Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2009

Cuti Yang Panjang...

Kali ni memang cuti panjang sikit dari sebelum ni. Dalam 6 hari duk kar KB. Macam raya puasa plak...Hehehe...

Duk KB pun tak wat pe sangat. Mujurlah kawan ada member untuk gi jalan-jalan. Kitaorang gi tengok kereta sebab kawan saya ni nak beli kereta. Seronok gak pusing-pusing sambil tengok kereta ni.

Nak Balik Kampung...

Esok saya dah mula cuti. Lama gak, sampai hari Selasa ni baru balik ke Terengganu ni semula.

Mula-mula ingat nak balik malam esok, tapi tiket dah habis. Jumaat pun dah tak ada tiket. Tiket pagi je yang tinggal. Jadi, terpaksalah cuti esok. Lama la sikit cuti kali ni...Hehehe...

Lagu Untuk Mu...

Meet Uncle Hussain - Lagu Untukmu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna
Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku

Guna hati akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Adakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup-cukuplah oh cukuplah

Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan

Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa

Bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan

Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Akhirnya, ternobatlah pemenang bagi Anugerah Juara Lagu Ke-23...

Rasanya, memang dari awal lagi terdengar cerita-cerita yang mengatakan bahawa Lagu Untu…

Tak Dapat Jalan-jalan Di Melaka...

Minggu depan kakitangan pejabat saya mengadakan lawatan ke Melaka sempena majlis perkahwinan salah seorang pegawai bomba di sini. Kebetulan majlis sehari sebelum Tahun Baru Cina. Ramai yang ikut serta.

Saya pun sebenarnya teringin nak ikut sama. Maklumlah, tak pernah pun lagi saya ke Melaka. Tapi cerita ni saya dapat tahu lambat. Saya dah pun beli tiket untuk balik kampung. Lagi pun, saya dah berjanji dengan kawan saya untuk jumpa di Kota Bharu pada cuti ni.

Kalau nak diikutkan, saya boleh je jual balik tiket tu. Saya tak kisah rugi sikit. Cuma saya jenis orang yang pegang pada janji. Lagi pun, saya hormat kawan saya ni. Macam mana pun, saya terpaksa lupakan keinginan untuk makan angin di Melaka demi seorang sahabat. Maklumlah, bukan senang nak cari sahabat yang boleh sama-sama ketawa dan menangis dengan kita. Betul tak...?

Cabaran untuk Islam...

Saban hari, kita dikejutkan dengan pelbagai perkara yang menceritakan tentang ancaman dan cabaran yang dihadapi oleh umat Islam. Tak kiralah sama ada ancaman secara fizikal atau secara dalaman.

Ancaman yang nyata tentu sekali dapat dilihat di Asia Barat apabila pelbagai ancaman dari negara-negara barat dan musuh Islam yang berterusan. Seperti kita tahu, Palestin sudah bergolak sejak berpuluh tahun yang lalu. Setelah beberapa dekad berlalu, masalah ini masih belum selesai, malah makin berterusan dengan penuh kekejaman. Itu tidak termasuk lagi ancaman yang telah berlaku di Afganistan dan Iraq. Mereka telah diserang dengan pengganas dijadikan 'modal' oleh musuh Islam untuk bertindak. Akibatnya, kita dapat lihat hari ini apabila pelbagai kemusnahan dan kehancuran yang berlaku belum dapat dipulihkan.

Itu yang sudah berlaku. Bagaimana pula dengan yang bakal berlaku..?.

Sekarang, banyak usaha sedang dilakukan oleh negara barat dan juga musuh-musuh Islam untuk menakluki dan menghancurkan…

Sebulan Sudah Berlalu...

Semalam genap la sebulan saya menjalani program penilaian untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PAC). Kalau anda masih ingat, 12 Disember 2008 lalu saya menjalani program PAC di Chukai, Kemaman. Pelbagai pengalaman saya kongsikan semasa di program tersebut.

Secara jujur, saya memang lansung tak mengharap apa-apa dari program itu kerana saya sedar masih ramai lagi calon yang berkelayakan dari saya. Saya menganggap program itu sebagai salah satu pengalaman saya untuk menguatkan diri demi menempuh alam kerjaya yang lebih sempurna. Tapi, itu tak bermakna saya tak berminat untuk mengetahui keputusan program itu. Masuk je tahun baru, hampir setiap hari saya semak di laman web SPA mengenai keptusan ini. Semalam, saya begitu teruja sebab keputusan sudah boleh disemak di laman web tersebut. Walaupun saya tahu peluang saya tipis, saya kuatkan semangat untuk semak keputusan saya.

Secara peribadi, sedikit pun saya tak menyangka bahawa keputusan yang tertera di bawah nama saya adalah 'LULUs&#…

Hancur Zionis, Bangkit Palestin...

Dalam keadaan yang masih lagi tegang, elok rasanya jika saya sentuh sedikit mengenai konflik di Tebing Barat yang semakin meruncing.

Bermula 27 Disember 2008, Rejim Zionis telah mula melancarkan serangan besar-besaran di Gaza dengan alasan untuk membalas tindakan pejuang Hamas yang telah menyerang Wilayah Israel. Namun, sandiwara Zionis itu tidak akan dapat menyembunyikan niat sebenar mereka yang mahu melihat kehancuran umat Islam, terutamanya yang berada di Gaza. Bermula dengan serangan udara, mereka sudah pun memasuki Gaza melalui darat.

Semalam, genaplah 16 hari serangan Rejim Zionis ini ke atas rakyat yang tidak berdosa di Palestin itu. Saban hari, pelbagai pihak melaungkan kecaman terhadap kebiadapan tentera Israel itu. Malah, penduduk di seluruh dunia melakukan demontrasi hampir setiap hari bagi membantah pendudukan tentera Israel ini di Wilayah Gaza yang diterajui Hamas.

Di negara kita juga dapat dilihat pelbagai pihak tampil untuk mengecam, mengutuk dan membantah kekejaman Rejim …

Masalah Internet Datang Lagi...

Huhu...macam lagu Dina la plak...

Tak tahu la berapa lama pulak kali ni server ni nak buat hal. Tension rasanya bila tak leh nak bukak internet ni. Banyak kerja yang tersangkut.

Saya nak buat post hari ni pun terganggu. Memang susah betul. Kalau kira, ada banyak nak kongsi tapi terpaksa la tunda dulu. Harap-harap la cepat pulih.

Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu...

Saya bukan nak cakap pasal politik sebenarnya. Tapi apa yang saya nak kongsi di sini adalah suasana di Kuala Terengganu ketika ini.

Seperti biasa, kalau ada pilihan raya kecil, seluruh negara akan memberi tumpuan kepada kawasan tersebut. Untuk situasi sekarang, Kuala Terengganu adalah tumpuannya. Semua jentera pilihan raya bagi parti kerajaan, pembangkang atau bebas akan berkumpul di Kuala Terengganu sehingga tamat pilihan raya.

Saya bukan nak cerita kronologi pilihanraya sebenarnya, tetapi apa yang saya nak bicarakan adalah kesan langsung atau tidak langsung pilihan raya kecil ini kepada masyarakat setempat. Jangan salah faham, bukan nak timbulkan 'huru-hara' antara kita, tapi sekadar renungan.

Pertama sekali, apa yang saya nak kongsi sekarang adalah keadaan lalu lintas. Sejak SPR umum pasal pilihan raya ni, jalan raya di sini makin sesak. Penuh dengan kenderaan dari luar. Semuanya barangkali anggota jentera dari parti-parti yang bertanding. Tumpuan utama mereka adalah di pusat …

Bermulanya Liga Malaysia 2009...

Semalam, sudah bermula musim baru untuk Liga Malaysia. Perlawanan dimulakan dengan Perlawanan Sumbangsih untuk merebut Piala Sultan Ahmad Shah di antara Kedah dan Selangor.

Perlawanan yang diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Star itu dipenuhi oleh penyokong dari Kedah dan segelintir penyokong dari Selangor. Namun, penyokong Selangor dianggap bertuah kerana pasukan Red Giants berjaya merangkul piala pertama musim ini. Keputusan 4 - 1 nyata satu keputusan yang memuaskan untuk perlawanan pertama di awal musim.

Dengan prestasi kurang memuaskan oleh Helmi Eliza, penjaga gol Kedah, Selangor memanfaatkan peluang yang terhidang dengan menjaringkan 3 gol pada separuh masa pertama. Jurulatih Kedah, Azrai terpaksa mengeluarkan Helmi dan diganti dengan penjaga gol muda. Kedah hanya mampu memiliki gol saguhati di minit terakhir perlawanan melalui Khyril Muhymeen.

Selain perlawanan antara Kedah dan Selangor, beberapa perlawanan lain turut berlangsung. Namun, tumpuan saya adalah perlawanan pertama pas…

Selamat Datang 2009...

Cepat betul masa berlalu. Hari ini kita sudah berada di tahun baru. Tahun 2009 yang mungkin ditunggu-tunggu oleh ramai pihak.

Perkara yang dianggap sinonim untuk dibincangkan apabila menjelang setiap tahun baru adalah mengenai harapan dan azam baru. Setiap orang tentu sekali mempunyai azam dan harapan untuk dilaksanakan sepanjang tahun baru ini, atau mungkin juga sekadar ingin melaksanakan azam dan harapan tahun lepas yang masih belum terlaksana.

Seperti orang lain, saya juga ada azam untuk tahun 2009. Cuma, azam saya tak la besar sangat. Sekadar untuk meningkatkan taraf hidup keluarga saya dan membahagiakan kedua ibu bapa. Untuk merealisasikannya, saya akan terus berusaha untuk mendapatkan pekerjaan tetap yang lebih terjamin dan sesuai dengan kos sara hidup sekarang. Bukan nak memilih, tetapi sekadar ingin mencari kepuasan dalam bekerja.

Selain itu, saya berazam nak dapatkan lesen memandu tahun ni. Hehehe... Mungkin pelik, tapi saya memang tak ada sebarang lesen lagi, sama ada kereta at…