Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2010

Belum Ada Rezeki...

Hari ni keluar keputusan untuk Temuduga KPLI-SR ambilan Jun 2010. Saya memang berdebar-debar menunggu keputusan ni. Keputusannya....


Huhuhu... Sedihnya...

Saya tak berjaya. Saya dah gagal dalam peperiksaan bulan lepas. Memang saya kecewa sangat. Dalam keadaan saya yang dah kecewa sebab menganggur, keputusan ni buatkan semangat saya makin jatuh. Saya betul-betul dah tak tahu nak buat apa. fikiran dah buntu.

Apa perlu saya buat sekarang...?

Negeri Sembilan Juara Piala FA 2010...

Setelah menyaksikan perlawanan seimbang antara Negeri Sembilan dan Kedah, kemenangan akhirnya ditentukan dengan sepakan penalti. Kesudahannya, Negeri Sembilan yang menjulang Piala FA 2010.

Dalam separuh masa pertama, Kedah terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi pergerakan cantik antara Baddrol Bakhtiar dan Syafik Jamal. Baddrol dengan mudah melambungkan bola untuk melepasi penjaga gol Negeri Sembilan. Namun, Negeri Sembilan berjaya menyamakan kedudukan melalui tolakan kaki kiri dari Shafik Rahman pada penghujung separuh masa pertama.

Separuh masa kedua gagal menghasilkan sebarang gol. Begitu juga pada masa tambahan yang akhirnya membawa kepada penentuan sepakan penalti. Hasil dari 7 sepakan, Negeri Sembilan mengatasi Kedah dengan jumlah penalti 5-4.Ini kejuaraan P iala FA kedua untuk Negeri Sembilan. Lebih manis adalah kejuaraan ini menyusul selepas Negeri Sembilan menjuarai Piala Malayasia 2009.

Apa pun, kedua-dua pasukan menampilkan aksi yang menarik. Malah, Kedah sebenarnya menampi…

Selamat Berjaya...

Hari ni, ramai yang terlibat dengan peperiksaan untuk Skim Perkhidmatan Gred 41 Perkhidmatan Awam anjuran Suruhanjaya Perkhdmatan Awam (SPA). Tapi kali ni saya tak tersenarai untuk mengikuti peperiksaan ini. Mungkin sebab pilihan saya tak tersenarai dari skim yang ditawarkan.

Adik saya terpilih untuk peperiksaan kali ni. Dia menduduki peperiksaan ini di Hotel New Pasific. Dia pun memang bersemangat nak jawab peperiksaan tu. Siap beli buku lagi nak baca. Harap-harap dia berjaya la.

Menyingkap balik cerita beberapa tahun lepas, saya pernah menduduki peperiksaan ini. Hasil usaha dan rezeki yang telah ditentukan, saya berjaya hingga ke tahap temuduga. Namun ianya terhenti setakat itu dan saya tidak berjaya untuk menjawat jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Bagaimanapun, saya anggap itu adalah pengalaman yang cukup bermakna. Terutama sekali bila saya menghadiri sesi PAC.

Kepada yang menduduki peperiksaan hari ni, saya ucapkan selamat berjaya. Semoga anda mampu untuk ke peringkat sete…

Tak Tahan Lagi...

Adoyai...dah berbulan-bulan duk umah je nih. Memang boleh mendatangkan kemurungan yang terlampau...Huhuhu...

Bila la nak dapat kerja ni. Dah puas cari, semua tak berjaya. Sampaikan saya sendiri dah terlampau bosan duk kat umah. Kalau umah ada internet boleh la tahan. Ni nak guna internet, kena gi CC. Dah la duit takde. Tak kan nak mintak dengan mak ayah lagi kot. Dah besar-besar mintak duit lagi. Sepatutnya kita yang bagi duit...

Mana lagi la nak cari keje ni... Kerja, oh kerja... Di mana kan ku cari...?