Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

Hak Dikembalikan...

Akhirnya, kerja keras KAFA membuat rayuan kepada FAM akhirnya membuahkan hasil. Setelah beberapa kali merayu, FAM akhirnya menarik balik larangan skuad Kelantan untuk beraksi di Kota Bharu berkuatkuasa serta merta. Namun, KAFA terlebih dahulu perlu melengkapkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Walau apa pun syaratnya, saya yakin yang KAFA akan tunaikan. Ini adalah demi 'kantung' kewangan KAFA sendiri. Malah, kembalinya skuad Kelantan ke Stadium Sultan Muhammad Ke-IV akan menyemarakkan kembali senario bola sepak Kelantan.

Diharapkan skuad Kelantan akan kembali beraksi dengan konsisten selepas ini. Perjalanan kita semua masih jauh untuk bergelar juara. Gomo Kelate Gomo...

Bertahan Atau Berundur...

Saya sebenarnya cukup sedih dengan situasi pasukan bola sepak Kelantan sekarang. Selepas menjadi Naib Juara Piala FA 2009, pasukan Pahlawan Merah ini gagal mencapai sebarang kemenangan. Bermula dengan kekalahan kepada Negeri Sembilan, diikuti pula 2 kekalahan berturut-turut kepada Perlis, dan terbaru kekalahan kepada Johor FC dan KL Plus.

Antara sebab yang menjadi punca prestasi merudum secara mendadak ini adalah kerana faktor keletihan. Pemain terpaksa mengarungi perjalanan jauh untuk sesuatu perlawanan. Sudahlah terpaksa bermain di tempat lawan, Stadium Nasional Bukit Jalil pula terpaksa menjadi 'rumah' baru pasukan. Tentu sekali pemain akan kepenatan, malah kos pengurusan juga akan meningkat sementara kutipan tiket tidak seberapa.

Lebih memeritkan, rayuan KAFA untuk kembali beraksi di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV ditolak oleh pihak FAM. Ini menimbulkan kembali cadangan Presiden KAFA untuk menarik diri dari saingan Liga Super. Walaupun ramai yang berpendapat itu bukan jalan …

Masalah Dengan Server...

Sehari dua ni, pejabat saya ada masalah dengan internet. Router dengan modem yang rosak. Jadi, susah la sikit nak buka internet. Ni pun mujurlah lepas gak nak guna kejap.

Harap-harap la alat-alat tu dapat diganti dengan yang baru. Susah betul kalau tak ada internet ni. Tak leh nak download....Hehehe...

Selamat Hari Jadi Cik Faiz...

Selepas kejayaan melakukan kejutan untuk Kak Azni sempena hari jadinya pada Februari lalu, saya sekali lagi berperanan dalam melakukan kejutan sama. Kali ini, saya dan kakitangan lain mengadakan sambutan untuk bos bahagian kami, Tengku Faizah (Cik Faiz).

Saya sememangnya tahu bahawa semalam adalah hari jadi Cik Faiz sebab saya dah hafal nombor kad pengenalan Cik Faiz untuk kegunaan aplikasi HRMIS. Jadi, saya memang dah lama bercadang untuk membuat sambutan ini. Cuma rancangan saya agak terbantut kerana Man tak dapat menyertainya. Man menghadiri temuduga terbuka di Bahagian Teknologi Pendidikan, Marang. Pada mulanya saya rasa macam dah tak jadi nak buat. Tapi saya cuba juga berbincang dengan Kak Ida, salah seorang 'ahli perancang' majlis ini. Akhirnya, kami berjaya mencapai kata sepakat untuk meneruskan sambutan.

Kali ni, Kak Azni dengan sukarela menjadi penaja kek. Kak Azni menyediakan wang, manakala saya dan Man yang membeli kek tersebut pada petang Selasa. Pagi semalam, sewakt…

Task Force HRMIS...

Bermula semalam, kami di Bahagian Pengurusan telah mengadakan sesi task force untuk mengemaskini data di dalam HRMIS. Ini adalah susulan dari bengkel pengisian data yang saya dan Man sertai pada pertengahan bulan lepas.

Dalam sesi task force ini, kakitangan Bahagian Pengurusan akan mengisi maklumat yang berkaitan secara bersama-sama. Ianya seperti bengkel yang saya hadiri. Malah, kami juga telah memilih beberapa wakil dari balai bomba seluruh negeri untuk membantu. Task force ini diadakan di Bilik Mesyuarat bermula dari jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang.

Bagi kami di Bahagian Pengurusan, ini bukanlah kali pertama kami mengisi maklumat ini. Berbanding para wakil dari balai, mereka tidak pernah menggunakan aplikasi HRMIS ini. Jadi, saya dan Man telah menyediakan panduan dan juga menerangkan kepada mereka langkah-langkah yang perlu mereka lakukan. Mujurlah mereka yang dipilih dari balai ini adalah antara mereka yang cekap di dalam penggunaan komputer. Kalau tak, teruk gak...Hehehe...

Apa ya…

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perbezaan lelaki dan wanita

Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik).
Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa)

Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik)
Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang)

Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh)
Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka)

Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi)

Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap.
Manakala Wanita pula boleh mengeluarkan 100 pata…

Terima Kasih Cikgu...

Sempena sambutan Hari Guru kali ni, saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman hidup saya sewaktu di alam persekolahan. Pengalaman ini membuatkan saya cukup menghormati setiap individu yang bergelar guru.

Pengalaman yang ingin saya kongsi ini adalah semasa saya di tingkatan lima iaitu pada tahun 2001. Waktu tu dalam bulan Mac atau April. Saya telah dipanggil oleh guru kelas saya iaitu Puan Noraini Omar untuk membincangkan mengenai yuran pendaftaran SPM saya. Walaupun sudah 2,3 bulan persekolahan bermula, saya masih belum mampu membayar yuran peperiksaan SPM. Maklumlah, keluarga saya bukanlah dari golongan berada. Sekadar cukup untuk makan seharian saja. Memanglah saya mendapat bantuan biasiswa, tapi kesemua wang biasiswa saya waktu tu telah habis digunakan untuk pendaftaran sekolah adik saya. Kebetulan adik saya mendapat tawaran sekolah berasrama penuh. Jadi, saya terpaksa berkorban untuk membayar yuran dan menyediakan segala persiapan adik saya.

Cikgu Noraini cukup memahami kead…

Papan Tanda - Episod 2...

Hari ni saya nak sambung sikit lagi mengenai gambar-gambar semalam. Masih lagi mengenai papan tanda yang lawak dan pelik. Jadi, layan je la ek...Hehehe...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Alamak...Ni nak jual barang ke, nak kutuk bos...?

Buka 25 jam...? Jam apa dia pakai ek...?


Amboi...Garang betul...


Hahaha...

Dilarang buang anak...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

p/s : Kredit kepada pemilik asal gambar...

Papan Tanda...

Rasanya saya kongsi gambar-gambar menarik dengan anda semua. Macam cadangan Fie untuk memperbanyakkan gambar dalam blog saya ni.

Kalau anda masih ingat di awal-awal saya menulis blog saya ni, saya memang ada letak gambar-gambar yang lucu. Gambar-gambar ni saya jumpa dari mana-mana forum atau web untuk dikongsi bersama. banyak lagi gambar-gambar menarik untuk dikongsikan bersama.

Hari ni, saya nak kongsi beberapa gambar yang agak menarik dan lucu. Gambar-gambar ni merupakan gambar mengenai papan tanda atau iklan yang agak pelik dan lucu. Kepada pemilik asal gambar-gambar ni, terima kasih ek. Kredit untuk pemilik asal gambar-gambar ni.

Apa pun, layan je....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Bila lif rosak, baru la ada kempen naik tangga...Hehehe...

Alamak...ada rumus matematik la pulak...


Ni macam nak sabotaj je....Huhu...



Lanun Dilarang Masuk...Huhuhu...



Kiri tak boleh, kanan tak boleh, depan tak boleh, belakang tak boleh....Nak gi mana ek...?

Cermin Mata Baru...

Sebenarnya dah lama saya teringin nak beli cermin mata yang baru. Maklumlah, dah lama sangat saya pakai cermin mata saya tu. Dah makin tak jelas bila nak tengok. Tapi sebab tak cukup duit, saya tak dapat beli lagi.

Semasa balik KB baru ni, saya memang berniat nak dapatkan cermin mata yang baru. Jadi, semasa keluar dengan kawan saya Sabtu lepas, kami singgah di kedai cermin mata di KB Mall. Saya memang dah berkenan pada cermin mata yang ambil tu sebab reka bentuknya nampak ringkas tapi menarik. Power cermin mata saya pun dah makin bertambah. Jadi, terpaksa la saya beli kanta yang agak mahal. Kalau tak, nanti kanta tu jadi tebal. Tak menarik la pulak. Jadi, terpaksalah keluarkan bajet yang lebih. Harganya RM 348.

Disebabkan kantanya jenis yang elok, jadi ianya terpaksa ditempah dari KL. Jadi, saya terpaksalah menunggu sehingga ianya siap ditempah. Mereka berjanji untuk menghantar cermin mata saya tu menggunakan khidmat pos.

Dua hari lepas, kakitangan kedai tu menelefon saya dan memaklumkan…

Ma, Selamat Hari Ibu...

Setiap tahun, Mei akan diingati sebagai Hari Ibu.

Bukan hanya pada bulan Mei, tetapi kita seharusnya kekal mengingati ibu dan menyayangi ibu setiap hari, setiap saat.

Sempena Hari Ibu kali ni, banyak saya terima email dari kawan-kawan mengenai hari Ibu dan pengorbanan ini. Jadi, hari ni saya nak kongsi salah satu dari email tersebut.

Kepada ibu saya, RAMADANIS BINTI MUNIR, Selamat Hari Ibu. INSYAALLAH, saya akan tetap menghargai ibu sehingga akhir hayat saya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

HAYATI TULISAN INI DAN SELAMI SEIKHLASNYA, INSYA ALLAH AIRMATA IMAN DAN TAQWA AKAN BERCUCURAN TANPA KAMU SEDARI.

DIA LAH PROFESOR KU, IBU KU

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.....Mak
Bila bangun tidu…

Hari Bomba 2009...

Semalam merupakan sambutan Hari Bomba 2009. memang setiap tahun sambutan ini disambut pada 4 Mei. Sambutan Hari Bomba Peringkat Kebangsaan tahun ni disambut di Alor Setar, Kedah. Pelbagai acara telah disusun sempena sambutan ini, antaranya perarakan, pertandingan kawad antara JBPM negeri dan banyak lagi.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua anggota bomba seluruh negara, khususnya yang bertugas di JBPM Terengganu. Semoga segala usaha anda selama ini dihargai. Sama dengan slogan baru, 'Sedia Menyelamat', semoga khidmat anda dapat dipertingkatkan lagi.

Ulangtahun Pertama ~ s b 1 8 9 1 1 9 ~ a.k.u.t.e.t.a.p.a.k.u...

Hari ni saya dah mula masuk pejabat. Saya sampai Terengganu petang semalam. Sepanjang di KB, tak banyak sangat program saya. Ada la 2,3 kali saya keluar.

Sedar tak sedar, rupa-rupanya dah setahun saya menulis dalam blog saya ni. Entry pertama saya adalah pada 04 Mei 2008. Rasa macam kejap je. Memang tak sedar pun dah setahun berlalu.

Apa pendapat anda sepanjang setahun saya menulis...? Boleh kongsi tak kelemahan-kelemahan yang mungkin saya boleh perbaiki...? Bukan apa, kalau boleh saya nak juga perbetulkan apa yang boleh. Sekurang-kurangnya boleh menjadikan blog saya ni lebih menarik.

Kalau dilihat balik, saya banyak menceritakan kejadian yang berlaku pada diri saya, terutamanya tentang kerja. Selain itu, ada juga saya kongsi pengalaman saya sewaktu berada di sesuatu tempat. Sekadar ingin berkongsi perasaan saya dengan anda semua.

Selain itu, saya jadikan blog saya ni sebagai tempat untuk kawan-kawan mengetahui perkembangan terbaru saya. Mungkin ada juga kawan-kawan yang jarang bertanya…