Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Salam Ramadhan...

Alhamdulillah... ALLAH telah memberi peluang untuk kita sekali lagi menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan ni...

Di kesempatan ini saya ingin memohon kemaafan kepada semua jika ada salah dan silap yang saya lakukan secara sengaja atau tidak. Semoga Ramadhan kali ni menjadi yang terbaik untuk kita semua. InsyaAllah...


Salam Ramadhan untuk semua...

Kelantan Kekalkan Kejuaraan Liga Super...

Tahniah The Red Warriors kerana memenangi Liga Super 2012, sekaligus mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lepas.

Walaupun berbaki 2 perlawaanan, Kelantan telah pun mengesahkan kejuaraan apa bila mendapat 3 mata berharga selepas membenam Perak 6-0 di Kota Bharu. Permainan menarik dipamerkan Kelantan nyata sekali gagal dibendung oleh Perak. Ini menjadikan kemenangan terbesar Kelantan musim ini.

Dengan kemenangan ini, Kelantan telah memiliki 2 piala untuk tahun ini iaitu Piala FA dan Liga Super. Sekarang Kelantan sedang bersaing di peringkat suku akhir Piala AFC dan bakal menentang Arbil FC dari Arab Saudi. Kelantan juga sudah pasti akan mengejar pula Piala Malaysia untuk kembali dibawa pulang ke Kelantan selepas terlepas gelaran musim lalu.

Apa pun, diharap perjuangan Kelantan diteruskan. Tampilkan permainan menarik di setiap permainan bagi memastikan pencapaian pasukan berterusan. Kami penyokong akan sentiasa berdiri teguh di belakang The Red Warriors... Gomo Kelate Gomo...

p…

07-07-2012 : My Engagement...

Alhamdulillah... Sejuta kesyukuran saya panjatkan pada ALLAh S.W.T. kerana dengan limpah rahmatnya, selesai sudah majlis pertunangan saya dan Nora pada hari ni...

Walaupun pada asalnya saya agak risau sebab dah beberapa kali kamii terpaksa tukar tarikh tunang. Tapi bila sampai je saat cincin disarung ke jari Nora, baru lah saya lega.



Keluarga saya dan keluarga angkat datang dari Kelantan semalam lagi. Mereka sampai Muadzam petang gak la. Mereka dah siap bawak keperluan untuk buat hantaran tu. Cuma semalam buat benda-benda yang ringkas dulu la. Pagi tadi sebelum bertolak, baru la siapkaan yang lain.




Kami gerak dari Muadzam sekitar jam 11.15 pagi tadi. Perjalanan kami agak lama sebab tak leh nak bawak laju sangat. Sampai di tol Temerloh dalam kul 1.35 tengahari. Kat tol Temerloh, adik saya dengan wife dia dah tunggu. Diaorang sampai 10 minit lebih awal sebab diaorang dari KL. Kami gerak sama-sama ke umah Nora.

Sampai umah Nora, kami dijamu terlebih dahulu oleh keluarga Nora. Mereka dah …

Sepanyol Juara EURO 2012...

Viva Espana...!!!

Seronok sangat bila pasukan kegemaran saya, Sepanyol berjaya mengekalkan gelaran jaguh Eropah apabila sekali lagi memenangi EURO kali ni selepas menewaskan Itali dalam perlawanan akhir semalam. Kemenangan 4-0 ternyata sesuatu yang memang menggembirakan para peminat Sepanyol.

Dua gol diraingkan pada separuh masa pertama dan dua gol lagi pada separuh masa kedua. Sekaligus mencatat dua sejarah baru kejohanan. Pertama, Sepanyol menjadi negara pertama yang berjaya mengekalkan kejuaraan dalam saingan EURO. Kedua, Fernando Torres menjaadi pemain pertama menjaringkan gol dalam dua perlawanan final dalam sejarah EURO.

Kepada peminat Itali, bersabar lah ek. Itali belum mampu menyaingi kehebatan Sepanyol kali ni. Cuba lagi edisi akan datang.

Viva Sepanyol...!!!


p/s : gambar BH Online

Lawatan Ke Sabak Bernam...

Susah betul nak update sekarang ni. Tak tau la nape. Tak sempat atau takde mood nak update. Dua-dua la kot...Hehehe...

Minggu lepas, saya terlibat dengan lawatan penandaarasan untuk program Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) - DNS di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Lawatan yang diadakan pada 25 & 26 Jun ini adalah untuk melihat bagaimana cara mereka di PSIS menguruskan online test untuk pelajar DNS mereka sebab sem akan datang nanti, DNS PMS pun akan mula buat online test. Jadi, kami pensyarah DNS dari PMS ,menjadikan PSIS sebagai penandaaras kami. Pesnyarah dari PMS yang terlibat adalah Kak Ila, En. Dollah, Anuar, Asyran, Bariey, dan saya sendiri la.

Hari Isnin tu (25 Jun), saya, Kak Ila, Asyran dan Bariey gerak dari PMS pagi lagi. Kami sampai di PSIS dalam kul 3 lebih gak la. Sampai tu kami terus ke HEP sebab pihak PSIS dah sediakan makan untuk kami. Wah, sambutan hebat dari PSIS. Hehehe... Siap makan, kami check in hotel dulu.



Siap check in, kami rehat jap dalam bilik.…