Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

Sibuk...

Sekarang saya dalam mode sibuk. Maklumlah, budak-budak dah nak masuk final exam tak lama lagi. Nak kena siapkan markah lagi, final presentation lagi. Tak sempat rasanya. Ada sape-sape nak tolong ke...?

Mesyuarat Pemurnian Dokumen Manual Projek Pelajar Semester Akhir...

Pada 2 hingga 4 April yang lalu, saya telah menghadiri Mesyuarat Pemurnian Dokumen Manual Projek Pelajar Semester Akhir yang diadakan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Arau, Perlis. Saya bertolak dari Muadzam hari Sabtu (31 Mac) lagi dan bermalam di umah adik saya di Bangi. Saya akan naik bas untuk ke PTSS. Saya naik bas di Hentian Duta tengahari Ahad dan turun di Changlun. Dari Changlun, naik teksi ke PTSS. Sepanjang 3 hari mesyuarat, banyak benda la yang saya belajar. Maklumlah, saya ni takde pengetahuan sangat dalam urusan projek pelajar ni. Bila jadi penyelaras utk JTMK PMS, kena la belajar banyak perkara. Jadi, saya ambil peluang 3 hari ni untuk timba seberapa banyak pengetahuan dari orang-orang yang dah biasa buat. Kat PTSS, saya duk di Pauh Inn, iaitu hotel milik PTSS. Saya sebilik dengan Nan, wakil dari Politeknik Mersing (PMJ). Sempat gak la saya dan Nan pusing-pusing kat Arau dengan ditemani Wan, kawan Nan. Sempa gak setiap peserta gi makan gi Kual