Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2009

Tak Jadi Ke Chukai...

Hahaha...Hari ni saya tak jadi nak ke Chukai.

Semalam, saya dengan Man minta dengan Cik Faiz untuk tarik diri dari aktiviti hari ni. Cik Faiz setuju sebab kami ada 'alasan yang kukuh'. Tapi kali ni je. Lepas ni kami kena serta untuk aktiviti kalau dibuat di balai lain. Kami setuju je. Yang penting, bukan di Chukai. Hehehe...

Esok Gi Chukai Lagi...

Esok ada perhimpunan bulanan. Kali ni, majlis diadakan di luar dari Ibu Pejabat. Majlis diadakan di BBP Chukai. Nampaknya kami akan ke Chukai lagi kali ni.

Rasanya malas nak gi sana. Bukan apa, saya dan ada masalah sikit dengan Ketua Balai Chukai tu. Tapi nak buat macam mana, terpaksa la gi jugak.

Pagi esok kami akan bertolak dari Kuala Terengganu jam 5.00 pagi. Tak tahu la saya nak bangun kul berapa. Dah la saya sekarang ni susah nak tidur...Huhuhu...

Selamat Hari Jadi Kak Azni...

Semalam, saya dengan Man kena datang pejabat pada waktu petang. Dalam jam 6.30 petang kami sampai sebab ada kerja segera kena siapkan. Pengarah suruh hantar maklumat ke Ibu Pejabat di Putrajaya.

Masa duk buat kerja tu, Man belek la kalendar di atas meja Kak Azni. Tiba-tiba ternampak la tarikh yang ditanda pada kalendar tu. Tarikh tu adalah hari jadi Kak Azni iaitu pada 24 Februari, bersamaan hari ni. Jadi, saya dengan Man pun buat la rancangan untuk beri sedikit kejutan pada Kak Azni. Saya begitu bersemangat nak buat kejutan tu sebab tahun lepas Kak Azni dengan sukarela taja majlis kecil untuk hari jadi saya. Kali ni, saya pula nak beli kek untuk Kak Azni.

Lepas siap kerja, kami keluar makan sebelum keluar cari kek dan hadiah. Masa duk cari hadiah, jumpa pula dengan kawan yang kerja kat bomba ni, Black dengan Soderi. Saje je bagi tahu rancangan rahsia kami ni. Selain tu, Tasha, Kak Ida dan Cik Faiz juga terlibat dalam rancangan ni.


Kak Ida pegang kek untuk Kak Azni.

Pagi tadi, rancangan k…

Kehebatan 'The Red Warriors'...

Sebagai peminat bola sepak, khususnya pasukan negeri saya sendiri, Kelantan, tentu sekali saya bangga dengan pencapaian di awal musim pasukan The Red Warriors ini. Selepas 7 perlawanan Liga Super, Kelantan menjadi pendahulu liga berkelebihan 3 mata di hadapan Selangor di tempat kedua.

Ternyata kesungguhan KAFA berhasil musim ini untuk menghasilkan sebuah pasukan yang benar-benar mantap. Gabungan pemain-pemain ternama negara dengan pemain muda tempatan semakin meninggalkan impak yang maksima. Malah, dalam saingan Piala FA, Kelantan menepati status selaku pasukan pilihan apabila membenam PDRM 5-1 dalam perlawanan pertama pusingan kedua Sabtu lalu.

Namun, saya cukup berharap bahawa pencapaian Kelantan konsisten sepanjang musim. Bukan apa, memang selalu berlaku pada musim-musim lepas yang prestasi pasukan akan mula menurun di penghujung saingan liga. Harap-harap penyakit seumpama ini tidak lagi berulang.

Kepada pasukan Kelantan, ayuh berjuang hingga mencapai kejuaraan. Gomo Kelate Gomo...

p/s…

Hari Yang Bosan...

Hari ni bosan la pulak. Tak ada kerja nak buat. Bos cuti hari ni. Jadi, lepak je la kat pejabat.

Tapi hari ni banyak jalan kat luar la. Keluar beli nombor pin kat Bank Simpanan Nasional (BSN), lepas tu cari tiket bas pulak. Sempat lagi gi beli makanan jap kat A & W....Hehehe...

Tak apa la. Anggaplah hari ni rehat jap. Lagi pun semalam tak boleh nak tidur. Dalam kul 4.00 pagi baru boleh lelap...Huhu...

p/s : Macam mana dengan banner baru...? Ok tak...?

6 Kepada 2...

Sekarang ni dah musim kegawatan ekonomi. Orang sedang memperkatakan tentang sektor swasta yang sedang mengalami krisis kewangan sehingga menyebabkan ramai kakitangan yang terpaksa diberhentikan. Ramai yang terpaksa mencari pekerjaan lain.

Bagi mereka yang bekerja di sektor swasta, mereka merasakan bahawa kakitangan di sektor awam lebih bernasib baik ketika ini kerana tidak akan diberhentikan sepertimana mereka. Malah, ini mendorong pihak Kerajaan untuk cuba menyerap seramai mungkin mereka yang dibuang kerja ini ke sektor awam. Mungkin mereka yang terlibat gembira dengan berita ini.

Tapi, adakah masyarakat sedar bahawa ada juga di antara pekerja di sektor awam yang terjejas dengan situasi ekonomi sekarang..? Lebih tepat lagi, ada pekerja di sektor awam yang akan ditamatkan perkhidmatan kerana kegawatan ekonomi..?

Sebenarnya, dalam sektor awam ada beberapa jenis status kakitangan. Bukan semuanya kakitangan di sektor awam adalah berstatus kakitangan tetap. Ada lagi status lain seperti kakit…

2 Malam Yang Menyeksakan...

Sedihnya...Dah 2 malam tak boleh nak tidur. Tak tahu la nape. Tapi yang pasti, kalau berpanjangan macam ni, darah tinggi saya boleh datang balik...Huhu...

Ada sape-sape yang ada tips tak untuk masalah macam saya ni...?Boleh la kongsi-kongsi ek...

Tak Boleh Tidur...

Siang hari semalam saya rasa sakit kepala. Tak tahu la kenapa. Sebab darah tinggi atau sebab mata saya. Lepas makan Panadol petang tu, dah kurang sikit.

Tapi masalahnya ialah malam. Saya tak tahu kenapa tak boleh tidur. Kalau nak dikira, lampu dah tutup, dah baring kat atas katil. Tapi mata tak boleh lelap gak. Tunggu punya tunggu, dalam jam 5.30 pagi baru boleh lelap....Huhu...

Bangun awal pulak sebab hari ni dah kerja. Bila datang pejabat, mula la jadi tak tentu hala. Langgar meja la, langgar pintu la. Ngantuk punya pasal.

Balik ni nak kena ganti tidur balik la. Harap-harap tak ada masalah tidur malam ni...Huhuhu...

Suntikan...

Hari ni, Pejabat Kesihatan Kuala Terengganu menyediakan sesi suntikan Influenza secara percuma untuk semua kakitangan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Terengganu. Saya pun turut serta untuk mendapatkan suntikan ini. Maklumlah, kemudahan dah disediakan, guna je la kesempatan ni. Kalau kita buat sendiri lain kali, kena bayar. Lagi pun, suntikan ni untuk antibodi diri kita dari sebarang jenis selsema dan sakit yang berkaitan dengannya.

Pejabat Kesihatan ni pun sebelah pejabat saya je. Lagi la senang. Tak sakit pun. Cuma sekarang lengan saya dah mula rasa berat. Biasa la, suntikan macam ni akan meninggalkan sedikit kesan selepas diambil. Kesan sementara je. Nanti ok la. Yang penting, suntikan ni dapat lindungi diri selama setahun. INSYAALLAH....

Persoalan...

Sebagai manusia, tentu sekali kita tak dapat lari dari pelbagai persoalan dan permasalahan yang membelenggu hidup kita. Tak kisah la persoalan itu kecil atau besar. Yang penting, ianya tetap perlu diselesaikan.

Apabila manusia menghadapi permasalahan dan persoalan seperti ini, belum tentu cara yang digunakan untuk mengatasinya adalah cara yang terbaik yang sepatutnya dilakukan. Jika caranya betul, setiap permasalahan dan persoalan ini pastinya dapat diselesaikan dengan baik sekali. Namun, jika pendekatannya kurang sesuai, sudah tentu permasalahan itu tidak akan selesai, malah mungkin akan menimbulkan masalah-masalah serta persoalan lain pula.

Sekarang, saya memang ada banyak masalah dan persoalan yang berlegar-legar dalam otak saya ni tanpa diuruskan dengan sewajarnya. Bukan salah pendekatan, cuma saya lebih berhati-hati dalam membuat penilaian dan keputusan. Maklumlah, perkara yang melibatkan orang lain ni perlukan penyelesaian yang betul. Kalau tak, akan ada yang terasa hati.

Apa yang …

Peringkat Terakhir...

Selepas keputusan program PAC dikeluarkan pada 12 Januari lepas, saya selalu je buka laman web SPA untuk tengok tarikh temuduga untuk jawatan PTD (M41). Bukan apa, nak buat persiapan serba sedikit. Nanti tak la malu sangat bila dalam bilik temuduga nanti.

Hari Sabtu baru ni, semasa saya datang ke pejabat dengan Man, saya pun sempat jugak la buka laman web SPA. Akhirnya, saya tengok dah ada pun semakan untuk temuduga tu. Temuduga akan diadakan pada 4 Mac nanti di Pusat Temuduga SPA di Kota Bharu. Macam-macam perasaan ada. Maklumlah, selepas mengharungi 2 peringkat sebelum ni yang agak mencabar, akhirnya tiba untuk peringkat terakhir.

Macam biasa, saya tetap tidak meletak sebarang harapan yang tinggi untuk temuduga ni. Bagi saya, mungkin ini pengalaman yang boleh saya ambil. Maklumlah, ramai juga yang kandas semasa sesi temuduga ni. Ini kan pula saya yang serba kekurangan ni. Apa boleh saya buat, cuba yang terbaik. Kalau dah rezeki saya, ada la tu. Kalau tak ada rezeki, kena teruskan hidu…

Siapa Datang Ke Terengganu...?

Hehe...Saje nak buat soalan teka-teki...

Minggu lepas, kawan baik masa di UUM datang ke Terengganu. Sape lagi kalau bukan Mat. Dia datang ke Kuala Terengganu untuk beri latihan kepada mereka yang terlibat dengan kursus di M2Farm, sebuah agensi yang memberi latihan mengenai teknologi maklumat.

Memang saya terkejut bila Mat hantar sms beritahu yang dia berada di Kuala Terengganu. Sempat la 2 kali saya jumpa dia. Hari Selasa lepas, saya dan Man bawak Mat jalan-jalan di sekitar Kuala Terengganu pada sebelah malam. Lepas makan, kitaorang bawak gi tengok Masjid Kristal, Dataran Syahbandar, Pantai Batu Buruk, dan lain-lain lagi. Dalam kul 12 malam gak baru balik. Hari Khamis, saya bawak Bazlin dengan kawannya, Wati jumpa dengan Mat. Diaorang nak bagi hadiah kahwin yang tak sempat dihantar.

Saya tengok Mat sama je dengan dulu, cuma makin tembam. Maklumlah, makin bahagia lepas kahwin ni. Hehehe...Sempat gak sakat dia sebab ada lagi kesan inai kat jari. Biasa la, bleh dikira pengantin baru lagi. L…

Ada Kat Pejabat...

Hari ni saya dengan Man terpaksa datang ke pejabat. Bukan ada kerja pun, tapi kena tunggu pekerja-pekerja pencuci bangunann ni yang nak cuci karpet-kerpet di dalam pejabat. Maklumlah, orang bujang la kena tunggu.

Tapi tadi sempat gak kitaorang gi 'kejar' jentera bomba yang nak ke lokasi kebakaran. Ada rumah terbakar di Pasir Panjang. Lepas tengok kebakaran tu, kitaorang terus singgah beli nasi jap. Lapar la....Hehehe...

Dah Bertukar...

Audit ISO yang diadakan semalam rasanya tak ada masalah. Semua nampak lancar dan sempurna je.

Sebelah petang, saya dan Man mula buat pengubahsuaian pada susunan meja pejabat di tempat kerja saya ni. Lepas duk bincang dengan semua, akhirnya kami dapat susunan asas untuk dilakukan. Tak la banyak sangat pertukaran, hanya perubahan posisi je. Mungkin nak cari 'feng shui' yang sesuai...Hehehe...

Saya dan Man sambung kerja-kerja lepas waktu pejabat. Walaupun dah ada perancangan asas, tapi bila dah buat, macam ada je yang tak kena. Kena tukar balik mana-mana bahagian yang tak sesuai tu. Tukar-tukar semua, tak sedar dah jam 8.30 malam. Lama gak kami duk susun. Tapi nyata sekali kami puas hati dengan perubahan yang dibuat.

Bila datang kerja hari ni, ada sedikit perubahan kecil yang dibuat mengikut selera tuan punya meja. Kami pun buat je la. Yang penting kami selesa.

p/s: Macam naik rumah baru pulak...hehe

Hari Ni Sibuk Sikit...

Hari ni memang sibuk kat pejabat saya. Kejap lagi, Audit ISO dari Ibu Pejabat di Putrajaya akan datang. Macam biasa la kalau audit datang, semua jadi kelam kabut. Hehehe...

Harap-harap la semunya ok je nanti. Susah gak kalau banyak sangat yang tak kena. Nanti pening pulak nak susun balik.

p/s : Letihnya nak angkut fail...huhu

Betul Ke...?

Hari ni dah 1 Februari 2009. Sedar tak sedar, dah habis sebulan dalam tahun 2009 ni.

Sekarang tak sempat la nak post cerita. Dah la sibuk sebab audit nak datang lusa, internet pulak buat hal. Susah la nak cakap apa-apa. Kalau sempat boleh la, kalau tak senyap je la ek.

Ada gak member-member yang cakap saya ni susah nak dihubungi. Rasanya kenyataan tu kurang tepat kot. Saya pakai nombor telefon satu ni je. Saya pakai nombor ni sejak tahun 2003, iaitu sebelum saya masuk UUM. Tak pernah tukar nombor pun. Jadi, tak patut la nak cakap saya ni susah nak dihubungi. Mungkin dia je kot yang malas nak hubungi orang lain...Hehe...

Jadi, kepada kawan-kawan, kalau nak sms ke, telefon ke, saya masih setia menunggu. Nombornya masih sama. Tak tukar-tukar pun. Tapi kalau tak nak berhubung dengan saya, tak payah la cakap saya ni susah nak dihubungi ek...

Lu pikir la sendiri...Hehe...

p/s : Sori Nabil, gua guna ayat lu jap...Hehe