Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Salam AidilAdha 1433H / 2012M...

Esok kita akan menyambut AidilAdha. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha 1433H / 2012H untuk semua saudara, sahabat dan sesiapa juga yang mengikuti blog saya ini. Semoga kita dapat sama-sama mengerti tentang erti pengorbanan yang sebenar. InsyaALLAH...





Sesi Pembentangan Projek Akhir Pelajar Sesi Jun 2012...

Ok..Saya dah selamat sampai KB. Pagii tadi gerak dari Muadzam kul 7 pagi.

Tapi kali ni saya bukan nak cerita pasal saya balik KB. Tapi nak kongsikan gambar semasa sesi pembentangan projek akhir pelajar yang diadakan semalam. Sesi pembentangan ini dalah sesii penilaian bagi pelajar semester akhir yang melaksanakan projek akhir mereka. Walaupun sesi penilaian lambat siap, tapi semuanya berjalan dengan lancar.

Saya kongsikan antara gambar yang sempat diambil semalam...




























Detik Gemilang Sukan Negara...

Semalam, 21 Oktober 2012, menjadi detik gemilang sukan negara apabila Malaysia mencapai kejayaan dalam 3 sukan berbeza.
Pertama adalah dalam perlumbaan Moto GP. Pelumba negara yang beraksi dalam saingan Moto 3 GP dunia, Zulfahmi Zainuddin berjaya menduduki tempat ke-2 dalam perlumbaan di Litar Sepang. Ini menjadikan Zulfahmi rakyat Malaysia pertama menduduki podium dalam saingan perlumbaan motosikal peringkat dunia. Malah, pelumba wildcard negara, Hafisz Syahrin yang beraksi dalam saingan Moto2 GP turut mencipta sensasi apabila berjaya menduduki tempat ke-4 keseluruhan walaupun hanya bermula di tempat ke-27 pada permulaan. Lebih membanggakan, Hafisz sempat menduduki tempat pertama untuk 3 pusingan sebelum kembali dipintas pelumba lain. Ini jelas sekali membuktikan bahawa Malaysia memiliki barisan pelumba yang sememangnya berbakat. Saya yang menyaksikan perlumbaan di kaca tv agak teruja, terutama bila mendengar pengulas memuji kedua-dua pelumba negara ini yang berjaya menampilkan perse…

Kelantan Juara Treble 2012...

Kelantan mengukuhkan status sebagai kuasa baru bola sepak negara apabila memenangi piala ketiga untuk musim ini. Tahniah buat skuad The Red Warriors.

Pada perlawanan akhir Piala Malaysia semalam, Kelantan menewaskan ATM dengan jaringan 3-2 selepas perlawanan berlanjutan hingga masa tambahan. Kemenangan semalam adalah kemenangan kali kedua Kelantan bagi saingan Piala Malaysia selepas kali pertama pada 2010.

Perlawanan semalam menepati selera peminat apabila 5 gol berjaya dijaringkan. Gol pertama dimiliki Kelantan pada minit ke 43 permainan apabila cubaan Norshahrul Idlan Talaha gagal ditangkap kemas Farizal Harun, penjaga gol ATM.





Bermula separuh masa kedua, Kelantan tersentak apabila pertahanan kental, Subramaniam terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan. ATM mengambil peluang ini untuk menjaringkan gol menyamaan hasil rembatan Rizal Zambery Yahya yang terbias terkena Obinna. Namun, kegembiraan ATM hanya bertahan seminit apabila Norshahrul sekali lagi muncul pemusnah apabila menjaringk…

Menanti Detik Sepak Mula...

Hari ni bakal menjadi hari bersejarah bagi salah sebuah pasukan yang beraksi dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2012. Adakah ATM mampu menjadi juara buat pertama kali dalam sejarah? Atau Kelantan bakal mencipta sejarah tersendiri apabila memengangi treble untuk satu musim?
Sebagai penyokong The Red Warriors, tentu sekali saya nak tengok Kelantan menang. Tapi saya tidak menafikan kehebatan pasukan ATM yang dibimbing bekas pengendali Kelantan, B. Sathianathan. Mereka memiliki barisan pemain bintang dan digelar 'Manchester City Malaysia. Ramai pemain negara berada dalam pasukan yang diberi jolokan The Gladiators.
Walaupun tanpa kelibat Ghaddar dan Farhan, saya harap Kelantan tetap mampu memberi saingan kepada ATM. Tahun lepas kita dah terlepas Piala Malaysia ni. Tahun ni kena bawak balik Piala Malaysia kembali ke Kelantan...
Buat semua pemain, selamat berjuang. Walaupun ralat sebab tak dapat menonton perlawanan akhir di stadium, saya tetap akan menyokong dengan penuh semangat. Do…

Kesibukan Masih Melanda...

Lepas Aidilfitri lagi saya memang sibuk. Banyak sangat keje nak kena selesaikan. Keje akademik dengan keje sampingan sama banyak. Tak tau nak wat yang mana dulu...Huhuhu...

Kali ni saya bukan nak merepek. Cuma nak kongsi 2 aktiviti yang berlangsung dalam bulan seminggu ni. Pertama ialah Hari Polibriged yang telah diadakan pada 12 dan 13 Oktober lepas. Hari Polibriged ni diadakan bagi menilai para pelajar yang mengambil AR101 Ko-Kurikulum. Pemarkahan yang diambil ialah bagi markah perkhemahan, memasak dan protokol. Malah turut diadakan pertandingan kawad kaki antara jabatan. Semua acara telah diadakan di Kompleks Sukan PMS.











Banyak gak ragam-ragam budak-budak ni yang dapat dilihat. Program tetap diteruskan walaupun hari hujan. Sebab tu pelajar terpaksa buat khemah dalam dewan. Hehehe...Macam lawak pulak berkhemah dalam dewan. Tapi nak wat camne. Dah terpaksa...Hehehe...

Itu pasal Hari Polibriged. Aktiviti kedua minggu ni adalah Latihan Kebakaran atau fire drill. Fire drill untuk kamsis …

Karnival Sukan Olahraga MSP 2012...

Pada 27 hingga 30 September lalu, telah berlangsung Karnival Sukan Olahraga Majlis Sukan Politeknik Yang ke-14. Politeknik Muadzam Shah menjadi tuan rumah untuk kejohanan kali ini.

Saya juga terlibat dengan karnival ini dengan menjadi AJK Hadiah. Tugas saya dan AJK Hadiah adalah mendapatkan data pemenang dan menguruskan sesi penyampaian hadiah dan pingat kepada pemenang dan wakil kontijen.

Sememangnya ini tugas baru saya dan saya tak pernah terlibat dengan tugas seperti ni sebelumnya. Banyak gak cara baru yang saya belajar kali ni. Mujur la ketua AJK HAdiah, Dayah banyak bagi maklumat untuk perjalanan karnival ni.









Walaupun letih, tapi rasa seronok gak bila dapat pengalaman baru ni. Macam-macam benda baru boleh dibuat sepanjang karnival ni. Kami dalam AJK Hadiah pun selalu berbincang dan 'mengumpat' sepanjang karnival berlangsung. Cuma tugas kami tak selesai lagi sebab nak kena siapkan sijil kepada peserta, pemenang dan juga jawatankuasa terlibat. InsyaAllah, kami akan siapkan …