Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2009

Selamat Tinggal 2009, Selamat Datang 2010...

Hari ni dah 30 Disember 2009. Bermakna esok adalah hari terakhir bagi tahun 2009 ni. Sesungguhnya 2009 bukanlah tahun terbaik untuk saya.

Di awal tahun 2009, beberapa azam telah saya lafazan untuk dilaksanakan tahun ini. Tapi, tinggal sehari saja lagi untuk melangkan tahun baru 2010, rasanya banyak lagi azam saya yang tidak dapat tertunai. Nyata sekali sudah tidak sempat untuk saya lunaskan semuanya dalam masa sehari, kan... Mungkin azam 2009 saya akan berlalu begitu saja...

Apa yang paling membuatkan saya kecewa ialah saya tidak dapat melaksanakan azam saya untuk mendapatkan pekerjaan tetap. Saya ingat lagi di awal tahun, saya memang berazam untuk menjadikan tahun 2009 sebagai tahun serius saya untuk mendapatkan pekerjaan tetap. Tapi apa yang terjadi nyata bertentangan. Saya bukan saja belum mendapat pekerjaan tetap, malah saya sendiri sedang menganggur sekarang. Sewaktu berazam dulu, saya sedang bekerja sambilan tapi di akhir tahun, saya menjadi penganggur. Secara peribadi, ianyamembe…

Keluarga Besar Saya...

Saya sekadar nak berkongsi beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa keluarga saya dari Johor datang ke Kota Bharu baru-baru ni. Sekadar untuk dibuat kenangan.

Arina yang comel


Dengan Arina


Dengan Fendry


Ita..


Kat PCB...

Dugaan Untuk Hamba NYA...

Manusia hanya mampu merancang, tapi ALLAH yang menentukan segala-galanya. Jika kita ditimpa musibah, tentu itu satu dugaan untuk kita. Dugaan dari ALLAH untuk menguji kekuatan iman kita. Sesungguhnya ALLAH tidak akan memberi dugaan lebih dari kemampuan hambanya.

Itulah yang mampu saya perkatakan mengenai apa yang berlaku pada keluarga besar kami. Apa yang saya maksudkan adalah mengenai cerita bapa saudara saya yang berada di Senai, Johor. Kira-kira dua bulan lepas, dia mendapat serangan angin ahmar. Walaupun tak kuat, tapi cukup untuk melemahkan sebelah badannya. Dari tangan hingga kaki di sebelah kiri tidak dapat bergerak. Keluarga pakcik saya dah bawa dia berubat di sekitar Johor untuk cuba memulihkan anggota badannya yang tidak bergerak tu. Macam-macam cara dicubanya. Berurut, terapi, mahupun akupuntur, semua telah dicubanya. Akhirnya, dengan izin ALLAH, kakinya kembali bergerak walaupun tidak kuat. Dia sudah boleh berjalan, tetapi agak sukar kerana masih tidak kukuh langkahannya. C…

Salam Maal Hijrah 1431 H...

Hari ni sudah 1 Muharam, permulaan untuk tahun baru Islam yang ke 1431. 'Memperkukuh Ukwah, Memperkasa Ummah' merupakan tema sambutan untuk sambutan tahun ini. Dari segi maksudnya, jelas sekali menuntut kita untuk bersama membantu memperhebatkan generasi Islam sekarang. Dengan pelbagai dugaan yang melanda masyarakat Islam seluruh dunia, tentu sekali perhubungan dan persaudaraan sesama Islam adalah penting dalam memastikan Islam terus unggul.

Sebagai umat Islam, marilah kita bersama-sama dalam memastikan Islam terus menjadi kebanggaan kita.

Salam Maal Hijrah 1431 H...

Emas Buat Malaysia...

Tahniah... Tahniah... Tahniah...

Jutaan tahniah untuk para pemain bola sepak Malaysia kerana berjaya memadamkan kemarau 20 tahun emas untuk bola sepak negara. Semuanya sudah termaktub bahawa Sukan SEA 2009 di Laos menyaksikan Malaysia mengungguli acara bola sepak.

Pasti jutaan rakyat Malaysia menyaksikan siaran langsung yang diadakan semalam sama ada di TV 2 atau TV 3. Pasti jugalah sorakan memecah keheningan senja di seluruh negara apabila melihat bola menerjah jaring Vietnam pada penghujung babak kedua. Sememangnya ianya satu perasaan yang sukar digambarkan.

Saya sendiri menonton perlawanan tersebut bersama keluarga. Masing-masing berdebar menantikan wisel penamat dari pengadil. Bila segalanya tersurat begitu, maka kami semua bergembira bersama.

Diharapkan kejayaan ini bukanlah penamat tetapi permulaan kepada kebangkitan skuad negara di peringkat antara bangsa. Semoga banyak lagi kejayaan menyusul untuk skuad negara... INSYA ALLAH...

Malaysia Boleh !!!

Malaysia Ke Final...

Wow...

Itu yang mampu saya ucapkan selepas Malaysia berjaya menumpaskan Thailand untuk mara ke separuh akhir. Malah, saya turut bersorak semasa menyaksikan siaran langsung separuh akhir semalam. Akhirnya, Malaysia layak ke akhir.

Ternyata semangat rakyat Malaysia kembali membara selepas menyaksikan kebangkitan pasukan Malaysia semalam. Malah, rata-rata gembira dengan kemenangan ini. Cuma sekarang, pasukan Malaysia perlu fokus untuk perlawanan akhir menentang Vietnam, pasukan yang menewakan kita di peringkat kumpulan.

Semoga pasukan Malaysia mampu menamatkan kemarau 20 tahun penantian emas Sukan SEA.

Bola Sepak...

Hari ni saya nak sembang-sembang pasal bola. Sikit-sikit je pun...Hehe...


Liga Juara-juara Eropah...

Semalam merupakan perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Bermakna selepas ini semua pasukan yang layak akan bertanding di peringkat kalah mati. Dah la kalah, mati pulak tu...Hehe...

Rasanya ramai dah tahu keputusannya. Hampir kesemua pasukan pilihan yang diramal berjaya layak, kecuali Liverpool yang sudah pun tersingkir. Macam-macam reaksi dapat dilihat sepanjang perlawanan peringkat kumpulan berlangsung, terutamanya dari pasukan-pasukan gergasi.

Walau macam mana pun, saya gembira sebab Real Madrid turut layak ke peringkat kalah mati selaku juara kumpulan, mengatasi AC Milan di tempat kedua. Harap-harap cabaran Real Madrid kali ni lebih jauh lagi dengan adanya pemain-pemain hebat seperti Cristiano Ronaldo, Kaka, Raul dan lain-lain.


Sukan Sea di Laos...

Selepas tewas di tangan Vietnam 3-1, Malaysia menumpaskan Kemboja 4-0 untuk memberi sedikit harapan untuk kem Malaysia. Tapi harapan tu tern…

Tragedi Di KB Mall...

Petang semalam, adik saya menelefon saya. Tiba-tiba dia tanya betul ke KB Mall runtuh? Hah...?! KB Mall runtuh...? Saya memang tak tahu apa-apa masa tu. Terkejut gak la bila dengar. Yela, dalam seminggu ni saya memang kerap gak gi KB Mall. Kebetulan ada PC Fair yan berlangsung 3 hari sehingga Sabtu.

Semasa menonton Buletin Utama, barulah tahu apa sebenarnya yang berlaku. Kereta jatuh dari kawasan letak kereta di atas dan menghempap 2 orang pelajar perempuan Kolej Masterskill yang sedang berada di eskalator. Seorang lagi cedera parah, manakala pemandu kereta tersebut turut mengalami kecederaan. Dari pada gambar yang ditunjukkan, memang teruk gak la keadaannya.

Saya memang tak dapat gambarkan keadaan ketika itu. Bukan apa, pada mulanya saya memang nak pergi KB Mall petang semalam untuk cari hadiah, tapi tak jadi. Tiba-tiba jadi macam malas nak gi pulak. Tak sangka pulak 'malas' saya tu mengelakkan saya terdedah kepada tragedi seperti ni. Apa pun, takziah kepada keluarga mangsa.





Gam…

Selamat Pengantin Baru...

Macam biasa, bila sampai je musim cuti sekolah, mesti ramai yang akan melangsungkan majlis perkahwinan.

Minggu ni, saya dapat 2 undangan dari kawan saya masa belajar di UUM. Majlis pertama ialah semalam, 6 Disember iaitu majlis perkahwinan Ijan dengan Azreen. Ijan ni kawan saya yang sama-sama belajar dengan saya. Kahwin dengan Azreen yang dikenali semasa di UUM. Sempat gak la saya kenal calon isteri dia ni dulu.

Seorang lagi kawan saya yang akan mendirikan rumah tangga ialah Wan, iaitu pada Sabtu ni, 12 Disember di Kuala Ketil, Kedah. Wan ni pun sama-sama belajar dengan saya, malah kami tinggal di blok yang sama di Kolej TNB. Member-member di kolej dan fakulti panggil dia Wan Pacak sebab rambut dia yang terpacak...Hehehe...Calon isterinya pun saya kenal sebab kami juga sekelas, iaitu Farah. Kami pernah sama-sama buat tugasan dan projek kelas sama-sama dulu.

Tapi sayangnya, saya tak dapat hadir ke majlis mereka. Maklumlah, sekarang ni saya dah tak kerja. Duk menganggur di rumah je. Tak ad…