Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

The Red Warriors Kembali Ke Persada Liga...

Liga Super musim ini ternyata menampilkan episod yang cukup mendebarkan dalam persaingan kejuaraan liga. Pendahulu liga sentiasa bersilih ganti. Sedang Selangor mengalami kekalahan, Kelantan kekal dipersada. Namun, apabila Kelantan pula mengalami kekalahan pertama di gelanggang sendiri Rabu lalu, Terengganu pula mengambil alih kedudukan teraju liga. Namun, Kelantan kembali merampas kedudukan pendahulu semalam selepas menumpaskan Pahang 1-0, sementara Terengganu tewas 1-0 di tangan Kedah.






Walaupun hanya mampu menang 1-0, namun itu sudah memadai untuk membawa Kelantan ke puncak liga. Namun kedudukan di puncak terlalu rapuh untuk Kelantan kerana hanya mempunyai kelebihan 1 jumlah jaringan, manakala jumlah mata dan perbezaan jaringan sama dengan Terengganu. Malah, The Red Warriors akan bertandang ke Terengganu dalam baki 3 perlawanan terakhir. Ini boleh menjadi penentuan kejuaraan musim ini. Jika perlawanan tersebut berkesudahan seri, maka pemenang liga akan ditentukan hingga ke perlawana…

Permulaan Dimensi Baru...

Alhamdulillah... Segala urusan lapor diri dah selesai. Sekarang, saya dah ada kat Politeknik Muadzam Shah, Pahang. Di sinilah tempat saya akan jalani rutin hidup baru saya.

Seperti yang saya maklumkan sebelum ni, saya lapor diri di Putrajaya pada 19 Mei lepas. Seawal pagi lagi saya dah gerak ke tempat lapor diri saya tu, iaitu di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Waktu menunggu, saya jumpa dengan Nik Khairul Bariyyah @ Bariey, kawan dalam forum yang dapat tempat penempatan sama dengan saya. Saya akan ikut dia ikut dia untuk ke Muadzam Shah sebab dia dah kenal jalan nak gi.

Semasa lapor diri, kami diberi surat perlantikan daripada wakil kolej komuniti. Sesi taklimat berakhir sekitar jam 1.30 tengahari. Selesai je taklimat, saya terus gerak. Saya ikut Bariey ke rumah dia dulu sebab dia nak kena ambil barang-barang dulu. Selesai ambil barang, kami terus gerak. Masa tu dalam jam 3.30 petang. Kami gerak dalam 3 buah kereta, iaitu kereta Bariey akan duk dpan untuk tunjuk jalan, saya di…

Tiba Di Putrajaya...

Alhamdulillah...Saya dah selamat sampai di Putrajaya semalam.

Saya dan adik bertolak dari KB sekitar jam 9 pagi semalam. Dari KB, kami melalui Terengganu dan tiba di Sentul sekitar jam 6.15 petang. Kemudian, barulah kami gerak ke Putrajaya. Semuanya berjalan dengan lancar.

Hari ni saya rehat je kat rumah kawan saya. Ambil mmod dulu, sebab esok dah nak lapor diri. Boleh la bersedia apa yang patut. Harap-harap esok pun semuanya akan berjalan dengan lancar. InsyaALLAH...

Seminggu....

Seminggu duk umah tanpa internet memang saat yang boring. Nak buat macam mana, broadband tak bayar lagi...Huhuhu...

Dalam seminggu ni, takde apa yang menarik pun. Lagi pun saya duk umah je. Kalau ada pun cerita best pasal bola je la. Malam ni pun ada separuh akhir kedua Piala FA 2011 antara Kelantan dengan Selangor. Saya yakin Kelantan memang dah boleh mara ke perlawanan akhir yang dijangka berlangsung pada 11 Jun 2011.

Pasal keje pulak, saya baru je siapkan persiapan hari ni. Tak la banyak sangat. Setakat yang penting je. Lagi pun, saya tade duit sekarang ni. Tak tau la cukup ke tak duit ni sementara nak tunggu gaji nanti. Maklumlah, bulan-bulan awal bila masuk keje dengan kerajaan ni belum ada gaji lagi. Banyak benda nak kena selesaikan sebelum boleh rasa gaji pertama tu.

Semalam, adik saya dah sampai dari KL. Dia balik cuti sebab dah lama dia tak balik KB. Lagi pun, nanti saya nak kena drive gi Putrajaya. Dia akan tunjuk jalan la nanti. Sejak saya dah ada keta ni, dia tak tengok …

Hari Terakhir Di MIS Pacific KB Mall...

Bersama Azmer...
Hari ni adalah hari terakhir saya bekerja sebagai Supervisor, MIS Pacific KB Mall. Walaupun tak sampai setahun pun saya bekerja di MIS ni, tapi banyak gak kenangan, peristiwa dan ilmu yang saya dapat. Suka dan duka sebagai kakitangan MIS Pacific KB Mall sudah saya rasai.

Pada hari terakhir, saya masih menyiapkan beberapa tugasan terakhir saya. Termasuklah menandatangani dokumen serah tugas kepada HOD baru MIS Pacific KB Mall, Azmer. Sempat juga saya jumpa kawan-kawan sekerja sebelum saya balik. Yela, lepas ni dah tak boleh nak lepak dan rehat sama-sama. Pasti saya rindu saat-saat tu.

Kepada Ayu, Anis, Hamidi, Laila, Syam, Ramzi, Bakri, Ziera dan mereka yang pernah bekerja dengan saya di MIS Pacific KB Mall, terima kasih kerana sentiasa memberi kerjasama yang baik kepada saya. Kenangan bersama anda semua tidak mungkin saya lupakan.

Kepada Mie & Na (Admin), Ika (Frozen), dan Shidah (Security), terima kasih sebab sentiasa menjadi kawan yang baik sewaktu di Pacific. T…

Kelantan Kekal Di Persada Liga...

Kelantan kekal di tangga teratas liga selepas merakamkan kemenangan bergaya semalam. Kemenangan 2-0 ke atas Kedah di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV semalam nyata melegakan seluruh penyokong The Red Warriors.

Gol pembukaan dihasilkan oleh Khalid Jamlus, manakala gol kedua dihasilkan oleh S. Chanturu. Dengan kemenangan ini, diharapkan para pemain semakin yakin untuk menghadapi separuh akhir Piala FA nanti. Pastinya Selangor akan memberi cabaran hebat untuk mara ke perlawanan akhir nanti.

Teruskan rentak kecemerlangan ini. Pasti kita mampu jadi juara....

Pengakhiran Kurang Menarik...

Saya dah nak berhenti dah. Nape la korang nak cari pasal lagi...? Orang lain buat, orang lain yang kena....

Beberapa minggu lepas, staff saya kantoi la dengan bos sebab buka internet waktu keje. Sebab dah kantoi, semua benda dalam komputer tu bos periksa. Kononnya kita orang punca bawak virus. Ish, bodoh gak bos ni. Dia tak tahu ke yang selama ni kitaorang yang buang virus, bukan nya tambah virus. Pastu bos ni suruh la pihak atasan saya untuk ambil tindakan. Pihak atasan saya ni pun boleh tahan gak tahap kebodohan dia. Orang lain kantoi, orang lain pun kena. Sampaikan staff saya yang tak datang masa hari kejadian pun kena ambil tindakan. Jelas sangat kan kebodohan dia...?

Saya ni bukan apa la. Kalau betul nak ikut prosedur, cermin la diri dulu. Dia sendiri pun banyak tak ikut prosedur, ni nak ambil tindakan kat orang lain pulak. Kalau kekasih dia yang buat, takde pulak nak kena tindakan. Buat diam je. Adil ke macam tu...? Cerdik ke macam tu...? Serius la, saya tumpang simpati dengan …

Melangkah Lebih Jauh...

Selepas beberapa lama, akhirnya saya berjaya memiliki kenderaan saya sendiri. Alhamdulillah...

Saya sebenarnya dah pun menempah kereta Persona sebelum dapat tahu yang saya dapat keje baru. Dan pada hari Selasa, kereta ni sampai gak. Segala urusan diuruskan adik saya sebelum ni. Segalanya berjalan dengan lancar.

Dengan adanya kereta ni, bolehlah saya ke Politeknik Muadzam Shah dengan kereta ni nanti. Tak perlu lahmenumpang orang lagi lepas ni. Saya dah boleh bergerak sendiri. Senang la sikit nanti....

Akhirnya, langkahan saya makin luas la lepas ni....Hehehe....

Osama Bin Laden Terbunuh...

Rasanya semua orang kenal siapa Osama Bin Laden. Osama menjadi orang paling dikehendaki dalam sejarah negara Amerika Syarikat setelah kejadian 11 September 2001. Dalam kejadian tersebut, rangkaian Al-Qaeda dikatakan bertanggungjawab melakukan serangan sehingga mengorbankan banyak nyawa. Pelbagai cara dilakukan oleh Amerikat syarikat untuk menangkap dan membunuh Osama. Banyak kali mereka gagal. 


Hari ini, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengumumkan bahawa tentera Amerika Syarikat berjaya membunuh Osama Bin Laden dalam satu serangan di Pakistan. Ini bermakna, penantian hampir 10 tahun untuk memburu Osama telah pun berakhir.


Turut disiarkan adalah gambar yang dikatakan mayat Osama setelah menjadi mangsa serangan tentera Amerika Syarikat. Ternyata berita kematian Osama ini menjadi berita utama seluruh dunia hari ini.


Segala kebenaran dan kesahihan tuduhan Amerika Syarikat terhadap Osama selama ini, hanya ALLAH tahu kebenarannya...

Selamat Datang & Selamat Tinggal...

Selamat datang kami ucapkan kepada warga baru MIS Pacific KB Mall, iaitu Azmer Azrin. Azmeer adalah Assistant Executive untuk MIS berkuatkuasa Mei 2011. Azmer sebelum ini adalah Supervisor untuk MIS The Store Jalan Padang Garong, dan kini telah dinaikkan pangkat menjadi Assistant Executive. Dengan kenaikan pangkat ini juga, Azmer dilantik menjadi Area Overseer untuk beberapa cawangan di wilayah Pantai Timur. Azmer akan memantau 4 cawangan iaitu Pacific KB Mall, The Store Jalan Padang Garong, The Store Kuala Terengganu dan The Store Kemaman.

Dengan kehadiran Azmer, diharapkan MIS akan menjadi sebuah department yang lebih disegani dan dihormati. Dengan segala pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki, saya yakin ianya mampu dilaksanakan. 

Antara kenangan bersama Syam.
Dalam suasana MIS menerima Assistant Executive, kami kehilangan pula seorang ahli keluarga MIS iaitu Syam. Hari ini merupakan hari terakhir Syam di MIS Pacific KB Mall. Syam mengambil keputusan untuk berhenti atas sebab-s…

Pahlawan Merah Kembali Kuasai Liga

Kelantan tidak mensia-siakan peluang untuk kembali menerajui liga. Semalam, Kelantan menewaskan Kuala Lumpur 2-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

Gol pertama dijaringkan oleh Piya pada seruh masa pertama, manakala gol kedua dijaringkan oleh S. Chanturu pada separuh masa kedua. kemenangan ini membolehkan Kelantan berkongsi masa dengan Selangor iaitu 33 mata. Namun, jumlah perbezaan jaringan yang lebih banyak membolehkan The Red Warriors kembali menjadi pendahulu liga.

Kini, misi utama skuad The Red Warriors adalah untuk memastikan bahawa Kelantan tidak lagi tercicir mata dan sekaligus kekal di tangga teratas. Selasa ini Kelantan akan menentang Johof FC di Pasir Gudang sebelum menanti kunjungan Kedah di Kota Bharu pada 7 Mei nanti.

Kepada skuad Kelantan, kekalkan rentak cemerlang. Buktikan pada semua, kita mampu menjadi juara....

Gomo Kelate Gomo...

(Kredit gambar kepada theredwarriors.com)