Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

ALLAH Sedang Menguji Kita...

"...Allah takkan menguji hamba NYA diluar kemampuan hamba NYA itu..."
Saya selalu je berpegang pada ayat tu. Saya tau setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Apa yang berlaku pada saya semalam pun ada hikmahnya. Hanya ALLAH yang tau semuanya...

Kejadian ni berlaku pagi semalam. Sewaktu saya dalam perjalanan nak ke Mentakab untuk jumpa NS, saya hampir-hampir terlibat dengan kemalangan. Waktu tu kalau tak silap dalam kul 7.15 pagi. Sewaktu saya memandu melepasi selekoh di area Pekan, saya terkejut bila tiba-tiba depan saya ada keta yang sedang memotong dua trailer. Masa tu saya dalam keadaan yang laju, manakala kereta tu pun laju gak sebab dia nak memotong. Salah pemandu tu sebab dia nak memotong berhampiran selekoh. Saya dah tekak brek rapat-rapat, tapi sebab saya pun laju, kereta gagal berhenti. Bila kereta tu dah makin hampir, saya terpaksa segera bergerak ke tebing jalan dan hampir terbabas ke longkang. ALLAH je yang tahu bagaimana perasaan saya waktu tu. Dalam otak pikir m…

Nurul Dah Kahwin...

Hari ni saya gi Batu Pahat sempena majlis kenduri member pejabat, Nurul Faiza. Majlis diadakan di Hotel Pine Tree, Batu Pahat.

Saya gerak dari Muadzam dalam kul 10 pagi bersama-sama Asyran, Dayah, & Safia. Kami sampai lokasi majlis tengahari. Nasib kami baik sebab pengantin belum sampai lagi. Tak lama lepas kami sampai, pengantin pun sampai. Sempat la tengok majlis tepung tawar dan makan beradap tu. Kami pun sempat gak bergambar dengan Nurul dan suaminya, Jeff.





















Lepas bergambar dengan pengantin, kami pun beredar. Kami singgah dulu masjid untuk solat dan rehat jap. Dalam kul 3.30 petang, kami gerak ke BP Mall. Saje nak jalan-jalan. Lama gak la kat sana. Sempat makan jap. Bila dah letih pusing-pusing, kami gerak balik. Dalam kul 6 lebih gak la kami gerak balik. Kami sampai Muadzam dalam kul 10 malam.

Di kesempatan ni saya nak ucapkan selamat pengantin baru kepada Nurul & Jeff. Semoga bahagia hingga akhir hayat. Cepat-cepat dapat anak ek...Hehehe...

Genap 10 Bulan...

Hari ni genaplah saya bekerja sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) DH41 di Politeknik Muadzam Shah. Kejap je masa berlalu.

Kepada kawan-kawan yang sama lapor diri bersama saya dulu, selamat maju jaya. Semoga kita akan terus berjaya lepas ni. InsyaAllah...

Makan Malam Bersama PA DNS...

Semalam, saya dan anak-anak PA saya iaitu kelas DNS2 telah mengadakan malam malam bersama di rumah saya. Makan malam ni dirancang sebelum ni lagi tapi semalam baru boleh dilaksanakan.

Makan malam telah disediakan oleh anak-anak PA saya la. Mereka yang masak. Juadah utama ialah nasi dengan lauk pauk yang pelbagai iaitu tomyan campur, sayur campur, ikan bakar dan ayam paprik. Ada gak juadah sampingan macam kek batik dan puding koktel.

Saya juga menjemput kawan-kawan pejabat untuk datang makan bersama. Antara yang datang ialah Asyran, Bariey, Ila, Dayah & Safia. Seronok gak sekali sekala dapat kumpul macam ni. Belanja agak besar la untuk kali pertama ni sebab nak kena beli banyak barang. Kalau ada rezeki lepas ni boleh buat lagi.

Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi datang dan terima kasih pada anak-anak DNS yang sudi masak...





Indahnya Bersama...

Sebelum ni, kita belum sempat berjumpa... Tidak berpeluang bertegur sapa...
Apatah lagi untuk bersua muka... Sehingga terdetik di hati... Apakah perasaannya bila melihat ku...? Apakah perasaan ku bila melihatnya...? Apakah aku cukup baik di matanya...? Apakah dia cukup baik di mata ku...?
Bila berkesempatan, peluang tidak ku lepaskan... Jarak jauh bukan halangan... Demi mencapai harapan bertemunya... Alhamdulillah.. Harapan terlaksana..
Pertama kali bersemuka... Ya Allah.. Kerdil rasa diri ku... Tidak layak rasanya untuk ku mendampingi mu... Diri ku serba kekurangan berbanding diri mu... Apakah layak untuk ku bersama mu...?
Penerimaan mu cukup menyejukkan hati ku... Tutur kata dan tingkah laku mencerminkan keperibadian mu...  Sekaligus mencarikan ego lelaki ku... Memautkan hati ku utuh untuk mu... Keterbukaan mu menerima ku memberi sinar dalam hidup ku... Insan kerdil kini terasa dihargai...
Terima kasih Ya Allah untuk anugerah Mu... Kepercayaan mu takkan kupersiakan... Kasih mu takkan ku abaikan... Demi untu…

Makan-makan Di Jentayu Kopitiam...

Semalam saya, Asyran, Dayah & Safia keluar lepak-lepak & makan-makan di Jentayu Kopitiam. Saje ngidam nak makan western pulak....Hehehe...



Kitaorang keluar dalam kul 8 malam. Masing-masing order makan chicken grill, kecuali Dayah yang order makan chicken chop. Ok la makanan western sini. Boleh tahan la.



Lepas siap makan, kami singgah ke Tunas Manja jap sebab nak beli barang. Lepas tu balik rehat jap sebab kul 10 malam warden kena berkumpul untuk buat spot check kat blok lelaki.

Ketua warden ada terima aduan dari pelajar blok 2 lelaki yang ada pelajar yang membuat bising dengan menyanyi dan main gitar dalam bilik. So, antara barang yang diambil dari pelajar adalah gitar dan sub-woofer. Tapi barangan ini akan dipulangkan balik kepada pelajar bila sampai masanya. Cuma rokok yang dirampas tidak akan dipulangkan. Banyak gak rokok yang dirampas dari pelajar.

Bila cakap pasal rampasan masa spot check ni, mungkin ramai yang akan berbeza pendapat. Ada yang cakap sepatutnya barang ni b…

Luang Masa Terakhir Bersama Ijam...

Semalam adalah hari terakhir Ijam berada di Muadzam Shah. Hari ni Ijam dah selamat sampai di Sarawak.

Pagi semalam ada program dii jabatan. Ijam ada juga hadir untuk menyiapkan tugasan-tugasan terakhirnya.  Tengahari kami balik dan saya turut lepak dii umah Ijam. Saja sembang sambil main game sampai petang.

Lepas makan malam di Jentayu, Asyran ajak kami ke karaoke. Saja nak layan nyanyi sama-sama kat karaoke buat kali terakhir. Maklumlah, lepas ni dah tak tahu bila dapat jumpa dan lepak dengan Ijam lagi. Ijam dah balik Sarawak, kami pulak di Semenanjung. Sempat gak la kami nyanyi sejam kat karaoke tu. sampai serak suara...Hehehe...


Balik dari karaoke, kami lepak di umah Ijam la. Saya pun lepak sana sampai pagi sebab nanti kami nak keluar awal pagi ke airport. Flight Ijam kul 6.45 pagi. Kami gerak dari Muadzam dalam kul 4.30 pagi. Masa kat airport, Ijam ada cakap yang dia rasa sayang nak tinggalkan Muadzam sebab dah hampir setahun dia kat sini. Muadzam menjadi tempat pertama dia bertug…

Taklimat InfoSys...

Semalam telah diadakan taklimat kepada pelajar semester 4, 5, dan 6 mengenai InfoSys. InfoSys adalah satu program yang melibatkan pelajar IT IPT dalam melahirkan graduan yang kompeten dalam bidang IT.

Taklimat semalam telah disampaikan oleh Ila selaku pegawai yang menyelaras InfoSys peringkat PMS. Saya dan Nurul turut hadir ke taklimat ini. Walaupun sambutan pelajar kurang memuaskan, namun diharap input yang diberi memberi gambaran kepada pelajar mengenai perjalanan InfoSys dim PMS nanti.

Saya kongsikan beberapa gambar sepanjang sesi taklimat semalam.





Jamuan Perpisahan Untuk Ijam...

Kalau hari Khamis baru ni warden mengadakan jamuan untuk Ijam, semalam pula JTMK menganjurkan jamuan perpisahan untuk Ijam. Macam biasa la, buat 'pot-luck'. Masing-masing bawa sikit makanan. Memang banyak makanan yang sedap. Ada nasi lemak, roti canai, spagethi, kuih-kuih, dan banyak lagi. Saya try je semua tu. Hehehe...

Kami turut mengundang staff dari JRKV untuk makan sama. Ramai gak wakil JRKV yang datang. Maklumlah, sebelum masuk JTMK, Ijam staff JRKV.

Saya kongsikan gambar-gambar menarik sepanjang jamuan semalam.