Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2011

Pingat Emas Sukan SEA Kekal Milik Malaysia...

Tahniah....!!!!

Tahniah....!!!!

Tahniah....!!!!

Itu je mampu diungkapkan bagi menggambarkan rasa berterima kasih dan bangga dengan pencapaian skuad Harimau Muda dalam mempertahankan pingat emas sukan SEA. Sekali lagi, Harimau Malaya membuktikan bahawa mereka lebih hebat dari Sang Garuda yang dua kali tumbang di bumi sendiri pada temasya Sukan SEA kali ni.

Sememangnya perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA semalam adalah perlawanan paling mendebarkan melibatkan skuad negara untuk tahun ni. Bermula dari minit pertama lagi, aksi bertenaga dipersembahkan dari kedua-dua pasukan.

Memang terkejut dan tergamam bila Indonesia berjaya mendapat gol seawal minit ke-5. Saya risau jika gol awal ini akan menyentap semangat dan moral pemain kebangsaan. Namun, mereka nyata matang dalam permainan. Mereka bangkit dan terus menyerang Indonesia untuk mendapatkan gol penyamaan. Hasilnya, Asrarudin berjaya menyamakan kedudukan sebelum berakhir babak pertama.

Separuh masa keuda, kedua-dua pasukan meneruskan …

Majlis Menyambut Menantu : Romi & Syila...

12 November 2011 adalah tarikh yang dipilih oleh adik saya dan isterinya untuk majlis di Kota Bharu. Ini adalah pengalaman pertama kami sekeluarga mengadakan majlis sebegini kerana sewaktu abang saya kahwin dulu, tak ada pun majlis. Semua buat di kampung. Jadi, agak menyeronokkan jugak la pengalaman pertama ni. Cuma, letih tu memang terasa.

Pelamin dah dipasang sehari sebelum majlis. Pelamin ni simple je, sebab tak ada acara bersanding pun. Cuma untuk sesi bergambar je. Saya sampai KB tengahari Jumaat, dan masa tu pelamin dah siap dipasang. Jadi, kami meneruskan persiapan yang lain pula, khususnya makanan.


 Pelamin ringkas untuk sesi bergambar...
 Sempat main dengan bunga hiasan...hehehe...
 Hiasan untuk meja makan beradab.
Masa hari majlis, masih ada lagi sedikit persiapan yang dilakukan. Dari pagi hingga ke malam, memang saya sibuk membantu segala keperluan majlis. Rombongan keluarga perempuan tiba dalam pukul 2 petang. Sebelum tu pun dah ramai tetamu datang. Cuma, majlis bagaikan ter…

Salam Aidil Adha...

Hari ni dah masuk hari ketiga kita menyambut Aidil Adha. Sekarang saya sudah mula bekerja. Maklumlah, saya tak ambil cuti tambahan sebab saya akan ambil cuti Jumaat ni untuk kenduri kahwin adik saya di Kota Bharu.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Aidil Adha kepada semua. Semoga kita semua dapat menghayati makna sebenar korban dan mengamalkannya dalam kehidupan kita. InsyaALLAH...