Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

Cerita Hari Ni..

Ok..Kali ni saya nak kongsikan aktiviti saya hari ni. agi tadi saya telah ke Putrajaya untuk mesyuarat penyelaras projek akhir pelajar JTMK. Mesyuarat telah diadakan di Jabatan Pengajian Politeknik. Wakil dari politeknik yang menawarkan program IT terlibat dalam mesyuarat ini.

Dalamm mesyuarat kali ni, kami membincangkan mengenai pelaksanaan projek akhir pelajar di peringkat politeknik. Malahh turut dibincangkan prosedur yang digunapakai oleh setiap politeknik. Hampir keseluruhan wakil membangkitkan masalah yang dihadapi di tempat masing-masing. Saya tidak ketinggalan untuk turut berkongsi masalah yang dihadapi. Dalam mesyuarat kali ni turut dibincangkan tarikh untuk melaksanakan bengkel membangunkan manual panduan projek akhir yang baru. Tarikh yang dipilih adalah pada 26 hingga 28 Mac nanti dan akan diadakan di Politeknik Tuanku syed Sirajudin (PTSS).

Mesyuarat selesai jam 1 tengahari. Adik saya yang menghantar dan mengambil tadi. Sampai je kat umah adik saya, saya terus bersiap pul…

Cerita Semalam...

Kali ni saya nak kongsikan aktiviti saya semalam...

Semalam saya terlibat dengan pemantauan pengajaran. Pemantauan ni memang setiap semester akan diadakan. Jika semester lepas saya dipantau oleh Hjh. Fadzilah Ali, Ketua Jabatan JTMK, kali ni saya dipantau oleh Puan Norleza atau Kak Lez, Ketua Program dari Jabatan Perdagangan.

Pemantauan telah diadakan pada kelas FP512 Web Programming 1, iaitu melibatkan pelajar DIP4 S2. Kelas saya ni bermula jam 2 petang dan berlangsung selama sejam. Namun, Kak Lez agak lewat masuk untuk pemantauan saya tu. Sekitar kul 2.30 baru dia masuk. Itu pun lepas saya minta dayah call Jabatan Perdagangan untuk mendapatkan kepastian.

Secara keseluruhan, sesi pemantauan selama 30 minit itu berjalan lancar. Saya bernasib baik kerana mendapat kerjasama baik dari pelajar DIP4 S2. Terima kasih saya ucapkan. Komen yang saya perolehi dari Kak Lez pun agak baik. Agak positif gak komen Kak Lez. Markah pun boleh tahan. Tinggi gak la. Hehehe...

Komen pemantauan
 Siap pemant…

Terukir Di Bintang...

Sekarang saya suka sangat layan lagu baru Yuna, Terukir Di Bintang. Melodi dan lirik lagu ni memang sedap didengar. Pernah sekali saya tersalah masuk jalan sebab asyik duk dengar lagu ni...Hehehe...

Tapi kali ni saya duk layan lagu ni sebab lagu ni ada makna tersendiri dalam hidup sy. Nak tahu kenapa..? Ada la...Hehehe...

Saya kongsikan di sini lirik lagu ni. Semoga terhibur...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Yuna - Terukir Di Bintang

Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu


Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia


Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu


Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu


Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu


Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku pa…

Hanya Sederhana...

Saya hanya seorang yang sederhana... Tiada yang menarik... Tiada yang menonjol..
Kalau nak cari yang menarik rupa paras.. Itu bukan saya... Kalau nak cari yang berharta... Itu bukan saya... Kalau nak cari yang hebat dalam banyak bidang... Itu bukan saya...
Apa yang ada pada saya...? Hanya hidup yang sederhana... Segalanya sederhana...

Online Survey Saya...

Lupa nak kongsikan dalam post sebelum ni.  Hehehe...

Ok...Semasa kursus, saya ada la buat simple survey. Topik yang saya pilih adalah mengenai pasukan Kelantan. Saya nak dapatkan gambaran orang ramai mengenai perkembangan pasukan The Red Warriors ni. Sekadar survey ringkas je.



Untuk jawab survey, anda perlu daftar nama dan email anda pada page survey tu nanti. Kemudian, anda perlu buka email anda kerana link untuk anda jawab soalan survey akan dihantar ke email anda.

Ini link untuk ke survey saya. Harap anda dapat jawab survey ni ek. Keputusan akan saya paparkan kemudian. InsyaALLAH...


Klik sini untuk ke survey.

Kursus Kajian Online di PMS (Episod 2)...

Ok..Kali ni saya nak update la pasal post saya sebelum ni..

JTMK telah menganjurkan Kursus Membangunkan Online Survey untuk para pensyarah. Kursus ini berlangsung selama dua hari, iaitu 21 - 22 Februari 2012 di Makmal Kabel Terstruktur 1 (MKT1), JTMK. Kak Maz (JTMK) & Eliza (JKM) adalah penceramah, manakala Asyran & Dayah pula sebagai fasilitator. Saya AJK je...Hehehe...

Kursus ini adalah mengenai cara menggunakan CIDOS Survey, iaitu platform yang boleh digunakan oleh pensyarah dan pegawai untuk melakukan kaji selidik menggunakan aplikasi online. Ianya agak membantu bagi mereka yang ingin melakukan inovasi atau membuat penerbitan.

Saya kongsikan di sini antara gambar yang sempat diambil sepanjang kursus berlangsung. Diambil dari Kak Maz.















Kursus Kajian Online di PMS...

Sekarang saya berada di dalam Kursus Online Survey yang dianjurkan oleh JTMK. Saya sebenarnya AJK untuk kursus ni. So, sambil-sambil jadi AJK, boleh gak saya belajar cara nak buat online survey menggunakan CIDOS Online Survey.





Eliza sebagai penceramah

Bariey & Nurul yang sentiasa control cute...hehehe


Ok la..saya nak sambung buat online survey... Nanti saya update lagi...hehehe

Jalan-jalan Di Kuantan...

Semalam, saya ajak Asyran, Dayah & Safia untuk keluar jalan-jalan ke Kuantan. Saya nak minta tolong dengan diaorang sebab saya nak beli laptop. Dah lama saya tak ikut perkembangan & harga peralatan IT ni. So, saje nak mintak bantuan diaorang dalam memilih laptop tu. Sambil-sambil boleh la gi jalan-jalan.

Kami gerak dari Muadzam Shah dalam kul 10.15 pagi. Sampai je Kuantan, kami ke Kuantan Parade dulu untuk makan tengahari. Kami ke foodcourt kat Kuantan Parade tu untuk makan. Tapi Dayah sorang je yang tak makan sebab dia duk pening-pening kepala lagi.



Siap makan, kami gerak ke Masjid Sultan Ahmad, Kuantan. Sempat la rehat jap sebelum masuk waktu Zohor. Selesai solat Zohor, kami bersiap untuk ke lokasi seterusnya. Sebelum tu, sempat lagi bergambar...Hehehe...





Dari masjid, kami gerak terus ke Berjaya Megamall Kuantan. Kat sini la Asyran ajak tengok laptop. Mula-mula sampai, kami terus ke bangunan yang menempatkan kedai yang menjual pelbagai barangan komputer. Bangunan tu sebelah …