Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

Berlagak...

Susah kalau dah jenis berlagak ni. Semua benda nak rasa hebat. Semua benda nak rasa betul. Sedangkan semua tu biasa-biasa je.

Orang dah bagi betis, nak peha pulak. Orang dah bertimbang rasa, nak pijak kepala pulak. Apa jenis orang la macam ni. Tahu tak, dalam dunia ni bukan anda sorang je yang ada. So, tolong hormat orang lain.

Kalau anda rasa anda boleh berjaya dengan buat perangai macam tu, teruskanlah. Tapi ingat, orang lain dah mula meluat dengan anda. Masing-masing dah benci dengan tahap berlagak anda tu. Jangan nanti orang pun akan berlagak dengan anda.

Hidup dalam komuniti ni kena belajar untuk hormat satu sama lain. Kalau rasa tak boleh hormat hak orang lain, jangan mintak kami hormat hak anda.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.....





Genap 3 Tahun...

Hari ni genaplah tempoh 3 tahun saya bergelar Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) DH41. Bermula dari lapor diri di Putrajaya pada 19 Mei 2011, sehingga hari ini, banyak perkara baru saya dapat belajar.

Tempoh 3 tahun ni sebenarnya tempoh awal dalam bidang ni. Bila dah lepas 3 tahun, maka beberapa perkara perlu diuruskan, antaranya adalah penetapan taraf berpencen. Jadi, sekarang proses untuk melulusan taraf berpencen saya akan bermula dan saya akan menunggu makluman apabila telah selesai.

Esok pula genap tempoh 3tahun saya berkhidmat di PMS. Banyak perubahan dapat dilihat di Muadzam Shah dalam 3 tahun ni. Daripada sekadar pekan biasa, sehingga la dah ada fast food. Hehehe...

Apa pun, masih banyak perlu saya pertingkatkan bagi memastikan saya mampu melakukan tanggungjawab dengan lebih baik. InsyaAllah, saya akan sentiasa buat yang terbaik.




Cikgu, Andalah Tauladan Bagi Saya...

Setiap kali tibanya Hari Guru, pasti saya akan teringatkan kenangan semasa zaman saya belajar dulu. Dari sekolah rendah dan sekolah menengah, hinggalah ke universiti, pasti ada kenangan yang tidak mungkin akan saya lupakan.

Sebelum ni, sempena Hari Guru, saya pernah kongsikan sejarah persekolahan saya dan guru yang mengajar saya dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. Saya juga pernah kongsikan sejarah hidup saya dan bantuan guru dalam 'menyelamatkan' masa depan persekolahan saya. Kali ini, apa yang saya ingin kongsikan adalah bagaimana guru-guru saya terdahulu menjadi tauladan dan contoh kepada saya dalam membantu saya melaksanakan tugas mendidik para pelajar saya.

Pertama sekali, sudah tentu rasa syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana saya dianugerahkan guru-guru yang terbaik untuk mendidik saya. Mereka sentiasa menampilkan mutu seorang pendidikan yang sememangnya disegani. Bukan hanya di dalam kelas, malah ilmu kehidupan juga diselitkan diluar kelas agar kami ma…