Isnin, September 26, 2016

I'm Back...



Ya ALLAH...Lamanya tak update blog ni. Dah bersawang dah ni...hehehe..


Setahun lebih dah blog ni kosong. Mood nak menulis tu macam dah hilang lepas kes laptop hilang tu..Huhu...sedih ni..

InsyaAllah..Saya cuba untuk update balik siki-sikit. Doakan supaya mood tu datang balik...Hehehe...

Selasa, Julai 14, 2015

Awal Ramadhan Yang Sayu...

Ramadhan kali ni tentu sekali takkan pernah saya lupa. Peristiwa di awal Ramadhan terlalu memang sayu untuk saya ingati.

Seperti biasa, saya akan cuba untuk balik ke KB bagi menyambut awal Ramadhan bersama keluarga. Jadi, saya balik sehari sebelum puasa, iaitu Rabu, 17 Jun. Saya sampai petang di KB. Masa sampai, saya tengok ma saya terbaring letih. Macam demam. Bila ditanya, ma cakap letih sikit sebab baru siap masak lauk-lauk untuk saya sekeluarga yang baru sampai, sambil-sambil siapkan lauk utu bersahur. Saya ajak ma ke klinik sebab tengok macam demam tapi ma cakap tak perlu.

Bila malam tu ma makin melarat. Mula muntah-muntah. Saya dengan abah paksa gak la ma gi klinik. Doktok cakap kencing manis ma naik balik. Sebab tu tak larat. Ma pun mengadu sakit perut sikit. . Tapi klinik tu takde kelengkapan untuk masukkan air pada ma. Doktor suruh ma ke hospital tapi ma taknak. Doktor sekadar cucuk ubat tahan muntah dan ubat darah tinggi. Doktor sertakan surat rujukan untuk ke hospital. Jadi, kami balik je la dan mintak ma makan sikit dengan harapan dapat kurangkan penat ma tu.

Esok pagi, Khamis 18 Jun, hari pertama puasa, ma makin teruk. Dah mula cirit-birit. Saya dengan abah bawak la ma ke hospital. Terus ke unt kecemasan. Doktor masukkan air pada ma, sambil doktor bawa ma x-ray sebab ma masih ngadu sakit perut. Pada mulanya ma diletakkan di wad sementara bagi menunggu keputusan x-ray. Terpaksa la abah berbuka di wad masa tu. Sekitar jam 8.30 malam, abah maklumkan ma akan dibawa masuk ke Wad 28 sebab doktor suspek apendiks ma pecah. Memang terkejut la sebab sebelum ni ma tak pernah ada masalah apendiks ni. Tiba-tiba je doktor maklumkan apendiks ma pecah. Jadi, ma perlu dibedah.Start kul 12 tengah malam, ma diminta puasa sebelum operate.

Jumaat, ma masih tunggu giliran untuk masuk bilik bedah. Kesian tengok ma sebab ma dahaga sangat. Lama ma kena tahan sebab ma hanya dapat masuk dewan bedah jam 8.00 malam tu. Hampir 20 jam. Kami pun menunggu la ma siap bedah. Lepas 4 jam tunggu, ma dibawa keluar dari dewan bedah tapi ma terus dibawa ke unit rawatan rapi (ICU) Wad Teratai. Doktor maklumkan selepas bedah, paru-paru ma gagal berfungsi. Paru-paru belah kanan gagal mengembang dan ma terpaksa bergantung dengan bantuan pernafasan. Masa tu memang semua terkejut. Adik saya yang baru sampai dari Johor kul 12 malam tu pun bergegas la ke hospital. Masa kami masuk, ma belum sedar lagi. Ya Allah, tak sanggup tengok wayar yang banyak dipasang pada ma. Memang laju je air mata saya mengalir. Kami pun bergilir-gilir la standby di hospital bagi mengikuti perkembangan ma. 

Sabtu pagi, ma mula sedar. Tapi masih bergatung alat bantuan pernafasan. Doktor maklumkan bahawa mereka masih memantau perkembangan paru-paru ma dan mereka akan cuba buka alat bantuan pernafasan secara berperingkat. Pada sebelah petang, doktor cuba buka tiub oksigen dalam mulut ma. Doktor nak tngok respon pernafasan ma, jadi ma takleh banyak bercakap. Tapi ma tak putus-putus mintak air sebab dahaga. Ma tak minum sejam mula puasa malam tu, sebelum operate. Disebabkan terlalu banyak bercakap, nafas ma kembali tersekat dan tak stabil. Akhirnya, doktor terpasang sambung balik tiub oksigen dalam mulut ma. Dan ma diberi ubat tidur agar ma dapat berehat. Memang saya nangis tengok ma masa tu, tapi saya tak mampu nak buat apa-apa. Saya hanya mampu berdoa agar derita ma ni cepat berakhir. 

Isnin,  ma menunjukkan perkembangan positif. Doktor kembali buka tiub di mulut dan nampaknya paru-paru ma makin stabil, tapi masih lemah. Doktor maklumkan kalau perkembangan ma ni berterusan, ma mungkin boleh ditukar ke wad biasa. Alhamdulillah, petang tu 5 minit sebelum berbuka, ma ditukar ke wad biasa. Perkembangan ma terus dipantau di Wad 28.

Selasa, ma masih dipantau di wad. Ma makin menunjukkan perkembangan positif. Ma dah boleh bercakap macam biasa. Cuma mudah letih sebab paru-paru belum cukup kuat. Doktor nasihatkan ma selalu buat senaman yang diajar untuk kuatkan paru-paru. Keesokannya, Rabu, ma dah boleh keluar wad jam 2 petang. Alhamdulillah, syukur sangat masa tu ma dah boleh balik rumah walaupun ma letih lagi.

Saya terpaksa balik ke Muadzam hari Sabtu sebab dah seminggu lebih saya cuti. Tapi hati saya tak tenang sebab nak tinggalkan ma saya dalam keadaan ma yang masih tak sihat sepenuhnya. Tapi, saya terpaksa juga sebab cuti saya hampir habis. Saya sentiasa memantau perkembangan ma dari jauh. Alhamdulillah, ma makin sihat.

Esok, saya akan bergerak balik ke KB untuk sambut raya. Memang raya kali ni sederhana je sebab ma pun tak sihat sepenuhnya lagi. Biarlah ma rehat.

Semoga ma kembali sihat seperti biasa. InsyaAllah...

Doakan ma saya sihat sentiasa....



Ahad, Mei 17, 2015

Selamat Tinggal Kenangan...

Saya dah jarang update blog sekarang ni. Sibuk dengan kehidupan harian. Sampaikan tak sempat nak mengarang.

Saya sebenarnya masih lagi rasa ralat dan sedih sebab laptop kesayangan saya hilang. Kena curi masa saya bawa pelajar ikuti program di PSP, Pulau Pinang pada Mac lepas. Saya tak rasa saya cuai sebab saya tinggalkan laptop saya tu dalam bas dan bas tu dibawa ke tempat parking sementara saya siapkan urusan penginapan pelajar. Tapi, laptop saya hilang sedangkan 2 lagi laptop milik rakan sepejabat yang diletak bersebelahan tidak hilang.



Dah buat laporan polis tapi memang tak ada apa-apa tindakan susulan sebab saya yang dianggap cuai. Banyak sangat maklumat penting saya dalam tu. Kerja saya semua dalam laptop. Gambar kenangan dari zaman belajar sampai la gambar-gambar Cik Sara semua dalam tu. Saya sempat back up dalam external hardisk. Tapi, external hardisk hilang bersama-sama laptop tu. So, memang saya kehilangan 100% maklumat dan bahan dalam laptop tu.

Sedih sangat. Saya jaga sangat laptop tu. Bukan senang nak beli laptop. Saya bukan ada duit sangat nak beli. Beli dulu pun pakai duit loan pertama masa mula kerja. Bila dan hilang, rasa memang sedih sangat.

Entahla. Saya harap sangat orang tu pulangkan balik. Kalau nak laptop tu, ambik la. Sekurang-kurangnya pulangkan la external hardisk saya tu. Tu je kenangan lama yang saya simpan.

Sedih sangat..huhu...

Ratings and Recommendations by outbrain