Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2008

Selamat Tinggal 2008...

Seperti yang dijanjikan, hari ni saya ingin menyorot kembali beberapa perkara yang berlaku pada saya sepanjang tahun 2008. Maklumlah, hari ni adalah hari terakhir dalam tahun 2008. Secara tidak langsung, boleh juga la saya menilai kembali apa yang berlaku untuk pedoman dan panduan sepanjang tahun baru 2009 ni, serta tahun-tahun yang akan datang.

Pertama sekali, saya ingin menyingkap kembali peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku dalam pekerjaan saya sepanjang tahun 2008. Seperti yang semua sedia maklum, tugas saya sebagai Pembantu Sistem Maklumat secara sambilan menjadi pekerjaan saya yang pertama selepas tamat pengajian. Bekerja di tempat saya menimba pengalaman sepanjang menjalani praktikal sedikit sebanyak membantu saya untuk menyesuaikan diri. Sedikit demi sedikit, kakitangan lain mula merasai dan menerima kehadiran saya di sini. Malah, berbekalkan pengalaman ini, bukan sesuatu yang sukar untuk saya menonjol dan menjadi antara 'nadi utama' di pejabat.

Saya semakin dipercay…

Salam Maal Hijrah 1430 H...

Salam Maal Hijrah 1430 H....

Hari ni merupakan hari kedua di dalam tahun baru Islam iaitu 2 Muharam 1430 H. Pelbagai perasaan dapat dirasai sepanjang menyambut tahun baru Islam kali ni kerana beberapa kejadian yang berlaku di seluruh dunia.

Di negara kita, suasana sedih menyelubungi rakyat sekalian, terutamanya rakyat jelata di Negeri Sembilan apabila Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan mangkat pada 27 Disember lalu akibat serangan angin ahmar. Almarhum dimakamkan semalam dengan penuh adat istiadat setelah selesai majlis pemasyuran Yang DiPertuan Besar yang baru.

Malah, negara kita dikejutkan juga dengan kebiadapan sebuah laman blog yang secara terang-terangan menghina Nabi Muhammad S.A.W. melalui tulisannya serta karikatur yang cukup biadap. Pelbagai pihak bangkit menyatakan kemarahan dan kekesalan terhadap tulisan blog ini yang belum dipastikan kesahihan pemiliknya. Ternyata situasi ini sekali lagi mencetuskan kemarahan umat Islam ni negara kita, terutama sekali menjelangnya sambutan …

Selamat Pengantin Baru...

Hari ni saya dah masuk pejabat. Tapi bosan sikit sebab internet yang tak menentu ni. Tak tahu nak buat apa.

Sebenarnya, hari ni saya nak ambik kesempatan untuk ucap Selamat Pengantin Baru kepada sahabat saya sewaktu di UUM, Mohamad Bin Kamal (Mat) yang dah melangsungkan perkahwinannya dengan Noor Fazlina Abd Kadir (Maya). Majlis di umah Maya pada 13 Disember, manakala di umah Mat ialah semalam, iaitu 27 Disember.

Pada mulanya saya memang bercadang nak ke majlis di umah Mat kat Perak. Saya ajak Man dengan Sedi. Semuanya tak ada masalah. Tapi bila dah dekat dengan tarikh, Sedi dan Man tak dapat gi. Diaorang ada komitmen lain masa tarikh tu. Jadi, saya pun buat keputusan untuk pos je hadiah. Bukan apa, saya tak pernah nak gi sana. Kalau saya je yang gi, nanti akan menimbulkan masalah pada pihak pengantin...Hehehe...

Apa pun, saya harap Mat dan Maya terima la pemberian saya yang murah tu. Yang pasti, doa saya sentiasa mengiringi kehidupan kalian berdua. Semoga bahagia selamanya....

p/s : Rama…

Hujung Tahun Yang Sibuk...

Bila dah masuk hujung tahun, banyak perkara perlu diselesaikan. Maksud saya, urusan pejabat la...Hehehe....

Sekarang, kerja kat pejabat dah berlambak atas meja. Tak tahu nak buat mana dulu. Memang pening la sekarang. Dah la nak cuti pulak, tertangguh lagi la kerja.

Tak cukup dengan waktu pejabat, saya dengan Man dah mula buat kerja lebih masa. Malam-malam, kitaorang datang ke pejabat. Bukan apa, nak siapkan banyak kerja lain lagi.

Apapun. sempat lagi saya kemaskini blog saya ni. Seminggu dua ni macam tak sempat je nak kemaskini....Hehehe...

p/s : Tunggu coretan istimewa saya sempena tahun baru.....Hehehe...

Asam Garam Kehidupan...

Dah seminggu saya tak kemaskini blog saya. Banyak benda nak kena buat, banyak benda nak kena fikir. Maklumlah, dah hujung tahun.

Lepas balik dari program PAC minggu lepas, teruk jugak saya duk tahan sakit badan. Habis sakit 'otot-otot' saya lepas lama tak bersenam dan bersukan. 4,5 hari gak la duk jalan tak betul...Huhu...

Sepanjang seminggu ni, saya lebih banyak menghabiskan masa dengan bermuhasabah diri. Terutamanya selepas PAC yang menyedarkan betapa kerdilnya diri saya jika dibandingkan dengan calon lain. Tak pelah, kalau ada rezeki, dapat. Kalau tak, saya tak kisah.

Minggu lepas juga saya sibuk dengan pengiraan untuk bonus saya tahun ni. Tak banyak pun saya dapat. Dalam RM 500 lebih je sebab ada pengiraan yang khusus untuk kakitangan sambilan macam saya ni.

Tapi yang paling membuat saya 'gembira' adalah berita mengenai pertukaran 'musuh' saya yang akan ke BBP Chukai bermula Januari ini. Ini bermakna, saya tak perlu lagi tengok muka buruk dia tu lepas ni....Hah…

Coretan PAC Di INTIM...

Seperti yang saya janjikan, hari ni saya nak kongsi pengalaman saya sepanjang program PTD Assessment Center (PAC) yang berlangsung pada 12 Disember lalu.

Untuk pengetahuan semua, bermula edisi kali ini, format untuk program PAC telah diubah untuk disesuaikan dengan keperluan dan keadaan semasa. Jika sebelum ini, para peserta akan berkampung selama 3 hari di pusat aktiviti, tetapi bermula edisi kali ini, hanya sehari digunakan untuk penilaian. Dengan kata lain, tempoh program ini telah disingkatkan. Namun, pengisiannya tetap sama.

Saya bertolak dari bandar Kuala Terengganu seawal jam 6.30 pagi dengan menaiki kenderaan jabatan. Saya cukup berterima kasih kepada bos saya kerana telah menguruskan pengangkutan saya ke tempat program, iaitu Institut Tadbir Negara (INTAN) Wilayah Timur di Chukai, Kemaman. Tanpa ada sebarang masalah sepanjang perjalanan, saya tiba di INTAN pada jam 8.30 pagi, lebih awal dari yang dijangkakan.

Sesi pedaftaran bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 9.30 pagi. Setibany…

Esok Yang Ditunggu-tunggu...

Esok, saya akan ke Kemaman untuk menjalani program PAC. Segalanya akan terjawab esok.

Secara jujur, saya langsung tidak bersedia untuk program esok. Saya tak tahu apa yang perlu dilakukan esok. Mungkin teruk, mungkin juga sederhana saja. Apa pun, saya akan cuba lakukan setakat termampu.

Sekali lagi, doakan kejayaan saya....hehehe...

p/s : Saya akan ceritakan suasana program minggu depan...Jadi, tunggu....

Dah Mula Kerja...

Hari ni saya dah mula masuk pejabat. Walaupun masih dalam suasana raya, tapi terpaksa la masuk pejabat gak...Huhu...

Raya kali ni biasa je. Tak la meriah sangat sebab hari hujan. Duduk kat umah je. tak leh jalan mana-mana pun.

Cuma saya masih lagi terpikir pasal program PAC yang saya akan jalani Jumaat nanti. Mengikut surat, ianya diadakan sehari sahaja. Mungkin berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini yang diadakan dalam masa 3 hari. Jadi, tak dapat la nak agak apa yang akan dilakukan nanti.

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1429H...

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam AidilAdha kepada semua.

Semoga kita menghayati erti pengorbanan sebenar.

Bercuti Untuk Aidiladha...

Hari ni saya balik kampung. Harap-harap jalan dah boleh dibuka untuk semua laluan. Maklum lah, cuaca dah cerah. Banjir mesti dah surut.

Hari Ahad nanti, terpaksa la cuti. Isnin dah raya. Lagi pun, boleh la tenangkan fikiran sebelum saya menghadiri program PAC tu. Hehehe...

Hari Selasa saya akan bertolak ke Terengganu semula.

p/s : Tak seronok raya bila hati duk risau...Huhu...

Program PTD Assessment Centre (PAC)...

Banjir oh banjir...Dah sampai pun musim banjir...Hehehe...

Saya bukan nak cakap pasal banjir sebenarnya. Ada benda lain yang saya nak kongsikan. Kalau tengok pada tajuk hari ni, program PTD Assessment Centre (PAC), ianya sebenarnya merupakan satu program yang saya akan sertai.

Hujung bulan Ogos lepas, saya ada menjalani peperiksaan untuk Skim Gred 41 yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Saya menduduki peperiksaan untuk 3 jawatan iaitu Pegawai Tadbir dan Diplomatik (M41), Pegawai Tadbir (N41) dan Pegawai Pembangunan Masyarakat (S41). Keputusan peperiksaan ini diketahui awal November lepas. Saya hanya lulus untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik(M41) atau PTD. Saya memang tak jangka kerana menurut orang-orang di sekeliling saya, susah nak dapat PTD ni.

Semalam, saya buka laman web SPA dan terlihatkan pengumuman untuk program PAC ni. Saya cuba semak nombor kad pengenalan saya. Sah...Nama saya turut tersenarai. Mula-mula saya tak tahu mengenai program ni. Bila ka…

Kelantan Ke Liga Super...?

Mampukah impian pasukan Kelantan untuk ke Liga Super musim depan menjadi kenyataan...?

Apabila pasukan Polis memaklumkan untuk menarik diri dari persaingan Liga Malaysia kerana masalah kewangan, nama Kelantan disebut sebagai pasukan yang akan menggantikannya dalam Liga Super. Sebagai pasukan di kedudukan ketiga Liga Perdana musim lalu, Kelantan dilihat sebagai pasukan yang akan dinaikkan. Namun, keputusan itu tertakluk kepada mesyuarat FAM pada 6 Disember.

Sebagai peminat setia pasukan bola sepak Kelantan, tentu sekali saya gembira dengan perkhabaran ini. Jika mesyuarat FAM mengesahkannya, maka Kelantan tidak perlu menunggu setahun untuk ke Liga Super. Kepada Kelantan, semoga maju jaya.

p/s : Gomo Kelate Gomo...

Terjun Di Sekayu...

Jangan salah faham. Ni bukan cerita bunuh diri...Hehehe...

Ni video yang dirakam semasa saya dan kawan-kawan mandi-manda di Sekayu. Saje je nak kongsi dengan semua. Saya sebenarnya tak pandai berenang, tapi teruja pulak nak belajar terjun. Jadi, main je la di kawasan yang tak berapa dalam. Air paras dada je...Hehehe...

Sakit badan bila duk main terjun ni. Maklum la, tak reti sangat....Hehehe...

p/s : Nak gi terjun lagi, tapi tak tau bila...Hehehe...

Dah Nak Kahwin...

Hehe...bukan saya nak kawen...jangan salah paham ek...

Pagi ni, saya dapat sms dari salah seorang dari sahabat saya, Mat. Dia mintak alamat umah sebab nak antar kad. Terkejut gak saya. Tak sangka dah nak kawen dia. Saya gak bujang lagi.

Kalau sape-sape yang duk belajar di UUM, mungkin kenal Mat. Dia ni memang terkenal kat UUM. Hehehe...

Sekarang, saya tunggu kad dari Mat. Apa-apa, saya cerita lepas dapat kadnanti ek...Hehehe...

p/s : Ni yang rasa nak kawen cepat ni....Hehehe

Berapa Harga Sebuah Kehidupan...?

Dalam masa 3 hari, 2 kejadian cubaan membunuh diri telah berlaku di Terengganu. Jumaat lalu, seorang gadis muda yang merajuk kerana dimarahi teman lelaki cuba membunuh diri dari tingkat atas bangunan sebuah hotel di bandar Kuala Terengganu. Selang 2 hari, semalam, seorang isteri nekad untuk membunuh diri dengn terjun dari bangunan yang sedang dalam pembinaan.

Dalam kejadian pertama, gadis ini dimarahi oleh teman lelaki kerana pulang ke kampungnya di Kuantan tanpa memberitahu teman lelakinya. Merajuk dengan tindakan teman lelakinya, dia mengugut untuk membunuh diri. Dia akhirnya membatalkan niatnya dan berjaya dibawa turun oleh pasukan penyelamat. Dalam kejadian kedua pula, isteri yang mendakwa diabai ini sememangnya nekad untuk membunuh diri. Walaupun cuba dipujuk pasukan penyelamat, dia terus terjun dari bangunan apabila ternampak suaminya yang tiba. Mujurlah kepantasan pasukan penyelamat menyambar tangannya menyelamatkan wanita ini dari terbunuh.

Selepas kejadian pertama, saya dan beb…

Keputusan Hari Q...

Hari ni saya nak beritahu satu berita. Bagi saya, ni berita gembira sebab berlaku pada saya. Tapi bagi orang lain, tak tahu la....Hehehe....Ingat tak cerita saya pada 26 Ogos lalu...? Kalau tak ingat, klik sini.

Pada ruangan saya pada 26 Ogos lepas, saya ada cerita mengenai kehadiran pihak Ibu Pejabat JBPM Putrajaya untuk untuk membuat audit dalaman, bersama-sama dengan pemeriksa bagi pertandingan Hari Q JBPM. Masa tu, saya duk cerita yang saya sibuk sangat nak kemaskini fail dan menyiapkan bahan-bahan untuk diperiksa. Satu pejabat sibuk masa tu. Sampaikan saya rasa masa tu moral dah jatuh sikit. Huhuhu...

Jumaat lepas, bos saya sms saya. Dia maklumkan yang pejabat saya dah menang tempat pertama untuk bahagian pengurusan am dan personal. Mula-mula saya keliru gak, tapi lepas tu bos saya sms sekali lagi. Dia maklumkan bahawa ada sambutan Hari Q JBPM di Kuala Kubu Baru. Antara yang menghadirinya adalah Pengarah JBPM Terengganu. Berita kejayaan ini dimaklumkan sendiri oleh Pengarah kepada …

Jalan-jalan...

Hari Jumaat baru ni, ada kawan lama datang ke Terengganu untuk bercuti. Sekarang pun dia ada lagi kat rumah saya. Jadi, saya, Man dan Madi bawak la dia jalan-jalan.

Hari Jumaat tu gak, kitaorang bawak dia jalan-jalan ke Taman Tamadun Islam. Saje nak tunjuk kat dia keindahan Masjid Kristal. Banyak gak kitaorang ambil gambar...Hehehe...





Antara gambar di Masjid Kristal.


Sabtu pula, kami ke Air Terjun Sekayu. Dalam jam 1.30 tengahari kami sampai sana. Seronok gak mandi. Lebih 2 jam kami berendam. Siap belajar terjun lagi. Macam nak masuk Olimpik. Hehehehe.....

Lepas tu, tiap-tiap malam kami lepak di Pantai Batu Buruk. Memang seronok dapat tengok bulan dan bintang malam-malam ni. Tenang je rasanya.

Lepas ni, tak tahu dah nak gi mana. Kena pulak sekarang tengkujuh, asyik hujan je.

Dapat Geng Baru...

Semalam, bos saya cakap nak ambil seorang lagi kakitangan sambilan macam saya, khas untuk pengurusan dan pengemaskinian fail. Bos tanya saya mengenai kawan yang sama-sama praktikal dengan saya dulu, Kak Liza. Bos saya nak ambil dia isi jawatan tu. Saya terus telefon Kak Liza dan maklumkan mengenai perkara ni. Dia setuju dan hari ni juga dia dah mula kerja.

Saya dah memang kenal dia sebelum ni sebab kami sama-sama praktikal dulu. Tapi kali ni dia dah kerja di sini, sama macam saya. Jadi, bertambahlah seorang lagi ahli dalam 'geng' saya....Hehehe....

p/s : Makin meriah la pejabat ni nanti...

Friendster...

Ada tak sape-sape tau pasal Friendster...?

Kenapa sehari dua ni Friendster jadi masalah...?Mula-mula katanya tengah dikemaskini. Bila saya buka balik petang semalam, senarai kawan dalam tu dah hilang. Saya ada dalam 158 orang kawan dalam Friendster, tapi bila buka semalam, dah tinggal 7 orang je. Pagi ni, langsung dah tak ada. Kawan saya dalam tu dah hilang semua.

Ada sape-sape boleh tolong...?

p/s : Malas nak cari balik...Ramai yang hilang...

12 Tahun Lalu...

Hari Khamis lepas merupakan hari bagi Majlis Peperiksaan Malaysia mengumumkan keputusan untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Macam-macam reaksi boleh dilihat semasa berita menyiarkan berita pengumuman ini. Yang paling menarik perhatian saya adalah mengenai pencapaian 5 beradik kembar yang mendapat keputusan cemerlang. 3 dari mereka mendapat 5A, manakala 2 lagi mendapat 4A 1B.

Di pejabat saya juga turut menceritakan mengenai keputusan ini. Kebetulan anak kakitangan di pejabat saya ada yang turut menduduki UPSR baru-baru ni. Anak Kak Nor mendapat 4A 1B. Tahniah ek...Hehehe...

Sebenarnya, bila bercerita mengenai UPSR ni, terdapat banyak kenangan yang tak dapat saya lupakan sepanjang di darjah 6 Zamrud, S.R.K. Ismail Petra (1). Tentu sekali kenangan ini melucukan saya sendiri. Malu gak bila ingat balik...Hehehe...

Mula-mula, saya nak cerita balik semasa nak menduduki UPSR. Masa tu, pertama kali ambil peperiksaan penting macam ni, gelabah la sikit. Maklum la, saya ni jenis darah gemur…

Apa Yang Akan Jadi Hari Ni...?

Pagi-pagi hari ni, saya dengan Man dah 'berperang' dengan pakcik yang 'tak reti bahasa'. Dah la buat salah, tak nak mengaku pula. Ish....

Nasib baik la setakat ni tak ada masalah kat pejabat. Kalau tak, memang malang la nasib kitaorang hari ni....Hehehe...

Bengkel Di Lake Kenyir Resort & Spa (2)...

Antara sarapan saya....Hehehe...

Semalam, pagi-pagi lagi dah bangun. Lepas makan, kena siapkan tempat pula. Tapi makan pagi memang saya makan banyak. Semua makanan saya cuba. Maklumla, hari terakhir duk situ. Lepas ni, belum tentu dapat rasa dah....


Depan dewan...

Aktiviti tak lama. Sampai jam 11 pagi je. Lepas tu, semua yang terlibat dibawa menaiki bot laju milik bomba untuk ke pulau-pulau berhampiran. Antaranya adalah Pulau Herba. Ada juga yang bermain jet ski yang juga dibawa oleh kami sendiri. Saya tak ikut mereka menaiki bot atau main jet ski. Tak ada mood pulak rasanya. Saya duduk je kat perkarangan resot sambil-sambil main internet yang terlalu perlahan tu....Huhuhu...


Pemandangan Tasik Kenyir dari perkarangan resort...

Dalam jam 12 lebih, saya, Man dan Encik Wadi bertolak balik ke Kuala Terengganu. Yang lain masih ada kat sana, mungkin lambat sikit balik.

Hari ni, bila saya datang pejabat, ramai yang tak datang. Man, Encik Makarim dan bos saya tak datang. Mungkin nak rehat lagi. Ma…

Bengkel Di Lake Kenyir Resort & Spa...

Bergambar di beranda bilik...


Macam model ke...?Hehehe...


Ok tak...?

Hari Jumaat, kami pulang dari Kursus HRMIS di FRAM Wakaf Tapai. Tak sempat nak rehat lama, petang semalam, saya diminta untuk menemani Encik Haswadi ke Tasik Kenyir. Man juga diminta hadir sama.

Sebenarnya, semua pegawai tertinggi dan pegawai penjaga balai bomba seluruh Terengganu adakan mesyuarat dan perbincangan luar di Lake Kenyir Resort & Spa ni. Mulanya saya tak perlu datang pun. Tapi, saat-saat akhir, saya kena gantikan tempat Encik Zumalis yang tak dapat hadir. Petang semalam, dalam jam 6.30 petang baru bertolak ke Kenyir.

Semalam, kitaorang hanya siapkan tempat je. Lagi pun, taklimat ringkas je semalam. Hari ni barulah mesyuarat betul. Apa yang menarik, tempat ni memang cantik. Pemandangan tasik memang lawa, terutama waktu pagi dan petang.

Kemudahan di sini juga bagus. Padan la dengan harga. Hehe...Takpe, datang pun dengan duit jabatan.

p/s : Tak pernah datang sampai resort ni....Macam orang kampung pulak....

Kursus HRMIS Di FRAM Wakaf Tapai (5)...

Bergambar Kenangan Bersama...

Bergambar lagi...


Hari ni hari terakhir kursus ni FRAM Wakaf Tapai ni...

Awal pagi semalam, sistem masih ada masalah sikit. Jadi, kami sempat bergambar kenangan bersama-sama semua yang terlibat. Bila naik balik ke kelas, sistem dah boleh guna. Kami pun sambung la kejap. Buat mana yang sempat. Petang tak ada kelas sebab pegawai KPKT ni keluar beli barang di bandar Kuala Terengganu. Diaorang ajak saya gi, tapi saya tak ikut sebab nak ganti tidur yang tak cukup. Saya dengan Man tidur je sampai petang....Hehehe....


Bergambar di bilik pameran, depan replika mainan jentera bomba...

'Bergurau senda' dengan orang-orang KPKT...

Malam kami buat macam biasa je. sambung kerja yang tak siap. Tapi malam tu banyak la benda lucu yang berlaku. Terutamnya antara saya dengan Man. Sampai ke dalam bilik tak berhenti gelak.

Hari ni, kami akan buat kelas sampai tengah hari je. Lepas tu, dah boleh balik. Tak tahu pula bila boleh jumpa dengan Cik Ros, Arifah, Lela dari KPKT ni. …

Kursus HRMIS Di FRAM Wakaf Tapai (4)...

Pagi ni demam dah semakin melarat...Huhuhu...

Semalam, kitaorang dah mula masukkan maklumat Profil Perkhidmatan, tapi sampai petang je la. Malam server down pulak. Jadi, tak boleh la nak sambung. Sekadar dengar penerangan je kejap.

Disebabkan kelas habis awal, kitaorang bawak la pegawai dari KPKT ni keluar jalan-jalan kat Kuala Terengganu. Tengok keadaan malam di bandar. Sempat gak singgah kat Mydin Mall beli makanan sikit. Lepas tu, kitaorang pergi Seberang Takir, minum air buah. Kebetulan ada pertunjukan bunga api kat stadium sempena perasmian WEC, jadi boleh la tengok dari jauh.

Lepas minum, kitaorang pergi pusing bandar sambil-sambil tunjuk tempat kat pegawai KPKT ni. Lepas tu, terus balik asrama. Dalam kul 12.15 tengah malam baru sampai asrama.

Pagi ni, kelas mula awal,8.30 pagi sebab nak ganti kelas semalam yang habis awal. Tapi bila masuk kelas, server down lagi. Terpaksa la tunggu sampai semuanya diperbaiki. Apa la nasib....

p/s : Demam makin kuat pulak bila tengok Cik Arifah...Huh…

Kursus HRMIS Di FRAM Wakaf Tapai (3)...

Hari ni hari ketiga. Saya berkursus dengan keadaan demam sikit...Huhuhu...

Hari ni dah mula masukkan data ke dalam Profil Perkhidmatan. Banyak kerja nak kena buat. Mujurlah Kak Da dan Kak Nor akan bermalam di sini gak. Jadi, malam ni diaorang akan buat sama.

Kejap lagi nak balik bilik, tapi sebelum tu nak keluar beli ubat sikit. Huhuhu...

p/s : Cik Arifah punya pasal, lega sikit demam...Hehehe

Kursus HRMIS Di FRAM Wakaf Tapai (2)...

Hari ni kami mula macam semalam gak. Cuma hari ni saya dengan Man datang dari bilik asrama. Kami bermalam di asrama. Best gak, bilik ada penghawa dingin, tv, dan kelengkapan lain yang agak selesa. Sampaikan malas nak bangun tido pagi tadi...Hehehehe....

Hari ni makin banyak ena buat. Semalam pun dah mula nak pening. Mujurlah saya ni mudah faham benda-benda macam ni. Cepat la siap. Pengajar ni pun, Cik Ros, cakap saya dengan Man ni pandai. Bangga jap...Hehehe.....

Apa pun, nak kena tumpu perhatian gak. Benda-benda ni rumit dan perlukan ketepatan. Kalau silap, boleh menjejaskan perkhidmatan kakitangan yang lain. Takpe la, kalau pening, boleh tengok salah sorang fasilitator, Cik Arifah, yang memang comel dan lawa....Hahaha....

p/s : Jatuh hati pandang pertama dengan Cik Arifah....Hehehe....

Kursus HRMIS Di FRAM Wakaf Tapai...

Hari ni bermula kursus HRMIS di FRAM Wakaf Tapai. Kursus ini adalah lanjutan kepada kursus pada bulan Mei yang lalu.

Pagi ni, sesi taklimat dan penerangan telah diberikan kepada peserta. Selelpas minum pagi, kami mula melihat kepada struktur sistem. Semua yang kami buat pada kursus yang lalu boleh dilihat kembali hasilnya.

Namun, apabila ditunjuk dan diterangkan oleh pegawai dari KPKT yang memberi taklimat, kami dimaklumkan bahawa maklumat untuk JBPM Terengganu tidak dapat digunakan. Malah, maklumat adalah kosong.

Ini membuatkan saya cukup geram dan marah. Apa tidaknya, saya siapkan maklumat tu sampai tidur pun lambat. Semnuanya semata-mata nak kejar tempoh yang diberikan. Kemudian, maklumat tu dihantar ke Ibu Pejabat JBPM di Putrajaya.

Masalahnya, mereka tidak buat dengan sempurna maklumat tu. Apabila pihak KPKT nak siapkan sistem, banyak kekurangan dan kesilapan yang timbul. Akibatnya, kami dari JBPM Terengganu ni yang disalahkan, walaupun kami dah siapkan dengan sempurna.

Ini bukan kali…

Hari Pertama Bekerja Untuk Kontrak Baru...

Hari ni merupakan hari pertama saya bekerja untuk kontrak baru saya di JBPM Terengganu ni. Sebenarnya saya diberi cuti sehari sempena kontrak baru ni, tapi saya nak datang kerja gak. Semangat nak kerja....Hehehe....

Esok, saya akan berkursus di Akademi Bomba Dan Penyelamat Wakaf Tapai, Terengganu. Kursus ini merupakan lanjutan daripada kursus yang saya sertai pada Mei yang lalu. Kursus untuk aplikasi HRMIS yang akan dilaksanakan oleh KPKT. Kursus ni sampai hari Jumaat. Tak tau lagi nak ulang-alik atau pun bermalam kat sana. Tengok keadaan dulu nanti. Kalau sempat, boleh la saya kemaskini aktiviti macam kursus lepas.

Tak Ada Kerja Di Pejabat...

Sebelum ni, saya duk mengeluh sebab banyak kerja. Audit la...Sambutan raya la...

Bila semua dah lepas, sekarang dah tak ada kerja di pejabat. Tambahan pula bos tak ada, dia gi kursus. lagi la bosan. Hehehe...

p/s : Tercapai gak cita-cita nak relaks jap...Hehehe

Keputusan...

Setelah difikirkan sedalam-dalamnya, saya telah membuat keputusan yang muktamad. Keputusan ini diambil memandangkan kontrak kerja saya akan berakhir esok. Oleh itu, saya telah membuat kata putus....
~
~
~
~
~
~
~
Keputusannya adalah....
~
~
~
~
~
~
~
Hehehe.....
~
~
~
~
~
~
~
Saya dah sambung kontrak saya. Malas nak pikir pasal orang lain. Lantak la nak cakap apa pun. Yang penting, saya kerja dengan etika kerja saya sendiri.

Terima kasih kepada yang menyokong saya.

p/s : Saya akan kembali 'menggegarkan' pejabat saya....Hehehe....

Pesta Bola Merdeka Ke-40 Milik Vietnam...

Semalam, saya menanti aksi akhir Pesta Bola Merdeka ke-40 yang menemukan pasukan negara kita, Malaysia menentang Vietnam. Malaysia jelas sekali menguasai bola, namun gagal menterjemahkan gerakan untuk menghasilkan gol. Vietnam pula hanya bertahan di kawasan mereka. Mereka sememangnya telah menggunakan strategi sama sewaktu di separuh akhir.

Sehingga 90 minit perlawanan, masih tiada gol berjaya dihasilkan. 30 minit tambahan selepas iatu juga berjaya dikekang oleh Vietnam agar tidak dibolosi. akhirnya, sepakan penalti menjadi penentu.

Norhafiz Zamani Misbah, pertahan senior pasukan negara menjadi satu-satunya pemain yang gagal menyempurnakan sepakan, dan seterusnya 'menghadiahkan' kemenangan kepada pasukan Vietnam. Cukup mengecewakan apabila kita gagal mempertahankan kejuaraan tahun lalu setelah tewas melalui penentuan sepakan penalti.

Apa pun, tahniah kepada Malaysia kerana tidak putus asa untuk mencuba. Diharap jurulatih B. Sathianathan dapat mencari formula baru sebelum Malaysia…

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2008 & Hari Q JBPM Terengganu...

Rabu (22 Oktober 2008)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya dan beberapa orang kakitangan Bahagian Pengurusan bertolak ke BBP Chukai di Kemaman untuk membuat persiapan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2008 dan Hari Q JBPM Terengganu. Sekitar jam 5.30 petang, iaitu selepas waktu pejabat, kami bertolak dengan menaiki bas yang turut membawa beberapa orang penerima Anugerah Khidmat Cemerlang.

Kami tiba di BBP Chukai sekitar jam 8.00 malam. Dari sini, kami dari Bahagian Pengurusan terus ke Hotel Marjan, bersebelahan dengan pasaraya The Store untuk 'check-in'. Jam 9 malam, kami kembali semula ke BBP Chukai untuk persiapan gerai dan majlis raptai.

Apabila sampai di sana, keadaan di sana masih lagi hujan. Ini menyebabkan kami tidak dapat mempersiapkan gerai kami untuk Pertandingan Gerai Cantik. Jadi, kehadiran kami pada malam itu hanya untuk mengikuti raptai sahaja. Tapi, selepas selesai, saya terpaksa pulang lewat ke hotel kerana perlu menolong Linda, pengacara majlis untuk mencetak teks uc…

Apa Perasaan Anda Bila.....?

Apa perasaan anda bila orang yang anda hormati sebelum ini menjadi berlagak dan sombong...?

Apa perasaan anda bila orang yang berperanan sebagai Pegawai Perhubungan Awam melakukan sesuatu yang boleh dianggap memalukan...?

Apa perasaan anda bila anda dimarahi bukan kerana kesilapan anda...?


Ceritanya bermula begini....

Hari Isnin, saya dimaklumkan oleh bos di bahagian saya yang kami perlu menyiapkan buku cenderahati untuk digunakan esok pada majlis di BBP Chukai. Saya pun mengambil contoh buku cenderahati dari seorang petugas di Unit Sumber untuk digunakan. Saya pulang ke rumah dan siapkannya.

Keesokannya, iaitu semalam (Selasa), apabila saya tunjukkan hasil buku yang saya hasilkan, saya dimaklumkan oleh bos bahagian saya yang saya perlu menambah ucapan aluan ke dalam buku tersebut. Ucapan itu telah diemailkan oleh Pengerusi AJK Protokol Majlis kepada Pegawai Perhubungan Awam (PRO) untuk disemak. Oleh itu, saya dikehendaki mengambil ucapan itu dari PRO tersebut.

Sebelum ini, saya cukup mengh…

Majlis Konvokesyen Ke-21, Sidang Kedua...

18 - 20 Oktober merupakan Majlis Konvokesyen Ke-21 Universiti Utara Malaysia, Sidang Kedua. Hari ni merupakan sesi terakhir yang melibatkan pelajar Sains Sosial, Pendidikan, Teknologi Maklumat dan Multimedia.

Ramai gak kawan-kawan yang terlibat kali ni. Tadi pun saya sempat tengok majlis tu secara terus dari laman web UUM. Nampak gak 2,3 orang kawan saya.

Kepada yang terlibat, selamat berkonvokesyen saya ucapkan. Semoga terus maju lepas ni.

p/s : Rindu nak konvo lagi...Hehehe...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain.

Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu.

Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan.
Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Tak Sempat...

Dalam sehari dua ni, banyak betul kerja kat pejabat ni. Kerja asal tak siap lagi, dah kena buat kerja lain. Sampai semput saya rasa.....

Biasa la tu. Ni la keadaannya bila audit nak datang. Kena pulak minggu depan ada sambutan hari raya. Bertambah-tambah la kerja. Tak termasuk lagi kerja-kerja pejabat yang lain.

Hai la badan...Hehehe....

p/s : Bila la nak habis kerja...?Hehehe....

Idea Untuk Hiasan...

23 Oktober ni, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Terengganu akan mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Q 2008. Majlis akan diadakan di Balai Bomba Dan Penyelamat Chukai, Kemaman.

Pada majlis ini, makanan akan disediakan oleh wakil-wakil yang akan mengisi gerai-gerai yang disediakan. Wakil-wakil ini adalah dari balai-balai dan ibu pejabat bomba di Terengganu ni. Jadi, untuk memeriahkan lagi suasana, pertandingan gerai tercantik akan diadakan.

Untuk gerai wakil ibu pejabat, saya dan kakitangan Bahagian Pengurusan sedang sibuk memikirkan hiasan dan konsep yang akan digunakan. Susah gak sebab tak nak nampak sama dengan gerai lain.

Setakat ni, idea dah ada tapi sikit je la. Kalau boleh, nak tambah idea lain yang lebih kreatif. Ada ke sape-sape yang boleh bagi idea....?Hehehe...

Ayat-ayat Cinta...

Ayat-ayat cinta. Sebuah novel yang hebat dan mendapat pengiktirafan di Indonesia. Apabila diangkat ke layar perak, ternyata tidak mengecewakan. Filem ini turut menjadi fenomena baru di Indonesia.

Berkisarkan mengenai kehidupan pelajar di Universiti Al-Azhar, Mesir, filem ini jelas sekali filem yang lain dari yang lain. Menggunakan cerita kehidupan seorang muslim, kita 'diajar' dengan onsep-konsep jodoh dan percintaan dalam Islam. Sesuatu yang jarang ditampilkan, filem ini memberi pengajaran berguna kepada golongan remaja, khususnya yang sedang bercinta agar sentiasa mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan Islam.

Secara peribadi, saya cukup menggemari filem ini. Banyak pengajaran yang boleh diperolehi melalui penceritaannya. Antara yang menarik minat saya adalah sesi ta'aruf, iaitu pertemuan bakal suami dan isteri yang ditemani dengan ahli keluarga kedua-dua pihak. Secara jujur, saya tidak begitu memahami akan konsep ta'aruf sebelum ini tetapi selepas melihat salah sat…

Rahsia Lelaki & Ragam...

Hari ni, saya nak kongsi rahsia pasal lelaki. Mana la tau kalau ada kawan-kawan yang nak siasat mengenai lelaki-lelaki yang dikenali. Sekadar suka-suka. Bukan 100% tepat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

RAHSIA LELAKI & RAGAM

Lelaki Bersemangat

Bagaimana mengenali mereka:
Personaliti diri mereka boleh dikenali menerusi penampilan fizikal mereka.
Selalunya mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering kelihatan kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan,tidaklah begitu berwang sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan rehat akibat penat bekerja dan melakukan segalanya begitu bersungguh-sungguh.

Maknanya:
Biarpun mereka ini sering keletihan tapi sebenarnya mereka ini seorang yang sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi
kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya. Cuma sekirany…

Kenyangnya...

Hehe...baru je balik dari beraya di rumah Tuan Md Ali. Saya makan semua jenis makanan yang ada. Memang kenyang....

Ni jemputan kedua untuk tahun ni. Dua hari lepas kat rumah bos, ni kat rumah Tuan Md Ali pulak. Harap-harap lepas ni banyak lagi jemputan yang datang. Macam tahun lepas...Hehehe...

p/s : Puasa sebulan, kita raya sebulan.....Hehehe

Teruja...

Semalam, banyak berita dalam surat khabar mengenai perkembangan terbaru persiapan pasukan bola sepak negeri Kelantan dalam menghadapi musim baru Liga Malaysia 2009. Untuk musim baru, Kelantan melantik Peter Butler sebagai ketua jurulatih. Butler pernah melatih pasukan Sabah beberapa tahun lalu. Selain itu, Kelantan juga diperkuatkan dengan 4 pemain hebat dari negeri lain. Antaranya ialah penyerang sensasi Perak, Khalid Jamlus, bekas penyerang Terengganu dan Polis, Nor Farhan, bekas pemain kebangsaan dan bekas pertahanan Perak, Azlan Zainal, dan pertahanan Johor FC yang juga pemain pertahanan, Daudsu Jamaludin. Malah, bekas pemain Terengganu yang juga berasal dari Kelantan, Che Hishamudin, turut menunjukkan minat untuk kembali ke Kelantan.

Melihatkan barisan pemain baru dan antara pemain musim lalu yang dikekalkan, saya memang teruja untuk mengikuti perkembangan pasukan Kelantan musim baru ni. Kalau dilihat pada perkembangan musim lalu, Kelantan antara pasukan yang menonjol dalam Liga P…

Kembali Ke Pejabat...

Hari ni, saya dah mula kerja. Selepas cuti raya, ni baru masuk pejabat. Petang semalam baru sampai ke Terengganu ni. Kiranya cuti 2 hari la....Hehehe....

Raya tahun ni macam biasa je. Tak ada yang gempak sangat. Cuma kali ni macam sibuk sikit la. Maklumlah, balik kampung pun sehari sebelum raya.

Malam raya, sempat gak keluar gi beli pakaian raya...Hehehe...Mula-mula adik ajak di KB Mall, nak cari seluar. Saya je beli, dia tak berkenan pulak seluar kat situ. Lepas tu, kita orang gi la kat bandar KB. Cari barang-barang kat KB Uptown. Ramai betul orang malam raya tu. Lepas jumpa apa nak beli, terus balik. Malas nak pusing lama-lama.

Raya pertama saya duk kar rumah je. Tunggu tetamu datang. Tak la ramai sangat yang datang, tapi boleh dikira 'memberangsangkan' la. Lauk semua habis....Hehehe...

Raya kedua sibuk sikit. Tengahari tu ada member datang, sambil-sambil adik dia nak tanya pasal pengaturcaraan sistem. Tapi tak boleh lama sangat sebab member-member lain duk tunggu saya. Diaorang…

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Esok hari raya...!Esok hari raya...!

Hehe...Seronoknya...Esok dah raya. Tengahari ni saya dah bertolak balik ke KB. Tiket bas jam 12.30 nanti. Saya kerja sekerat hari je hari ni.

Di kesempatan ini, saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kawan-kawan dan juga yang pernah membaca ruangan saya ni. Sejuta kemaafan saya pohonkan seandainya ada di antara coretan saya yang mengguris perasaan dan membuat sesiapa sahaja terasa. Semoga persahabatan yang terjalin kekal selamanya.

Pejabat Yang Sunyi...

Ish, tak rasa macam kat pejabat. Rasa macam kat rumah je. Dah tak ada orang kat pejabat. Ramai yang dah start cuti. Tinggal berapa orang je lagi.

Bila dah semua orang cuti, bos pun cuti gak, nampaknya datang pejabat main internet je la...Hehehe...Nak buat macam mana lagi, tak ada kerja nak buat. Tunggu nak balik je tengahari esok...

p/s : Dah tak sabar nak balik ni. Duk pikir nak raya je....Hehehe...

Lagu Raya...

Hari ni dah 28 September, bersamaan 28 Ramadhan. Ini bermakna ada 2 hari je lagi kita puasa. Alhamdulillah, setakat 28 hari puasa, tak ada sebarang masalah yang timbul. Malah, kesihatan pun baik je.

Raya akan menjelang dalam 3 hari je lagi, tapi saya masih di perantauan. Walaupun hanya 3 atau 4 jam dari kampung halaman, tapi rasa teruja untuk balik kampung tetap ada. Lebih-lebih lagi bila kawan-kawan dah mula sampai kampung. Rasa nak je balik sekarang. Tapi tak boleh la, kena kerja lagi. Saya akan tetap bekerja sehingga hari terakhir puasa, 30 September nanti. Tiket saya 12.30 tengahari 30 September nanti. Jadi, saya akan bekerja sekerat hari je hari Selasa nanti.

Sekarang ni, saya masih lagi kat pejabat. Kat meja saya, saya pasang lagu-lagu raya.
saje nak timbulkan suasana raya...Hehehe....

Apa lagu raya yang menjadi kegemaran anda semua? Setiap orang mesti ada lagu raya yang menjadi kegemaran mereka. Mungkin lagu-lagu ni ada maksud tersendiri bagi mereka. Bagi saya, saya lebih suka lagu…

Majlis Berbuka Puasa...

Dekat-dekat nak raya ni, makin banyak jemputan berbuka puasa yang saya terima. Maklumlah, nak ambik berkat hujung Ramadhan ni...Hehehe...

2 hari lepas, 22 September (Isnin), saya berbuka puasa di pejabat saya. Ada Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Kuala terengganu. Kiranya saya hadir untuk mewakili bahagian saya la. Ramai gak yang datang, termasuk la dari balai-balai yang lain.

Semalam, saya dijemput pula ke Malam Amal & Berbuka Puasa Bersama CANON di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu. Majlis ini dijemput oleh pihak CANON sendiri yang menjadi antara pembekal barangan pejabat di JBPM Terengganu ni. 6 orang dari pejabat saya yang hadir.


Kalau nak dikira, ni la pertama kali saya berbuka puasa di hotel. Gempak la skikit. Hehehe...Kira-kira seratus lebih tetamu yang datang. Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas dari wakil CANON yang hadir, kemudian sedikit sumbangan diberikan kepada wakil rumah kebajikan yang terpilih. Ini antara strategi pihak …

Banyaknya Kerja...

Dekat-dekat nak raya ni, makin banyak pulak kerja nak kena siapkan. Maklumlah, Semua kakitangan nak ambik cuti panjang. Jadi, kena la siapkan dulu semua kerja yang ada.

Macam saya sendiri, saya kena tolong bos siapkan laporan, minit mesyuarat, dan lain-lain kerja yang berkaitan. Kerja-kerja ni kebanyakannya kena siapkan sebelum raya. Dah jadi macam 'pusat pasaran saham' dah tempat ni....Hehehe....

Nak buat macam mana, adat la kalau kerja....

Semakin Hampir...

Hari ni dah masuk hari ke 22 kita berpuasa. Bermakna ada 8 hari lagi sebelum menjelangnya Aidilfitri. Kejap je masa berlalu...

Kemeriahan Aidilfitri sudah mula dirasai. Hari ni pun saya dah mula memeriahkan lagi pejabat saya. Saya dah mula gantung kad-kad raya dan juga replika ketupat. Nampak macam pasaraya pulak...Hehehe....

Bukan apa, sekadar nak menimbulkan rasa teruja menjelang raya...Hehehe...

Cara Baru Kunci Kereta...

Ni cara terbaru nak kunci kereta supaya tak kena curi...Tak pun boleh digunakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk kunci tayar kereta yang meletakkan kenderaan di tempat yang salah. Hehehehe....

p/s : Credit kepada Asscrewz.com

Cuti Lagi...

Semalam ada cuti umum bagi beberapa negeri di Malaysia sempena Hari Nuzul Al-Quran...Terengganu juga bercuti semalam. Jadi, saya tak dapat nak post kat sini sebab tak datang kerja....Hehehe...

Damai Yang Hilang...

Damai Yang Hilang (NowSeeHeart)

Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil mengongcangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Tergadaikah maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawapan

Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ni, saya letak lirik lagu Damai Yang Hilang nyanyian kumpulan NowSeeHeart. Tujuan saya adalah untuk memperingatkan diri saya dan kita semua tentang keadaan semasa hari ini. Rasanya semua orang sedar akan situasi sekarang ni...Macam-macam benda timbul. Masalah politik la, bencana la, ekonomi la....Semuanya bagaikan …

Terperangkap...

Ish...kesian la plak tengok...memang tak dapat selamat dah tikus ni...hehehe

p/s : Ada ke yang nak tolong tikus ni?hehe...Credit kepada Asscrewz.com

Cepatnya Masa Berlalu...

Hari ini dah 14 September. Bermakna hari ini juga adalah 14 Ramadhan. Pejam celik, dah masuk hari ke 14 kita berpuasa. Dah masuk separuh jalan dah. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam masih di awal puasa lagi.

Bila dah di pertengahan ni, saya selalu tertanya-tanya kat diri saya sendiri. Macam mana la puasa-puasa saya selama 13 hari lepas? Diterima ke tak. Cukup ke amalnya. Cukup ke syarat. Macam mana pula dengan baki puasa yang tinggal? Cukup ke kekuatan nak laluinya. Sempat ke nak laluinya. Sempat ke nak habiskannya.

Semua persoalan ni buatkan saya takut. Takut tak sempat nak habiskan ibadah saya. Takut tak sempat nak rasai nikmat Ramadhan penuh berkat ni. Mana la tahu kalau-kalau ini Ramadhan terakhir kita. Semuanya terletak di tangan NYA. Apa yang mampu kita buat, berdoa semoga akan ada Ramadhan lagi untuk kita. INSYAALLAH...

p/s : Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...

Antara Tugas Dan Keluarga...

Sehari dua ni, pejabat saya dah mula cakap-cakap pasal raya, terutamanya bagi kakitangan bomba di sini. Mereka mula berbincang dan mungkin mempersoalkan mengenai jadual bertugas sepanjang Hari Raya Aidilfitri nanti. Jadual bertugas dah dikeluarkan semalam dan setiap pegawai di sini akan bertugas 2 kali sepanjang raya.

Bagi saya, saya cukup menghormati kerjaya pasukan seragam seperti bomba, polis, tentera dan lain-lain sebab mereka ni sentiasa komited menjalankan tugas mereka tak kira masa dan ketika. Seperti bomba, mereka akan sentiasa bertugas dan bersedia seandainya berlaku sebarang kemungkinan yang tidak dijangka. Mereka akan mula bertugas sebelum raya sehingga lepas raya.

Cuma, apa yang saya perhatikan di sini, cara penyusunan jadual giliran bertugas tidak dilakukan secara sistematik. Maksud saya di sini adalah bagi penggiliran bertugas pada hari raya oleh kakitangan terlibat. Ada di antara mereka yang hampir setiap tahun bertugas pada hari raya pertama dan kedua, manakala ada juga …

10 Rahsia Untuk Hidup Indah...

Hari ni saya nak kongsi tips. Tak tahu la macam mana sebab benda ni atas pendapat individu. Jadi, terpulang la pada diri kita sendiri...

(Dipetik dari 1001 Rahsia Diri)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1. CINTA
Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.

2. RESPECT
Memberi dan menerima, sudah menjadi hal yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan, let’s get do it.

3. BERSYUKUR
Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahawa Tuhan telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup penuh syukur.

4. BAHAGIA
Kata orang, bahagia itu relatif, tapi punya tanda minimal, iaitu senyum. Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah.

5. FORGIVENEES
Banyak orang stress gara-gara tak bisa memaafkan d…

Upin Dan Ipin...

Sape yang suka tengok cite Upin & Ipin, cepat angkat tangan...Hehehe....Rasanya ramai yang minat tengok cite ni. Kat pejabat saya, akak-akak kat sini semua cakap cite ni mendapat perhatian anak-anak mereka. Saya pun sebenarnye minat gak...hehehe...

Watak Upin dan Ipin ni memang comel. Pandai diaorang pikat penonton dengan telatah watak-watak ni. Setiap kali bersiaran, mesti nak tengok je telatah diaorang. Musim lepas ada 6 episod je. Dan untuk musim baru ni, baru je siar 3 episod.

Tapi saya tak sabar nak tunggu filem diaorang ni, Geng The Movie. Mula-mula nak keluar tahun ni, tapi mungkin tak jadi. Tahun depan siar kot. Tapi kat TV 2 dah ada siar sedutan filem tu. Harap-harap dapat siar cepat, sementara ramai peminat ni....Hehehehe...

Untuk maklumat lanjut mengenai cite ni, Klik Sini

p/s : Betul..Betul...Betul

Makluman Jawatan Kosong...

Saya ada letak pautan untuk ke laman-laman yang ada menawarkan jawatan-jawatan kosong. Sekadar untuk berkongsi dengan kawan-kawan. Kalau ada gak jawatan kosong kat tempat lain, bagi tau saya. Boleh saya tambah kat situ... Hehehe....

p/s : Harap dapat kongsi dengan kawan-kawan

Impian...

Sejak kebelakangan ni, saya selalu sembang dengan kawan-kawan pasal kerja. Semua orang merungut pasal susah nak dapat kerja sekarang ni. Belajar susah-susah, sambil dapat ijazah pun, belum menjamin peluang kerja yang sepatutnya.

Dan setiap kali sembang pasal kerja ni, mesti akan timbul cadangan nak buka perniagaan sendiri. Macam-macam idea la yang dikeluarkan. Ada yang logik, ada gak yang mengarut. Bukan apa, nak tengok gak kesesuaian perniagaan tu dengan apa yang kita tahu.

Bagi saya, ada 2 cadangan perniagaan yang menarik minat saya. Pertama, saya ingat nak buka Cyber Cafe. Sambil-sambil tu, saya buka kelas untuk pelajar-pelajar sekolah mengenai komputer dan teknologi maklumat. Boleh la saya guna lagi apa yang saya belajar sepanjang 3 tahun di UUM tu. Tapi masalahnya, modal permulaan terlalu tinggi. Tambahan pula, kalau dilihat perkembangan semasa, Cyber Cafe ni dah kurang dikunjungi sebab masing-masing dah ada kemudahan internet dan komputer di rumah.

Cadangan kedua pula, saya nak jad…

Prison Break Kembali Lagi...

Kepada peminat cerita bersiri Prison Break, jangan lupa untuk menyaksikan musim baru yang sudah pun dikeluarkan. Saya pun dah siap download untuk episod 1 & 2....

Dalam musim baru ni, pelbagai aksi lebih menarik dapat disaksikan. Kita bakal menyaksikan bagaimana reaksi Michael bila dapat tahu Sara masih hidup, apa terjadi pada Whistler dan Gretchen, dan watak-watak lain seperti Bellick, T-Bag, Linc, Sucre dan ramai lagi. Jadi, jangan lupa untuk download....Hehehe.....

p/s : Dapat gak Michael bersama semula dengan Sara....hehe

Salam Ramadhan...

Hah...akhirnya dapat gak masuk dalam blog ni lepas 5 hari bercuti...Saya sampai Terengganu jam 4.30 petang semalam. Hari ni baru masuk pejabat...Hehehe...

Tak banyak sangat cerita nak kongsi sepanjang balik KB. Tak sempat nak gi jalan-jalan. Ada la gak lepak dengan member, tapi berapa kali je. Hari Jumaat, ada majlis cukur untuk anak saudara saya yang baru lahir tu, Nurul Farhana. Malam merdeka keluar makan je, member nak belanja. Lepas tu banyak duk kat umah je...

Apa pun, saya nak ucapkan kepada semua, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga di bulan penuh keberkatan ini, kita diberi ganjaran paling maksima oleh Yang Maha Kuasa. INSYAALLAH...

Terima Kasih Semua...

Saya tak sangka sebenarnya ada orang nak sambut hari jadi saya. Terharu gak saya. Yela, dah lama tak sambut. Kek, kuih dan air ditaja sepenuhnya oleh Kak Azni. Terima kasih banyak-banyak Kak Azni ek....Hehehe....

Saya juga nak ucap terima kasih pada semua yang telah memberi ucapan selamat pada saya. Saya hargai ucapan dan ingatan anda semua pada saya sempena hari jadi saya ni. Yang hantar SMS, saya dah balas balik. Yang hantar ucapan dalam Friendster pun saya dah balas. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan.

Petang ni saya akan balik kampung sempena cuti Hari Kebangsaan 31 Ogos. Ditambah pula dengan awal Ramadhan yang mungkin tiba pada 1 September nanti, saya sambung cuti 2 hari lagi. Mungkin 3 September (Rabu) baru saya masuk keje balik. Jadi, saya pun online hari Rabu gak la ek...Hehehe...

Kelahiran Ku...

24 tahun lalu, di Hospital Besar Kota Bharu, lahirnya seorang bayi lelaki sekitar jam 10.45 pagi. Kelahirannya disambut gembira oleh sepasang suami isteri dengan penuh kesyukuran. Lahir sebagai anak kedua dalam keluarga, bayi ini dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu bapanya. Mungkin disebabkan 'sindrom anak kedua', dia menjadi agak pemalu dan pendiam di kalangan adik beradiknya. Namun, itu menjadikannya istimewa.



Genap umurnya 6 tahun, dia mula mengenal erti ilmu secara rasminya. Bermula di sebuah taman asuhan kanak-kanak, dia mula mengenal apa itu A, B, C...1, 2, 3...Alif, Ba, Ta...Bertubuh sederhana, dia mula dikenali dan disayangi oleh pengajar kerana kepintaran dan keunikan yang dimilikinya.




Setahun kemudian, bermulalah zaman persekolahannya. Bermula di darjah 1 Nilam dan 2 Nilam di SRK Ismail Petra (1), dia dipindahkan ke kelas pertama kerana kecemerlangan di dalam peperiksaan. Berada di darjah 3 Zamrud, 4 Zamrud, 5 Zamrud dan 6 Zamrud telah membuatkan dia se…