Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Selamat Tinggal 2013, Selamat Datang 2014...

Akhirnya kita telah menjejakkan kaki ke hari terakhir bagi tahun 2013. banyak sangat kenangan manis bagi saya tahun ni. 2013 akan tetap saya ingat sampai bila-bila.

Pada tahun 2013 ini, status saya berubah dari bujang kepada berkeluarga. Semestinya ianya menjadi kenangan paling manis dalam hidup saya. Tarikh keramat 31-3-13 akan saya ingat selamanya.

Rezeki juga agak murah tahun ni kerana sekarang saya dalam fasa akhir untuk menanti kelahiran cahaya mata pertama saya. Memang tak sabar sangat nak sambut baby sendiri ni. Biasanya layan baby orang je. Bila nak dapat baby sendiri, memang excited sangat.

Dalam kerja, tahun ni menampakkan peningkatan dalam kerja saya. Dari segi produktiviti dan pengurusan masa, sememangnya tahun 2013 ni adalah yang terbaik.

Jadi, azam saya untuk 2013 sebenarnya dah tercapai. Untuk 2014, saya tak meletakkan azam yang tinggi. Cukuplah sekadar saya berazam untuk memastikan kelahiran anak sulung saya dalam suasana yang terbaik. Saya juga berharap kerja saya se…

Perbezaan Mereka...

Minggu lepas telah diadakan sesi pilihanraya kampus bagi memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2014. Seperti biasa, pelbagai gelagat pelajar dapat dilihat sepanjang seminggu calon berkempen.

Apa yang ingin dikongsikan di sini adalah medium yang digunakan untuk berkempen. Kalau zaman saya dulu, memang takdelah nak berkempen di laman sosial ni sebab masa tu laman sosial ni memang tak banyak. Setakat tampal poster dan buat sesi ucapan terbuka untuk membentangkan usul masing-masing.

Situasi sekarang memang berbeza. Dengan adanya kemudahan laman sosial, sesi membentangkan usul atau manifesto jadi lebih mudah. Masing-masing hanya berkempen di laman sosial dan tidak lagi berucap secara terbuka. Ada kebaikan dan kekurangan juga cara baru ni, tapi semua bergantung kepada calon itu sendiri untuk mencorakkan bentuk kempen mereka.

Apa yang ingin saya kongsikan kali ini adalah gelagat pelajar yang menggunakan laman sosial sepanjang sesi berkempen dan piliharaya ni. Ada yang berfikir se…

Berhujung Minggu Di JB...

Hujung minggu lepas saya dan wife gerak ke JB untuk menghadiri majlis perkahwinan Asyran & Safia. Majlis hari Ahad, tapi saya gerak sehari awal dan akan bermalam di rumah pakcik di JB.

Kami gerak dari Muadzam dalam jam 12.30 tengahari. Kami singgah di Segamat sebab pakcik sekeluarga ada kat sana, tengok anak buah saya buat persembahan pada hari terakhir tadika dia. Tahniah Arina sebab dapat nombor 1... Hehehe...

Dalam kul 3.30 kami gerak dari Segamat untuk ke Pulai Indah, JB. Perjalanan semua ok, cuma bila dah nak sampai tu, kereta saya buat hal. Brek berbunyi, macam dah habis brek pad. Risau betul. Terpaksa la bawak slow je.

Pada sebelah malam, sepupu saya ajak keluar Diaorang bawak ke Danga Bay. Kami bawak sekali anak-anak buah saya tu. Saja layan diaorang malam-malam. Sambil-sambil wife saya pun tak pernah sampai lagi Danga Bay ni. Tercapai la hajat dia..Hehehe...







SYMP....

SYMP adalah ringkasan bagi "Saya Yang Menurut Perintah"

Biasa bila kerja sektor awam ni, memang selalu kena amalkan ayat ni. Sebab apa? Sebab kita hanya pekerja. Pihak atasan lebih dominan suaranya.

Cuma pada yang bersuara dominan, tak perlu nak salahkan saya yang takde apa-apa ni. Saya sentiasa amalkan SYMP ni. Kalau ada apa-apa, bincang dengan pihak atasan saya. Tak perlu terus 'serang' saya. Dah la suara tu kuat. Bergegar satu bilik ni dengan suara anda. Semua orang akan anggap saya yang buat salah. Timbang rasa sikit ye 'Encik Bersuara Dominan'. Benda ni bukan salah saya. SYMP.

SYMP...

SYMP...

SYMP...

Ingat...SYMP...

Ish...Geram pulak rasanya.

Tak pelah...Nak buat camne...Saya ni semut je. Anda gajah. Mana larat nak lawan.


Apa boleh buat...Redha je la....


Accept...Let Go...Move On...

Nick Vujicic

Percaya...

Percayalah... Anda tetap istimewa dan hebat Di mata mereka yang percaya pada anda Walah anda jatuh Walau anda tersungkur Tetap ada mereka yang percaya bahawa Anda masih yang terbaik

Gelagat Pelajar Saya...

Saya nak kongsikan beberapa gambar gelagat pelajar saya sepanjang semester Jun 2013 ni. Layan je... Hehehe...


Dah masuk 2 tahun setengah, ni kali pertama pelajar gabung nama saya dengan pensyarah lain... Ishhh... 

Confirm tak faham soalan ni. Takkan nak gi beli motherboard pun kena pakai static strap. Siap ada elektrik mengalir lagi...Tension betul budak-budak ni...

Pelajar ni letak ayat ni pada helaian akhir jawapan dia. Lepas abis tanda baru perasan ada ayat ni. Maaf la, saya tak pasti hati saya lembut ke tak.
Nanti ada gambar lain saya akan kongsikan lagi... Peace no war... :)

Yang Dulu, Bukanlah Yang Sekarang...

Gempak tak tajuk? Tapi ni bukan pasal lagu Tegar tu. Ni hal lain... Hehehe...

Apa yang saya nak kongsikan mengenai 'yang dulu bukan yang sekarang' ni adalah pasal karenah pelajar. Banyak benda yang saya perhatikan pasal pelajar zaman sekarang yang memang jauh berbeza dengan zaman saya dulu. Ya, mungkin normal apabila satu generai berubah ke generasi yang lain, namun adalah merugikan jika perubahan itu sesuatu yang tidak baik.

Hampir 2 tahun 6 bulan saya menjadi pendidik. Banyak perkara yang saya lihat sehingga membuatkan saya terfikir. Di mana silapnya apabila pelajar zaman sekarang berbeza sangat berbanding dulu? Salah cikgu yang mengajar atau asas dari rumah yang sememangnya tidak kukuh? Atau mungkin pengaruh luaran yang menjadi penyebab?

Masa saya belajar dulu, memang ada pelajar yang nakal dalam kelas. Suka tido, tak siap keje, bising, dan banyak lagi. Jarang sekali saya dengar pelajar yang berkelakuan kurang ajar dengan cikgu. Tapi sekarang perkara sebegitu macam dah ja…

Sibuk Di Akhir Semester...

Hari ni hari terakhir sesi kuliah untuk semester Jun 2013 PMS. Macam biasa la, bila dah abis sesi kuliah, masing-masing sibuk dengan menanda kertas dan markah. Final exam start 21 Oktober nanti. Bila dah start final exam, sibuk menanda kertas final pulak.

Ni la kitaran keje yang saya lalui. Nak kata dah biasa pun tak boleh gak sebab baru 5 semester saya mengajar. Banyak lagi benda perlu saya sesuaikan. Insya Allah, lama-lama nanti ok la tu.



Nak sambung menanda kertas pulak..Hehehe....

Menang...

Semalam saya ada post pasal badminton mania di ofis saya dan ada perlawanan penentuan diadakan semalam. Dan keputusannya adalah..........

Mestilah team saya menang. Saya dan Tun berjaya menumpaskan En. Dollah dan Asyran dengan straight set 21-11, 21-15. Hehehehe...

Lepas ni kami akan pecah regu dan cuba cari kombinasi baru untuk main antara jabatan pulak. Kalau ada game la..







Badminton Mania...

Sejak dua menjak ni, kegilaan main badminton makin kuat di kalangan saya dan geng ofis. Sebelum ni pun dah main, tapi takdelah se'excited' sekarang. Mungkin sebab En. Dollah pun dah join kitaorang main kot...Hehehe..

Petang nanti kami akan main lagi. Perlawanan tumpuan petang ni antara saya dan Tun (Geng Muadzam) menentang Asyran & En Dollah (Geng Kedaik). Minggu lepas, 2 perlawanan masing-masing menang 1 game. So, petang ni penentu la sape hebat. Geng Muadzam atau Geng Kedaik. Hehehe...

Kita tengok petang ni sape yang kena...



Sambut Bersama...

Penyakit apakah yang melanda sehinggakan saya susah sangat nak update blog ni. Macam susah sangat nak post sekarang ni. Last post pun ucapan raya Aidilfitri. Sekarang Aidilfitri dah abis, tunggu Aidiladha datang pulak. Hehehe...
Kali ni just nak share pasal hari jadi saya dan wife saya. Hari jadi saya 27 Ogos, wife saya pu;ak 20 Ogos. So, tahun ni kali pertama kami sambut berdua hari jadi kami. Kami pilih 25 Ogos untuk sambut sama-sama. Takdelah sambut dengan acara besar-besar pun. Sekadar keluar 'dating' bersama je.
Kami keluar ke Kuantan pada 25 Ogos lepas. Dari pagi kami gerak dari Muadzam dan destinasi pertama kami adalah East Coast Mall (ECM). Kat ECM kami pusing-pusing je. Nak shopping pun bajet tak banyak. Setakat cuci mata je la. Sempat gak makan dulu di Chicken Rice Shop.
Next destination adalah Megamall. Banyak kedai dah tutup rupanya, atau pun tutup masa kami datang. Mustahil sebab kami datang hari Ahad. Kat sini pun sama, pusing-pusing je. Takde nak shopping apa-ap…

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Alhamdulillah. Genaplah sebulan kita berpuasa. Syukur pada Ilahi kerana kita semua telah menjalankan tanggungjawab kita sepanjang Ramadhan yang lalu.

Pertama kali menjalani Ramadhan sebagai suami cukup menggembirakan. Pengalaman pertama yang tidak mungkin dilupakan.

Di kesempatan, saya mewakili isteri saya, Nora, dan diri saya sendiri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Semoga Syawal kita kali ini meningkatkan lagi persaudaraan antara kita semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri....Maaf Zahir Batin...


Rezeki Raya...

Artikel Berita Harian Online
Alhamdulillah. Tak sangka Kerajaan nak bagi lagi bantuan khas hari raya untuk tahun ni selepas Kakitangan Awam diberi 2 kali kenaikan gaji tahunan (KGT). Nilai RM500 mungkin agak kecil berbanding tahun lepas, namun rasanya ia satu nilai yang sudah cukup menggembirakan. Dengan kenaikan harga beberapa barangan sempena perayaan yang akan datang, sekurang-kurangnya bantuan ini boleh meringankan beban penjawat awam.

Bayaran ini mungkin akan dibuat pada 31 Julai 2013. Semoga kita dapat memanfaatkan pemberian ini dengan sebaik-baiknya.

Selepas 5 tahun...

Alhamdulillah. Pada Mei lalu, dah masuk 5 tahun sebenarnya saya bercerita dalam blog kesayangan saya ni. Dalam kesibukan bekerja, saya tetap akan cuba luangkan masa untuk bercerita dan berkongsi maklumat terbaru mengenai saya, khas untuk tatapan sahabat-sahabat.

Dalam 5 tahun ni, banyak sangat benda dah saya kongsikan. Dari soal kerja, persahabatan, keluarga, hinggalah hal-hal peribadi yang boleh dikongsi. Pelbagai pahit manis kehidupan saya kongsikan bersama.

Siapa sangka, banyak benda berubah dalam 5 tahun. Contohnya dalam soal kerjaya. Waktu mula-mula berblogger ni, saya masih lagi kerja di Terengganu. Kemudian saya berhenti dan sempat menganggur 8 bulan. Dapat keje plak di KB tapi tak sampai setahun dapat tawaran menjadi pensyarah. Dan di sini lah saya sekarang. Muadzam Shah, Pahang.

Namun, dek kesibukan yang makin ketara, jumlah post saya dalam blog ni dah makin menurun. Bukan tak ada cerita nak dikongsi, jauh sekali bosan untuk menulis. Tapi kerana kesibukan sehingga membataska…

Salam Ramadhan 1434H/2013M...

Alhamdulillah...Ramadhan datang lagi...Terima kasih Ya ALLAH kerana telah dipanjangkan umur ku agar dapat ku bersua dengan Ramadhan 1434H..

Ramadhan tahun ini cukup istimewa kerana ini pertama kali saya meraikan Ramadhan sebagai suami. Pasti suasananya berbeza dari sebelum ini. Saya dah merasai berpuasa bersama ibu bapa dan adik beradik. Saya juga dah merasa berpuasa sebagai lelaki bujang yang belajar di tempat orang, dan lelaki bujang yang bekerja di tempat orang. Dan kali ni, saya akan merasai suasana berpuasa bersama isteri.

Semoga Ramadhan kali ini diberkati dengan pelbagai rahmat dan hidayah dari ALLAH SWT...

Ahlan wasahlan ya Ramadhan...



Family Day JTMK 2013...

Pada 22 & 23 Jun lepas, ofis saya buat family day di Cherating. Saya pun join sama. Saya terlibat dalam pengurusan aktiviti sebab saya ditugaskan sebagai antara AJK Aktiviti.

Ini pertama kali kami menganjurkan family day. Banyak sangat kekurangan yang berlaku. Mungkin kalau ada kesempatan untuk menganjurkan lagi family day di masa depan, mungkin penganjuran akan lebih baik.

Saya nak kongsikan antara gambar aktiviti yang sempat dirakam sepanjang family day di Cherating.









Rezeki ALLAH...

Pagi tadi wife sy try test. Inilah keputusannya..


Alhamdulillah...Berita yang paling menggembirakan. Nanti kena bawak jumpa doktor untuk sahkan dan untuk tahu berapa minggu.

Thanks pada semua kawan yang sentiasa mendoakan kami. Semoga anda semua akan terus mendoakan yang terbaik untuk kami. InsyaAllah...




Flying Without Wings...

Kad Dah Siap..

Yes...Akhirnya siap gak kad kami ni...Hehehe...
Lambat gak nak dapat kad ni. Sijil nikah dah lama dapat. Kad je yang belum siap. Kebetulan balik Mentakab hujung minggu lepas, terus la tanya. Rupanya dah siap. Orang majlis agama tu cakap diaorang akan call bila siap. Tapi takde pun...Huhuhu..
Takpelah. Yang penting kad ni dah siap. Lega la sikit kan...


06042013...

Ish...Lama betul tak update. Sibuk je memanjang. Macam sebulan sekali je saya sempat nak post cite dlm blog ni. Cian blog saya ni...Hehehe..

Ok. Post terakhir saya sebelum ni adalah mengenai majlis akad nikah dan bersanding di sebelah rumah pengantin perempuan. Kali ni saya nak kongsi sikit mengenai majlis di sebelah pihak saya di KB.

31313...

Lama tak update blog saya ni. Memang saya sibuk dalam masa 2,3 bulan ni. Dan ini adalah entry pertama saya selepas bergelar suami...Hehehe...

Hari ni saya nak kongsikan detik paling bermakna dalam hidup saya. Tarikh keramat 31313 atau 31 Mac 2013 (31/03/2013) menjadi detik permulaan dimensi baru hidup saya. Pada tarikh itu, saya telah sah diijab kabulkan dengan gadis pilihan hati saya, Noraniza Safiee.

Menuju 31313...

Detik saya menaip entry ni, jam di laptop saya pukul 11.43 malam, 30 Mac 2013. Ini bermakna, tak sampai 12 jam lagi, saya akan berhadapan dengan satu tahap baru dalam hidup saya.

Kami...Selamanya...

Ok...Sabtu lepas saya sempat berkunjung ke rumah pakcik yang berada di JB.Ini adalah kali pertama saya ke rumah nya di JB, dan kali pertama juga sebenarnya saya memandu sendiri ke Johor. Alhamdulillah, semuanya lancar.

5 Hari di Pulau Pinang...

Pada 11 hingga 15 Mac lepas, saya diminta untuk ganti En. Dollah ke Bengkel Pemurnian dan Penilaian Item Peperiksaan Akhir di Copthorne Orchid Hotel, Pulau Pinang. Bengkel ini dianjurkan oleh Politeknik Seberang Perai (PSP).

Mac Sudah Menjelma...

Dup..Dap...Dup..Dap..Degupan hati makin kencang bila Mac menjelma.

Hari ni dah masuk 1 Mac. Maksudnya ada 30 hari lagi untuk saya menukar status dari 'bujang' kepada 'berkeluarga'. Tentu sekali debaran kuat terasa.

Selesaikan Urusan...

Semasa cuti Tahun Baru Cina minggu lepas, banyak perkara yang saya siapkan untuk majlis perkahwinan saya nanti. Saya dan Nora balik ke KB pada Sabtu, 16 Februari. Sepanjang kami di KB, kami banyak siapkan barangan untuk majlis perkahwinan kami, terutamanya dari segi persiapan untuk door gift.

Setahun...

Kursus ToT 1CiTiZEN...

Pada 21 hingga 23 Januari lalu, saya telah mengikuti Kursus ToT 1 CiTiZEN. Kursus ini adalah untuk melatih peserta yang terlibat untuk menjadi pengajar bagi program 1 CiTiZEN.

Kali Pertama Dalam Sejarah...

Kali pertama dalam sejarah blog saya ni bila saya tak post apa-apa selama sebulan. Huhuhu..