Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

Tahniah Negeri Sembilan....

Negeri Sembilan berjaya menumpaskan Terengganu untuk bergelar juara Piala Malaysia 2011...

Negeri Sembilan bukan sahaja membuktikan bahawa mereka antara pasukan elit negara apabila mara ke final Piala Malaysia untuk tahun ketiga berturut-turut, malah pencapaian dan permainan mereka yang tidak kenal erti mengalah membolehkan mereka menumpaskan Terengganu 2-1 di Stadium Shah Alam semalam. terdahulu, Ashaari Shamsudin memperolehi gol pertama Terengganu, namun disamakan oleh S. Kunanlan menerusi gol yang semsetinya mengecewakan para pemain dan penyokong terengganu. Sesungguhnya aksi Sharbinee yang melepaskan gol mudah sebegitu mengukuhkan lagi tohmahan dan andaian para penyokong terhadapnya selama ini. Sebagai penjaga gol kebangsaan, kesilapan sebegitu memang tidak boleh dimaafkan.Kalau diperhatikan, hampir setiap perlawanan Sharbinee akan melakukan beberapa kesilapan mudah sebegitu.

Dan ketika permainan hampir ke penghujung, Hairudin Omar menjadi wira Negeri Sembilan apabila menjaringk…

Program FP104 Computer Hardware di UMP...

Sabtu minggu lepas (22/10/2011), telah diadakan satu program untuk pelajar semester satu PMS bagi subjek Computer Hardware. Program ini merupakan bengkel yang memberi pendedahan kepada pelajar dalam melakukan kerja-kerja berkaitan perkakasan komputer. Malah, turut diajar juga cara-cara nak format komputer.

Dari pada 3 kelas pelajar semester 1, seramai 50 orang telah dipilih untuk menyertai aktiviti ini. Pensyarah yang mengiring pula adalah pensyarah yang mengajar subjek FP 104 Computer Hardware, iaitu Rosilawati, Ismail dan saya sendiri. Program bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.30 tengahari. Bengkel ini diadakan di makmal komputer Universiti Malaysia Pahang.

Program ini agak menarik kerana memberi peluang kepada para pelajar mempelbagaikan lagi ilmu mereka. Malah, para pelajar sendiri memberi reaksi yang positif dan seronok dengan bengkel yang dianjurkan. Walaupun ada beberapa kekurangan, namun ianya tidak menjejas kelancaran bengkel ini.

Diharapkan program seumpama ini boleh diter…

Genap 5 Bulan...

Hari ni, 20 Oktober 2011, genap 5 bulan saya menjadi warga Politeknik Muadzam Shah (PMS). Kejap je rasanya masa berlalu. Rasa macam baru je lagi saya lapor diri kat PMS ni. Malah, masih teringat gak detik-detik awal saya sampai kat Muadzam Shah.

Sepanjang 5 bulan ni, pelbagai peristiwa yang dah saya lalui. Dari awal-awal saya sampai, penuh dengan kesusahan dan kepayahan nak selesaikan pelbagai urusan. Banyak kekangan yang saya hadapi, terutamanya dari segi kewangan la. Lama-kelamaan, saya makin mula dapat menyesuaikan diri. Tapi, banyak lagi saya perlu belajar untuk menjadi pendidik yang baik. Banyak yang perlu ditingkatkan, terutamanya teknik dan cara pengajaran yang berkesan.

Apa pun, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya di sini. Tak mungkin saya akan mengalah kerana inilah yang saya impikan dari dulu iaitu untuk menjadi seorang pendidik. Doakanlah supaya segalanya lancar bagi saya. InsyaALLAH...

Yang Ku Rasa...

Sedih... Kecewa...

Tu je mampu diucapkan... Bukan ini yang diharapkan...  Bukan ni yang diinginkan...
Apa lagi mampu dilakukan...? Apa lagi mampu diselamatkan...?
Ya ALLAH... Sesungguhnya hamba MU ini tidak kuat... Menahan gelora kesedihan yang dihadapi... Melawan tentangan kekecewaan yang makin mencengkam... Apakah mampu untuk dihadapi semua ini...?
Aku hanya berserah pada MU...
Ya ALLAH...

Selamat Pengantin Baru...

Pada 2 Oktober 2011 lalu, adik bongsu dalam keluarga saya, Romi Hidayah, telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan insan pilihan hatinya, Asyila Alli. Majlis akad nikah dan bersanding diadakan pada hari yang sama di Kuching, Sarawak.

Agak kecewa sebab saya tak dapat mengikuti rombongan ke Sarawak. Memang sedih gak la tak dapat tengok majlis akad nikah adik saya sendiri sebab kekangan masa. Ketika tu saya baru je balik dari kursus induksi tak dapat nak cuti sebab banyak kerja dah tertangguh sepanjang 2 minggu berkursus.

Majlis di umah kami di Kota Bharu pula akan diadakan pada 12 November 2011 nanti, seminggu selepas Aidiladha. Saya dah sedia cuti untuk majlis tu. Yang majlis ni mesti la kena ada sebab kat umah sendiri, kan...

Apapun, selamat pengantin baru untuk Romi dan Syila. Semoga kalian bahagia hingga akhir hayat. Kepada Syila, selamat datang ke keluarga kami. Cepat-cepat dapat anak ek. Tak sabar nak main dengan baby ni...Hehehe...

Saya kongsikan beberapa keping gambar majl…