Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

Cahaya Mata Ku...Part 2...

Minggu lepas, 24 September 2014, genap umur Cik Sara 7 bulan. Kejap je masa berlalu. Rasa macam baru je lagi saya saksikan kelahiran Cik Sara. Rupanya dah 7 bulan berlalu. Betullah apa orang cakap. Anak ni pelengkap hidup kita. Memang Cik Sara dah banyak ubah hidup saya dan keluarga. Semuanya demi Sara. Dari hari ke hari, bulan berganti bulan, macam-macam ragam dapat saya tengok. Yang paling penting adalah bila saya dapat saksikan sendiri bagaimana Sara membesar. Daripada hanya baring, meniarap sampailah boleh duduk, semuanya saya dapat saksikan sendiri. Tentu sekali itu adalah saat yang berharga bagi saya. Saat yang tak ternilai harganya. Sekarang ni Sara takde kat umah sebab ikut ibunya balik Mentakab. Dah 2 hari tak dapat jumpa Sara. Tak dapat peluk cium Sara. Rindu sangat rasanya. Khamis ni baru boleh jumpa sebelum kami bertolak balik KB untuk AidilAdha. Memang rasa lain bila Sara takde kat umah. Dah takde teman nak main. Dah takde orang saya nak cium. Sunyi betul rasanya...H