Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

Penulisan Secara Berhemah...

Setiap kali ada isu besar dalam negara kita ni, mesti ada banyak komen yang dibuat oleh semua pihak. Tidak kira la di televisyen, majalah ataupun akhbar. Tidak terlepas juga dari penulis-penulis blog.

Malah, kebelakangan ini, terdapat segelintir penulis blog yang menyuarakan pendapat mereka dengan lantang sekali, walaupun apa yang diperkatakan agak sensitif bagi masyarakat kita. Mungkin ianya mengenai perkauman atau agama.

Jadi, saya rasa saya nak buat kenyataan la. Saya tak terlibat dengan sebarang isu yang sensitif ni ek. Saya cerita pasal kisah saya dan sekeliling saya je. Blog saya bebas dari sebarang komen yang 'merbahaya'... Hehehe...

Kepada kawan-kawan, boleh la tergur-tegur kot-kot saya ada cerita atau komen benda yang sensitif. Bukan apa, kot-kot saya tak sedar je... Hehehe...

p/s : Saya nak anugerah penulis blog berhemah... Ada ke...? Hehehe...

Bangkitlah Pahlawan Merah...

Entah di mana silapnya. Dari empat perlawanan, Kelantan hanya mampu menang sekali, dua kali seri dan sekali kalah. Paling menyakitkan, kalah dengan cara yang cukup memalukan.

Rasanya semua dah tau perihal kekalahan Kelantan kepada Kedah malam Selasa lalu. Bagi saya, kekalahan seperti itu tidak sepatutnya berlaku kepada pasukan yang gah dengan 'bintang'. Malah, cara kekalahan itu juga secara tidak langsung telah membangkitkan kekecewaan dan kemarahan para penyokong.

Bagi saya, ada sesuatu yang perlu dilakukan pihak pengurusan dan kejurulatihan Kelantan. Jika tidak, misi pasukan untuk mengejar piala musim ini pasti akan terkubur lagi. Walaupun musim masih panjang, namun moral dan sokongan penyokong perlu diambil kira.

Mungkin sedar dengan gelora kemarahan dan kecaman dari penyokong, pihak pengurusan dan kejurulatihan pasukan nampaknya mula mengambil langkah yang perlu. Barisan kesebelasan pemain akan dirombak. Malah, apa yang lebih drastik adalah memanggil semula penjaga gol vetere…

Misi Tercapai...

Akhirnya, misi pertama tahun ni dah pun tercapai...

Hehe... Seronok je rasa bila dah lulus ujian memandu. Minggu depan dah dapat lesen. Lepas ni bolehlah tumpu pada benda lain pulak. Tak tak payah pikir pasal lesen dah.

Bila dah berjaya dalam melunaskan azam pertama, saya nak tumpu pada satu lagi azam utama saya tahun nih. Cari kerja tetap. INSYAALLAH, saya akan cuba untuk dapat kerjaya yang terbaik untuk. Doakanlah kejayaan saya...

p/s : Selamat hari jadi Fendry ke 23...Semoga panjang umur dan dimurahkan rezki...

Hampir Tercapai...

Misi pertama saya tahun ni untuk mendapat lesen memandu hampir tercapai...

Hari Rabu minggu lepas, 6 Januari, saya telah mengalani ujian memandu kereta dengan JPJ. Tapi masa tu tak ada rezeki saya lagi. Saya lulus Bahagian 1, tapi kanda Bahagian2. Jadi, saya akan menjalani semula ujian untuk Bahagian 2 tu minggu depan.

Tapi semalam saya telah lulus ujian untuk motosikal. Mujurlah tak ada yang kandas. Mula-mula saya memang risau kalau-kalau kandas lagi. Tapi ALHAMDULILLAH, saya berjaya juga. Jadi, sekarang saya hanya perlu tumpu pada Bahagian 2 untuk kereta la pulak. Saya harap sangat yang saya akan lulus kali ni. Saya akan buat yang terbaik... INSYAALLAH...

Aizat Juara AJL 24...

Segalanya sudah terjawab semalam apabila lagu Pergi dari Aizat dinobat sebagai Juara bagi Anugerah Juara Lagu Ke-24.

Menampilkan barisan peserta yang mantap, tentu sekali persaingan yang diberikan bagi setiap lagu cukup hebat. Malah, boleh dikatakan semua lagu merupakan lagu yang sentiasa mendapat tempat di hati peminat. Namun, hasil dari penilaian juri, maka ternobatlah Lagu ciptaan Pete Teoh sebagai juara.

Lagu Dan Sebenarnya dari Yuna mendapat tempat kedua, manakala Faizal Tahir mendapat tempat ketiga dengan lagu Bencinta. Bagi kategori Vokal terbaik, Black adalah pemenang dan bagi Persembahan terbaik, Aizat nyata sekali mengungguli kategori ini melalui lagu Kau Aku.

Bagi yang tak berjaya, tahniah juga kerana telah menampilkan persembahan yang hebat. Pujian juga kerana berjaya mara hingga ke akhir. Yang pasti, teruskan menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti untuk industri muzik negara.

Jadi, apa kata kali ni kita layan lirik lagu Pergi, Juara AJL 24...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~…

Selangor Pertahan Piala Sumbangsih...

Sabtu lalu, bermula la musim Liga Malaysia 2010. Perlawanan untuk Liga Super seperti biasa dimulakan dengan perlawanan sumbangsih di antara Selangor, Juara Piala FA 2009 menentang Negeri Sembilan, Juara Piala Malaysia 2009.

Perlawanan yang berlangsung di Negeri Sembilan itu dimenangi oleh Selangor yang menumpaskan tuan rumah 2-1. Walaupun pada separuh masa pertama Negeri Sembilan mendahului 1-0, namun Selangor berjaya menyamakan kedudukan dan seterusnya memenangi perlawanan dengan gol dari Safee Sali dan Surendran. Boleh dikatakan perlawanan itu cukup menghiburkan denagn serangan dari kedua-dua pasukan.

Selain perlawanan sumbangsih, ada beberapa lagi perlawanan Liga Super yang lain. Antara yang menjadi perhatian saya tentu sekali perlawanan Kelantan menentang Terengganu. Perlawanan yang berkesudahan seri tanpa jaringan itu dikatakan turut menampilkan aksi menarik dari kedua-dua pasukan. Namun, kehebatan penjaga gol Terengganu menidakkan peluang Kelantan untuk mengutip mata penuh.

Apa pun…

Cerita Di Tahun Baru...

Hari ni dah 5 Januari 2010. Hari kelima untuk tahun baru nih. Apa yang menarik ek sepanjang 5 hari ni...?

Sebenarnya, tak ada apa-apa menarik pung. Saya duk kar umah je. Semalam je keluar untuk kelas memandu terakhir sebelum ujian. Esok saya ada ujian dengan JPJ. Jadi, doakan saya ek...

Cuma di awal-awal tahun baru ni, ada benda yang merisaukan saya. Jari kaki saya yang sakit ari tu dah makin teruk. Memang sakit la kalau pakai kasut. Ubat pun dah lama habis. Tak tahu la sampai bila saya kena tahan sakit macam ni. Harap-harap cepat sembuh.

p/s : Kepada Along, selamat hari jadi ke 24. Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki.