Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2012

2012 Dalam Kenangan...

Terlalu cepat masa berlalu. Rupanya kita dah sampai di hari terakhir bagi tahun 2012.

Selesai Kursus...

Alhamdulillah...Selesai juga Kursus Pra-Perkahwinan saya. Sijil pun dah dapat. So, bolehlah teruskan dengan prosedur yang lain. Lepas ni nak kena selesaikan urusan pengisian borang untuk kahwin dan juga ujian HIV. Mungkin bulan depan kot buat. Sekarang tak sempat lagi. Ish...Tak sabar betul rasanya nak kahwin...Hehehe...

Maaf...Sibuk Melampaui Batasan...

Sedihnye...Lama betul tinggalkan blog ni. Dah sebulan tak uodate apa-apa. Sibuk je memanjang... Keje kat ofis tak putus-putus. Mula-mula final exam, belum selesai urusan pemarkahan final exam, kena buat pulak jadual waktu. Minggu ni pulak dah mula semester baru. Wahhhhh...Memang tak sempat. Rekod sem lepas tak sempat update lagi, dah masuk sem baru. Banyak gak benda berlaku dalam sebulan ni. sebab sibuk yang melampaui batas ni, tak sempat nak share kat sini. Tak pe lah. Saya akan tetap update dari semasa ke semasa. Sekarang, saya ada kat Mentakab sebab mengikuti kursus pra-perkahwinan dengan Cik Tunang saya. Kursus 2 hari ni diadakan di Temerloh. Lepas selesai kursus ni, boleh la buat persiapan lain pulak. Walaupun sibuk, saya harap dapat siapkan persiapan Big Day saya nanti. Amin...