Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2009

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga...

Dalam 2,3 cerita yang saya kongsi kebelakangan ni banyak mengisarkan situasi saya kat pejabat. Bukan apa, sekadar nak menceritakan perasaan dan keadaan yang saya hadapi sekarang ni. Hari ni pun saya masih nak berkongsi benda yang berkaitan juga.

Semalam, keadaan yang merisaukan saya semakin menjadi nyata. Seorang kerani N 17 yang bekerja di Putrajaya datang ke pejabat. Katanya, nak kenal tempat sebab dia dapat surat pertukaran dari Putrajaya ke Terengganu. Mengikut surat, dia kena lapor diri ke Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada hari ni. Macam biasa, ianya sekadar prosedur biasa bagi pertukaran baru seperti ini. Lepas lapor diri, dia akan mula kerja di JBPM Terengganu sebab dalam surat sudah menyatakan bahawa dia akan ditempatkan di sini.

Kakak-kakak kat pejabat saya sudah membayangkan yang dia akan mengisi kekosongan di bahagian stor. Maklumlah, kerani yang akan datang ni adalah kerani lelaki. Jadi, sesuai la kalau duduk di stor.

Saya dan kakitangan sambilan yang la…

Semakin Hampir...

Rabu lepas, saya ada cerita pasal situasi saya kat pejabat. Saya ada sebut bahawa kami di pejabat menunggu waran perjawatan baru yang mungkin akan tiba bila-bila masa.

Sebab tak nak berlaku kelam kabut bila pegawai baru datang, bos saya nak man dan saya kemaskan pejabat pada hari Rabu lepas. Lepas rehat tengahari, saya dan Man mula susun pejabat. Tak sempat siap petang tu, kami sambung pula hari Khamis.

Semasa duk kemas-kemas hari Khamis tu, akhirnya telahan saya menjadi kenyataan. Waran perjawatan yang ditunggu-tunggu akhirnya telah pun sampai. Semua perjawatan yang dicadangkan oleh JPA adalah sama dengan waran yang sampai kecuali jawatan paling tinggi. Kalau dalam cadangan mengatakan PTD akan mengisi perjawatan baru ini tapi tidak menjadi kenyataan. Pegawai N 36 sahaja yang akan mengetuai Bahagian Pengurusan nanti.

Bagaimana pun, persiapan tetap diteruskan. Saya dan Man masih menyiapkan susunan pejabat yang baru ni. Hari ni pun ada lagi sikit yang kami buat seperti mengemaskini wayar d…

Telur Di Hujung Tanduk...

Nampaknya krisis kerjaya saya akan bermula tak lama lagi.

Semalam, keadaan kat pejabat saya agak hangat dengan perkembangan terbaru yang kami terima. Mungkin tidak lama lagi perjawatan baru untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Terengganu akan dikeluarkan. Waran perjawatan ini sebenarnya sudah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada ibu pejabat JBPM di Putrajaya berkuatkuasa 1 Januari 2009 lalu. Namun, sehingga sekarang waran itu belum diedarkan lagi ke JBPM peringkat negeri. Ianya masih berada pada salah seorang pegawai di ibu pejabat.

Kami juga telah mendapat carta cadangan untuk perjawatan baru itu yang dikeluarkan oleh JPA. Melalui carta tersebut, terdapat banyak sekali pertambahan jawatan untuk JBPM Terengganu, khususnya Bahagia Pengurusan, iaitu tempat saya berada sekarang. Antaranya ialah pertambahan bilangan kerani N 17, EO N 32, PTD, serta beberapa jawatan lain.

Perjawatan ini akan dilakukan secara berperingkat mulai sekarang. Pegawai di pejabat saya yang aka…

Selamat Hari Jadi, Tasha....

Hari ni hari jadi Tasha, salah seorang kawan kat pejabat ni. Kitaorang memang rapat, dah macam adik beradik.

Saya dan Man sebenarnya nak buat kejutan untuk Tasha semalam. Kitaorang rancang nak ajak dia keluar makan semalam, kitaorang nak belanja. Tapi terpaksa batal sebab Man ada urusan lain. Jadi, terpaksa la tunda niat nak belanja Tasha hari ni...

Kepada Tasha, selamat hari jadi....

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...

Tidak dilupa, semoga cepat kahwin dengan 'Abg Mie'....

Hehehe...

Kenangan Itu...

Hari ni, saya nak ajak anda semua kembali ke masa lampau. Bukan la lama sangat, cuma setahun yang lalu...Hehehe...

16 Mac 2008...MAJLIS KONVOKESYEN UUM...

(9.00 pagi, Bilik 2A 317, Kolej TNB, UUM.)

Saya sedang membuat persiapan terakhir dalam bilik yang pernah menjadi bilik saya selama 2 tahun sebelumnya. Saya siapkan baju, seluar, dan jubah yang akan digunakan. Sempat juga saya kilatkan kasut. Maklumlah, nak jaga penampilan pada hari paling bersejarah dalam hidup.

Lepas puas hati, saya turun makan dulu di kafe. Kena la isi perut dulu, kan. Dah lam dalam dewan nanti lama. Tak tahu bila dapat keluar. Kebetulan jumpa kawa-kawan lama, saya pun makan la sama-sama dengan mereka. Boleh sembang-sembang.

Dalam kul 11 pagi, saya naik semula ke bilik. Dah nak kena bersiap. Kejap lagi keluarga saya dah nak datang ambil saya. Mereka yang terpaksa bermalam di Jitra sudah pun bertolak dari tempat penginapan. Bila mereka dah sampai, kami terus bertolak dari Kolej TNB ke Dewan Muadzam Shah. Jalan ke dewan…

Temuduga PTD...

Hari ni saya mula masuk pejabat. Seperti yang dijanjikan, hari ni saya nak kongsi sedikit pengalaman saya semasa sesi temuduga jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (M41).

Sesi temuduga ini sebenarnya diadakan selama 3 hari iaitu pada 3, 4, dan 5 Mac 2009 di Pejabat Temuduga Spa Kota Bharu. Saya dikehendaki hadir pada 4 Mac, jam 8 pagi.

Setibanya saya di sana dalam jam 8.10 pagi, saya terus ke kaunter untuk pendaftaran. Saya diberi nombor 2007, iaitu calon ke 7 untuk bilik nombor 2.

Selesai pendaftaran, saya duduk bersama-sama calon lain untuk menunggu giliran. Sempat juga kami berkenalan. Menurut mereka yang sempat bertanya pada pihak urusetia, terdapat lebih kurang 20 - 22 calon sehari yang akan ditemuduga. Sepanjang 3 hari, mungkin kesemuanya dalam 60 - 66 orang.

Saya sempat berkenalan dengan beberapa orang calon lain. Nyata sekali saya rasa begitu kerdil bila tahu status mereka. Ya, mungkin saya juga memiliki ijazah sepertimana mereka, tetapi mereka memiliki pengalaman yang cukup luas…

Masih Di KB...

Hari ni saya masih lagi ada kat KB. Saje nak rehat-rehat sambil-sambil pulihkan balik semangat yang hilang...Huhuhu...

Banyak gak benda yang saya nak konsikan mengenai temuduga saya semalam. Tapi rasanya biarlah saya cerita minggu depan je. Sekarang ni saya berada di CC. Jadi, tak berapa selesa nak kongsi cerita ni kat sini. Ada budak-budak sekolah duk sebelah ni, kecoh je...Huhuhu...

Takpelah....Tunggu je saya balik ke pejabat hari Selasa depan. INSYAALLAH, saya akan kongsi pengalaman saya.

Balik KB Petang Ni...

Petang ni saya akan naik bas balik KB. Tiket saya jam 6.00 petang. Sampai la dalam kul 10.00 malam nanti kot...

Sebelum balik, kena siapkan dulu kerja-kerja di pejabat ni. Maklumlah, saya akan bercuti selama seminggu bermula esok. Saya masuk semula hari Selasa minggu depan (10 Mac).

Jadi, pada member-member, maaf la kalautak sempat balas komen. Kalau balik KB, susah sikit nak buka blog ni sebab kena gi CC. Malas pulak...Hehehe...

Jumpa balik minggu depan ek...INSYAALLAH, saya akan kongsi cerita semasa temuduga saya nanti.

Doakan saya nanti ek...

Debaran Kian Terasa...

Dah semakin dekat tarikh untuk saya temuduga PTD. Makin dekat tarikh tu, makin bertambah kegusaran saya.

Bukan apa, selepas saya berjaya melepasi ujian dan dugaan sebelum ni, ni kiranya ujian terakhir. Kalau tak berjaya, macam rugi pulak. Macam mana pun saya tau peluang tu memang tipis. Mesti orang yang terbaik akan berjaya. Tapi tu tak bermakna saya nak mengalah je. Saya akan tetap cuba yang terbaik ikut kemampuan saya. Kalau dah rezeki, ada la kot...

Tinggal 3 hari lagi...