Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2008

Terima Kasih Semua...

Saya tak sangka sebenarnya ada orang nak sambut hari jadi saya. Terharu gak saya. Yela, dah lama tak sambut. Kek, kuih dan air ditaja sepenuhnya oleh Kak Azni. Terima kasih banyak-banyak Kak Azni ek....Hehehe....

Saya juga nak ucap terima kasih pada semua yang telah memberi ucapan selamat pada saya. Saya hargai ucapan dan ingatan anda semua pada saya sempena hari jadi saya ni. Yang hantar SMS, saya dah balas balik. Yang hantar ucapan dalam Friendster pun saya dah balas. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan.

Petang ni saya akan balik kampung sempena cuti Hari Kebangsaan 31 Ogos. Ditambah pula dengan awal Ramadhan yang mungkin tiba pada 1 September nanti, saya sambung cuti 2 hari lagi. Mungkin 3 September (Rabu) baru saya masuk keje balik. Jadi, saya pun online hari Rabu gak la ek...Hehehe...

Kelahiran Ku...

24 tahun lalu, di Hospital Besar Kota Bharu, lahirnya seorang bayi lelaki sekitar jam 10.45 pagi. Kelahirannya disambut gembira oleh sepasang suami isteri dengan penuh kesyukuran. Lahir sebagai anak kedua dalam keluarga, bayi ini dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu bapanya. Mungkin disebabkan 'sindrom anak kedua', dia menjadi agak pemalu dan pendiam di kalangan adik beradiknya. Namun, itu menjadikannya istimewa.



Genap umurnya 6 tahun, dia mula mengenal erti ilmu secara rasminya. Bermula di sebuah taman asuhan kanak-kanak, dia mula mengenal apa itu A, B, C...1, 2, 3...Alif, Ba, Ta...Bertubuh sederhana, dia mula dikenali dan disayangi oleh pengajar kerana kepintaran dan keunikan yang dimilikinya.




Setahun kemudian, bermulalah zaman persekolahannya. Bermula di darjah 1 Nilam dan 2 Nilam di SRK Ismail Petra (1), dia dipindahkan ke kelas pertama kerana kecemerlangan di dalam peperiksaan. Berada di darjah 3 Zamrud, 4 Zamrud, 5 Zamrud dan 6 Zamrud telah membuatkan dia se…

Permata Baru Keluarga Kami...

Jumaat lepas, 22 Ogos 2008, saya dan keluarga menerima seorang ahli baru dalam keluarga apabila kakak ipar saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Comel...Hehehe....

Hari Jumaat tu, kebetulan saya dah ada kat KB untuk exam SPA8. Pagi Jumaat, dalam jam 8.30 pagi, kakak saya masuk ke wad bila mengadu sakit perut. Dan dalam jam 6.25 petang, lahir la puteri kedua mereka.

Setakat hari Sabtu lepas, belum ada nama yang diberi. Buka tak ada idea, tapi banyak sangat cadangan nama yang cantik. Semua orang nak cadangkan nama. Adik saya bagi nama lain, ayah saya bagi nama lain. Tu tak termasuk lagi abang saya dan sepupu-sepupu saya.

Tapi mungkin sekarang dah bagi nama kot. Saya tak sempat tanya lagi. Minggu ni saya balik KB lagi. Sambut merdeka dan awal Ramadhan di rumah. Sambil-sambil nak main dengan puteri baru ni. Hehehe...

Tapi apa yang pasti, dua-dua anak saudara saya ni akan mengikut cara saya sebab dua-dua lahir bulan 8, macam saya gak...Hehehe



Syafika bermain dengan adik. Dia cakap dia…

Audit Dalaman Di JBPM Terengganu...

Semalam, 5 orang pegawai dari Ibu Pejabat JBPM Putrajaya datang ke sini untuk melakukan audit dalaman. Audit ni adalah sempena pertandingan Hari Q. Jadi, memang la sibuk nak bersiap-sedia.

Apa yang disemak adalah fail-fail induk, fail peribadi dan buku perkhidmatan kakitangan. Mereka akan menyemak dan memberi markah bagi setiap kecekapan dan kelemahan. Selepas disemak, mereka memberi taklimat kepada kakitangan mengenai keputusan keseluruhan yang diperolehi.

Hari ini, mereka akan bertolak ke Kelantan pula untuk melakukan audit di sana pula. Tapi tu audit dari ibu pejabat di Putrajaya. 11 September nanti, audit dari KPKT pulak nak datang. Sibuk lagi la nanti....

One Nation Emcees Juara Gangstarz 2...

Akhirnya, setelah 4 bulan bersiaran, Gangstarz 2 melabuhkan tirainya semalam dengan menobatkan One Nation Emcees dari Malaysia sebagai juara, menewaskan 4 kumpulan lain iaitu Akasia (Malaysia), D'Reborn (Indonesia), 3.5 dan Paragon Child (Filipina).

Setiap kumpulan dikehendaki membuat 2 persembahan iaitu persembahan solo dan duet bersama artis pilihan. Paragon Child berduet bersama Ezlynn, 3.5 bersama Lah Ahmad, D'Reborn bersama Dayang Nurfaizah, Akasia bersama Norazina Idris, dan One Nation Emcees memilih Jeffrydin sebagai duet.

Secara keseluruhannya, persembahan dari setiap finalis adalah hebat. Malah, namun yang paling mencuri tumpuan adalah kemunculan Jeffrydin bersama kumpulan One Nation Emcees. Jadi, tidak hairanlah kumpulan ini mendapat jumlah pungutan bintang paling banyak dari juri.

Secara peribadi, saya cukup menyokong kumpulan One Nation Emcees kerana identiti kumpulan mereka cukup unik. Malah mereka menepati pilihan saya untuk menjadi juara bagi musim kedua ini. Seba…

Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41...

Sabtu lepas, seperti yang saya maklumkan dalam post saya, saya terpilih untuk menduduki Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41. Saya ditempatkan di Dewan B, SMK Zainab 1. Saya tiba awal kerana calon dikehendaki berada 30 minit awal sebelum peperiksaan bermula.

Peperiksaan ini mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian 1 dan 2. Bahagian 1 mengandungi 5 pecahan iaitu Seksyen A, B, C, D, dan E. Manakala Bahagian 2 pula mengandungi 1 pecahan saja iaitu Seksyen A.

Bahagian 1, Seksyen A mengandungi soalan-soalan umum berkaitan Malaysia, alam sekitar dan perkara umum yang lain. Terdapat 40 soalan yang perlu dijawab dalam masa 45 minit. Antara soalan ialah tuan rumah kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 dan juga Tokoh Maulidur Rasul 2008.

Bahagian 1, Seksyen B pula mengandungi soalan-soalan penyelesaian masalah, iaitu soalan matematik. Skop adalah matematik peringkat SPM dan 40 soalan mesti diselesaikan dalam 45 minit.

Bahagian 1, Seksyen C pula adalah soalan-soalan pemahaman Bahasa Mela…

Kedah : Juara Terulung...

Semalam, satu lagi sejarah tercipta di dalam Liga Malaysia. Buat pertama kalinya, sebuah pasukan berjaya memenangi 3 kejuaraan untuk 2 musim berturut-turut. Siapa lagi kalau bukan pasukan Kedah. Setelah memastikan kejuaraan Liga Super dan Piala FA, Kedah semalam mempertahankan Piala Malaysia untuk melengkapkan tahun gemilang buat mereka. Menang 3-2 ke atas musuh ketatnya musim ini, Selangor merupakan sesuatu yang bernilai.

Selangor berjaya mendapatkan gol awal hasil kesilapan penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Ilyas. Bola muntah dari tendangan percuma berjaya disambar oleh Frank Seator untuk menghasilkan gol pertama Selangor. Namun, setelah berhempas pulas menyusun kembali rentak mereka, Kedah akhirnya berjaya menyamakan kedudukan melalui umpanan Nelson kepada Marlon Alex James yang berjaya disudahkan dengan begitu sempurna. Seminit kemudian, Kedah pula berada di depan. Hasil bola lantunan keluar oleh pertahanan Selangor, Nelson melepaskan rembatan kencang untuk menghasilkan gol kedua Keda…

Nak Balik KB...

Petang ni saya akan balik KB sebab hari sabtu ni ada peperiksaan SPA untuk pelbagai jawatan Gred 41. Tak tahu la macam mana nanti. Saya memang tak buat apa-apa persiapan pun. Maklum la, sekarang sibuk kat pejabat sebab audit dari ibu pejabat Putrajaya akan datang tak lama lagi.

Saya sempat gak tanya pada kawan yang dah ambil peperiksaan ni Januari lepas. Mana la tau ada maklumat yang boleh bantu saya. Dia cakap semua tu atas kita sendiri, terutamanya pada bahagian mengenai sahsiah.

Apa pun, doakan la semoga saya dapat jawab dengan betul. Mana la tau, kalau ada rezeki, saya akan dapat menjawat jawatan Gred 41 ni...

p/s : Dah lama tak ambik peperiksaan. Last sekali April 2007. Tiba-tiba jadi takut plak...Hehehe

Lawatan Kerja Kakitangan KPKT Ke JBPM Negeri Terengganu..

Hari ni ada 4 orang pegawai dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan datang ke JBPM Negeri Terengganu untuk urusan kerja. Mereka akan menilai dan membuat keputusan mengenai barang-barang komputer yang akan dilupuskan oleh pihak kami. Terdiri dari pegawai bahagian sistem maklumat.

Biasa la, kalau dah orang dari Putrajaya datang ke pejabat, mesti la banyak kerja nak kena buat. Saya pun memang sibuk pasal pelupusan ni. Nak kena tolong semak dan kumpul-kumpul barangan yang akan dinilai. Tapi mujurlah semuanya berjalan dengan lancar.

Tapi sebenarnya saya tak boleh rehat lagi. Dalam tempoh 2 minggu dari sekarang, pihak Ibu Pejabat JBPM Putrajaya akan datang untuk membuat audit di bahagian saya. Jadi, sekarang dah sibuk kemaskini maklumat-maklumat yang akan diserahkan kepada pihak yang akan membuat audit nanti. Banyak rupanya yang tak dikemaskini. Mati la kali ni...Huhuhu....

p/s : Terpaksa la guna kuasa 'superhero' yang saya ada untuk melalui detik genting ni....Hehehe

Hanya Perak Buat Lee Chong Wei...

Semalam merupakan malam yang mendebarkan bagi seluruh rakyat Malaysia. Detik-detik perlawanan akhir badminton Olimpik Beijing 2008 menemukan pemain tuan rumah yang juga pilihan pertama, Lin Dan menentang pemain tunggal Malaysia yang juga pilihan kedua, Lee Chong Wei.

Bermula perlawanan, saya menjangkakan Lin Dan bakal mendapat tentangan sengit dari Chong Wei. Namun, dari apa yang saya lihat, Chong Wei gagal menyerap tekanan apabila menentang pilihan pertama itu di hadapan ribuan penyokong tuan rumah yang fanatik dengan kemungkinan memperolehi emas ke-3 dari badminton. Persembahan Chong Wei kurang bertenaga, manakala Lin Dan pula seakan-akan sukar dicabar.

Chong Wei cuba untuk bangkit, namun dia bagaikan tiada formula untuk menumbangkan jaguh 'Tembok Besar China' itu. Namun, secara jujurnya, pujian harus diberikan kepada Chong Wei yang mampu berjuang hingga ke perlawanan akhir. Setelah Malaysia gagal membawa pulang pingat pada 2 temasya sebelum ini, kini pingat perak sudah pun di…

Lawatan Ke Kelantan...

Hehe...Pelik je. Saya orang Kota Bharu, tapi buat lawatan ke Kelantan. Sebenarnya semalam saya mengikuti rombongan dari kakitangan pejabat saya ke kenduri perkahwinan anak kepada seorang pegawai bomba di Terengganu ni. Majlis diadakan di Pengkalan Chepa. Pada mulanya saya merancang nak balik KB je hari Khamis, tapi tiket dah abis. Jadi, terpaksa la ikut rombongan ni.

Bertolak dari Kuala Terengganu kira-kira jam 8.30 pagi. Kami menaiki bas JBPM Terengganu. Ramai gak la yang ikut serta. Dalam pukul 11.30 pagi kami sampai di rumah pengantin. Menurut bapa pengantin, majlis akad nikah baru sahaja selesai. Kitaorang tak la lama sangat kat sana. Dalam 40 minit je. Lepas tu bertolak ke destinasi kedua, Rantau Panjang.

Hehe...Saya macam pelancong pulak, ikut gi jalan-jalan ke Rantau Panjang. Walaupun hakikatnya dah banyak kali saya datang sini. Saya ikut je diaorang gi jalan-jalan. Sambil-sambil tu, kena jadi penjaga kepada 2 orang anak dara yang duk beli barang. hehehe...Saya sendiri tak beli a…

PIKOM PC Fair 2008...

Hari ni bermula la PIKOM PC Fair 2008. Berlangsung selama 3 hari (14-16 Ogos 2008), ianya diadakan serentak di Terengganu dan Kelantan. Di Terengganu, Terengganu Trade Center (TTC) menjadi tapak karnival, dan di Kelantan diadakan di KB Mall.

Jadi, kepada sesiapa yang berminat,boleh la gi jenguk-jenguk harga. Mana la tau ada yang berkenan. Saya pun nak gi gak, lepas balik kerja petang ni. Hehehe...

p/s : Tak tahu harga lagi, jadi tak leh agak nak beli apa...

Potret Keluarga...

Hehe...Mula-mula saya tengok gambar ni, saya dah tergelak besar. Bukan apa, macam betul je dia susun anak-anak ayam tu. Konon-konon nak buat potret keluarga la....

Saje je suka-suka nak kongsi gambar ni...Mana la tau kot-kot lepas ni ada sape-sape yang berminat nak susun gambar kambing pulak...Hehehehe



Keluarga En. Ayam...

p/s : Credit kepada Asscrewz.com

Perasaan Ku...

Sejak kebelakangan ni, makin ramai pulak member-member yang kahwin. Semuanya boleh dikatakan muda-muda lagi. Mungkin mereka dah bersedia kot. Tambahan pula dah ada kerjaya sendiri. Jadi, memang dah layak la kalau nak kahwin. Ada yang kahwin 2,3 tahun lepas, sekarang anak pun nak masuk 2,3 orang. 'Produktif' betul....Hehehehe.... Bukan apa, saya tumpang gembira bila tengok kawan-kawan saya bahagia. Tentunya pilihan yang dibuat adalah terbaik untuk mereka. Jadi, jodoh dah sampai, tak elok la dilambat-lambatkan.

Saya pulak masih lagi macam ni. Kerja pun tak tetap lagi. Masih terumbang-ambing mencari hala tuju hidup. Masih banyak lagi misi yang belum tercapai, terutamanya berkaitan dengan keluarga saya sendiri. Tentulah saya nak bahagiakan dulu kedua ibu bapa saya. Kemudian, barulah boleh nak fikir pasal kahwin. Maksudnya,lambat lagi la tu. Hehehehe.....

Tapi sekarang ni jiwa saya macam 'memberontak' setiap kali melihat kawan-kawan saya berumah tangga. Atau pun melihat kawan…

5 Kumpulan Layak Ke Peringkat Akhir Gangstarz 2008...

Hari ni saya nak cakap pasal keputusan Gangstarz 2008 semalam. Bukan apa, dalam banyak-banyak rancangan realiti hiburan ni, Gangstarz ni antara yang saya paling minat....Hehehe....

Semalam merupakan konsert penentu bagi 6 kumpulan untuk bersaing ke peringkat akhir Gangstarz 2008. 6 Kumpulan yang tinggal adalah Akasia dan One Nation Emcees dari Malaysia, D'raz dan D'Reborn dari Indonesia, dan Paragon Child dan 3.5 dari Filipina. Memang saya ternanti-nanti konsert semalam sebab nak tahu siapa yang akan beraksi di peringkat akhir. Juri jemputan semalam adalah Fauziah Latif.

D'Reborn membuka tirai persembahan semalam. Persembahan menarik dari mereka yang mendendangkan lagu-lagu menarik, antaranya Mentera Semerah Padi. Mereka menjadi satu-satunya kumpulan yang mendapat 5 bintang dari Haikal dan Ajai, dan seakan-akan mengukuhkan kedudukan ke peringkat akhir.
(Jumlah bintang = 5,4,5)



Kemudian persembahan kedua pula ialah dari kumpulan Akasia. Menampilkan lagu-lagu seperti Anggapan Mu…

Teringat Kenangan Lama...

Tak tahu la kenapa sejak kebelakangan ni saya duk ingat kenangan-kenangan lama, terutamanya bersama kawan-kawan. Yang paling istimewa tentulah zaman persekolahan dan kehidupan di kampus. Rasanya baru je setahun lebih saya meninggalkan alam kampus ni, tapi 'rindu' untuk jumpa kawan-kawan macam dan 10 tahun tak jumpa. Masa Majlis Konvokesyen dulu pun, tak dapat jumpa semua kawan. Lagi la bertambah rindu kat diaorang. Hehehe....

Minggu lepas, Faisal, kawan baik semasa Tingkatan 6 dulu ada la hantar SMS. Dia bagi tahu yang adik angkat kitaorang dah ada anak dua. Adik angkat dah ada anak dua...? Adik angkat mana pulak ni...Hehe...Rupa-rupanya Fatihah. Kalau nak tahu, masa saya di Tingkatan 6 Atas (2003), saya ada terlibat kemalangan sehingga saya terpaksa tidur di wad semalaman. Faisal la yang sukarela nak teman saya kat wad tu. Sebelah katil saya tu ada seorang budak perempuan, tingkatan 2, yang terkehel tulang bahu akibat dilanggar dengan basikal...Hehe...Langgar lari versi budak …

Peperiksaan Jawatan Gred 41 SPA...

Mak saya ada call dari Kota Bharu. Dia nak bagi tahu yang ada surat dari SPA. Suruh gi ambik peperiksaan untuk jawatan Gred 41. Terkejut gak. Ingatkan tak dapat. Tapi mujur la dapat. Mati-mati saya ingat kena isi balik. Maklum la, member-member saya dah dapat lama. Tapi saya baru je dapat.

Peperiksaan tu 23 Ogos ni. Mengikut surat tu, tempatnya kat SMK. Zainab 1. Nampaknya kena balik kampung lagi la....Hehehe...

Temuduga Di Kumpulan Ehsan Berhad...

Macam yang saya cerita minggu lepas, saya dipanggil untuk temuduga di Farmasi Ehsan, Pasir Puteh untuk jawatan Pengurusa IT di Kumpulan Ehsan Berhad. Saya awal-awal lagi dah sampai kat Pasir Puteh sebab nak cari tempat tu. Rupa-rupanya tepi jalan je...Hehehehe...

Sebenarnya temuduga ni ada untuk 3 jawatan. Pembantu Pemasaran, Pengurus IT, dan Pembantu Stor. Ramai gak la yang dipanggil.

Semasa temuduga tu, saya jawab memang yakin. Rasanya tak ada masalah la kalau tengok 'prestasi' saya semasa temuduga tu. Cuma 1 perkara yang menjejaskan peluang saya mendapat jawatan tu, dan sememangnya saya tak dapat jawatan tu. Perkara tu adalah kerana saya tak ada lesen memandu...Huhuhuhu.....

Rasa macam rugi je. Peluang nak dapat kerja cerah, tapi bila dah tak ada lesen, terus tertutup peluang. Apa kan daya, dah nasib badan. Bukannya saya tak pernah buat lesen, tapi lesen saya sampai L je. Pastu kena 'tipu' dengan sekolah memandu tu. Waaarghhhhhhh.....Tension betul bila ingat balik kat …

Yes...

Hehe...Gembira je bila server kat pejabat ni dah ok...Beberapa hari lepas tak dapat nak on-line sebab server ada masalah...Hari ni dah ok sebab semalam orang datang repair...

Banyak gak benda yang saya nak cerita...Takpe, nanti saya kongsi ek....