Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010

Sudah Pulang...

Petang semalam, mak saya sudah keluar dari wad. Lepas 9 hari 'menetap' dalam Wad Mahsuri, Hospital Raja Perempuan Zainab 2, akhirnya mak saya balik ke rumah.

Keadaannya sekarang dah ok sikit berbanding sebelum ni. Cuma masih lemah lagi. Perlukan masa untuk pulih dan kembali bertenaga. Sementara tu, ayah saya masih tak dapat berniaga lagi. Terpaksa tunggu sampai mak saya sihat sepenuhnya dan mampu untuk ikut berniaga. Dah la nak masuk bulan Ramadhan, mak saya pula sakit. Entah macam mana la persiapan kami untuk Ramadhan nanti....

Semoga Cepat Sembuh...

Kalau ALLAH nak menduga hamba NYA, bila-bila masa DIA boleh duga...

Kalau nak dikira, saya ni masih dalam proses 'pemulihan' akibat masalah pada kaki saya ni. Nak jalan susah, nak buat kerja pun susah. Sekarang ni, mak saya pula yang sakit. Lebih teruk, sekarang mak saya ditahan di dalam wad di hospital.

Kalau nak diikutkan, dan lebih seminggu mak saya demam. Sakit-sakit badan lagi. Pada mulanya ingatkan demam biasa, tapi bila dah melarat sampai seminggu lebih, ditambah pula dengan cirit-birit, ayah saya bawa la gi klinik. Bila periksa, mak saya disahkan menghidap kencing manis. Disebabkan ada masalah lain, doktor mahu mak saya dirawat di hospital. Rabu lepas, ayah saya bawa mak saya ke hospital.

Doktor sahkan masalah mak saya adalah kerana kencing manis dan tekanan darah rendah. Mak saya nak makan pun tak lalu, pastu cirit-birit plak. Dan berbotol-botol air dimasukkan ke dalam badan mak saya. Memang kesian dengan mak saya sebab dia tak pernah kena macam ni.

Saya hanya sempat ke h…

Berdarah Lagi...

Pagi tadi, saya ke klinik untuk buka balutan dan cuci luka pada kaki saya. Masalahnya, luka saya berdarah lagi. Walaupun dah 3 hari, darah masih belum berhenti. Jururawat tu pun pelik. Dia syak mungkin ada terkena saluran darah. Tapi dia tak buat apa-apa lagi. Dia cuma balut balik jari saya. Sepatutnya dah tak perlu balut, tapi bila tengok darah mengalir lagi, terpaksa la balut semula.

Jadi, saya terpaksa la datang sekali lagi ke klinik Sabtu ni. Takpelah, Sabtu ni memang hari cuti saya. Tak ada masalah la. Cuma kalau Sabtu ni darah tak berhenti lagi, mungkin luka saya tu terpaksa dijahit. Makin lama la kaki saya kena balut...Huhuhu...

Hampir Pulih...

Sebelum ni, saya dah beberapa kali kongsi masalah kaki saya ni. Dan sekarang, semuanya bakal berakhir.

Ahad lepas, saya dah pergi ke Klinik Kesihatan Bandar. Lepas doktor tengok, dia suruh saya gi periksa dulu sama ada saya ni ada diabetis atau tak. Bila dah buat ujian, sah saya tak ada diabetis. Jadi, doktor suruh saya terus gi ke tepat untuk buang kuku saya.

Saya ingatkan doktor tu nak suruh di buat temujanji dengan pakar dulu. Tapi rupanya dia cakap boleh buang terus. Jadi, kuku dan isi yang kat tepi tu dah dibuang. Sekarang ni, duk berbalut lagi la jari kaki saya ni.

Esok saya kena gi cuci jari saya ni. Saya tahu, mesti sakit sebab nak buka balutan yang penuh dengan darah ni. Saya dah pernah kena macam ni. Memang sakit sangat. Sampaikan nak menjerit je rasanya...Huhuhu...

Tak pe lah. Sekurang-kurangnya masalah ni dah nak selesai. Lepas ni, saya tak akan ada masalah bila pakai kasut.

Pening...

Semalam ada pegawai dari HQ datang untuk beri taklimat pasal sistem yang digunakan kat sini. Semua kakitangan dari Pacific dan The Store yang terlibat dengan sistem menghadiri taklimat ni. Dari pagi sampai petang. Jenuh gak duk dalam bilik tu...Huhuhu...

Cuma saya jadi semakin pening. Yela, banyak sangat benda tak kena dengan bahagian saya sekarang. Sampaikan pegawai HQ tu terkejut bila dimaklumkan dengan 'ketidaksempurnaan' kerja budak-budak bahagian saya ni. Sebagai penyelia bahagian, secara tidak langsung saya juga terkena tempiasnya walaupun saya masih baru lagi.

Sekarang ni, saya rasa macam ada beban sebesar gajah duk atas kepala saya yang sekecil kuman nih...Huhuhu... Berat tanggungjawab saya. Banyak benda nak kena betulkan balik. Dah la budak-budak bahagian saya ni macam-macam ragam. Tak tahu la macam mana nanti....

Sepanjang 8 Hari...

Seperti coretan saya pada 7 Julai lepas, saya telah menjalani latihan di The Store Kota Bharu selama seminggu. Namum, sesi latihan saya telah ditambah sehari lagi, iaitu sehingga 12 Julai bagi menbolehkan saya memperlajari beberapa perkara lagi.

Sepanjang saya menjalani latihan, banyak perkara yang saya dapat belajar dari Azmer. Dari perkakasan hingga la kepada pengurusan, semuanya telah ditunjukkan oleh Azmer. Semuanya memberikan gambaran yang jelas kepada saya mengenai tugas-tugas sebenar saya.

Bila saya dah tahu selok-belok tugasan saya, saya jadi terkejut. Rupa-rupanya, banyak yang budak-budak pejabat saya tak buat. Saya terpaksa betulkan balik semuanya nanti. Mungkin makan masa jugak, tapi saya akan tetap lakukan.

Dengan bantuan pihak-pihak berkaitan, saya harap saya dapat melaksanakan tugas saya dengan sempurna...InsyaALLAH...

Sepanyol Juara...

Casillas menjulang Piala Dunia sebaik tiba di Madrid.

Sepanyol mengesahkan kegemilangan generasi baru mereka. Setelah memenangi EURO 2008, kini mereka gah pula dengan gelaran juara PIALA DUNIA FIFA 2010.

Perlawanan yang berlanjutan sehingga masa tambahan ini sememangnya menampilkan aksi yang menarik. Serangan demi serangan dari kedua-dua pasukan membuatkan penyokong tidak senang duduk. Malah, bila ada saja peluang untuk menjaringkan gol, pasti penyokong pasukan lawan akan berdebar. Saya sendiri pun berdebar-debar bila Belanda menyerang. Maklumlah, saya sokong Sepanyol pada perlawanan tu....Hehehe...

Apa pun, jaringan Iniesta sudah memadai untuk menjulang Sepanyol sebagai juara buat kali pertama dalam sejarah Piala Dunia. Sementara itu, Diego Forlan telah dipilih menjadi Pemain Terbaik kejohanan dan menerima Anugerah Bola Emas. Satu pencapaian yang mengagumkan buat pemain veteren Uruguay ini.

Forlan yang menerima Anugerah Bola Emas.

Siapa Hebat...?

Awal pagi nanti, ternobatlah juara baru untuk Piala Dunia FIFA 2010. Siapa bakal menjadi juara untuk pertama kali dalam sejarah negara mereka...? Belanda atau Sepanyol...?

Rata-rata mengatakan perlawanan akhir nanti pasti menjadi pertembungan klasik kerana kedua-dua pasukan belum pernah bergelar juara. Jadi, pertarungan nanti mampu mencipta sejarah tersendiri untuk negara masing-masing.

Dengan barisan mantap di setiap posisi, Sepanyol menjadi sebutan untuk menjadi juara. Namun, kehebatan barisan tengah yang mampu menembusi mana-mana pertahanan menjadikan Belanda pencabar paling sesuai untuk Sepanyol. Sebarang kesilapan boleh meranapkan impian pasukan untuk bergelar juara.

Awal pagi tadi, Jerman menundukkan Uruguay untuk menduduki tempat ke-3. Sekaligus menyamai kedudukan pada edisi yang lalu di tempat mereka sendiri.

Kepada peminat Sepanyol dan Belanda, jangan lupa saksikan perlawan awal pagi nanti...

Latihan...

Saya sebenarnya sedang menjalani latihan untuk kerja saya ni. Mula hari Isnin (05 Julai 2010) hingga Ahad (11 Julai 2010) di The Store Kota Bharu. Jadi, saya tak sempat la nak cerita banyak-banyak sebab tak sempat. Saya kena ikut jadual kerja kawan yang duk ajar saya tu. Lepas ni, baru boleh saya kongsi cerita sepanjang saya menjalani latihan ni. Tunggu....

Lengkap 4 Pasukan...

Lengkaplah 4 pasukan terbaik yang bakal beraksi di peringkat separuh akhir Piala Dunia FIFA 2010. Setelah Uruguay dan Belanda menempah tempat awal, semalam giliran 2 lagi pasukan yang berjaya iaitu Jerman dan Sepanyol.

Jaringan kedua Miroslav Klose

Perlawanan antara Jerman dan Argentina semestinya memberi kejutan kepada peminat setia Argentina. Sebelum perlawanan bermula, kedua-dua pasukan diramal mampu memberi saingan seimbang. Namun, kemenangan 4-0 Jerman adalah sesuatu yang diluar jangkaan. Jumlah jaringannya terlalu besar untuk pasukan yang dikatakan mempunyai peluang untuk mara ke akhir. 2 jaringan Miroslav Klose memberi gambaran bahawa Jerman sudah berjaya mengatasi Argentina dari semua sudut.

Jaringan David Villa sekali lagi menyelamatkan Sepanyol

Satu perlawanan di antara Paraguay dan Sepanyol menyaksikan Juara Eropah, Sepanyol menang 1-0. Jaringan tunggal David Villa memadai untuk Sepanyol mara ke peringkat separuh akhir. Namun, melihatkan prestasi Jerman yang berjaya membuat jar…

Tewasnya Juara 5 Kali...

Gol kemenangan Belanda, jaringan Wesley Sneijder.

Saingan suku akhir semalam menyaksikan tewasnya juara 5 kali, Brazil di tangan Belanda. Sesungguhnya keputusan 2-1 itu sudah memadai untuk memadam harapan untuk bergelar juara pertama di bumi Afrika. Jika sebelum ni, Brazil berjaya menjadi juara di beberapa benua berbeza, terutamanya juara pertama di benua Asia, impian untuk menjadikan benua Afrika koleksi terbaru nyata tersangkut oleh kecekalan pemain Belanda. Jaringan Wesley Sneijder telah menutup terus peluang Brazil untuk tahun 2010 ni.

Rasanya tentu ramai yang menggigit jari bila melihat pasukan Brazil gagal menembusi pintu gol Belanda, terutamanya pada 15 minit terakhir permainan. Walaupun banyak cubaan dan serangan dibuat, namun rangkaian serangan mereka gagal menjaringkan gol penyamaan. Akhirnya, mereka terpaksa akur juga dengan kekalahan ini.

Tindakan Luis Suarez menampan bola dengan tangan di pintu gol Uruguay.

Dalam satu lagi saingan suku akhir di antara Uruguay dan Ghana, perma…

Saingan Suku Akhir...

Malam ni, bermulalah pusingan suku akhir Piala Dunia FIFA 2010 South Africa. Mesti ramai yang tak sabar nak saksikan aksi pasukan kegemaran mereka beraksi, terutamanya perlawanan malam ni. Brazil menentang Belanda. Saya sendiri pun susah nak ramal-ramal ni. Jarang ramalan saya betul...Hehehe...

Lagi pun, kebanyakan pasukan-pasukan hebat yang sebelum ni diramal mampu menjadi juara gagal menyerlah. Malah, juara bertahan pun terkandas di peringkat kumpulan. Jadi, sekaligus ramalan-ramalan peminat kebanyakannya juga tersasar. Tak kurang juga yang kecewa bila pasukan kesayangan tersungkur awal.

Kepada peminat pasukan yang beraksi di suku akhir nanti, bergembiralah dengan akhir pasukan pilihan anda. Kepada peminat pasukan yang tersingkir, jangan la kecewa sangat. Sokong pun biarlah berpada-pada. Jangan sampai nak gaduh-gaduh. Tak berbaloi pun. Sendiri yang rugi...Hehehe...