Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Cahaya Mata Ku...Part 2...

Minggu lepas, 24 September 2014, genap umur Cik Sara 7 bulan. Kejap je masa berlalu. Rasa macam baru je lagi saya saksikan kelahiran Cik Sara. Rupanya dah 7 bulan berlalu.

Betullah apa orang cakap. Anak ni pelengkap hidup kita. Memang Cik Sara dah banyak ubah hidup saya dan keluarga. Semuanya demi Sara.

Dari hari ke hari, bulan berganti bulan, macam-macam ragam dapat saya tengok. Yang paling penting adalah bila saya dapat saksikan sendiri bagaimana Sara membesar. Daripada hanya baring, meniarap sampailah boleh duduk, semuanya saya dapat saksikan sendiri. Tentu sekali itu adalah saat yang berharga bagi saya. Saat yang tak ternilai harganya.

Sekarang ni Sara takde kat umah sebab ikut ibunya balik Mentakab. Dah 2 hari tak dapat jumpa Sara. Tak dapat peluk cium Sara. Rindu sangat rasanya. Khamis ni baru boleh jumpa sebelum kami bertolak balik KB untuk AidilAdha. Memang rasa lain bila Sara takde kat umah. Dah takde teman nak main. Dah takde orang saya nak cium. Sunyi betul rasanya...Huhuhu…

MH17...Al-Fatihah...

Tragedi MH17 tentu sekali mengejutkan semua. Detik 17 Julai 2014 menjadi tarikh penuh kesedihan bagi keluarga dan saudara mangsa MH17. dan hari ini, 22 Ogos 2014, sebahagian keluarga mangsa menerima kepulangan jenazah dengan penuh rasa pilu.

Kerajaan mengumumkan bahawa 22 Ogos adalah Hari Berkabung bagi seluruh Malaysia bagi mengenang tragedi MH17, bersempena dengan kepulangan 20 jenazah terlibat.

Seluruh stesyen tv dan radio menyiarkan upacara menyambut ketibaan jenazah. Rakyat Malaysia seluruhnya menantikan ketibaan jenazah ini dengan penuh rasa hiba. Masing-masing berkongsi rasa duka dan sedih bersama-sama keluarga mangsa.

Memang sedih bila lihat kesuraman dan kepiluan di wajah setiap ahli keluarga mangsa. Lebih pilu lagi bila melihat anak-anak mangsa yang telah kehilangan ibu atau bapa sewaktu mereka masih kecil. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.

Berat mata melihat, beat lagi bahu yang memikul. Sayu kita melihat, pilu lagi mereka yang menanggung. Sedih kita rasakan, deri…

Semakin Besar Cik Sara...

Lama betul tak post apa-apa cite dalam ni. Sebulan lebih dah. Sibuk sangat sekarang...

So untuk kali ni saya just nak share gambar terbaru buah hati saya ni, Cik Sara. Dah makin besar baby girl saya ni. Makin comel macam abahnye...Hehehe...



Berlagak...

Susah kalau dah jenis berlagak ni. Semua benda nak rasa hebat. Semua benda nak rasa betul. Sedangkan semua tu biasa-biasa je.

Orang dah bagi betis, nak peha pulak. Orang dah bertimbang rasa, nak pijak kepala pulak. Apa jenis orang la macam ni. Tahu tak, dalam dunia ni bukan anda sorang je yang ada. So, tolong hormat orang lain.

Kalau anda rasa anda boleh berjaya dengan buat perangai macam tu, teruskanlah. Tapi ingat, orang lain dah mula meluat dengan anda. Masing-masing dah benci dengan tahap berlagak anda tu. Jangan nanti orang pun akan berlagak dengan anda.

Hidup dalam komuniti ni kena belajar untuk hormat satu sama lain. Kalau rasa tak boleh hormat hak orang lain, jangan mintak kami hormat hak anda.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.....





Genap 3 Tahun...

Hari ni genaplah tempoh 3 tahun saya bergelar Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) DH41. Bermula dari lapor diri di Putrajaya pada 19 Mei 2011, sehingga hari ini, banyak perkara baru saya dapat belajar.

Tempoh 3 tahun ni sebenarnya tempoh awal dalam bidang ni. Bila dah lepas 3 tahun, maka beberapa perkara perlu diuruskan, antaranya adalah penetapan taraf berpencen. Jadi, sekarang proses untuk melulusan taraf berpencen saya akan bermula dan saya akan menunggu makluman apabila telah selesai.

Esok pula genap tempoh 3tahun saya berkhidmat di PMS. Banyak perubahan dapat dilihat di Muadzam Shah dalam 3 tahun ni. Daripada sekadar pekan biasa, sehingga la dah ada fast food. Hehehe...

Apa pun, masih banyak perlu saya pertingkatkan bagi memastikan saya mampu melakukan tanggungjawab dengan lebih baik. InsyaAllah, saya akan sentiasa buat yang terbaik.




Cikgu, Andalah Tauladan Bagi Saya...

Setiap kali tibanya Hari Guru, pasti saya akan teringatkan kenangan semasa zaman saya belajar dulu. Dari sekolah rendah dan sekolah menengah, hinggalah ke universiti, pasti ada kenangan yang tidak mungkin akan saya lupakan.

Sebelum ni, sempena Hari Guru, saya pernah kongsikan sejarah persekolahan saya dan guru yang mengajar saya dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. Saya juga pernah kongsikan sejarah hidup saya dan bantuan guru dalam 'menyelamatkan' masa depan persekolahan saya. Kali ini, apa yang saya ingin kongsikan adalah bagaimana guru-guru saya terdahulu menjadi tauladan dan contoh kepada saya dalam membantu saya melaksanakan tugas mendidik para pelajar saya.

Pertama sekali, sudah tentu rasa syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana saya dianugerahkan guru-guru yang terbaik untuk mendidik saya. Mereka sentiasa menampilkan mutu seorang pendidikan yang sememangnya disegani. Bukan hanya di dalam kelas, malah ilmu kehidupan juga diselitkan diluar kelas agar kami ma…

Qaisara Dah 2 Bulan...

Kejap je masa berlalu. 24 April lalu genap Sara berumur 2 bulan. Dah macam-macam ragam Cik Sara ni. Tapi tetap comel...hehehe...

Semoga anak manja abah ni membesar dengan sihat ye sayang....Abah dan ibu sayang Cik Sara....


Setahun Bersama...

Hari ini, 31/03/2014, genaplah setahun usia perkahwinan saya dengan wife saya, Nora. Pejam celik, dah setahun masa berlalu. Banyak suka duka kami harungi bersama dalam setahun ni.



Bila disingkap balik setahum yang lalu, semuanya masih segar dalam ingatan saya. Detik 31/03/2013 akan tetap menjadi tarikh keramat dalam hidup saya kerana pada tarikh inilah saya bergelar suami. Berubah status akan membawa bersama perubahan tanggungjawab. Beza kehidupan zaman bujang dengan berumah tangga.
Sebagai suami, saya tetap cuba memberi yang terbaik untuk keluarga saya. Dengan kekangan yang ada, terutamanya dari segi kewangan, tentu sekali menguji kesabaran dan ketahanan diri. Saya sedar, setahun pertama ni saya belum mampu menjadi suami yang terbaik untuk wife saya. Banyak sangat kekurangan yang belum mampu saya atasi. Tapi saya tetap mencuba perbaiki diri hari demi hari. Sebab hanya satu harapan saya, iaitu mampu memimpin keluarga saya ke arah keluarga yang dilimpahi kebahagiaan dan keberkatan.
Sek…

Cahaya Mata Ku...Part 1...

Alhamdulillah. Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya kita mampu mengecap kebahagiaan hari ini. Kerana dengan kehendakNYA jugalah saya mampu untuk berkongsikan detik paling bahagia dalam hidup saya.

Jika sebelum ini saya ada postkan mengenai isteri saya yang lambat bersalin, kali ini saya nak kongsikan pula detik saya mula bergelar bapa.

Lepas saya terpaksa balik ke Muadzam, saya hanya sempat kerja 2 hari. Hari Khamis, 20 Februari, wife saya call cakap ada air keluar. Masa tu memang ingat air ketuban. Dalam kul 8.30 pagi saya gerak balik KB. Wife saya dah ke hospital dulu sebab risau baby lemas. Masa tu Allah je yang tau macam mana perasaan saya. Nak drive pun tak tenang. Tapi lepas 3 jam, wife saya call. Dia cakap takyah la drive laju sangat sebab dia ok. Doktor cakap bukan air ketuban yang pecah. Doktor tahan wife saya dalam wad sebab nak tau air apa yang keluar pagi tu.

Saya sampai KB dah tengahari. Saya rehat jap kat umah dan petang baru saya gi hospital tengok w…

MH370...

Hari ni dah masuk hari ke-5 kehilangan pesawat MAS MH370. Namun, masih takde sebarang tanda-tanda jelas yang boleh membantu kepada penemuan pesawat terbabit. Jumlah bantuan dari negara luar makin bertambah. Jumlah jentera carian juga makin meningkat. Malah, kawasan carian juga telah diperluaskan. Tapi apa yang dicari masih tidak kelihatan.

Pelbagai spekulasi dibuat. Namun, semuanya hanyalah teori rekaan semata-mata. Dalam situasi macam ni, tak sepatutnya spekulasi dan khabar angin seperti ini disebarkan. Semuanya hanya akan mengeruhkan lagii keadaan.

Apa pun, apa yang hanya boleh kita lakukan adalah berdoa agar semua ini menemui penghujungnya. Walaupun bukan penghujung yang menggembirakan, namun sekurang-kurangnya derita ahli keluarga mereka yang menanti dapat dikurangkan.

#doauntukMH370

#prayforMH370


Kalaulah Lambat...

Alhamdulillah....Allah masih panjangkan umur saya dikala menantikan kelahiran cahaya mata pertama saya...

Tak dapat saya bayangkan apa akan jadi kalau saya lambat bergerak bila diserang seekor ular tedung. Semuanya berlaku sekelip mata. Kalau saya tak lambat, satu patukan pasti kena kepala saya.

Khamis lepas, lebih kurang 9.30 malam, saya nak keluar la ke hospital. Bila buka pagar pintu rumah, saya terdengar bunyi macam desiran pelik. Dalam hati, saya agak ni bunyi ular, tapi tak pasti spesis apa. Saya dengar bunyi tu dari dalam rak kasut yang ada sebelah saya je. Sambil nak pakai selipar atas tangga, saya cuba la nak jenguk dalam rak tu. Tiba-tiba keluar ular tedung yang dan mengembang nak patuk saya. Saya terkejut dan sempat melompat turun tangga. Masa tu ketar seluruh badan sebab terkejut sangat. Terus saya bagi tahu abang dan ayah yang ada dalamm rumah. Mintak diaorang call bomba.

Masing-masing terkejut masa tu sebab ular tu besar. Entah bila lagii ular tu ada dalam rak tu. Kami m…

Hanya Yang Terbaik Dari ALLAH...

Kita hanya mampu merancang, tapi ALLAh juga yang menentukannya. ALLAH tetap akan berikan yang terbaik untuk hamba NYA...

Di awal kandungan isteri saya, saya mula risau mengenai permintaan ibu saya agar isteri saya melahirkan anak pertama kami di KB. Saya sendiri sedar bahaya kandungan pertama ni biasanya isteri nak berpantang di rumah keluarga sendiri. Namun, ALLAH telah memudahkan urusan saya bila ibu mertua saya tidak dapat menjaga isteri saya ketika pantang kerana ada kekangan lain. Jadi, kami sebulat suara memilih agar isteri saya berpantang di KB.

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Akhirnya masa yang ditunggu telah tiba. Tarikh jangkaan isteri saya bersalin adalah pada 11 Februari 2014. Saya menggunakan baki cuti saya tahun lepas yang memang saya simpan untuk detik kelahiran baby saya ni. Saya cuti seminggu, dari 10 hingga 14 Februari. Saya pulang ke KB 3 hari sebelum jangkaan bersalin. Memang saya terlalu teruja dan tak sabar menunggu detik itu.

Setiap kegembiraan pasti a…

Ahli Keluarga Baru...

Alhamdulillah...Kami menyambut seorang lagi ahli baru dalam keluarga kami. Abang saya menyambut kelahiran cahaya matanya pada 2 Februari, 12.50 tengah malam. Nama diberi Nur Aulia Izzatunnisa. Cantik nama tu.

Selamat datang ke keluarga kami Aulia. Semoga membesar dengan sihat. InsyaAllah..

p/s : Menghitung hari menunggu giliran menjadi bapa...


Menghitung Hari...

Alhamdulillah.... Akhirnya saya berkesempatan untuk publish post pertama bagi 2014...

Minggu depan, kandungan isteri saya akan masuk 9 bulan. Makin excited dan nervous rasanya. Setakat ni persiapan asas tu dah ada untuk baby. Tinggal menunggu masa untuk baby keluar.



Cuma kami masih tak tahu jantina baby kami. First scan di klinik swasta adalah masa usia kandungan 5 bulan. Masa tu tak nampak sebab posisi baby yang melindungi pandangan. Kali kedua scan masa usia kandungan 7 bulan rasanya. Scan di klinik ibu di Muadzam ni. Tak nampak gak. So, sampaii sekarang kami takde buat scan lagi. Minggu depan ada scan mungkin my wife akan tanya la kat doktor.

Lepas check up minggu depan, saya akan hantar wife saya balik KB sebab dia akan bersalin kat KB. Macam-macam perasaan ada. Gembira sebab dah nak dekat due bersalin. Tapi risau gak sebab saya bila dah hantar dia balik KB, saya takde kat sisi dia untuk jaga dia. Selama usia kandungan masuk 9 bulan ni, dia ada je dengan saya. Bila dia takde, mest…