Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2008

Balik Kampung....

Kejap lagi saya akan naik bas... Tiket jam 12.30 tengahari. Sekarang kat pejabat lagi ni. Tapi dapat kebenaran balik awal. Dalam jam 11.00 pagi, saya akan balik ke rumah untuk bersiap.

Mujur gak dapat balik awal. Boleh sampai awal kat KB. Kalau rajin, boleh keluar jalan-jalan jap petang ni.....Hehehehe....

Apa pun, doakan supaya saya selamat dalam temuduga Sabtu ni....

Temuduga lagi...

Alahai...boring betul duk pejabat bila tak leh guna internet. Jadi tak tentu hala pulak jadinye. Dah gian nak main internet kot. Hehe....

2,3 hari lepas, saya ada cakap pasal kerja. Tapi tak sangka pulak dapat panggilan untuk temuduga. 2 Ogos ni kat Farmasi Ehsan, Pasir Puteh. Tak tahu kat mana tempatnya. Cuba je la gi sana. Mana tau ada rezeki kat sana. Tapi kena sedia lebih sikit la. Tak nak dah jadi macam temuduga kat Cosmopoint baru-baru ni.

Apa pun, doakan la yang terbaik untuk saya ek...Hehehe

Rahsia Warna Kegemaran Secara Umum...

Saje nak post benda ni hari ni. Best gak baca benda-benda ni. Tp sekadar suka-suka je. Jangan percaya sangat... So, enjoy la ek...

(Dipetik dari 1001 Rahsia Diri)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

RAHSIA WARNA KEGEMARAN SECARA UMUM

Semua orang mempunyai salah satu jenis warna yang sangat disukai dari sekian banyak warna atau warna kegemaran. Tahukah kamu warna kegemaran dapat memperlihatkan watak kamu secara umumnya?

Warna Biru
Jika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana kamu cenderung menyembunyikan perasaan.

Hijau
Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong seseorang yang sangat romantik,
menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapa…

Sibuknya...

Rasanya saya makin kurang 'merapu' dalam blog ni...Bukannya dah bosan tapi tak sempat nak post. Banyak kerja nak buat kat pejabat. Biasa la, bila ada urusan permohonan pemangkuan jawatan baru, mesti sibuk sikit. Nak sedia maklumat untuk anggota-anggota bomba ni.

Tapi dalam kesibukan kerja kat pejabat ni, saya sebenarnya masih lagi duk cari kerja-kerja lain. Bukan apa, persediaan awal sebelum tempoh kerja saya di sini tamat. Rasanya dah tak lama kot. Tempoh kerja saya samapi hujung Oktober ni je. Lepas tu, kena la cari kerja lain.

Apa pun, saya harap sangat dapat kerja sebelum tempoh kerja sekarang tamat.

Sakit Kepala...

Dah 3,4 minggu saya tidur lambat. Tak tahu nape saya tak boleh tidur awal. Walaupun dah baring, tapi mata tak boleh lelap gak. Dah la pagi kena bangun awal sebab kerja. Sampai pejabat, banyak kerja pulak. Tak sempat nak rehat.

Bukan nak merungut pasal kerja sebenarnya. Saya cuma risaukan keadaan kesihatan saya sendiri. Risau kot-kot tekanan darah saya naik lagi. Maklumlah, macam ni la kalau ada penyakit darah tinggi. Ni pun macam dah ada tanda-tanda yang biasa saya alami. Kepala saya asyik sakit je. Makan pun jadi tak menentu. Tekak jadi tak selesa. Kalau berlarutan, alamatnya 'terseksa' lagi la pasni... Huhuhu...

Harap-harap la jangan teruk sangat kena kali ni. Nanti tak boleh nak kerja pulak. Lepas tu mesti banyak masalah lain timbul. Kalau boleh, tak payah la datang penyakit saya ni lagi....

p/s : Muda-muda dah macam ni. Bila tua nanti tak tau la macam mana. Tapi, sempat ke tua...? Huhu....

Seloka Ustaz Akhill Hayy...

Hari saya nak post mengenai kehidupan masyarakat sekarang, terutamanya para remaja. Tapi seloka yang saya post hari ni bukan saya yang reka, tapi hasil nukilan Ustaz Akhill Hayy, seorang pendakwah dan penyanyi nasyid. Saya rasa ramai dah kenal siapa Ustaz Akhill Hayy ni. Jadi, harapan saya, semoga kita dapat hayati apa yang diperkatakan dan mengambil iktibar agar tidak berulang pada diri kita......

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi…

Cuti 3 Hari...

Jumaat, Sabtu merupakan cuti minggu bagi negeri Terengganu. Tapi semalam, rakyat Terengganu cuti sehari lagi sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu. Jadi, saya pun cuti lagi la semalam...Hehehe....

Tapi saya tak balik kampung, tak sempat nak beli tiket. Takpe la, lagi pun ada member dari Pahang datang sini. Jadi, boleh la jumpa dia. Member sewaktu di Kolej TNB dulu. Saya kalau dah jumpa dia, memang asyik nak gelak je...Hehe...Meriah rasanya... Tapi jumpa pun kejap je la...Ajak gi makan je....

Hari ni, barulah masuk balik pejabat...Bermakna, sambung balik kerja yang berlambak tu....huhuhu

p/s: Tak puas rasanya cuti...hehe

Akhirnya...

Setelah terlewat dari tempoh sebenar, akhirnya gaji dah masuk hari ni...Lega sikit rasanya. Takde la nak kena telan mee segera lagi. Sambil tu, boleh la bayar apa yang patut. Nanti tertunggak pulak.

Cuma, saya betul-betul berharap masalah macam ni tak akan berlaku lagi. Bekerjalah dengan penuh komited dan profesional. Tingkatkan prestasi demi kebaikan semua.

p/s: Harap-harap dah tak 'mengamuk' lepas ni...hehe

Wargh.....!!!!!!

Tensionnye...!!!!!!!!!!!!!!!

Hari ni dah masuk 14 Julai... Bleh dikatakan tengah bulan dah...Tapi gaji bulan lepas tak dapat lagi!!!!!!!

Macam mana bleh silap buat...? Benda ni kan dah dibuat tiap-tiap bulan...Ish, tak paham betul la diaorang ni...Buat keje pakai apa...? Pakai lutut ke? Huh....

Hari ni memang saya marah... Dah la duit dah takde, gaji tak dapat lagi... 'Bos' yang urus pasal gaji plak cuti... Abis tu, bila bleh dapat gaji?!!! Takkan bulan depan kot.... Diaorang tak pe la, gaji tiap-tiap bulan masuk ikut waktu... Abis orang-orang yang kerja sambilan ni, nak makan batu dengan rumput? Dah la saya keje macam 'buruh kasar'... Takkan tak pikir kebajikan orang lain...Jangan nak ikut ego sendiri je....!!!!

p/s: Maaf sebab 'mengamuk' dalam ni...bukan nak marah sape-sape...Tapi nak marah 'diri sendiri sebab kerja dengan orang yang tak pikir kebajikan orang lain'. Pikir la sendiri....

Cepatnya Masa Berlalu...

Sedar tak sedar, kita dah masuk hari ke-5 di bulan Rejab mengikut kalendar Islam. Begitu cepat masa berlalu sehinggakan kita sendiri tidak sedar peredaran waktu sekarang. Ini juga bermakna kita ada lebih kurang sebulan lebih sahaja lagi untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak, bulan yang penuh keberkatan. Kemudiannya kita akan menyambut pula Syawal. Mengikut perkiraan awal, kita mungkin menyambut 1 Ramadhan pada 1 September nanti.

Namun, kepantasan masa yang berlalu kadang-kadang tidak mendatangkan makna bagi mereka yang tidak tahu menilai. Apa yang saya maksudkan ialah mereka yang tidak tahu menilai betapa berharga setiap waktu yang kita lalui. Kita dapat lihat masih ramai yang membuang masa tanpa membuat perkara-perkara berfaedah. Malah, mereka gembira dengan gaya hidup mereka.

Bukan apa, sebagai manusia, kita tak mahu lihat generasi akan datang menjadi semakin 'tidak bernilai' pada negara. Malah, umat Islam sendiri seharusnya tahu bahawa kita sudah berada di akhir zaman. Seharusn…

Penangan Elyana...

Semalam, dengan penuh semangat saya dan Sedi keluar untuk ke tapak karnival. Bukan apa, tak sabar nak tengok Elyana. Hehehe...

Lepas siap makan, kitaorang terus ke tapak karnival. Mula-mula tak ramai sangat la pengunjung yang datang. Mungkin sebab cuaca yang seakan-akan nak hujan. Saya dan Sedi pun ambil tempat jauh sikit dari pentas utama. Persembahan dimulakan dengan tarian kebudayaan oleh sekumpulan penari. Kemudian, penganjur menampilkan penyanyi tempatan, Habsah untuk membuat persembahan. Diikuti pula dengan persembahan oleh Ibnor Reza, penyanyi tahun 80-an. Ibnor Reza sempat menyanyikan 4 buah lagu la dan sebuah lagu baru yang belum berada di pasaran. Denganan 2 buah lagu nostalgia Ibnor Reza, 'Berdiri Seorang Perindu' dan 'Mimpi Yang Tak Sudah' berjaya menarik perhatian penonton.

Tapi, hakikatnya penonton menantikan persembahan dari Elyana. Apa tidaknya, tiga persembahan awal ini tidak mendapat sambutan dari penonton. Malah, ada penonton yang menjerit-jerit seakan…

Baru Ku Tahu...

Semalam saya menghadiri temuduga di Cosmopoint Kota Bharu. Setelah dihubungi 30 Jun lalu, saya dimaklumkan bahawa permohonan saya untuk jawatan Tutor IT tidak berjaya kerana tiada kekosongan, tetapi saya dikehendaki hadir temuduga untuk jawatan Eksekutif IT.

Sepanjang temuduga, saya agak yakin dengan setiap soalan yang dikemukakan. Malah, saya dianggap mempunyai kelebihan oleh panel yang menemuduga saya berdasarkan pengalaman kerja saya di JBPM Terengganu ini. Bertambah la tahap keyakinan saya.

Kata orang, langit tak selalu cerah...huhu....Bila seorang lagi panel menyoal saya, saya 'kalah'. Disebabkan saya pelajar IT yang mempunyai pengkhususan di dalam rangkaian komputer, saya disoal asas-asas dalam rangkaian. Mula-mula saya memang yakin. Tapi malangnya, 3 soalan berkaitan asas rangkaian yang disoal gagal saya jawab. Memang malu masa tu. Yela, kononnya pelajar rangkaian komputer, tapi bila disoal perkara asas pun tak boleh jawab. Macam mana nak pikul jawatan eksekutif macam ni.

Jangan Malukan Diri Sendiri...

Semalam saya sempat berkunjung ke Karnival Terengganu 2008 yang bertempat di Pantai Batu Burok. Karnival yang menempatkan pelbagai gerai jualan ini dianjurkan khas sempena Tahun Melawat Terengganu 2008. Karnival ini juga turut diserikan dengan nyanyian artis-artis terkenal. Lepas jalan-jalan, saya dan Sedi lepak kat pentas untuk tengok persembahan.

Persembahan dimulakan dengan nyanyian dari Wani, seorang pelajar UiTM Melaka yang berasal dari Kemaman. Wani yang aktif di peringkat UiTM dijemput untuk membuat persembahan dan 6 buah lagu didendangkan. Persembahan disambung pula dengan artis yang dijemput khas, Izwan Pilus dan Syura. Masing-masing mendendangkan 3 buah lagu secara solo dan sebuah lagu duet.

Apa yang ingin saya katakan di sini adalah mengenai sikap segelintir penonton yang hadir menonton persembahan tersebut. Sikap yang boleh dianggap 'tidak sopan' akan mencemarkan imej rakyat Terengganu. Mungkin kerana mereka berada dalam kumpulan yang besar, mereka menjadi berani unt…

Insaf...Tak Nak Buat Dah...

Semalam, saya dan Sedi keluar makan kat luar. Tapi sebelum tu saya ajak Sedi gi cari tiket jap sebab saya nak balik Kota Bharu hari Khamis ni. Ada temuduga hari Sabtu nanti. Lepas tu baru la gi makan.

Mula-mula tak tahu nak makan kat mana, tapi lepas tu gi makan kat warung yang pernah kitaorang singgah. Saya makan nasi ayam dan Sedi makan nasi minyak. Sambil-sambil makan, saya terhidu pulak bau roti canai kat warung tu. Rasa macam nak gak makan roti canai. Lepas makan nasi, Sedi gi pesan pulak roti canai 2 keping seorang. Banyak betul makan semalam. Tapi tak sempat abis makan roti canai, dah mula rasa muak. Nak tunggu habis makan, lambat rasanya. Last sekali dapat gak habis walaupun muak. Sedi tak habis pun makan roti canai.

Bila balik rumah, masing-masing mula rasa sakit perut. Mungkin sebab makan banyak sangat. Saya dah tak tahu buat macam mana, kena la masuk tandas gak. Lepas tu lama gak baru hilang rasa sakit perut. Nak tidur pun tak boleh.

Moral cerita hari ni, makan tu biar la ber…