nanti ek..? Hrmmmmmmm....

Nanti saya fikirkan dulu ye... Bila dah ada, saya akan kongsikan dengan semua ek. InsyaAllah.....

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432H / 2010M...

Esok, khususnya kepada umat Islam di Malaysia, kita akan menyambut kedatangan tahun baru dalam kalendar Islam. 1 Muharam 1432H, bersamaan dengan 7 Disember 2010M.

Sempena menyambut kedatangan Maal Hijrah ini, marilah kita bersama-sama menghayati erti pengorbanan dalam melakukan perubahan. Sesuai dengan seruan untuk kita berhijrah dari sesuatu yang buruk kepada sesuatu yang baik, dan dari sesuatu yang baik kepada sesuatu yang lebih baik.

Dalam dunia yang penuh cabaran dan dugaan ini, apa-apa saja boleh berlaku. Jika kita tidak cuba untuk berubah, tidak mustahil kita akan terus hanyut dengan keseronokan duniawi semata-mata. Betapa ruginya kita jika hanyut dalam keseronokan duniawi semata-mata tanpa memikirkan apakah balasan yang bakal menunggu di akhirat kelak, kerana setiap apa yang dilakukan di dunia, pasti mendapat balasan setimpal di akhirat nanti. Baik amalan dan perbuatan kita di dunia, baiklah ganjarannya di akhirat. Buruk amalan dan perbuatan kita di dunia, maka buruklah balasann…

MIS Workshop 2/2010 @ HQ The Store, PJ...

Hari Isnin baru ni (29 November 2010), saya telah bertolak ke Kuala Lumpur untuk menghadiri bengkel yang dianjurkan oleh ibu pejabat untuk kakitangan MIS yang terlibat seluruh negara. Ada lebih kurang 34 cawangan yang terlibat dalam bengkel yang dianjurkan kali kedua tahun ini selepas sesi pertama pada Jun lepas. Bengkel berlangsung selama 2 hari iaitu 30 November dan 1 Disember, bertempat di pejabat HQ The Store di Petaling Jaya.

Ada 4 cawangan yang telah hadir sehari lebih awal kerana masa perjalanan yang agak lama. Saya antara yang terpaksa datang awal, bersama-sama dengan Saibah (MIS Kemaman), Syafiza (MIS Kuala Terengganu), & Shan (MIS Alor Star). Kami telah bertolak dari negeri masing-masing pada 29 November. Saya menaiki bas pada pukul 9.20 pagi dari Kota Bharu dan tiba di Stesyen Bas Putra pada jam 5.20 petang. Setiba di sana, saya menunggu Saibah & Syafiza kerana kami telah berpakat untuk sama-sama bertolak ke Asia Jaya seperti yang dikehendaki wakil HQ kami. Dalam puk…

14 Lagu Terpilih...

Semalam, terjawab sudah teka-teki mengenai senarai 14 lagu yang bakal berentap di Anugerah Juara Lagu Ke-25 yang dijangka berlangsung pada 9 Januari 2011 nanti. Berikut adalah senarai lagu yang terpilih :


1 ) Faizal Tahir - Hanyut

2 ) Shahir - Kebahagiaan Dalam Perpisahan

3 ) Hafiz - Noktah Cinta

4 ) Meet Uncle Hussain & Black - Drama King

5 ) Adira - Ku Ada Kamu

6 ) Yuna - Cinta Sempurna

7 ) A.P.I. - Pelita

8 ) Tomok - Berlari

9 ) Black - Sofea Jane

10) Hujan - Mencari Konklusi

11) Faizal Tahir - Selamat Malam

12) Bunkface - Extravaganza

13) Stacy - Jahat

14) Anna Raffali - Tolong Ingatkan Aku


Pasti ramai yang dah berkira-kira lagu mana yang mampu untuk merangkul Anugerah Juara Lagu Ke-25. Apa yang pasti, semua lagu ada kelebihan tersendiri. Boleh dikatakan semua lagu tu lagu kegemaran saya. Jadi, lagu mana yang menang pun, saya tak kisah...Hehehe...

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1431 H / 2010 M...

Hari ni, 17 November 2010, bersamaan 10 Zulhijjah 1431 H, seluruh umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidil Adha. Semestinya sambutan kali ni cukup sederhana sambutannya, namun penuh dengan kesyukuran. Apa yang penting, kita menghayati maksud sebenar istilah korban bagi umat-umat Islam. Biarlah kita sama-sama menghayati erti korban yang sebenar-benarnya.

Kepada kawan-kawan, Selamat Hari Raya Aidil Adha saya ucapkan. Janganlah kita lupa pada mereka yang tak mampu meraikan Aidil Adha kali ni. Selamat bergembira...

Selesai...

Semalam saya menghadiri MTest, ujian penilaian untuk KPLI-SR ambilan Januari 2011. Pusat peperiksaan saya kali ni adalah di S.M.K. Kok Lanas.

Bagi saya, ujian kali ni agak mudah kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas. Tapi tak tahu la,kan... Susah nak jangka benda-benda macam ni. Kalau senang pun belum tentu lagi dapat. Lagi pun pengambilan sedikit je kalau nak dibandingkan dengan jumlah yang memohon. Pastii ramai gak yang kecewa lagi. Saya pun tak tahu la dapat ke tak kali ni.

Apa pun, yang penting kita tetap mencuba. Dapat atau tak, tu bergantung pada rezeki kita. Kalau dapat, rezeki kita la tu. Kalau tak, cuba lagi la nanti.

Kalau ada kawan-kawan yang dapat nanti, tahniah la saya ucapkan

Sekitar Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010...

Hari ni saya nak kongsi cerita, gambar-gambar dan video sekitar perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 pada Sabtu lepas.

Seperti yang saya maklumkan sebelum ni, saya bertolak dari Kota Bharu pada hari Jumaat. Sekitar jam 7.30 malam, saya bertolak untuk ke Terengganu. Sampai di tempat adik saya sekitar jam 10.30 malam. Lepas makan dan rehat kejap, kami bertolak sekitar jam 11.15 malam. Kami berhenti untuk rehat dan tidur di R&R Temerloh pada jam 3.30 pagi. Jam 9 pagi, kami mulakan perjalanan ke Stadium Nasinal Bukit Jalil.

Kami sampai di Bukit Jalil sekitar jam 11.45 pagi. Tapi kami tak dapat masuk kawasan stadium sebab ada jalan yang ditutup. Adik saya pun tak tahu pasal penutupan jalan tu. Jadi, terpaksa la pusing dulu 2,3 kali, baru boleh masuk kawasan stadium. Lepas letak kereta, kami pun pusing-pusing sekitar stadium. Kebetulan kawan sekerja saya, Hamidi dah sampai awal pagi tadi. Kami pusing-pusing je dulu, sambil-sambil beli peralatan The Red Warriors.

Baru Sampai di Stadium Nasi…

Piala Malaysia @ KB Mall...

Piala Malaysia

Dengan Piala Malaysia

Bergambar dengan Indra, Farhan & Piya

Dengan Farhan

Semalam, sekitar jam 2.30 petang, rombongan pasukan The Red Warriors dan Piala Malaysia tiba di KB Mall untuk acara bertemu peminat. Acara ini khas diadakan untuk meraikan kejayaan pasukan Kelantan memenangi Piala Malaysia 2010 pada Sabtu lalu.

Saya sempat bergambar kenangan dengan Piala Malaysia dan beberapa pemain. Memang tak nak lepaskan peluang untuk mengabadikan kenangan sebegini. Yelah, kali pertama Piala Malaysia jejak ke bumi Kelantan. Mesti lah bersejarah. Lagi pun, tak lengkap rasanya keseronokan menonton perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil kalau tak dapat tgk piala dengan dekat. Semalam, hajat tu tercapai gak...

Kelantan Juara Piala Malaysia 2010...

Akhirnya, sejarah baru tercipta apabila Kelantan akhirnya bergelar Juara Piala Malaysia 2010.

Setelah penantian berpuluh tahun, akhirnya Piala Malaysia berjaya dibawa ke Kota Bharu. Berkat perancangan pegawai, kesungguhan pemain dan sorakan puluhan ribu penyokong The Red Warriors, impian yang selama ini dianggap mustahil oleh sesetengah pihak berjaya direalisasikan. Malah, lebih manis, kemenangan ini dihadiahkan untuk Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V yang baru ditabalkan. ternyata ini adalah hadiah paling bermakna untuk Tuanku dari rakyat Kelantan

Pada mulanya, memang para penyokong agak tertekan pada separuh masa pertama bila Negeri Sembilan mendahului menerusi sepakan penalti. Ditambah pula Negeri Sembilan bermain agak negetif selepas mendahului. Namun, Kelantan bangkit pada babak kedua dan berjaya menjaringkan 2 gol menerusi Hairudin Omar dan Piya. Sekaligus, menoktahkan perjuangan Kelantan dengan kemenangan yang cukup bergaya.

Apa pun, tahniah kepada Negeri …

Menghitung Detik Sepak Mula...

Malam esok, perlawanan yang dinantikan bakal berlangsung. Pertembungan Kelantan dan Negeri Sembilan pasti dinanti. Pasti semua pihak, terutamanya pemain, pengurusan dan penyokong kedua-dua pasukan berdebar menantikan detik sepak mula yang dijadualkan jam 8.45 malam.

Apa pun percaturannya, kami para penyokong mengharapkan aksi terbaik dari kedua-dua pasukan. Malah, sebagai anak Kelantan, doa dan sokongan kami teguh di belakang skuad The Red Warriors. Semoga tahun ini bakal menamatkan badi 40 tahun dan sekaligus mencipta sejarah baru dalam bola sepak Kelantan. Mungkin juga ianya akan menjadi hadiah terbaik bagi meraikan Sultan Muhammad Ke-V, Sultan Kelantan yang baru ditabalkan sebulan yang lalu.

Saya akan bertolak malam ini. Doakanlah saya selamat dalam perjalanan pergi dan pulang nanti. InsyaALLAH....

Suntikan Semangat, Sathianathan Bebas Sementara...

Ketua Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan

Akhirnya, FAM menangguhkan hukuman gantung kepada Ketua Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan serta merta dan sekaligus membolehkan B. Sathianathan berada bersama pemain di tepi padang pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti.

Keputusan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Rayuan FAM telah diumumkan oleh Setiausaha Agung FAM semalam. Keputusan ini bukan sahaja melegakan pihak pengurusan dan pemain, malah disambutkan dengan sorakan gembira dari seluruh penyokong pasukan Kelantan. Ini membolehkan pasukan Kelantan beraksi dengan lebih bersemangat Sabtu nanti bagi memcipta sejarah membawa pulang Piala Malaysia 2010 ke bumi Kelantan.

Tahniah juga diucapkan kepada pelbagai pihak yang bersama-sama dalam memastikan FAM menimbangkan semula keputusan mereka ini. Antara yang lantang bersuara adalah Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan. Ternyata usaha mereka berhasil kali ini.

Jadi, apa lagi perlu dibimbangkan..? Marilah kita sama-sama memeriahka…

Ulangan 2009...

Suasana perlawanan Kelantan menentang Kedah

Akhirnya, Kelantan dan Negeri Sembilan bakal berentap sekali lagi di pentas akhir Piala Malaysia seperti mana tahun lalu.

Kelantan mengatasi Kedah dalam saingan separuh akhir semalam dengan keputusan 1-0. Saya sendiri menonton perlawanan di stadium. Memang penuh sesak stadium sampaikan saya kena berdiri sepanjang perlawanan. Tapi berbaloi la kerana Kelantan mara ke perlawanan akhir untuk tahun kedua berturut-turut. Malah, Kelantan berpeluang membalas dendam atas kekalahan tahun lalu di tangan lawan yang sama, Negeri Sembilan.

Sepanjang 90 minit perlawanan semalam, memang berdebar juga la. Lebih-lebih lagi apabila beberapa cubaan Kelantan dapat dipatahkan oleh pertahanan Kedah. Namun, sepakan sudut cantik oleh Norshahrul Idlan Talaha berjaya membawa Kelantan ke perlawanan paling penting.

Namun, sebagai penyokong Kelantan, saya cukup tidak berpuas hati dengan keputusan FAM untuk menggantung jurulatih B. Sathianathan selama 6 bulan. Malah, pergant…

Siapa Layak...?

Kelantan
(Ihsan Kelate.Net)

Pasukan manakah yang akan melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2010. Mampukah Negeri Sembilan mengejar perbezaan 1 gol yang dimiliki Johor FC untuk cuba mempertahankan mahkota yang dimenangi tahun lepas...? Dan mampukah Kedah menyingkirkan Kelantan seperti dilakukan dalam saingan Piala FA yang lalu...?

Sebagai penyokong Kelantan, saya yakin bahawa Kelantan bakal mara ke perlawanan akhir dan berentap untuk merebut Piala Malaysia 2010. Berbekalkan semangat pemain yang tinggi dan sokongan puluhan ribu penyokong yang bakal membanjiri stadium keramat Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, tidak mustahil Kedah bakal menjadi mangsa sepertimana tumbangnya Selangor.

Siapa pun yang menanti di akhir tidak perlu dirisaukan. Kelantan akan tetap berjuang bermati-matian demi mencapai impian menjulang Piala Malaysia 2010. Negeri Sembilan atau Johor FC, bukan menjadi persoalan.

Diharapkan para pemain Kelantan yang bakal beraksi malam esok mampu memberi persembahan terbaik. Biar …

Merepek...

Arrrrggggghhhhhhh!!!!!
Tensionnya.......










Rasa nak marah je....!!!
Huh!!!!










Macam mana nak hilangkan tension & marah ni ek...?

l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
v

Tido je la kot.....







Harap-harap lepas tido, boleh la hilangkan tension
dan relaks sikit....






Hala Tuju...

Sama je dengan cerita saya sebelum ni. Saya memang sibuk sekarang. Sampaikan saya sendiri dah pening. Banyak sangat keje dan masalah yang nak diselesaikan. Sampaikan tak ada masa nak kemaskini blog saya ni.

Dalam tempoh saya 'hilang dalam kesibukan' ni, banyak benda berlaku di sekeliling kita. Nak kongsi balik pun, rasanya semua dah tau, kan... Cuma saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan ngeri pada 10 Oktober 2010 lalu. Salam takziah juga kepada keluarga penyokong bola sepak Kelantan yang meninggal semalam selepas tamat perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam.

Hala tuju...? Ke mana hala tuju saya untuk masa depan saya...?

Persoalan ni saya ajukan kepada diri saya sendiri. Bukan apa, umur dah meningkat. Tapi hala tuju masih samar lagi. Takkan nak macam ni je sampai tua..? Keje pun teruk je rasanya. Nak kumpul duit pulak. Nak cari calon pulak...(sempat lagi pikir nak kahwin...Hehehe...)...

Sek…

Kesibukan Yang Melanda...

Wah...Lamanya tak kemaskini blog saya ni. Sibuk sampai tak sempat. Kesian blog saya,kan..Hehehe...

Sebenarnya dalam tempoh 2 minggu ni saya memang sibuk sangat. Banyak benda nak kena buat sebab tempat keje saya ada buat kiraan stok tahunan. Jadi, banyak benda nak disiapkan sebelum hari kiraan stok tu. Hari Khamis baru ni selesai la sesi kiraan stok. Jadi, tahap kesibukan saya dah berkurang la sikit. Cuma ada lagi keje sikit-sikit yang nak kena selesaikan.

Sepanjang tempoh 2 minggu ni, memang saya penat sangat. Dah la kerja dari pagi sampai malam. Cuti pun tak dapat sebab banyak sangat keje. Bila dah selesai kiraan stok, baru la hari ni saya dapat cuti. Memang nak rehat cukup-cukup hari ni sebab ni saya akan kembali sibuk. Sibuk nak kemaskan pejabat saya sebab ada berita sampai pada saya yang ada kakitangan dari ibu pejabat nak buat lawatan mengejut. Gelabah gak la saya dengar berita ni.

Apa pun, saya kena hargai hari rehat saya ni. Memang saya nak duk kat umah je ari ni. Kalau nak keluar…

Sultan Muhammad Ke-V...

Tuanku Muhammad Faris Petra
Sultan Muhammad Ke-V

Sebagai rakyat negeri Kelantan, saya cukup gembira dengan pertabalan Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan bagi menggantikan ayahandanya. Baginda ditabal sebagai Sultan Kelantan pada Isnin minggu lepas. Hari ni, baginda berkenan menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ke-V.

Tuanku Muhammad Faris Petra memang dikenali dengan sifatnya yang berjiwa rakyat. Baginda sering melawat kawasan-kawasan perkampungan bagi mendekati rakyat jelata. Malah, sifat sederhana baginda jelas dengan gayanya yang ringkas, serta gemar berjubah dan berbaju melayu.

Sebagai rakyat, saya mendoakan kesejahteraan Tuanku Muhaammad Faris Petra. Sesungguhnya Tuanku Muhammad Faris Petra merupakan sultan yang dekat di hati rakyat jelata. Daulat Tuanku...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(Petikan dari laporan berita BERNAMA)

Tuanku Faris Petra, Raja yang dekat di hati rakyat - BernamaSultan Kelantan yang baru d…

Sederhana...

Dah seminggu lebih kita raya. Baru hari ni saya dapat kongsi cerita dengan semua...Hehehe...

Sebenarnya tak ada cerita menarik pun yang nak dikongsikan. Sebab raya saya kali ni memang tak macam tahun-tahun sebelumnya. Yela, raya kedua dah kerja. Memang la tak seronok. Raya pertama pun saya tak ke mana-mana. Seperti biasa la, saya jarang keluar pada raya pertma.a Saya biasanya duduk di rumah je tunggu tetamu. Biasaanya saya keluar raya kedua dan ketiga. Kali ni, raya kedua dah kerja. Raya kedua, dari pagi sampai malam saya di pejabat. Kerja penuh. Memang bosan gak la. Tapi nak buat camne,kan. Dah kerja. Terpaksa la...
Raya di pejabat

Boringnye...

Raya ketiga dengan keempat pula, saya sambung cuti. Tapi member-member semua dah sibuk. Susah nak jumpa. Cuma sempat gak la keluar minum dengan kawan-kawan rapat masa sekolah. Lepak-lepak, pusing-pusing, pastu main boling. Hehehe...Ok la dari duk kat umah je,kan...


Jalan-jalan dengan kawan-kawan

Lepas tu, saya dah sambung kerja balik pada hari Selas…

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2010 M / 1431 H...

Esok hari raya...Esok hari raya...Hehehe...

Dikesempatan ni, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2010 M / 1431 H kepada semua sahabat yang mengikuti perkembangan saya di sini. Terima kasih banyak-banyak. Saya juga nak ambil kesempatan ni untuk memohon jutaan ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki jika ada salah dan silap dalam menyampaikan dan berkongsi cerita dengan semua.

Semoga Aidilfitri kali ni membawa sejuta keindahan buat kita semua. INSYAALLAH...

Jangan lupa, datang beraya di rumah saya nanti ye. Tapi ingat, raya kedua jangan datang sebab saya kerja...Hehehe...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf zahir batin...

Dah Nak Raya...

Hari ni dah 5 September 2010, bersamaan dengan 26 Ramadhan 1431 H. Bermakna ni hari ke 26 kita berpuasa. Memang cepat masa berlalu, kan.......

Kiranya raya dah semakin dekat. 5 hari je lagi nak raya. Tapi saya memang tak sempat. Sepatutnya esok saya cuti, tapi minggu ni semua kakitangan tak boleh cuti rehat. Tak boleh la nak keluar beli barang petang esok. Kalau nak beli barang pun, kena beli malam je la.

Apa pun, pada kawan-kawan, saya nak ingatkan sekali lagi ek. Raya kedua saya kerja. Jadi, datang la raya pertama atau ketiga. Hehehe...

Salam Kemerdekaan Ke 53...

"....tanggal 31...bulan lapan..lima puluh tujuh...
...merdeka..merdeka...tetaplah merdeka...
...biar pasti menjadi sejarah..."


Dengan tema '1 Malaysia Menjana Transformasi', kita menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 53 hari ini. Dengan sambutan yang sederhana sepanjang bulan Ramadhan, rasanya sesuai sekali untuk kita kembali bermuhasabah diri dalam memikirkan arah tuju negara kita selepas 53 tahun merdeka. Janganlah kita hanya merdeka dari luaran sahaja, tetapi hakikatnya minda dan tingkah laku kita seumpama masyarakat yang masih terjajah. Biarlah kita merdeka dalam erti kata yang sebenar.

Merdeka...!

Pengalaman Di Tahun Ke 26...

Sedih...Penat...Tu je mampu saya cakap...

Rasanya ni la kali pertama dalam hidup saya yang saya bekerja dari pagi sampai malam pada hari ulang tahun kelahiran saya. Kalau kerja biasa-biasa takpe lah. Tapi ni kerja dengan kesibukan tahap tertinggi. Memang nak rehat pun tak sempat. Dalam bulan puasa ni, memang letih kalau asyik kehulu kehilir je buat kerja. Kena angkat barang berat pulak tu...Huhuhu...

Yang sedihnya pulak, tak sempat pun nak pikir yang semalam hari jadi saya. Duk pikir pasal kerja je. Sedar-sedar, dah malam. Tak sempat pun nak guna panggilan percuma Maxis sempena hari jadi saya. Rugi je,kan...

Tak pela...Yang penting, saya sedar yang saya dah tua setahun lagi...Huhuhu...Terima kasih pada kawan-kawan yang memberikan ucapan selamat untuk saya. Terima kasih juga sebab masih ingat hari ulangtahun kelahiran saya. Pada yang buat ucapan di Facebook, terima kasih juga. Maaf sebab tak sempat nak balas ucapan anda semua sebab saya belum berkesempatan untuk ke CC. Nanti saya balas uc…

Salam Nuzul Al-Quran..

Esok dah 17 Ramadhan. Bermakna esok kita akan menyambut salah satu hari yang bersejarah dalam sejarah umat Islam iaitu Nuzul Al-Quran.

Hari untuk semua umat Islam memperingati detik penting dalam sejarah Islam, iaitu peristiwa turunnya ayat Al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W. di Gua Hira'. Ketika itu, Rasulullah S.A.W. sedang beribadat di Gua Hira' seorang diri. Malaikat Jibril telah menyampaikan ayat pertama itu kepada Rasulullah S.A.W.

Dari segi nilai sejarahnya, tentu sekali Nuzul Al-Quran dianggap sebagai penting kerana ianya merupakan detik pertama ayat suci Al-Quran turun untuk menjadi panduan umat Islam. Malah, Al-Quran juga mukjizat bagi Nabi Muhammad S.A.W.

Secara peribadi, saya cukup bertuah kerana esok juga adalah hari ulangtahun kelahiran saya. Jarang sekali ulangtahun kelahiran saya jatuh pada hari istimewa macam ni. Memang rasa seronok, bangga dan insaf. Semoga segala yang saya lakukan akan diberkati... INSYAALLAH...

Raya Kedua Di Mana...?

Kejap je masa berlalu. Rasa macam baru je lagi kita berpuasa. Tapi rupa-rupanya dah sampai di pertengahan. Hari ni adalah hari ke 15 kita berpuasa.

Apa yang saya nak kongsikan hari ni adalah mengenai jadual bertugas pada raya nanti. Saya kena bekerja pada raya kedua nanti. Sedih pulak rasanya. Saya tak pernah bekerja pun pada raya kedua. Ni la kali pertama. Syahdu gak rasanya...Huhu..

Tapi takpelah. Pengalaman kerja la katakan. Lagi pun, saya dapat la cuti pada raya ketiga dan keempat nanti. Jadi, pada kawan-kawan yang nak datang beraya, jangan datang raya kedua. Saya tak ada kat rumah ye....

Seminggu Berpuasa...

Dah seminggu rupanya kita berpuasa. Hari ni dah masuk hari ke-8. Cepat je rasanya. Rasa macam baru je lagi kita mula berpuasa.

Sepanjang seminggu ni, saya tak ada masalah dalam berpuasa. Yela, bukan kali pertama berpuasa,kan. Dari kecil lagi saya suka berpuasa. Setiap kali masuk bulan Ramadhan, saya memang seronok. Memang saya akan berpuasa penuh. Kali ni pun, INSYAALLAH, kalau tak ada sakit atau masalah, saya akan berpuasa penuh. Baru la rasa nikmat bila beraya nanti....Hehehe...

Pasal kerja, memang tak ada masalah sangat. Cuma sibuk je bila ada promosi. Suasana berpuasa di tempat kerja pun ok je. Tak ada beza sangat la. Yang penting, semuanya berjalan dengan lancar.

Tak sabar nak raya nanti...Hehehe...

Selamat Datang Ramadhan...

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

(Nyanyian Raihan & Man Bai)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Esok kita dah nak masuk bulan Ramadhan. Bermulalah ibadah puasa kita selama sebulan. Sekali lagi kita akan menguji keimanan kita dalam melaksanakan ibadah ketiga dalam Rukun Islam.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua sahabat. Semoga Ramadhan kali in…

Ya ALLAH, Permudahkanlah Ramadhan Kami...

Tentu ada hikmah di atas apa yang berlaku, kerana ianya telah ditentukan dan berlaku atas kehendak NYA...

Rasanya sambutan awal Ramadhan kali ni paling menginsafkan kami. Dengan dugaan yang mendatang, nyata sekali ianya menguji kesabaran kami. Sejak beberapa minggu lalu, keluarga saya masih tidak dapat berniaga kerana kesihatan mak saya yang tidak mengizinkan. Sekarang pun mak saya masih lagi lemah dan tidak mampu untuk membuat kerja-kerja berat. Malah, dia hanya mampu berehat dan membiarkan ayah saya menyelesaikan tugasan di rumah. Makan minum kami pula bergantung kepada wang yang dikirim oleh adik saya dan gaji abang saya. Saya pula masih belum mendapat gaji pertama saya sepanjang bekerja di sini kerana masalah teknikal. Jadi, segalanya serba kekurangan bagi kami.

Pagi tadi, sekali lagi kami dikejutkan dengan berita yang agak menyedihkan. Ketika ini adik saya berada di Melaka kerana dia mengambil ruang niaga sempena majlis konvokesyen universiti di Melaka. Dalam keadaan hujan yang leb…

Seminggu Lagi...

Hari ni dah masuk 5 Ogos. Ini bermakna kita ada lebih kurang seminggu lagi untuk menyambut kehadiran bulan paling mendapat keberkatan, Ramadhan. Minggu depan, kita sudah mula berpuasa.

Kalau tahun lepas, saya berpuasa di Terengganu lagi, tahun ni saya sudah berpuasa di Kota Bharu. Dulu bekerja mengikut waktu pejabat, tahun ni bekerja ikut jadual kerja ditetapkan. Jadi, kali ni merupakan pengalaman baru bagi saya. Masa lepas SPM dulu saya pernah kerja pada bulan puasa, Jadi, kali ni saya kan sekali lagi merasainya, cuma suasannya berbeza.

Apa pun, saya sebenarnya nak bagi tau. Selain teruja untuk kembali berpuasa, saya juga tak sabar nak raya. Hehehe...

Sudah Pulang...

Petang semalam, mak saya sudah keluar dari wad. Lepas 9 hari 'menetap' dalam Wad Mahsuri, Hospital Raja Perempuan Zainab 2, akhirnya mak saya balik ke rumah.

Keadaannya sekarang dah ok sikit berbanding sebelum ni. Cuma masih lemah lagi. Perlukan masa untuk pulih dan kembali bertenaga. Sementara tu, ayah saya masih tak dapat berniaga lagi. Terpaksa tunggu sampai mak saya sihat sepenuhnya dan mampu untuk ikut berniaga. Dah la nak masuk bulan Ramadhan, mak saya pula sakit. Entah macam mana la persiapan kami untuk Ramadhan nanti....

Semoga Cepat Sembuh...

Kalau ALLAH nak menduga hamba NYA, bila-bila masa DIA boleh duga...

Kalau nak dikira, saya ni masih dalam proses 'pemulihan' akibat masalah pada kaki saya ni. Nak jalan susah, nak buat kerja pun susah. Sekarang ni, mak saya pula yang sakit. Lebih teruk, sekarang mak saya ditahan di dalam wad di hospital.

Kalau nak diikutkan, dan lebih seminggu mak saya demam. Sakit-sakit badan lagi. Pada mulanya ingatkan demam biasa, tapi bila dah melarat sampai seminggu lebih, ditambah pula dengan cirit-birit, ayah saya bawa la gi klinik. Bila periksa, mak saya disahkan menghidap kencing manis. Disebabkan ada masalah lain, doktor mahu mak saya dirawat di hospital. Rabu lepas, ayah saya bawa mak saya ke hospital.

Doktor sahkan masalah mak saya adalah kerana kencing manis dan tekanan darah rendah. Mak saya nak makan pun tak lalu, pastu cirit-birit plak. Dan berbotol-botol air dimasukkan ke dalam badan mak saya. Memang kesian dengan mak saya sebab dia tak pernah kena macam ni.

Saya hanya sempat ke h…

Berdarah Lagi...

Pagi tadi, saya ke klinik untuk buka balutan dan cuci luka pada kaki saya. Masalahnya, luka saya berdarah lagi. Walaupun dah 3 hari, darah masih belum berhenti. Jururawat tu pun pelik. Dia syak mungkin ada terkena saluran darah. Tapi dia tak buat apa-apa lagi. Dia cuma balut balik jari saya. Sepatutnya dah tak perlu balut, tapi bila tengok darah mengalir lagi, terpaksa la balut semula.

Jadi, saya terpaksa la datang sekali lagi ke klinik Sabtu ni. Takpelah, Sabtu ni memang hari cuti saya. Tak ada masalah la. Cuma kalau Sabtu ni darah tak berhenti lagi, mungkin luka saya tu terpaksa dijahit. Makin lama la kaki saya kena balut...Huhuhu...

Hampir Pulih...

Sebelum ni, saya dah beberapa kali kongsi masalah kaki saya ni. Dan sekarang, semuanya bakal berakhir.

Ahad lepas, saya dah pergi ke Klinik Kesihatan Bandar. Lepas doktor tengok, dia suruh saya gi periksa dulu sama ada saya ni ada diabetis atau tak. Bila dah buat ujian, sah saya tak ada diabetis. Jadi, doktor suruh saya terus gi ke tepat untuk buang kuku saya.

Saya ingatkan doktor tu nak suruh di buat temujanji dengan pakar dulu. Tapi rupanya dia cakap boleh buang terus. Jadi, kuku dan isi yang kat tepi tu dah dibuang. Sekarang ni, duk berbalut lagi la jari kaki saya ni.

Esok saya kena gi cuci jari saya ni. Saya tahu, mesti sakit sebab nak buka balutan yang penuh dengan darah ni. Saya dah pernah kena macam ni. Memang sakit sangat. Sampaikan nak menjerit je rasanya...Huhuhu...

Tak pe lah. Sekurang-kurangnya masalah ni dah nak selesai. Lepas ni, saya tak akan ada masalah bila pakai kasut.