Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

Hasil Tinjauan Di Balai...

Ahad lepas, saya dan Man mulakan pemeriksaan komputer di balai-balai yang selanjutnya. Ada 8 balai lagi yang tak siap iaitu balai di Wakaf Tapai, AMBS, Cheneh, Kemaman, Chukai, Kerteh, Paka dan Dungun. Selepas tamat majlis pada pagi Ahad, kami terus bertolak.

Kami mula di balai Wakaf Tapai sekitar jan 11 pagi. Makan masa juga kat sana sebab ada beberapa masalah yang berkaitan. Kemudian, kami bertolak pula ke balai AMBS dan Cheneh. Sebab kesuntukan masa, kami hanya siapkan tiga balai pada hari Ahad. Lepas siap pemeriksaan di balai Cheneh, kami bergerak ke Kemaman untuk bermalam. Pada mulanya kami ingat nak bermalam di balai Kemaman, tapi tak jadi. Kami cari hotel murah yang berdekatan. Akhirnya, kami bermalam di Hotel Chukai Utama, berhadapan dengan balai Chukai. Lepas rehat kejap, kami keluar makan. Pemandu kami bawa makan di kedai makan dekat sempadan Kuantan. Siap makan, kami balik je hotel sebab nak kena rehat.

Semalam, awal-awal lagi kami sampai di balai Kemaman untuk buat pemeriksa…

Majlis Menghargai Wira Selam...

Pagi tadi, sebelum bertolak ke balai untuk kerja-kerja pemeriksaan, saya dan Man sempat menghadiri majlis khas yang diadakan untuk mengingati Wira Selam, Allahyarham Aladi B. Hasan.

Antara tetamu khas adalah pegawai tertinggi dari HQ Bomba Malaysia, Putrajaya. Majlis ini adalah bagi menhargai jasa dan pengorbanan arwah sewaktu menjadi anggota bomba. Malah, pada majlis itu juga dilaksanakan majlis penyerahan ganjaran dan pampasan terhadap ibu dan balu kepada arwah. Antara keluarga arwah yang datang adalah ayah, ibu, isteri dan anak-anak arwah. Mereka dibawakan khas untuk majlis ini.

Sebelum majlis dimulakan, semua tetamu dijamu dengan sarapan pagi. Dalam jam 9.00 pagi, barulah majlis dimulakan. Majlis dimulakan denmgan ucapan alu-aluan oleh wakil HQ Bomba Malaysia. Kemudian, hadirin dipertontonkan dengan video khas mengenai pengalaman dan perjuangan hidup arwah selama menjadi anggota bomba. Ramai hadirin sebak dan pilu apabila melihat video ini, terutamanya ahli keluarga arwah. Saya sen…

Letihnya...

Baru dua hari buat kerja luar, dah rasa macam letih sangat. Kerja yang saya buat tu tak letih pun sebenarnya. Memang kerja mudah je. Setakat nak dapatkan spesifikasi komputer, apa la sangat. Tapi perjalanan tu yang membuatkan saya rasa letih sangat.

Hari pertama buat, saya dengan Man ke Setiu, Jerteh dan Besut. Kami buat kerja kami kejap je. Tapi perjalanan tu buat saya rasa sakit pinggang. Tapi nak buat macam mana, dah tak ada jalan lain. Buat je la.

Mujurlah semalam kami kat keluar jauh. Keluar pun kejap je, lepas tu kami buat kat ibu pejabat je. Tu pun tak siap lagi. Hari ni dengan esok kena keluar pulak ke balai lain. Hari ni jauh lagi la nampaknya...Huhuhu....

Memeriksa Komputer Di Balai...

Bermula esok, saya dan Man akan ke seluruh balai bomba di Terengganu untuk memeriksa peralatan komputer dan pencetak. Kami dikehendaki memeriksa keadaan komputer dan keperluan untuk penambahan baru.

Ini adalah selaras dengan perjawatan baru yang telah diluluskan Januari lalu. Jadi, pihak ICT Ibu Pejabat Putrajaya telah memberi arahan untuk setiap negeri membuat senarai terperinci mengenainya. Jadi, apabila diluluskan, mungkin pembekalan komputer akan dilakukan untuk keperluan anggota berkaitan.

Esok, kami akan mulakan dengan balai di Jerteh, Besut dan Setiu. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Pemeriksaan ini dilakukan berperingkat mengikut hari sehingga 1 Julai nanti.

Situasi Sebenar...

Hari ni, saya nak sambung sikit mengenai apa yang saya kongsikan semalam. Kali ni, saya nak kongsi situasi sewaktu kejadian tu berlaku.

Pihak bomba yang bertugas untuk mencari mangsa lemas telah turun sejak pagi lagi. Mereka menjalankan operasi mencari dan menyelamat ini seperti biasa mengikut prosedurnya.

Pada sebelah petang, sewaktu semua orang sibuk dengan operasi, sesuatu yang mengejutkan berlaku. Dua pegawai penyelam bergelut di dalam air kerana mereka tersangkut pada pohon kayu yang ada dalam dasar air tersebut. Namun, salah seorang dari mereka, PB Mazlan berjaya untuk naik ke atas kerana sempat menanggalkan alat menyelam yang dipakai. Sejurus timbul di permukaan, PB Mazlan terus menjerit untuk meminta bantuan.

Rakan penyelamat yang lain segera mendapatkan mereka. Mereka segera menyelamatkan seorang lagi yang terperangkap di dalam air, iaitu PB Aladi. Apabila berjaya, dia kedua-dua mereka terus dikejarkan ke hospital. Namun, hanya PB Mazlan yang selamat dan masih berada di hospital…

Tewasnya Seorang Wira...

Sekitar jam 4.30 petang semalam, kami di pejabat dikhabarkan dengan berita yang cukup mengejutkan. Salah seorang anggota bomba penyelam lemas di Kenyir. Ketika itu, Timbalan Pengarah bergegas untuk ke lokasi kejadian. Kami di bahagian pengurusan terpinga-pinga seketika kerana masih keliru dan terkejut dengan apa yang kami dengar. untuk dapatkan kepastian, bos saya menghubungi pihak balai untuk mendapatkan maklumat sebenar.

Menurut pihak balai, bomba ada menerima panggilan kecemasan memaklumkan bahawa ada mangsa lemas di Kenyir. Oleh itu, pasukan penyelam dikejarkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat. Pasukan penyelam dari BBP Kuala Berang dan BBP Setiu yang ditugaskan untuk menyelamat kerana lokasi mereka antara yang hampir dengan tempat kejadian.

Sewaktu menjalankan operasi mencari, tiba-tiba satu kejadian yang tidak diduga berlaku. Dua orang anggota penyelamat yang sedang menyelam tidak dapat naik ke permukaan air kerana dipercayai kakinya tersangkut dengan sesuatu di dala…

Abah, Selamat Hari Bapa...

Mei lalu, sewaktu ucapan saya untuk Hari Guru, saya ada menceritakan mengenai detik-detik 'susah' hidup saya. Selain mengenang jasa guru, ianya juga turut menggambarkan pengorbanan yang dilakukan oleh seorang bapa.

Sebenarnya, situasi yang berlaku pada tahun 2001 itu bukanlah yang pertama saya alami. Saya mula sedar akan pengorbanan seorang ayah sewaktu saya berumur 10 tahun. Waktu tu saya di darjah empat. Situasinya hampir sama dengan tahun 2001, tapi ini sewaktu saya masih budak hingusan.

Sewaktu sesi pendaftaran pelajar awal tahun 1994, ayah saya ikut serta untuk menjelaskan yuran sekolah. Waktu tu, Saya memang tak sedar penat lelah ayah mengumpul duit untuk pelajar kami. Sehinggalah pada hari pendaftaran, saya lihat dengan mata saya sendiri bagaimana tangan seorang ayah yang selama ini dilihat gagah mencari rezeki, terketar-ketar sewaktu menghulurkan wang kepada guru kelas saya. Wang sekitar RM 150 - 200 waktu tu cukup besar nilainya untuk yuran pembelajaran seorang anak. Ta…

Sebab Stadium Runtuh...

Hehe...Jangan percaya ek. Gurauan semata-mata.

Gambar ni saya jumpa kat laman forum. Memang nak tergelak la tengok gambar ni. Boleh je diaorang ni dapat idea nak edit gambar ni. Siap ada dialog dalam loghat Terengganu pulak. Ultraman dengan raksasa cakap loghat Terengganu....Hehehe...

Kepada tuan punya gambar, terima kasih ek. Saya salin dari tempat anda. Sekadar nak berkongsi dengan yang lain.

Program Bomba Bersama Masyarakat...

Hari ni saya bukan nak cerita pasal bumbung stadium runtuh tapi cerita saya masih berkaitan dengan bomba.

Semalam, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala terengganu menganjurkan Program Bomba Bersama Masyarakat sempena Sambutan Hari Bomba. Acara diadakan sepenuhnya di perkarangan balai yang juga menempatkan bangunan ibu pejabat di mana tempat saya bekerja.

Banyak acara diadakan bagi mendekatkan komuniti bomba dengan masyarakat. Antaranya adalah demonstrasi menyelamat di tempat tinggi, demonstrasi penggunaan alat pemadam kebakaran dan demonstrasi memotong kereta yang terlibat dengan kemalangan. Bagi kanak-kanak, pertandingan mewarna diadakan bagi menceriakan majlis.

Malah, tetamu turut dijemput menyertai semua acara yang diadakan. sebagai salah seorang kakitangan pengurusan, saya juga tidak lepaskan peluang untuk terlibat sama. Saya telah mengambil peluang mencuba 'flying fox'. Seronok sebab sebelum ni saya tak berpeluang mencuba. Sekurang-kurangnya saya dah berjaya mengatasi masalah ke…

Stadium Sultan Mizan, Gong Badak Runtuh - 2...

Gambar sebelah dalam stadium, setahun yang lalu.


Gambar sebelah dalam stadium selepas runtuhan semalam.

Hari ni, saya tambah gambar. Kali ni gambar dari sebelah dalam stadium. Gambar ni diambil oleh pegawai operasi bomba yang terlibat di tempat kejadian.

Seperti yang kita lihat di berita, kejadian ini mendapat pelbagai reaksi, terutama dari pihak atasan kerajaan. Bagi TPM, siasatan terperinci perlu dilakukan oleh kerajaan negeri mengenai punca kejadian. Bagi Menteri Kerja Raya, kejadian ini nyata memalukan negara. Dari apa yang saya tahu dari pegawai bomba di pejabat saya, ianya mungkin berpunca dari kecuaian manusia.

Sebenarnya, kebimbangan perkara seumpama ini berlaku pada stadium ini telah pun wujud di kalangan pegawai bomba di sini sejak ianya mula-mula dirasmikan. Ada yang tak kena dengan projek pembinaan stadium ni. Sebelum acara SUKMA berlangsung tahun lepas, ada seorang pegawai yang bercakap dengan saya secara berseloroh, menyarankan supaya saya tak perlu pergi ke stadium, takut-t…

Stadium Sultan Mizan, Gong Badak Runtuh...

Hari ni, rakyat Terengganu dikejutkan dengan berita mengenai kejadian Stadium Sultan Mizan runtuh. Sebagai salah seorang kakitangan di JBPM Terengganu, saya mengetahuinya lebih awal.

Dalam sekitar jam 10.00 pagi, ada pengumuman mengenai kejadian kemalangan si lokasi tersebut. Pada mulanya kami ingatkan hanya kemalangan biasa. Namun, tak lama kemudian, kami di pejabat mendapat maklumat bahawa berlaku runtuhan pada stadium tersebut. Memang saya pun terkejut masa tu. Pada mulanya saya nak ikut ke tempat kejadian, tetapi saya terlibat pula dengan mesyuarat di pejabat sebagai jurugambar.

Macam-macam maklumat saya dengar dari mulut orang lain mengenai kejadian itu. Namun, saya sukar nak pastikan kesahihannya. Tapi, saya akhirnya berpeluang untuk ke tempat kejadian apabila saya dan Man diminta membeli makanan dan minuman untuk anggota yang terlibat di sana. Selepas membeli makanan tersebut, kami bertolak terus ke lokasi kejadian. Kami sampai dalam jam 2.30 petang tadi.

Memang terkejut jugak bil…

Penolong Akauntan Yang Baru...

Semalam, Penolong Akauntan baru untuk Unit Kewangan kat sini sudah melapor diri. Encik Samsul, W 32 sebelum ini bertugas di Kota Bharu. Cuma dia minta tangguh selama 2 minggu kerana masih banyak kerja perlu disiapkan di Kota Bharu.

Kepada Encik Samsul, kami di JBPM Terengganu mengalu-alukan kedatangan encik sebagai Penolong Akauntan yang baru. Semoga selesa bekerja di sini.