Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2010

Lamanya...

Wah...Lama gak tak bukak blog saya nih. Tak ada perkara nak dikongsikan. Maklumlah, saya pun jarang dah ke CC ni sebab duit dah habis...Huhuhu...

Setakat ni, saya masih lagi menganggur. Duk kat rumah je. Duit pun dah habis. Tak boleh nak keluar sangat. Jadi, tak ada benda nak dikongsikan. Nak cerita pasal bola, malas la pulak. Maklumlah, kecewa lagi sebab Kelantan gagal ke suku akhit Piala FA....

Takpelah. Kalau ada cerita, saya kongsi lagi.

Selamat Tahun Baru Cina 2010...

Esok, 14 Februari merupakan sambutan Tahun Baru Cina untuk kawan-kawan kita yang berbangsa Cina. Dalam kitaran tahun kalendar masyarakat Cina, 2010 adalah tahun Harimau.

Kepada kawan-kawan berbangsa Cina, saya mengucapkan Selamat Tahun Baru CIna. Semoga sepanjang tahun baru ni anda semua akan terus berjaya, mendapat kekeyaan dan kejayaan yang dihajati. Biarlah semangan sang harimau menjadi nadi kejayaan anda tahun ni...

Auuuummmmmm......

Lagi...Lagi...Lagi...

Dalam seminggu ni, saya duk giatkan lagi usaha saya untuk membuat permohonan kerja. Ada la 2,3 tempat yang saya mohon. Tapi tak tahu la macam mana,kan...

Selain dari permohonan online tu, saya ada juga memohon untuk jawatan Fasilitator Schoolnet. Tarikh tutupnya hari Khamis lepas. Saya dapat tahu pun petang rabu. Kalut gak la. Tapi mujurlah boleh dihantar permohonan menggunakan email. Harap-harap permohonan saya tu dipertimbangkan.

Hari ni pula saya isi KPLI. Permohonan baru je dibuka hari Isnin. Saya beli pin pada hari Isnin tapi tak sempat isi sebab talian internet tak memuaskan. Hari ni je baru saya dapat isi. Saya tak mengharap sangat sebab ni dah masuk kali ketiga saya mohon KPLI. Dua kali gagal, kali ni tak tahu lah.

Apa pun, saya akan tetap cari peluang kerja yang sesuai untuk saya. Harap-harap dapat la dalam masa terdekat ni. INSYAALLAH...

Masa-masa Yang Membosankan...

Sekarang kita dah pun masuk bulan Februari, bulan kedua untuk 2010 ni. Ini maknanya dah masuk bulan keempat saya menganggur. Sejak dari November 2009 hingga sekarang, saya masih mencari peluang kerja untuk saya.

Sepanjang tempoh ni, memang saya akui bahawa inilah tempoh paling membosankan dalam hidup saya. Maklumlah, saya ni jenis yang tak suka duduk diam je. Kalau boleh, saya memang nak kerja sebab saya ni jenis yang suka bekerja. Tapi nak buat macam mana. Tak ada rezeki lagi untuk saya kerja.

Saya harap la sangat yang saya akan dapat kerja dalam tempoh terdekat ni. Tak larat dah rasanya nak tanggung kebosanan melampau ni. Dah la bosan, duit pun tak ada. Makin la terdesak hidup saya sekarang...Huhuhu....