Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Salam Kemerdekaan Malaysia Ke 55 Tahun...

Tanggal 31... Bulan 8, 57... Hari yang mulia hari bahagia... Sambut dengan jiwa yang merdeka.. Lirik lagu nyanyian Allahyarham Sudirman sentiasa menjadi pilihan tiap kali menyambut perayaan kemerdekaan negara. Lagunya ringkas dan liriknya memberi semangat kepada semua. Di kesemoatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 55 tahun. semoga kita sebagai rakyat Malaysia sentiasa mempertahankan kemerdekaan ini dalam semua sudut. Bukan hanya pada kedaulatan negara, malah dari sudut minda, sosial, dan pemikiran. InsyaAllah, keamanan akan terpelihara... Merdeka...!! Merdeka...!! Merdeka...!!

Salam Aidilfitri...

Sedar tak sedar kita dah sampai ke penghujung Ramadhan. Macam mana dengan puasa tahun ni? Ok ke ? Di kesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Terutama kepada keluarga, saudara dan sahabat. Yang teristimewa, untuk tunang tersayang, Noraniza Safiee. Maaf zahir dan batin. Semoga kita dapat merayakan Aidilfitri kali ni dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. Dalam kita bergembira, ingatlah pada mereka yang tidak bernasib baik. Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf zahir dan batin...

Kursus PPK (Advance Network)...

Pada 7 hingga 12 Ogos lepas saya telah menghadiri Kursus PPK (Advance Network). Kursus yang dianjurkan oleh pihak HQ ni diadakan di AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur. Kursus PPK ni adalah kursus yang penting untuk semua PPPT DH kerana ianya termasuk dalam kriteria kecemerlangan untuk kenaikan pangkat. Sepatutnya saya kena gi dengan Bariey, tapi sebab Bariey dan start cuti bersalin, jadi saya kena gi sorang la. Sepanjang kursus ni, kami diajar mengenai network. Walaupun tajuk kursus ini 'Advance Network', tapi saya rasa intipati kursus ni takde lah advance sangat sebab banyak yang diajar tu tergolong dalam kategori basic network je. Cuma penceramah tu, En. Azli ambil inisiatif sendiri untuk menerangkan lebih lagi supaya ianya ada sikit unsur advance tu. Terima kasih la En. Azli ek...Hehehe... Bila gi kursus macam ni, mesti la dapat kenal ramai kawan baru. Peserta kursus adalah pensyarah dari poli-poli lain yang terlibat. Saya kenal dengan Sanjay dari Poli Kuching,

Sibuk Di Bulan Ramadhan...

Wah...Lama rasanya tak update blog ni. Sibuk sangat sekarang. Banyak benda nak kena buat. Puasa tetap puasa, keje tetap keje. Sekarang ni pun saya berada di KL. Ada kursus. Apa-apa cite saya akan kongsikan dalam post akan datang. Sekarang tak sempat...Hehehe... Saje letak gambar ni. Sebab laptop ni la peneman di kala sibuk...Hehehe...