Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

Setahun Bersama...

Hari ini, 31/03/2014, genaplah setahun usia perkahwinan saya dengan wife saya, Nora. Pejam celik, dah setahun masa berlalu. Banyak suka duka kami harungi bersama dalam setahun ni.



Bila disingkap balik setahum yang lalu, semuanya masih segar dalam ingatan saya. Detik 31/03/2013 akan tetap menjadi tarikh keramat dalam hidup saya kerana pada tarikh inilah saya bergelar suami. Berubah status akan membawa bersama perubahan tanggungjawab. Beza kehidupan zaman bujang dengan berumah tangga.
Sebagai suami, saya tetap cuba memberi yang terbaik untuk keluarga saya. Dengan kekangan yang ada, terutamanya dari segi kewangan, tentu sekali menguji kesabaran dan ketahanan diri. Saya sedar, setahun pertama ni saya belum mampu menjadi suami yang terbaik untuk wife saya. Banyak sangat kekurangan yang belum mampu saya atasi. Tapi saya tetap mencuba perbaiki diri hari demi hari. Sebab hanya satu harapan saya, iaitu mampu memimpin keluarga saya ke arah keluarga yang dilimpahi kebahagiaan dan keberkatan.
Sek…

Cahaya Mata Ku...Part 1...

Alhamdulillah. Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya kita mampu mengecap kebahagiaan hari ini. Kerana dengan kehendakNYA jugalah saya mampu untuk berkongsikan detik paling bahagia dalam hidup saya.

Jika sebelum ini saya ada postkan mengenai isteri saya yang lambat bersalin, kali ini saya nak kongsikan pula detik saya mula bergelar bapa.

Lepas saya terpaksa balik ke Muadzam, saya hanya sempat kerja 2 hari. Hari Khamis, 20 Februari, wife saya call cakap ada air keluar. Masa tu memang ingat air ketuban. Dalam kul 8.30 pagi saya gerak balik KB. Wife saya dah ke hospital dulu sebab risau baby lemas. Masa tu Allah je yang tau macam mana perasaan saya. Nak drive pun tak tenang. Tapi lepas 3 jam, wife saya call. Dia cakap takyah la drive laju sangat sebab dia ok. Doktor cakap bukan air ketuban yang pecah. Doktor tahan wife saya dalam wad sebab nak tau air apa yang keluar pagi tu.

Saya sampai KB dah tengahari. Saya rehat jap kat umah dan petang baru saya gi hospital tengok w…

MH370...

Hari ni dah masuk hari ke-5 kehilangan pesawat MAS MH370. Namun, masih takde sebarang tanda-tanda jelas yang boleh membantu kepada penemuan pesawat terbabit. Jumlah bantuan dari negara luar makin bertambah. Jumlah jentera carian juga makin meningkat. Malah, kawasan carian juga telah diperluaskan. Tapi apa yang dicari masih tidak kelihatan.

Pelbagai spekulasi dibuat. Namun, semuanya hanyalah teori rekaan semata-mata. Dalam situasi macam ni, tak sepatutnya spekulasi dan khabar angin seperti ini disebarkan. Semuanya hanya akan mengeruhkan lagii keadaan.

Apa pun, apa yang hanya boleh kita lakukan adalah berdoa agar semua ini menemui penghujungnya. Walaupun bukan penghujung yang menggembirakan, namun sekurang-kurangnya derita ahli keluarga mereka yang menanti dapat dikurangkan.

#doauntukMH370

#prayforMH370