Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

Seminggu Pertama...

Hari ni genaplah seminggu saya bekerja di Pacific KB Mall ni. Setakat ni tak ada masalah sangat la. Cuma saya masih cuba belajar untuk mengurus bahagian saya. Kalau ikutkan semasa temuduga dulu, saya diberitahu bahawa mungkin saya akan dihantar untuk latihan di mana-mana cawangan selama sebulan. Tapi, bila saya lapor diri minggu lepas, saya dimaklumkan bahawa saya tak perlu menjalani latihan di cawangan lain kerana kebetulannya, ada kakitangan dari ibu pejabat akan datang ke sini pada Julai nanti. Jadi, saya akan menjalani latihan di sini je.

Sampai sekarang, saya hanya membuat tugasan mudah yang diajar oleh kakitangan lain dalam bahagian saya. Bukan apa, walaupun saya sebagai penyelia, saya kena biasakan juga dengan tugas-tugas yang lain. Sementara saya dilatih, bolehlah saya buat apa yang patut. Saya pun tak tahu sangat lagi tugas-tugas lain. Cuma harapan saya adalah segalanya akan sempurna tanpa ada masalah-masalah yang memeningkan. Maklumlah, bila mula-mula nak kerja ni, banyak ben…

Alhamdulillah...

Syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan perkenannya, akhirnya saya sudah mencapai salah satu azam saya tahun ni. Saya dah dapat kerja...!!! Yahooo......!!!

Hehehe...Teruja pulak. Yela, saya menganggur dah 7 bulan lebih. Macam-macam kerja cari cari, tapi tak dapat juga. Akhirnya saya berjaya dalam permohonan kali ni.

Saya ada maklumkan baru-baru ni yang saya buat permohonan di Pasaraya Pasific KB Mall pada 3 Jun lepas. Pada 8 Jun, saya telah dipanggil untuk temuduga kali kedua. Dan semalam, pihak Pasific menghubungi saya dan memaklumkan untuk saya mula kerja esok, jam 10 pagi. Mungkin nanti saya akan diberi latihan selama lebih kurang sebulan sebelum mula kerja sepenuhnya. Tempat latihan tak tahu lagi.

Saya sememangnya tak memilih kerja dalam keadaan sekaran ni. Dah la menganggur, nak dapat kerja pula susah. Jadi, bila dah dapat ni, terima je la. Lagi pun, ada gak kaitan dengan benda yang saya belajar dulu.

Apa pun, saya harap semuanya akan jadi mudah sepanjang tempoh saya beke…

Jumpa Kawan-kawan...

12 Jun lepas, saya sempat ke majlis kawan saya, Irfan kat KB ni. Lama-lama sekali baru boleh jumpa, kena la gi. Kebetulan pula, ada lagi kawan-kawan lain pada majlis tu. Farid, Azhar dan Ifham pun ada. Memang seronok la sembang-sembang pasal cerita-cerita lama. Zaman-zaman sekolah dulu. Tak ketinggalan, aktiviti kami bila dah kumpul ramai-ramai, apa lagi kalau bukan sesi sakat-menyakat dan kutuk-mengutuk...Hehehe...

Memang lama tak kumpul ramai-ramai macam ni. Rasa rindu sangat zaman sekolah dulu. Banyak kenangan bersama yang memang tak akan dapat dilupa. Memang nak jumpa balik semua kawan sekelas dulu, tapi masing-masing sibuk dengan aktiviti masing-masing. Maklumlah, semua dah ada komitmen sendiri. Tapi, kalau ada kesempatan, memang kami nak jumpa balik semua kawan lama.

Jadi, pada semua kawan sekelas, harap dapat hubungi saya sebab beberapa orang dari rakan sekelas nak anjur perjumpaan semula. Jadi, sama-sama la kita cari balik kawan-kawan lama kita.

Rindu nak jumpa semula....

Debaran Kian Terasa...

Logo FIFA Piala Dunia 2010.

Maskot Piala Dunia 2010.


Hari ni dah 5 Jun 2010. Ini bermakna 6 hari lagi, bermulalah kejohanan sukan terhebat di dunia. Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Apa ramalan anda semua? Pasukan mana yang bakal menjulang Piala Dunia untuk tahun 2010 ni? Adakah Itali mampu mengekalkan gelaran? Semuanya akan dapat kita ikuti bermula 11 Jun 2010 ni. Pasti kita dapat melihat aksi hebat bola sepak yang ditampilkan oleh semua pasukan.

Dengan beberapa hari berbaki sebelum sepak mula, pelbagai spekulasi telah kita dengar mengenai setiap pasukan. Ini termasuklah mengenai kecederaan pemain-pemain utama pasukan. Antaranya ialah Ballack (Jerman), Beckham & Ferdinand (England), dan Drogba (Ivory Coast). Jadi, tentu peminat-peminat pasukan ni akan jadi gelisah.

Apapun, kita tunggu lah sehingga tamat saingan untuk melihat pasukan mana yang bakal dinobat juara Piala Dunia 2010.



p/s : Akhirnya, saya dah melengkapkan post yang ke-300. Tahun ni tak banyak dapat post. Kalau tak, mesti…

Cubaan Diteruskan...

Semalam, saya meneruskan usaha untuk mencari kerja. Kali ni, saya cuba di Pasaraya Pasific KB Mall. Atas bantuan kawan yang memberi maklumat, saya cuba juga untuk memohon. Tapi macam biasa, saya tak letak harapan pun.

Lepas ni pun saya nak hantar resume saya pada kawan yang nak tolong. Sekarang ni saya cuba je mana-mana yang boleh. Kalau boleh nak dapat kerja secepat mungkin. Bukan apa, saya memang nak guna duit sekarang sebab nak ubat jari kaki saya yang sakit ni. Makin teruk dah rasanya. Kalau tak dapat kerja, macam mana nak ubat jari kaki saya ni...

Ya ALLAH, Hancurkanlah Zionis Yang Zalim...

Serangan Zionis

Sekali lagi kita dikejutkan dengan sikap biadap, angkuh dan zalim dari Rejim Zionis. Kali ni, para sukarelawan dari negara luar diserang semata-mata tidak mahu bantuan dihantar ke Gaza. Malah, ada sukarelawan yang terbunuh dalam serangan itu.

Seluruh dunia mengetahui mengenai misi sukarela untuk menghantar bantuan kepada Gaza ini. Malah, ianya turut disertai beberapa sukarelawan dari beberapa negara, termasuklah rakyat negara kita. Apa yang merisaukan kita adalah mengenai rakyat kita yang menjadi tahanan pihak Israil. Apakah nasib mereka di tempat Zionis nanti?

Akibat kelakuan biadap Rejim Zionis, seluruh dunia bangkit untuk mengutuk serangan itu. Malah, sekutu kuat Israil, Amerika Syarikat turut mendapat tempiasnya. Pelbagai demonstrasi dan tunjuk perasaan diadakan di seluruh dunia. Antaranya adalah untuk menuntut Amerika Syarikat dan PBB mengenakan tindakan terhadap Israil kerana serangan itu . Malah, ianya adalah melanggar undang-undang antarabangsa kerana kapal yang d…