Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

Sedih Tinggalkan 2011, Teruja Menanti 2012...

Alhamdulillah...Hari ni kita sampai ke hari yang terakhir di tahun 2011. Macam mana tahun 2011 anda semua? Ok ke..?

Secara peribadi, 2011 merupakan tahun yang bermakna untuk saya. Nape? Sebab ada 2 azam besar saya pada tahun ini telah tercapai. (Klik sini untuk baca azam 2011 saya)

Pada tahun ini, saya mencapai azam besar pertama say iaitu memiliki kenderaan sendiri. Pada awal Mei 2011, saya dah ada kereta saya. Pada bulan yang saya saya merealisasikan azam besar kedua saya iaitu mendapat kerja yang tetap. Alhamdulillah....Semuanya berjalan lancar.

Untuk tahun 2012, rasanya tak ada azam besar yang saya nak capai. Cuma, saya berazam untuk mengukuhkan lagi diri saya. Terutamanya dari segi kerjaya dan kewangan. Ada gak yang suruh saya letakkan misi untuk dapat pasangan tahun 2012 nanti. Tapi rasanya tu bergantung pada jodoh. Kalau ada, ok la.

Apa pula azam baru anda semua...? Semoga semuanya akan tercapai di tahun 2012 nanti...InsyaALLAH...

Letih Tapi Seronok...

Hujung minggu kali ni agak meriah sebab turut serentak dengan Cuti Hari Krismas. Banyak la aktiviti yang boleh dibuat.

Hari Sabtu, 24 Disember,saya telah ke majlis perkahwinan sahabat saya, Alfah yang diadakan di Sepang. Saya turun dari Muadzam Shah pada jam 7 pagi lagi. Dari Muadzam, saya ke Bangi iaitu rumah adik saya. Saya sampai umah adik saya jam 10.30 pagi. Sempat la rehat-rehat kejap. Dalam kul 12 tengahari, kami gerak ke Sepang. Dalam perjalanan, jalan sesak teruk bermula dari highway ke Nilai lagi sehingga susur keluar ke exit highway Nilai. Alhamdulillah, sempat gak jumpa pengantin. Sempat la bergambar jap dengan Alfah & Baizura, isteri Alfah. Kat situ gak jumpa Hafiza, kawan Alfah yang juga saya kenal.

Dekat-dekat kul 3,kami balik. Saya rehat japo di umah adik saya sebelum gerak balik Muadzam. Kul 4 petang saya gerak. Kali ni saya pun tersangkut dalam kesesakan jalan di highway. Boleh dikatakan sepanjang highway tu sesak. Dah la hari hujan. Memang tension gak la masa tu…

Permulaan Minggu Baru Sesi Disember 2011...

Kejap je rasanya masa berlalu. Baru je lagi rasanya student ambil final exam. Sekarang, semester baru dah bermula..

Mula minggu lepas, para pelajar dah mula daftar di PMS. Bermula dengan hari Ahad lagi sebenarnya. Hari Ahad, para pelajar baru telah daftar asrama mereka. Untuk kali ni, sesi pendaftaran asrama dan pendaftaran pengajian diadakan berasingan. Pendaftaran pengajian diadakan pada hari Isnin.

Untuk kali ni, saya terlibat sebagai AJK lalu lintas bersama-sama Razi. Kami kena sediakan papan tanda jalan untuk memudahkan keluarga yang datang untuk daftar anak-anak mereka. Dan pada hari Isnin, saya membantu kaunter pendafaran jabatan saya.





Pendaftaran pelajar di Dewan Utama, PMS.


Pada hari Rabu pula, pendaftaran untuk pelajar lama diadakan. Pendaftaran ini melibatkan urusan yuran dan juga pendaftaran kursus.

Tapi, dalam kami menyambut kedatangan pelajar untuk sesi baru ni, kami sebenarnya telah kehilangan Ketua Jabatan kami. Ph. Hjh. Fadzilah Ali, Ketua Jabatan JTMK PMS telah dinai…

SBPA, Oh SBPA....

Sekarang ni semua kakitangan awam sedang berbicara mengenai skim baru yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Saya pun sebenarnya masih 'pening-pening' pasal SBPA ni. Bukan pe, banyak sangat terjemahan berbeza. Kalau A cakap camtu, si B cakap camni. So, banyak versi la penerangan SBPA ni. Tak tahu yang mana betul.

Tapi hari Jumaat ni ada wakil dari KPT yang akan memberi penerangan mengenai SBPA ni. Mereka akan berada di PMS ni untuk sesi penerangan. Rasanya time tu boleh la nak tanya apa yang patut. Bukan pe, kena la tau gak apa keistimewaan SBPA ni berbanding SSM sebelum ni.

Apa pun, tunggu je la taklimat Jumaat ni...

Untuk membaca maklumat dan mendapatkan pekeliling SBPA, klik sini.

Terkesan Di Hati...

Tadi, ada sahabat yang share link blog ni di facebooknya. Saya buka dan cuba baca. Menarik sekali...Blog Genta Rasa...

Saya tertarik dengan topik Bercerita Tentang Jodoh.  Apa yang dipaparkan memang cukup menarik. Sekurang-kurangnya, dapatlah sesuatu yang berharga untuk saya pelajari. Kata-kata dalam blog ni pun sangat mendalam maknanya. Antara yang menarik perhatian saya adalah ayat ni....

"..Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga..
Rasanya anda pun patut baca topik ni. Memang menarik. Kemudian, saya cuba tengok beberapa topik lagi. Dan ada lagi beberapa kata-kata yang menarik minat saya, seperti...


"...Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang …

Masih Sibuk...

Wah...Sekarang ni memang tak sempat nak update blog. Banyak keje nak kena siapkan. Walaupun sekarang ni student dah cuti sem, tapi keje staff memang banyak. Kalau nak diikutkan, banyak gak benda yang nak dikongsikan kat sini. Tapi kesempatan tu yang tak ada. Banyak sangat dateline yang perlu diberi perhatian.

Ok...bermula dari 14 hingga 24 november lalu, para pelajar telah menjalani Peperiksaan Akhir. Saya pun ada gak la terlibat sebagai pengawas peperiksaan. Ada 2 kali saya terlibat iaitu pada 15 November dan 17 November.





Lepas habis, saya sibuk pulak nak semak kertas peperiksaan dan susun markah untuk student. Sibuk gak la. Dalam pada duk siapkan markah, saya juga terlibat dengan kursus Timetabler Plus pada 29, 30 November - 1 Disember. Makin pening la. Markah belum siap, nak kena mula buat jadual waktu semester depan pulak. Saya, Dayah & Kak Fidah terlibat dalam kursus ni.

Pada 30 November juga telah diadakan sedikit majlis perpisahan ringkas untuk Hafizah Ismail, Ketua Program…