Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

Kelayakan Sukan Olimpik 2012 : Malaysia 2 - 0 Pakistan...

 Aksi perlawanan Malaysia menentang Pakistan

Secara peribadi, semua penyokong merasakan bahawa Malaysia patut menang dengan jumlah jaringan yang lebih besar. Mungkin sesuatu perlu dilakukan oleh jurulatih, Ong Kim Swee.

Kedua-dua gol terhasil pada separuh masa pertama, iaitu di awal permainan dan minit-minit terakhir separuh masa pertama. Sepanjang separuh masa kedua, Malaysia gagal menembusi pintu gol Pakistan walaupun Pakistan hanya beraksi dengan 10 orang pemain selepas pemain mereka mengasari penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat. Para pemain gagal memanfaatkan peluang untuk menambah jumlah gol pada separuh masa kedua.

Untuk pusingan kedua nanti, Malaysia akan bertandang ke Pakistan. Walaupun berbekalkan 2 gol, skuad bimbingan Kim Swee tidak seharusnya mengambil mudah cabaran dari Pakistan. Malah, Malaysia perlu mempertajamkan bahagian serangan. Kurang persefahaman dan gugup menjejaskan usaha untuk menjaringkan gol.

Semoga Kim Swee berjaya mengatasi beberapa masalah yang jel…

Sehari Di MIS...

Sabtu lepas, biasa la, keje macam biasa. Tapi, yang tak seronoknya, air-cond bilik saya tu rosak. Berpanas la saya dengan budak-budak bahagian saya. Sampaikan nak buat kerja pun takde mood.

Masa rehat tengahari, lepas makan, pusing-pusing jap dengan member-member dalam KB Mall tu. Macam biasa la. Kebetulan member nak beli broadband prepaid. Masa dia duk beli kat kawasan promosi DiGi tu, sempat la gak bergambar dengan 'gold man' & 'purple man'. Mungkin dia datang untuk promosi DiGi tu kot.




Lepas rehat, kami sempat lagi bergambar dalam bilik. Maklumlah, sambil-sambil nak kemas bilik, nak gak tampal gambar kami dalam bilik. Macam-macam gelagat la boleh dilihat. Gembira je. Walaupun dalam keadaan panas, boleh lagi sakat-menyakat.











Saya harap rasa gembira ni bukan la suasana sementara. Biarlah selalu je camni. Kerja pun takde la tension sangat nanti. Tapi kena la ingat, kerja tetap kena diutamakan. Nama pun datang kerja,kan...

Apa pun, semoga keluarga MIS ni akan tetap b…

Kelantan Sentap Impian Kebangkitan T-Team...

Aksi Khairul Fahmi menyelamatkan pintu gol Kelantan.
Kelantan akhirnya menepati ramalan untuk mara ke pusingan kedua Piala FA 2011 walaupun terpaksa berhempas pulas untuk menwaskan T-Team. Setelah terikat 1-1 sepanjang 90 minit permainan, pemain beraksi selama 30 minit lagi untuk masa tambahan, namun tiada tambahan jumlah jaringan yang membawa kepada penentuan sepakan penalti. Kelantan menang melalui penentuan sepakan penalti dengan jaringan 6-5.

Sepanjang 45 minit pertama, tiada sebarang jaringan dapat dilakukan. Minit-minit awal perlawanan, T-Team dilihat lebih banyak menguasai perlawanan. Kelantan dilihat sukar untuk mengatur serangan balas dengan rapi. Malah gerakan pemain Kelantan bagaikan serba tidak menjadi. Ini dimanfaat oleh para pemain T-Team. Memasuki pertengahan separuh masa pertama, barulah Kelantan bangkit menyusun gerak-gerak teratur. Namun berjaya dipatahkan oleh pemain pertahanan T-Team.

Separuh masa kedua, Kelantan nyata bermula dengan lebih agresif untuk memburu gol.…

Pembaharuan...

Dengan ini, saya melancarkan wajah baru untuk blog ~ s b 1 8 9 1 1 9 ~ .a.k.u.t.e.t.a.p.a.k.u....

Hehe...Ini adalah wajah ketiga untuk blog saya. Tapi semuanya bertemakan warna hitam. Maklumlah, saya suka warna hitam. Kali ni ada beberapa tambahan eleman pada blog saya. Harap-harap mendapat reaksi positif dari kawan-kawan semua...Hehehe....


Untuk menambahkan tarikan pada blog saya, saya akan cuba memperbanyakkan gambar-gambar atau video menarik untuk dikongsi bersama.
Bukannya nak dapatkan ramai pengikut, tapi saje nak dapatkan kenalan-kenalan baru. Mana tau boleh sama-sama tukar pendapat. Betul tak..? Tak famous pun takpe, yang penting kita sama-sama dapat manfaat.

Semoga terhibur...

Piala FA 2011 Bermula : T-Team vs Kelantan...

Carta Perlawanan Piala FA 2011
(Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

Esok akan bermula saingan Piala FA 2011. Kelantan akan bertandang ke Terengganu untuk bertemu T-Team, satu pertemuan yang unik dan ditunggu-tunggu oleh seluruh penyokong bola sepak Kelantan.

Setelah apa yang dilakukan oleh Indra Putra, Nor Farhan & Azizi untuk 'melompat' ke pasukan T-Team awal musim ini mengundang rasa marah pihak pengurusan dan juga penyokong The Red Warriors. Malah, mereka bertiga dianggap pengkhianat oleh para penyokong. Setiap kali berita kekalahan T-Team diumumkan dalam saingan Liga Super kali ni, para penyokong akan menyambut dengan sorak gembira. Kekalahan demi kekalahan T-Team menjadikan penyokong Kelantan makin bersemangat untuk melihat pasukan dari Terengganu itu tersungkur di laman sendiri dalam saingan Piala FA malam esok.

Dalam surat khabar KOSMO hari ini, jurulatih T-Team, Yunus Alif, mejelaskan bahawa beraksi di tempat lawan sebagai alasan punca kekalahan mereka.

“Ka…

Salam Maulidur Rasul 2011M / 1432H...

Hari ni merupakan sambutan Maulidur Rasul bagi umat Islam. Hari untuk kita menyambut keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.

Ternyata sekali sambutan Maulidur Rasul tahun ini menguji ketaatan dan rasa sayang umat Islam pada Rasulullah S.A.W. apabila disambut sehari selepas sambutan Hari Valentine. Di sini la kita dapat membuktikan bahawa rasa sayang dan cinta kita pada ALLAH dan Rasulullah adalah lebih bermakna. Daripada kita merayakan sambutan yang nyata sekali terpesong dari tuntutan ajaran Islam, lebih baik kita berselawat ke atas nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2011, 15 Februari 2010 Masihi, bersamaan 12 Rabiul Awal 1432 Hijrah. Semoga kita lebih menyayangi dan menyintai Rasulullah S.A.W. serta ajaran dan amalannya. InsyaAllah...

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara...

Semua orang tahu bahawa hari ni merupakan sambutan Hari Valentine. Namun, apa yang terlalu menyedihkan, masih ramai lagi umat Islam, terutamanya golongan remaja yang meraikannya walaupun ianya jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Islam melarang umatnya daripada menyambut sambutan Hari Valentine ini kerana ianya boleh memesongkan akidah dan pegangan umat Islam.

Tidak salah untuk kita berkasih sayang di antara sesama manusia, tetapi biarlah betul caranya. Kenapa perlu memilih tarikh 14 Februari untuk menunjukkan kasih sayang? Malah, amalam menyambut Hari Valentine ini merupakan amalan masyarakat beragama Kristian. Malah, mereka dengan terang-terangan menunjukkan rasa kasih sayang mereka dengan melakukan perkara-perkara yang salah bagi umat Islam. Bagi mereka yang nipis pegangan imannya, jelas sekali mereka akan terikut-ikut dengan gaya hidup orang Barat, dan akhirnya menjerumuskan mereka ke lembah maksiat.

Oleh itu, sebagai umat Islam, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk sama-sama m…

Mubarak Akur Desakan Rakyat...

Mubarak letak jawatan sebagai Presiden semalam.

Akhirnya, setelah ketegangan hampir 3 minggu di Mesir akibat tunjuk perasaan oleh rakyat, Presiden Hosni Mubarak akhirnya akur dan melepaskan jawatannya semalam. Ini bermakna berakhirlah regim pemerintahannya di Mesir selepas hampir 30 tahun.

Berita ini disambut dengan sorak kegembiraan oleh seluruh rakyat Mesir. Setelah berusaha mendesak Mubarak untuk berundur, kini ianya telah menjadi nyata. Rakyat kini tentu sekali menantikan detik untuk memilih pemimpin baru bagi memacu Mesir ke arah pemerintahan yang lebik demokratik setelah sekian lama dicengkam oleh pentadbiran Mubarak yang dianggap sebagai pemerintahan kuku besi.

Sebagai saudara seagama, saya berharap agar rakyat Mesir mampu membuat pilihan yang terbaik untuk negara mereka. Semoga selepas ini negara Mesir akan kembali aman bagi membolehkan urusan seharian berjalan seperti biasa.

Harimau Malaya Menang...

Safee melakukan cubaan ke arah pintu gol Hong Kong.

Harimau Malaya meneruskan rentak kemenangan setelah mengatasi Hong Kong 2-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa, semalam. Jaringan dari Safiq Rahim dan Amirulhadi Zainal sudah cukup menyemarakkan api perjuangan barisan muda negara ini. Gah mempertahankan status Raja Bola Sepak Asia Tenggara yang baru, Malaysia nyata sekali menampilkan permainan yang cukup membanggakan.

Nyata sekali jaringan 2-0 sudah mencukupi untuk membenam cabaran dari Hong Kong. Walaupun terdapat beberapa lagi cubaan, terutamanya dari Safee sali, namun ianya gagal menembusi pintu gol Hong Kong. Gawang Malaysia juga beberapa kali diuji oleh penyerang Hong Kong, namun kekebalan benteng terakhir negara nyata menyukarkan usaha Hong Kong.

Diharapkan Malaysia mampu meneruskan rentak kemenangan sebegini dalam perlawanan-perlawanan akan datang, terutamanya dalam perlawanan peringkat kelayakan Sukan Olimpik nanti.

Kami bangga dengan Harimau Malaya.

Gong Xi Fa Chai...

Saya mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kawan-kawan yang mengenali saya. Semoga tahun Arnab ni memberi anda lebih kebaikan dan kejayaan.

Gong Xi Fa Chai...Xing Nian Kuai Le...

Temuduga...

Ahad lalu, saya menerima surat panggilan temuduga daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41 Bidang Teknologi Maklumat (Rangkaian). Tarikh temuduga adalah pada 1 Mac 2011, jam 8.00 pagi di Putrajaya.

Saya pelik gak la. Kalau tak silap, permohonan ni saya buat pada tahun 2009. kenapa sekarang baru dipanggil? Mula-mula saya pun macam pening-pening sikit sebab tak tahu sangat pasal tugasan jawatan ni. Bila dah cari dalam internet, baru la saya tahu yang jawatan ni adalah untuk pensyarah di politeknik / kolej komuniti.

Saya terpikir gak, nak gi ke tak temuduga ni. Tapi, bila pikir-pikir balik, saya rasa nak gi. Tak salah kalau mencuba. Kalau dapat, bersyukur la. Kalau tak dapat, saya terima. Apa pun, mulai sekarang, kena la saya buat 'carian' serba sedikit sebagai persiapan untuk temuduga ni nanti. Kalau ada siapa-siapa yang boleh tolong saya, saya alu-alukan....Hehehe...

Maher Zain - Insya Allah Versi Melayu...

Akhirnya, dapat gak saya dengar lagu InshaAllah yang dinyanyikan dalam versi Melayu oleh Maher Zain.

Bila dengar je khabar Maher Zain akan menyanyikan lagu Insya Allah versi Melayu, saya memang tak sabar nak dengar sebab saya memang minat dengan lagu ni. Sekarang baru saya dapat dengar lagu ni. Memang puas hati dengar lagu ni. Lirik yang baik.

Kali ni saya kongsikan lirik lagu ni. Harap semua pun suka lagu ni.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maher Zain - Insya Allah (Versi Melayu)


Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian, tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insya Allah... Insya Allah... Insya…