Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

Kelayakan Piala Dunia 2014 : Malaysia 2 - 1 Taiwan

Safiq Rahim meraikan gol pertama bersama para pemain lain.
Semalam berlangsung perlawanan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil di antara Malaysia menentang Taiwan. Malaysia berjaya menewaskan Taiwan dengan jaringan 2 - 1.

Malaysia berjaya mendahului Taiwan 1 - 0 pada separuh masa pertama hasil jaringan cantik ketua pasukan, Safiq Rahim. Hasil dari umpanan dari Kunalan, Safiq berjaya merembat kencang untuk menjaringkan gol pertama. Separuh masa kedua, Aidil Zafuan menanduk kencang untuk menjadikan kedudukan 2 - 0. Berpunca dari sepakan sudut, Aidil meluru untuk menanduk dengan kencang dan seterusnya memberi gol kedua Malaysia. Namun, akibat kelekaan pertahanan, Taiwan berjaya memperolehi 1 gol penting untuk dijadikan bekal pada perlawanan kedua Ahad nanti di tempat sendiri.

Walaupun berjaya mengatasi Taiwan semalam, skuad Harimau Malaya belum mampu untu bergembira kerana masih ada lagi 90 minit di Taiwan pada hari Ahad nanti. Malah, Malaysia perlu …

Kelayakan Sukan Olimpik 2012 : Malaysia 2 - 1 Lubnan

Malaysia berjaya melayakkan diri ke peringkat kumpulan kelayakan Sukan Olimpik 2012 apabila membenam cabaran Lubnan 2 - 1 sebentar tadi.


Gol-gol Malaysia dijaringkan pada separuh masa pertama oleh Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal. Tamat separuh masa pertama, Malaysia mendahului 2 - 0 . Namun, di awal separuh masa kedua, Malaysia terpaksa bermain dengan 10 orang apabila pemain Malaysia diperintah keluar padang setelah mendapat kad kuning kedua. Lubnan memanfaatkan peluang ini untuk merapatkan jurang gol. Mereka berjaya mendapat gol menerusi tandukan yang memerangkap penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat. Namun, Malaysia kental bertahan untuk mengekalkan kedudukan ini, dan seterusnya memenangi perlawanan ini.

Secara keseluruhan, permainan pemain muda negara ini lebih baik jika dibandingkan dengan perlawanan pertama di Lubnan yang lalu. Mereka lebih yakin dan teratur dalam permainan. Hasilnya dapat dilihat dengan dua gol menarik oleh Irfan dan Wan Zack Haikal. Namun, aspek pertahanan…

Bengkel Design Blog...

 Hari ni saya dan kawan-kawan dari JTMK menganjurkan Bengkel Design Blog untuk staf PMS ni. Sekadar untuk berkongsi maklumat dan pengalaman dalam membuat blog. Kami cuba berkongsi segala pengetahuan yang ada untuk rujukan bersama.

Kepada semua peserta bengkel, selamat mencuba....

Sebulan Di Muadzam Shah..

Pejam celik..Pejam celik..Dah sebulan rupanya saya kat Muadzam Shah ni. Cepat betul masa berlalu, kan...

Rasa baru je lagi saya kat sini. Dengan kelam kabut nak lapor diri, nak cari tempat tinggal lagi. Rupa-rupanya dah sebulan saya menjadi warga Politeknik Muadzam Shah ni. Masih banyak yang perlu saya pelajari. Maklumlah, ini bidang baru untuk saya. Memang saya menyukai bidang pendidikan, tetapi untuk jadi pendidik terbaik, banyak lagi yang perlu dipelajari. InsyaALLAH, saya akan terus mencuba menjalankan amanah saya sebaiknya.

Hari ni, buat pertama kalinya saya jadi pengawas peperiksaan. Selama ni asyik kita je yang exam, kali ni saya jaga exam pulak...Hehehe...Bermula hari ni, pelajar yang mengikuti sesi semester pendek mula exam. Saya kena la jaga exam gak.

 Subjek exam petang tadi...
Student duk jawab soalan...
 Sempat lagi posing time budak jawab exam...Hehehe...
 Ini lah Ketua Pengawas Peperiksaan petang tadi. Cik Dayah...Hehehe...Sama kecik dengan student...
Fokus jawab exam...
Kal…

Malaysia 2 - 0 Myanmar...

Semalam berlangsungnya perlawanan persahabatan di antara Malaysia dan Myanmar. Dan buat pertama kalinya, pertandingan peringkat antarabangsa diadakan di luar Lembah Kelang. Kelantan diberi penghargaan dalam menganjurkan perlawanan persahabatan ini.

Dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu semalam, Malaysia berjaya menumpaskan Myanmar 2-0. Gol Malaysia dijaringkan oleh Amirul Hadi dan Baddrol Bakhtiar. Malaysia seharusnya menang dengan jumlah jaringan yang lebih besar, namun beberapa peluang gagal disempurnakan oleh barisan pemain Harimau Malaya. Namun, kemenangan ini mampu memberi suntikan motivasi kepada anak buah Dato' K. Rajagopal ini.

Saya sebenanrnya berbangga dengan perlawanan semalam. Pertama, tentu sekali kerana Malaysia menang. Malah, saya juga berbangga kerana Kota Bharu diberi penghormatan untuk menganjurkan perlawanan peringkat antarabangsa melibatkan pasukan negara. Lebih menarik, beberapa pemain Kelantan turut mewakili skuad kebang…

Sibuk Dunia Baru...

Wah...Sekarang jarang betul saya nak update blog ni. Bukannye dah tak minat nak update, tapi tak sempat. Ada saja keje nak kena siapkan. Balik umah je, dah letih. Tak sempat pun nak mengarang ayat dlm blog ni. Sorry la ye blog...Hehehe...

Mana saya nak mula dulu ek...?

Ok..Sebelum ni saya ada cerita pasal kursus saya di Kuala Lumpur. Balik dari kursus tu hari Khamis, saya rehat sehari je. Sabtu tu dah mula kursus lain plak. Kali ni Kursus Asas Renang, anjuran jabatan dalam politeknik ni je. Kursus berlangsung 2 hari, iaitu Sabtu dan Ahad, adalah kursus yang mengajar asas-asas renang dan cara menyelamat di air. Sekadar teknik asas je la. Bagus gak saya join ni. Sekurang-kurangnya saya tau la sikit-sikit pasal renang ni. Tapi kulit saya makin gelap la sebab kena kolam renang ni terbuka...Huhuhu...


Lepas habis kursus 2 hari ni, sambung plak kursus lain. Bermula hari Isnin sampai Khamis (6 - 9 Jun), saya terlibat pula dengan Kursus Penggunaan TimeTabler Plus. TimeTabler Plus ni seben…

Misi Berjaya...

Misi Kelantan untukk menumpaskan Terengganu di Kuala Terengganu akhirnya berhasil. Terengganu nyata gagal mencari jalan untuk menembusi gol Kelantan, malah skuad The Red Warriors berjaya menjaringkan 3 gol, sekaligus mengukuhkan kedudukan Kelantan di puncak liga.

Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan menampilkan permainan seimbang. Namun, Kelantan memperolehi kelebihan apabila mendapat gol awal hasil jaringan pemain muda, Izuan Salahudin. Kemudian, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Namun, keputusan 0-1 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Di awal separuh masa kedua, Terengganu melancarkan serangan tanpa henti ke kawasan Kelantan sehinggakan hampir kesemua pemain Kelantan terpaksa berkampung di kawasan sendiri. Namun, Terengganu gagal memecah benteng Kelantan. Hasil kesilapan Sharbinee, penjaga gol Terengganu, The Red Warriors berjaya memperolehi gol kedua hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha.  Gol ini sekaligus mematahkan semangat pemain Terengganu. Mereka bagai…

Kursus Effective Presentation Skills...

Semalam saya baru je balik dari kursus di Kuala Lumpur. Bermula dari 30 Mei hingga 2 Jun, saya menghadiri Kursus Effective Presentation Skills di Hotel Adamson, Kuala Lumpur.

Sebenarnya saya kena ganti orang. Hari Jumaat tu, saya dimaklumkan oleh Ketua Jabatan yang saya kena gi kursus. saya tak kisah sangat la sebab memang takde program sangat pun.

Saya bertolak dari Muadzam Shah sekitar jam 10 pagi. Kami sampai di hotel dalam jam 3.00 petang. Mula-mula pening gak nak cari Hotel Adamson ni. Tapi akhirnya jumpa gak. Lepas check in, saya rehat jap. Tapi dalam jam 5 petang, saya ikut kawan-kawan yang dari Muadzam, Ijam dan Khairul jalan-jalan sampai ke Sogo. Masa nak gi tu, terserempak pulak dengan Zura. Sempat la sembang jap. Janji nak jumpa, tapi sampai hari last pun tak sempat nak jumpa. Lepas pusing-pusing, kami balik hotel sebab nak rehat dulu jap. Malam ada aktiviti.



Malam ada sesi suai kenal je. Ada la aktiviti yang dilakukan supaya semua biasakan diri antara satu sama lain. Samb…