Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

Sibuk Dengan Komputer Baru...

Mula hari Rabu minggu lepas, saya dan kawan-kawan di JTMK agak sibuk mengemas lab komputer sebab kami akan menerima komputer baru untuk jabatan kami.












Hari Rabu tu memang letih la. Seharian duk kemas lab. Angkat meja yang berat tu. Balik umah pun tak hilang lagi sakit-sakit badan. Kebetulan pulak waktu tu ramai staf takde. Buat je la sape-sape yang ada.
Hari Khamis, komputer baru sampai. Banyak gak sebab sekali dengan komputer untuk lab jabatan lain. 5 buah lori Skynet yang datang untuk hantar semua komputer tu. Proses pengagihan tu berlangsung dua hari, Dan minggu ni, proses nak install plak.











Jadi, lega la sikit kami di JTMK sebab komputer untuk lab dah sampai. Boleh la guna lab lain tanpa perlu bebankan lab yang sedia ada. Cuma nak kena settlekan jadual waktu balik la untuk sem ni nanti.
Fuhhh...Chaiyok...Fighting... Hehehe...

Hari Terakhir Bersama Sahabat...

3 bulan lepas, saya hilang seorang sahabat di PMS ni bila Ijam dapat tukar balik ke Sarawak. Baru lagi rasanya tengok Ijam sebak masa kat airport. Hari ni, saya hilang lagi seorang sahabat. Kali ni, Nurul pulak yang meninggalkan JTMK PMS dan bertukar ke HQ.

Memang minggu ni menjadi minggu paling menggembirakan untuk Nurul sebab dia mendapat 2 berita gembira. Pertama, Nurul dah mengandung anak pertama. Tahniah Nurul. Saya tumpang gembira. Dan berita gembira kedua, Nurul akan bertukar ke HQ bermula minggu depan. Tahniah sekali lagi Nurul. Rezeki anak kot....








Dan hari ni, satu majlis makan sempena perpisahan dengan Nurul diadakan di JTMK. Walaupun ada beberapa rakan JTMK yang berkursus, tapi majlis ini tetap diteruskan sebab hari ni adalah hari terakhir Nurul di JTMK. Pada tengahari, suasananya agak santai lagi sebab hanya melibatkan acara makan je. Tapi menjelang petang, terutamanya bila nak balik, suasana bertukar sayu. Masing-masing sebak bila mengucapkan ucapan maaf dan selamat tingga…

Perlawanan Persahabatan Antarabangsa : Malaysia 2 - 0 Singapura...

Setelah terikat 2-2 pada perlawanan persahabatan pertama hasil keputusan kontriversi pengadil dari Hong Kong, Malaysia akhirnya berjaya menumbangkan Singapura dii Stadium Shah Alam perlawanan persahabatan kedua semalam.


Gol pertama Malaysia dijaringkan oleh Shakir Ali melalui tandukan hasil sepakan percuma pada separuh masa pertama. Gol kedua pula dijaringkan oleh kapten pasukan, Safiq Rahim melalui sepakan percuma cantik pada separuh masa kedua.

Secara keseluruhan, permainan Malaysia kali ni lebih baik berbanding pada perlawanan di Singapura baru-baru ni. Terdapat sedikit peningkatan dari segi corak serangan dan juga permainan. Namun, masih ada sesetengah perkara boleh dipertingkatkan lagi.

Apa pun, pemain perlu pertajamkan lagi serangan dalam usaha mempertahankan Piala AFF tahun ini. Semoga impian ini mampu direalisasikan...

Kursus OBE...

Semalam dan hari ni saya telah menghadiri kursus berkaitan dengan OBE (Outcome Based Education). Kursus ini diwajibkan kepada semua DH41 PMS. Kursus kali ni telah disampaikan oleh Haji Yahya dari UTM. Agak menarik cara penyampaian dari Haji Yahya. Takdelah bosan sangat bila duk dengar taklimat tu.
Dalam kursus kali ni, banyak la input baru yang diperolehi. Harap info-info yang diperolehi tu boleh membantu saya dalam pengajaran nanti. InsyaAllah...

EURO 2012 Sudah Tiba...

Kejohanan bola sepak kedua terbesar dunia sudah memulakan aksinya. EURO 2012 kini sudah tiba. Polang dan Ukraine sudah sedia...


Seperti biasa, upacara pembukaan akan diadakan sebelum sepak mula pertama untuk EURO kali ni. RIngkas tapi menarik. Itu yang boleh diperkatakan mengenai upacara pembukaan yang diadakan di Warsar, Poland semalam.

Tamat upacara pembukaan, perlawanan pertama diadakan iaitu melibatkan tuan rumah Poland menentang juara EURO2004, Greece. Permainan yang diselangi dengan kontroversi itu berakhir dengan keputusam seri 1-1. Malah, turut diselitkan dengan layangan 2 kad merah, masing-masing untuk Greece dan Poland. Perlawanan pertama yang boleh dianggap dramatik sekali.

Manakala, perlawanan kedua untuk Kumpulan A diantara Rusia dan Republik Czech berkesudahan dengan Rusia menang 4 - 1. Sekaligus menjadikan Rusia pendahulu Kumpulan A selepas selesai perlawanan pertama ini.

Malam ini bermula perlawanan pertama untuk Kumpulan B yang menampilkan Belanda menentang Denmark, m…

Selangkah Untuk Ke Dimensi Baru...

Hujung minggu baru ni, saya bawa NS balik ke KB. Pertama, sebab ada majlis keluarga saya. Dan sebab kedua adalah bagi mendapatkan 'sesuatu' untuk NS. Apa yang saya maksudkan 'sesuatu' tu? Hehe...

Sebenarnya, saya dan NS sedang buat serba sikit persiapan untuk majlis pertunangan kami. So, kali ni saya bercadang nak beli cincin. Mula-mula memang la dah bincang nak beli cincing tunang je, tapi mak NS cakap kena beli gak cincin risik. Memang frust gak la sebab saya bukan ada duit pun. Tapi terpaksa la gak belikan cincin risik sekali.

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga belikan cincin risik dan tunang tu hujung minggu baru ni. NS pun ok j dengan cincin tu, walaupun cincin tu bukan la 100% pilihan NS. Masa beli tu, mak dan keluarga angkat saya pun ada sama. Mereka la yang banyak membuat pilihan. NS nampak macam ikut je. Saya rasa bersalah gak, tapi NS kata ok je. Takpelah, nanti untuk kawen saya nak NS sendiri yang pilih.



Bila dah beli cincin ni, saya rasa gembira sang…

Selamat Pengantin Baru Untuk Gusti Afiz...

Sahabat saya dari zaman sekolah, Gusti Afiz telah selamat melangsungkan majlis kesyukuran sempena perkahwinannya pada Sabtu lalu, 2 Jun 2012. Saya berkesempatan untuk ke majlis tersebut bersama-sama NS. Saje nak kenalkan NS pada sahabat saya ni.


Tapi saya tak sempat la nak jumpa pengantin perempuan sebab masa tu rombongan pengantin perempuan belum sampai. Saya pun kena balik awal sebab ada urusan dengan keluarga pulak. Tapi yang penting dapat la jumpa sahabat saya ni.

Kepada Gusti Afiz, semlamat penganti baru bersama Tiey. Semoga perkahwinan anda kekal bahagia selamanya. Cepat-cepat dapat anak ek...Hehehe...


p/s : Sorang lagi geng SB dulu dah kawen. Tinggal 2 lagi yang belum kawen. Sape yang akan kawen dulu ek...?hehehe