Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

Selamat Tinggal 2009, Selamat Datang 2010...

Hari ni dah 30 Disember 2009. Bermakna esok adalah hari terakhir bagi tahun 2009 ni. Sesungguhnya 2009 bukanlah tahun terbaik untuk saya.

Di awal tahun 2009, beberapa azam telah saya lafazan untuk dilaksanakan tahun ini. Tapi, tinggal sehari saja lagi untuk melangkan tahun baru 2010, rasanya banyak lagi azam saya yang tidak dapat tertunai. Nyata sekali sudah tidak sempat untuk saya lunaskan semuanya dalam masa sehari, kan... Mungkin azam 2009 saya akan berlalu begitu saja...

Apa yang paling membuatkan saya kecewa ialah saya tidak dapat melaksanakan azam saya untuk mendapatkan pekerjaan tetap. Saya ingat lagi di awal tahun, saya memang berazam untuk menjadikan tahun 2009 sebagai tahun serius saya untuk mendapatkan pekerjaan tetap. Tapi apa yang terjadi nyata bertentangan. Saya bukan saja belum mendapat pekerjaan tetap, malah saya sendiri sedang menganggur sekarang. Sewaktu berazam dulu, saya sedang bekerja sambilan tapi di akhir tahun, saya menjadi penganggur. Secara peribadi, ianyamembe…

Keluarga Besar Saya...

Saya sekadar nak berkongsi beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa keluarga saya dari Johor datang ke Kota Bharu baru-baru ni. Sekadar untuk dibuat kenangan.

Arina yang comel


Dengan Arina


Dengan Fendry


Ita..


Kat PCB...

Dugaan Untuk Hamba NYA...

Manusia hanya mampu merancang, tapi ALLAH yang menentukan segala-galanya. Jika kita ditimpa musibah, tentu itu satu dugaan untuk kita. Dugaan dari ALLAH untuk menguji kekuatan iman kita. Sesungguhnya ALLAH tidak akan memberi dugaan lebih dari kemampuan hambanya.

Itulah yang mampu saya perkatakan mengenai apa yang berlaku pada keluarga besar kami. Apa yang saya maksudkan adalah mengenai cerita bapa saudara saya yang berada di Senai, Johor. Kira-kira dua bulan lepas, dia mendapat serangan angin ahmar. Walaupun tak kuat, tapi cukup untuk melemahkan sebelah badannya. Dari tangan hingga kaki di sebelah kiri tidak dapat bergerak. Keluarga pakcik saya dah bawa dia berubat di sekitar Johor untuk cuba memulihkan anggota badannya yang tidak bergerak tu. Macam-macam cara dicubanya. Berurut, terapi, mahupun akupuntur, semua telah dicubanya. Akhirnya, dengan izin ALLAH, kakinya kembali bergerak walaupun tidak kuat. Dia sudah boleh berjalan, tetapi agak sukar kerana masih tidak kukuh langkahannya. C…

Salam Maal Hijrah 1431 H...

Hari ni sudah 1 Muharam, permulaan untuk tahun baru Islam yang ke 1431. 'Memperkukuh Ukwah, Memperkasa Ummah' merupakan tema sambutan untuk sambutan tahun ini. Dari segi maksudnya, jelas sekali menuntut kita untuk bersama membantu memperhebatkan generasi Islam sekarang. Dengan pelbagai dugaan yang melanda masyarakat Islam seluruh dunia, tentu sekali perhubungan dan persaudaraan sesama Islam adalah penting dalam memastikan Islam terus unggul.

Sebagai umat Islam, marilah kita bersama-sama dalam memastikan Islam terus menjadi kebanggaan kita.

Salam Maal Hijrah 1431 H...

Emas Buat Malaysia...

Tahniah... Tahniah... Tahniah...

Jutaan tahniah untuk para pemain bola sepak Malaysia kerana berjaya memadamkan kemarau 20 tahun emas untuk bola sepak negara. Semuanya sudah termaktub bahawa Sukan SEA 2009 di Laos menyaksikan Malaysia mengungguli acara bola sepak.

Pasti jutaan rakyat Malaysia menyaksikan siaran langsung yang diadakan semalam sama ada di TV 2 atau TV 3. Pasti jugalah sorakan memecah keheningan senja di seluruh negara apabila melihat bola menerjah jaring Vietnam pada penghujung babak kedua. Sememangnya ianya satu perasaan yang sukar digambarkan.

Saya sendiri menonton perlawanan tersebut bersama keluarga. Masing-masing berdebar menantikan wisel penamat dari pengadil. Bila segalanya tersurat begitu, maka kami semua bergembira bersama.

Diharapkan kejayaan ini bukanlah penamat tetapi permulaan kepada kebangkitan skuad negara di peringkat antara bangsa. Semoga banyak lagi kejayaan menyusul untuk skuad negara... INSYA ALLAH...

Malaysia Boleh !!!

Malaysia Ke Final...

Wow...

Itu yang mampu saya ucapkan selepas Malaysia berjaya menumpaskan Thailand untuk mara ke separuh akhir. Malah, saya turut bersorak semasa menyaksikan siaran langsung separuh akhir semalam. Akhirnya, Malaysia layak ke akhir.

Ternyata semangat rakyat Malaysia kembali membara selepas menyaksikan kebangkitan pasukan Malaysia semalam. Malah, rata-rata gembira dengan kemenangan ini. Cuma sekarang, pasukan Malaysia perlu fokus untuk perlawanan akhir menentang Vietnam, pasukan yang menewakan kita di peringkat kumpulan.

Semoga pasukan Malaysia mampu menamatkan kemarau 20 tahun penantian emas Sukan SEA.

Bola Sepak...

Hari ni saya nak sembang-sembang pasal bola. Sikit-sikit je pun...Hehe...


Liga Juara-juara Eropah...

Semalam merupakan perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Bermakna selepas ini semua pasukan yang layak akan bertanding di peringkat kalah mati. Dah la kalah, mati pulak tu...Hehe...

Rasanya ramai dah tahu keputusannya. Hampir kesemua pasukan pilihan yang diramal berjaya layak, kecuali Liverpool yang sudah pun tersingkir. Macam-macam reaksi dapat dilihat sepanjang perlawanan peringkat kumpulan berlangsung, terutamanya dari pasukan-pasukan gergasi.

Walau macam mana pun, saya gembira sebab Real Madrid turut layak ke peringkat kalah mati selaku juara kumpulan, mengatasi AC Milan di tempat kedua. Harap-harap cabaran Real Madrid kali ni lebih jauh lagi dengan adanya pemain-pemain hebat seperti Cristiano Ronaldo, Kaka, Raul dan lain-lain.


Sukan Sea di Laos...

Selepas tewas di tangan Vietnam 3-1, Malaysia menumpaskan Kemboja 4-0 untuk memberi sedikit harapan untuk kem Malaysia. Tapi harapan tu tern…

Tragedi Di KB Mall...

Petang semalam, adik saya menelefon saya. Tiba-tiba dia tanya betul ke KB Mall runtuh? Hah...?! KB Mall runtuh...? Saya memang tak tahu apa-apa masa tu. Terkejut gak la bila dengar. Yela, dalam seminggu ni saya memang kerap gak gi KB Mall. Kebetulan ada PC Fair yan berlangsung 3 hari sehingga Sabtu.

Semasa menonton Buletin Utama, barulah tahu apa sebenarnya yang berlaku. Kereta jatuh dari kawasan letak kereta di atas dan menghempap 2 orang pelajar perempuan Kolej Masterskill yang sedang berada di eskalator. Seorang lagi cedera parah, manakala pemandu kereta tersebut turut mengalami kecederaan. Dari pada gambar yang ditunjukkan, memang teruk gak la keadaannya.

Saya memang tak dapat gambarkan keadaan ketika itu. Bukan apa, pada mulanya saya memang nak pergi KB Mall petang semalam untuk cari hadiah, tapi tak jadi. Tiba-tiba jadi macam malas nak gi pulak. Tak sangka pulak 'malas' saya tu mengelakkan saya terdedah kepada tragedi seperti ni. Apa pun, takziah kepada keluarga mangsa.





Gam…

Selamat Pengantin Baru...

Macam biasa, bila sampai je musim cuti sekolah, mesti ramai yang akan melangsungkan majlis perkahwinan.

Minggu ni, saya dapat 2 undangan dari kawan saya masa belajar di UUM. Majlis pertama ialah semalam, 6 Disember iaitu majlis perkahwinan Ijan dengan Azreen. Ijan ni kawan saya yang sama-sama belajar dengan saya. Kahwin dengan Azreen yang dikenali semasa di UUM. Sempat gak la saya kenal calon isteri dia ni dulu.

Seorang lagi kawan saya yang akan mendirikan rumah tangga ialah Wan, iaitu pada Sabtu ni, 12 Disember di Kuala Ketil, Kedah. Wan ni pun sama-sama belajar dengan saya, malah kami tinggal di blok yang sama di Kolej TNB. Member-member di kolej dan fakulti panggil dia Wan Pacak sebab rambut dia yang terpacak...Hehehe...Calon isterinya pun saya kenal sebab kami juga sekelas, iaitu Farah. Kami pernah sama-sama buat tugasan dan projek kelas sama-sama dulu.

Tapi sayangnya, saya tak dapat hadir ke majlis mereka. Maklumlah, sekarang ni saya dah tak kerja. Duk menganggur di rumah je. Tak ad…

Sederhana Tapi Meriah...

Aidil Adha kali ni disambut sederhana tapi tetap meriah. Alhamdulillah, dari hari pertama hingga ketiga Aidil Adha, cuaca cerah dan agak baik. Semalam ada juga hujan sikit-sikit, tapi masih nampak cahaya matahari. Hari ni, pagi-pagi lagi dah hujan. Nak mula balik kot musim banjir. Gelombang ketiga pulak.

Seperti biasa, saya tak ke mana-mana pada hari raya pertama. Duk rumah je sebab layan tetamu yang datang. Sampai malam pun ada lagi yang datang. Raya kali ni makanan utama tetap nasi la. Ditambanh dengan makanan sampingan lain. Raya kedua baru saya keluar. Tu pun sebelah petang sikit. Pagi-pagi, saya duk rumah lagi.

Petang ni adik saya dah bertolak balik ke Terengganu. Jadi, tak leh la nak guna broadband. Kalau nak guna internet, kena la gi CC. Tak pe lah, nak buat macam mana,kan...

Salam Aidil Adha 1430 H...

Di kesempatan yang singkat ni, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1430 H. Semoga kita mengerti erti pengorbanan yang sebenar. Pengorbanan yang melangkaui batasan fizikal.

Kepada kawan-kawan, datang la ke rumah. Boleh kita beraya bersama...

Seminggu Tak Jumpa Internet...

Nasib la kalau dah tak kerja, duk umah je, memang la tak dapat jumpa internet. Nak keluar ke CC, susah pulak. Maklumlah, dah musim hujan. Susah nak keluar. Jadi, terpaksalah tahan gian nak main internet.

Kalau disingkap balik, banyak peristiwa berlaku dalam seminggu ni. Boleh juga kita kongsi sama-sama. Tapi rasanya macam dah lepas lama je. Macam dah basi pulak...Hehehe... Tak pe lah, nanti kalau ada apa-apa menarik, saya akan kongsi gak ek...

Bosannya Mengganggur...

Letih betul kalau kena jalan kaki dari rumah nak ke CC nih. Kalau gi CC yang dekat je, tak puas hati pulak. Jadi, terpaksalah jalan jauh sikit...

Saya sebenarnya bosan sangat bila duk kat rumah. Takde kerja nak buat. Asyik tengok tv je. Tak berkembang langsung rasanya. Kena pulak ada masalah timbul kat rumah. Lagi la saya pening kepala. Tak tahu nak buat apa dah. Terpaksalah sabar je. Nak cakap lebih-lebih, nanti jadi teruk pulak.

Nak tunggu kawan-kawan, semua tak balik kampung. Raya AidilAdha nanti pun ramai gak yang tak balik. Lagi la bosan saya kalau macam ni... Huhuhu...

Balik Kota Bharu...

Saya dah nak bertolak balik Kota Bharu nanti. Semua barang dah siap dikemas. Lepas ni, susah la saya nak kemaskini blog atau melayari internet. Maklumlah, rumah saya di Kota Bharuu tak ada talian internet. Jadi, kalau ada masa, saya kena la CC untuk guna internet.

Mesti bosan bila dah tak ada kerja ni. Nak buat macam mana, semua keputusan dah dipilih. Sekarang, saya akan mula bina semua diri saya. Mungkin akan makan masa, tapi saya tak akan mengalah.

Apa pun, kepada semua, doakan yang terbaik untuk saya. Semoga saya akan berjaya juga nanti. INSYAALLAH...

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2009...

Tahniah kepada skuad bola sepak Negeri Sembilan kerana telah berjaya menjuarai Piala Malaysia 2009.

Segalanya serba tidak menjadi untuk pasukan Kelantan. Serangan yang kurang berkesan dan pertahanan yang agak kucar-kacir menyebabkan Kelantan gagal menjulang Piala Malaysia kali ini. Malah, pergerakan mereka agak lambat dan terbatas. Berbeza sekali dengan permainan mereka sebelum ini.

Bagi Negeri Sembilan, mereka ternyata berjaya memanfaatkan peluang yang terhidang setelah Kelantan gagal menguasai perlawanan. Malah, pertahanan Kelantan yang rapuh jelas dihukum oleh jaringan pertama Negeri Sembilan . Ini disusuli oleh 2 lagi gol negeri sembilan. Ternyata gol saguhati Indra Putra tidak mampu mengubah apa-apa.

Bagaimanapun, saya memuji kecemerlangan Kelantan secara keseluruhan, terutamanya kejayaan untuk mara ke perlawanan akhir. Mungkin tahun depan boleh dijadikan medan terbaik untuk skuad Pahlawan Merah ini untuk mengucup piala. Kepada Negeri Sembilan, tahniah sekali lagi. Permainan yang di…

Malam Penentu...

Pasukan mana bakal bergelar juara Piala Malaysia 2009...? (Gambar dari Berita Harian)

Malam ni, segalanya akan terjawab. Pasukan mana yang akan bergelar juara Piala Malaysia untuk musim 2009. Setelah mengharungi perlawanan demi perlawanan, akhirnya perlawanan terakhir ini menemukan 2 pasukan yang cukup stabil dari awal saingan. Kelantan dan Negeri Sembilan akan membuat perhitungan terakhir.

Berdasarkan rekod pertembungan kedua-dua pasukan musim ini, Negeri Sembilan mendapat kelebihan apabila menang 3 dari 4 perlawanan yang berlangsung. Namun harus diingat bahawa kemenangan tunggal Kelantan itu sebenarnya lebih bermakna kerana sekaligus menyingkir Negeri Sembilan dalam saingan Piala FA pada April lalu.

Namun, itu semua sekadar rekod lalu. Ianya tak boleh dibuat perbandingan kerana dalam saingan Piala Malaysia, segalanya berbeza. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Malah, taktikal dan persembahan keseluruhan kedua-dua pasukan bakal teruji malam ini.

Dari segi sokongan, ternyata Kel…

Perjalanan Baru Akan Bermula...

Hari Rabu baru ni saya sempat singgah di pejabat. Lepas balik dari KWSP, saya naik ke bahagian kewangan untuk tunjuk penyata KWSP saya. Ada nak kena betulkan sikit lagi.

Sewaktu saya di pejabat, sempat gak saya berjumpa dengan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29, En. Zuraidi. Dia ni dah lama keje. Sebelum ni dia keje di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kiranya sekarang ni dia balik kampung la. Kebetulan jumpa En. Zuraidi ni, dia pun ada la tanya serba sikit tentang tugas kat situ. Saya pun terangkan setakat apa yang patut.

Kakitangan kat pejabat pun lega sebab dah ada F29 nih. Maklumlah, saya pun dah berhenti. Jadi, diaorang risau kalau-kalau ada masalah nanti. Dan mereka pun nampaknya tak terjejas dengan ketiadaan saya. Malah, tak ambil pusing pun sama ada saya ada ke tak. Sama je bagi mereka.

Jadi, saya rasa saya pun akan teruskan la perjalanan hidup saya. Tak perlu nak berharap atau menunggu apa-apa lagi di sini. Mungkin rezeki saya di sini sudah berakhir. Saya kena me…

Redha Untuk Segalanya...

Hari ni saya masih lagi berada di Terengganu. Saya kena kemas barang dulu sebelum berangkat pulang sepenuhnya ke Kota Bharu. Mungkin saya akan bertolak balik ke Kota Bharu hari Isnin nanti.

Pagi tadi saya menerima SMS dari salah seorang kawan di pejabat. Dia memaklumkan bahawa Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F 29) telah melaporkan diri. Tak pasti pula lelaki ke perempuan. Mungkin orang-orang pejabat rasa lega sebab F29 telah sampai. Maklumlah, dah 3 hari saya berhenti, jadi mungkinlah mereka lega sekarang.

Mula-mula saya dapat SMS tadi, memang saya terkejut. Kebetulan pula semua ni,kan. Saya berhenti je dari situ, pegawai F29 pun lapor diri. Kalau saya terima lanjutan kontrak saya pun, mungkin tak lama sebab tuan punya jawatan dah datang.

Cuma tiba-tiba je timbul rasa kecil hati sikit dengan pihak jabatan. Bukan apa, dulu saya pernah dijanjikan dengan jawatan F29 di situ. Katanya mereka nak cuba serapkan saya secara kontrak, sebelum difikirkan cara selanjutnya untuk membolehkan saya…

Selamat Tinggal Semua...

Setelah beberapa ketika saya dihimpit dilema, akhirnya saya telah membuat keputusan yang membawa kepada suatu penghujung....

Hari ni merupakan hari terakhir saya berada di Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu sebagai kakitangan sambilan. Setelah 2 tahun berkhidmat di Bahagian Pengurusan, akhirnya saya membuat keputusan untuk tidak menerima lanjutan tempoh perkhidmatan saya. Walaupun hampir kesemua kakitangan lain memujuk saya untuk meyambung khidmat saya, tapi saya terpaksa menolak. Saya telah menetapkan keputusan saya.

Secara peribadi, memang sedih bila nak tinggalkan tempat yang dah banyak meninggalkan kenangan dalam hidup saya. Selain dari mengajar saya selok-belok alam pekerjaan, di sini jugalah saya menimba ilmu untuk mengenal erti hidup sebenar. Terlalu bernilai bagi saya semua pengalaman dan pengajaran yang saya perolehi di sini.

Saya juga agak hiba bila memikirkan bahawa saya akan meninggalkan 'keluarga' baru saya di JBPM Terengganu ni. Merekalah sebenarnya yang…

Kelantan 2 - 0 Perlis...

Gembira betul bila dapat tahu yang Kelantan menang pada perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia. Kelantan yang bermain menentang Perlis di Kota Bharu semalam membawa bekal selesa sebelum bertandang ke Kangar hari Sabtu nanti.

Jaringan pada setiap babak memberi kelegaan kepada ribuan penonton yang hadir. Namun, skuad Pahlawan Merah ini tidak boleh menganggap tugasan di Kangar nanti satu tugas mudah. Perlis sememangnya akan mencuba pelbagai peluang yang ada untuk cuba mengurangkan perbezaan 2 gol yang dimiliki agar peluang mereka untuk ke perlawanan akhir kembali cerah.

Bagaimanapun, jika Kelantan menampilkan aksi terpuji seperti sebelum ini, saya percaya bahawa Kelantan akan tetap ke perlawanan akhir. Tak sabar rasanya nak melihat keputusan hari Sabtu nanti.

Antara Perasaan Hati Dan Pemikiran Akal...

Minggu ni merupakan antara detik yang paling sukar dalam hidup saya. Saya kena buat keputusan yang penting sebelum mengharungi hari-hari mendatang. Yang paling memeningkan, pilihan saya cuma ada dua...

Apa yang saya maksudkan ialah keputusan saya mengenai penyambungan tempoh perkhidmatan saya di JBPM Terengganu ni. Kalau berdasarkan kontrak saya, tempoh khidmat saya akan berakhir minggu ini. Jadi, hari Khamis nanti adalah hari terakhir saya. Saya mungkin ditawarkan kontrak baru, tapi saya belum pasti sama ada mahu menerimanya atau tidak.

Sebab itulah saya katakan tadi bahawa saya hanya ada 2 pilihan, iaitu menerima tawaran itu atau menolak tawaran dan seterusnya berhenti dari JBPM Terengganu. Apa yang memeningkan saya ialah pertembungan pilihan yang dibuat. Kalau diikutkan hati dan perasaan saya, saya memang akan memilih untuk berhenti. Biarlah minngu ini menjadi minngu terakhir saya di sini. Namun, akal dan pemikiran saya memilih untuk menerima tawaran itu. Kalau terima pun, bukan seba…

Kelantan Mara, Selangor Tersungkur...

Kelantan berjaya mengulangi pencapaian tahun 1993 apabila mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia. Setelah terikat 1-1 di Stadium Cheras, Kelantan akhirnya mencapai kemenangan ke atas KL Plus semalam. Kemenangan 3-0 semalam melayakkan Kelantan untuk ke peringkat separuh akhir dengan agregat 4-1. Kelantan dijadualkan beraksi pada separuh akhir menentang pasukan Perlis yang turut mencatat kemenangan di tempat sendiri ke atas Johor FC semalam. Perlawanan pertama dijadualkan berlangsung pada 27 Oktober ini.

Berbeza dengan nasib yang dihadapi oleh juara 3 piala musim ini, Selangor, apabila mereka akhirnya tersungkur di peringkat suku akhir. Selangor yang terikat 2-2 secara agregat dengan Terengganu terpaksa akur apabila tewas 4-3 pada penentuan sepakan penalti. Penjaga gol Terengganu menjadi wira apabila menyelamatkan sepakan penalti Nasriq Baharom sebelum dia sendiri menjaringkan gol kemenangan untuk Terengganu. Di peringkat separuh akhir nanti, Terengganu bakal berhadapan pasukan N…

Sekadar Seri...

Semalam adalah perlawanan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia. Kelantan yang beraksi di Stadium Cheras sekadar seri dengan tuan rumah, KL Plus. Gol Kelantan dijaringkan oleh Indra Putra dan gol KL Plus dijaringkan oleh Fazli Shaari.

Mungkin peluang Kelantan untuk mara ke separuh akhir agak cerah kerana akan beraksi di stadium keramat di Kota Bharu. Namun, Kelantan tidak boleh leka dan cuai seperti jaringan yang dilakukan oleh KL plus semalam. Jika setiap pemain mempamirkan aksi terpuji, tidak mustahil slot ke separuh akhir akan terjamin.

Berjuanglah sesunggunya kepada semua pemain. Julang nama Kelantan ke peringkat tertinggi.

Gomo Kelate Gomo...

Selepas Cuti...

Hari ni saya dah masuk pejabat balik selepas cuti sempena Deepavali. Semalam saya sampai dari Kota Bharu.

Lepas cuti ni, saya jadi semakin 'kurang senang' dengan sesuatu. Tak tahu nak cakap macam mana, tapi ianya ada kaitan dengan status kerja saya. Maklumlah, kontrak saya dah nak habis. Setiap kali tempih kontrak nak habis, mesti benda-benda macam ni timbul.

Mungkin saya kena ambil masa untuk fikir balik kot. Kena buat keputusan dengan segera gak ni...

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Sambutan Aidilfitri 2009...

Semalam merupakan hari untuk Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Sambutan Aidilfitri 2009 bagi JBPM Terengganu. Saya merupakan salah seorang ahli jawatankuasa iaitu untuk Siaraya.

Majlis yang diadakan di Terengganu Equestrian Resort (TER) ini bermula sekitar jam 9.15 pagi. Namun, semua yang terlibat telah tiba lebih awal. Semua sibuk membuat persiapan terakhir untuk majlis ni.

Selepas kehadiran YS Pengarah dan jemputan khas dari FRAM Wakaf Tapai, majlis seterusnya menyanyikan lagu Negara Ku dan Lagu Bomba. Kemudian, majlis dipimpin oleh PPgB Mohd Syukri untuk bacaan doa. YS Pengarah kemudiannya menyampaikan ucapan sebelum majlis penyampaian dlakukan. Kira-kira 46 penerima yang hadir untuk majlis pengyampaian anugerah ini. Saya ketika ini terlibat untuk menjaga slide yang digunakan untuk memaparkan nama penerima.

Selepas tamat majlis penganugerahan, majlis disambung pula dengan sambutan Aidilfitri. Selain hidangan makanan, para tetamu juga dihiburkan dengan cabutan bertuah yang m…

Jika Sampai Masanya...

Tengahari Jumaat lalu, saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari mak saya. Dia memaklumkan bahawa Fatihah, anak kepada keluarga angkat saya meninggal dunia.

Memang tergamam saya bila berita itu dikhabarkan pada saya. Masih terbayang lagi susuk tubuh dia yang kecil tu sewaktu datang beraya ke rumah saya beberapa minggu lepas. Tak sangka pula itu kali terakhir saya tengok dia. Sebelum ni pun saya tahu bahawa Fatihah yang masih di sekolah rendah ni ada penyakit asma. Tubuh dia pun agak kurus. Tapi tak sangka pula penyakitnya agak teruk.

Semua ni sememangnya telah ditentukan. Ajal dan maut semuanya sudah tercatat waktunya. Kita hanya menanti masanya sahaja. Tak kira tua atau muda, kalau dah ditakdirkan begitu, ianya pasti tidak akan dapat ditangguh-tangguh lagi.

Kepada adik Fatihah, abang bekalkan pemergian mu dengan Al-Fatihah. Semoga roh adik ditempatkan di antara yang terpilih.

AL-FATIHAH...

Cerita Seminggu...

Banyak betul cerita minggu ni. Terpaksalah saya rangkumkan semua sekali je...Hehehe...

Minggu ni memang kami kat pejabat sibuk sikit. Banyak kerja yang perlu disiapkan. Selain tu, minggu ni juga ada temuduga untuk kemasukan baru bomba KB 17 kat sini. Setiap hari ada la beberapa orang yang dipanggil. Temuduga ni berlangsung selama 2 minggu.

Di pejabat saya pula, kami menerima 2 orang kerani baru yang baru ditukarkan ke sini. Kak Noorul dan Hana. Diaorang ni asal sini je. Lepas lapor diri, diaorang ni kena uruskan hal lain-lain dulu. Minggu depan baru mula kerja. Jadi, selamat datang kami ucapkan...

Semalam pula, kami ada melakukan pelupusan barangan lama. Banyak juga barangan dari balai yang nak dilupuskan. Jadi, lepas dikumpul dan diperiksa di ibu pejabat, saya pun bawa la semua ke tempat pelupusan. Lama gak duk sana sebab banyak yang nak kena timbang.

Semasa memeriksa barangan pelupusan

Minggu depan, aktiviti saya sibuk juga kot sebab saya ada terlibat sebagai AJK untuk majlis pada Khamis…

Makan Di Rumah Terbuka...

Semalam, kami di Bahagian Pengurusan menghadiri jamuan raya yang diadakan oleh Cik Faiz. Dalam jam 12.30 tengahari kami mula bergerak ke rumahnya. Man pun dijemput sama. Saya gi dengan Man je senang.

Ramai gak yang beraya di rumah Cik Faiz semalam. Selain kakitangan dari pejabat saya, ada juga kakitangan dari pejabat suami Cik Faiz yang datang. Meriah gak la. Kami dihidangkan dengan nasi minyak dan kuih-kuih raya yang lain.

Lepas beraya di rumah Cik Faiz, kami singgah pula ke rumah Ruan Rohana. Tak jauh pun rumah Puan Rohana dengan rumah Cik Faiz. Puan Rohana sebenarnya bukanlah buat jamuan khas untuk kami, cuma kebetulan kami dah berada dekat dengan rumah dia, jadi kami dijemput la untuk kenal-kenal dulu dengan rumah dia tu. Tak la lama sangat kami kat sana sebab kami keluar waktu rehat tengahari. Jadi, singkat je la masanya. Tu pun dah terlajak.

Tak pe la. Bukan selalu dapat beraya rumah bos ni. setahun sekali je, kan...Hehehe...

Jari Ku...

Hari ni saya dah mula kerja. Saya sampai Terengganu petang semalam. Nasib baik la jalan tak sesak sangat. Cuma ada 2,3 tempat yang sesak sikit.

Sebenarnya mood raya tu ada lagi sekarang ni. Jadi, nak kerja pun macam malas sikit...Hehehe...Tak pe. Kerja tetap kerja, raya tetap raya.

Cuma saya sekarang ni risau sikit pasal kaki saya ni. Hari Khamis baru ni, saya telah ke klinik untuk periksa ibu jari kaki saya ni. Kuku ibu jari kaki saya dah cengkam isi. Sebenarnya dah lama pun saya kena, cuma saya tahan je. Sekarang, dah jadi semakin teruk. Bila jumpa doktor, dia suruh saya di jumpa pakar, buang terus ketulan kat tepi kuku tu. Terkejut gak, takkan sampai macam tu. Saya tak tahu la pulak yang benda ni dah jadi teruk.

Tapi doktor bagi ubat dulu. Tengok dalam masa lebih kurang 10 hari. Kalau tak ada perubahan, terpaksa la buang. Kalau tak, nanti makin melarat. Boleh menjejaskan lebih bahagian lain pulak.

Saya harap sangat la tak perlu sampai jumpa pakar. Bukan apa, saya dah letih sebenarnya.…

Aidilfitri 2009...

Hari ni dah masuk 4 Syawal. Dah 3 hari Syawal berlalu. Bagi saya, sambutan Aidilfitri tahun ni sederhana je. Tak la meriah sangat, tapi tak la boring sangat.

Raya pertama, memang kebiasaannya orang jarang keluar. Biasanya orang akan duk umah je sambil melayan sanak saydara yang ada. Kami pun sama. Tak keluar mana-mana pun. Ada gak tetamu yang datang. Jadi, layan je la semua.

Raya kedua meriah sikit. Makin ramai la orang yang datang beraya. Yang jauh, yang dekat, semua ada. Masing-masing dengan cerita mereka tersendiri. Saya pulak memang tak keluar pun. Duk umah je walaupun keluarga saya ada gak keluar beraya di rumah kawan-kawan.

Raya ketiga semalam pun ada lagi yang datang. Ramai gak. Kawan sekerja ada, kawan masa belajar pun ada. Masa ni la biasanya nak jumpa kawan-kawan sebab mereka dah siap beraya di rumah saudara-mara. Jadi, kawan-kawan la pulak yang akan dilawati.

Hari ni pun ada lagi yang datang. Kami tetap terima denga hati terbuka. Maklumlah, Syawal kan sebulan. Hehehe...

Jadi, ke…

Salam Aidilfitri 1430 H / 2009 M...

Persiapan Raya...

Sabtu merupakan hari terakhir kita berpuasa. Sabtu juga menjadi hari terakhir untuk semua orang membuat persiapan sempena kedatangan Aidilfitri. Saya pun sama.



Saya sempat keluar ke KB Mall petang Jumaat untuk cari serba sedikit kelengkapan. Tapi tak cukup lagi. Jadi, dalam jam 11.00 pagi Sabtu, saya dan adik-beradik saya keluar ke Rantau Panjang untuk mencari baki kelengkapan yang belum mencukupi. Lama gak kami kat sana. Sekitar jam 4.00 petang baru kami sampai ke rumah. Memang letih gak la.



Dalam perjalanan kami ke Rantau Panjang, sewaktu melalui Salor, kami melihat satu kemalangan yang berlaku di tepi jalan. Tidak mmelibatkan kehilangan nyawa, tapi memang menarik perhatian orang ramai. Kereta Proton Iswara terbabas dan terjunan ke dalam tali air di tepi jalan. Katanya, kereta tu terbabas sebab tayarnya pecah. Tak tahu la betul ke tak sebab orang-orang sekitar yang cerita macam tu. Sempat gak la ambik gambar sekitar kawasan kejadian. Syukurlah kami selamat pergi dan balik.



Lepas je ber…

Balik Hari Ni...

Lepas habis waktu pejabat nanti, saya akan bertolak balik ke KB. Hari ni balik dalam kul 3.00 petang. Risau gak la sebab ramai orang akan balik gak hari ni. Mesti jalan akan sesak teruk, terutamanya di atas jambatan Sultan Mahmud sehingga ke bulatan Batu 6. Bukan apa, risau tak sempat sampai sebelum berbuka puasa petang nanti.

Apa pun, saya cuma berharap yang saya dan adik saya akan selamat sampai nanti. Tak kisah la pukul berapa pun, asalkan selamat je. Kepada kawan-kawan, boleh la datang ke rumah nanti. Raya ke, sebelum raya ke, saya ada kat rumah. Hehehe...

Di kesempatan ini, saya nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kawan-kawan yang sentiasa mengikuti blog saya ni. Maaf zahir dan batin sekiranya ada terkasar bahasa atau tersalah kata sepanjang anda membaca semua benda yang saya tulis. Semoga lebaran kali ini memberi seribu pengertian untuk kita semua. INSYAALLAH...

Jemput lah berya di rumah saya nanti...Hehehe...

Pasukan F1 1Malaysia...

Waktu tengok berita semalam, terkejut jugak saya bila dengar tajuk utamanya. Malaysia akan menyertai perlumbaan Formula 1 sebagai sebuah pasukan bermula musim hadapan.

Perdana Menteri telah mengumumkan mengenai hasrat Malaysia menghantar sebuah pasukan bertanding dalam perlumbaan F1 ni. Pasukan yang dinamakan F1 1Malaysia akan menjadi pasukan yang dibarisi sepenuhnya oleh tenaga tempatan. Menggunakan kemudahan dan teknologi Proton dan Lotus, projek ini ditunjangi oleh tokoh-tokoh besar negara, menggabungkan kerajaan dan swasta.

Selain petugas hentian pit dan kakitangan lain, pelumba juga bakal dibarisi oleh pelumba tempatan. Terdapat 6 orang calon pelumba yang sedang diteliti dan nama pelumba secara rasmi akan diumumkan pada hujung Oktober nanti. Namun, dari persembahan semasa, saya rasa pelumba muda negara, Fairuz Fauzi mungkin antara yang bakal terpilih. Dengan rekod baik sepanjang menyertai kejohanan terdahulu serta mewakili Malaysia dalam acara perlumbaan A1, tentu sekali nama Fairu…

Suasana Hari Raya...

Hari ni saya nak kongsi lirik lagu raya. Kalau tahun lepas, saya ada kongsi lirik lagu Mamat, Ku Pohon Restu Ayah Bonda. Kali ni saya nak kongsi lirik lagu Suasana Hari Raya nyanyian Anuar Zain dan Ellina. Lagu ni pun antara lagu kegemaran saya setiap kali menyambut Syawal.

Saya juga sertakan sekali satu video lagu ini yang diambil dari laman Youtube. Video ni rakaman lama dulu. Masa ni Anuar dan Ellina kecil lagi. Jadi, semoga terhibur.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Ellina & Anuar - Suasana Hari Raya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lirik Suasana Hari Raya

Anuar Zain:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Elina:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

An…

Tak Sabar Nak Balik Kampung...

Hari ni dah hari Isnin. Hari Khamis ni saya akan balik KB. Tak sabar la pulak la balik beraya. Hehehe...

Balik nanti, banyak gak benda nak kena buat, terutamanya persiapan untuk raya. Nak beli pakaian raya, nak buat kuih raya, nak kemas rumah... Banyak gak la. Semangat nak beraya la katakan... Hehehe...

Tak saya tak rancang lagi bila nak buat, bila nak keluar beli. Kena tengok masa sesuai dulu, baru la boleh keluar. Kalau tak, nanti kelam-kabut pulak. Boleh jadi pening nanti...Hehehe...

Kad Raya...

Lama dah tak hantar kad raya. Sekarang bila dah ada telefon, asyik duk sms je. Dulu saya memang suka hantar kada raya. Kad raya yang saya dapat pun banyak. Sampai penuh kotak pos...Hehehe...

Rasanya tahun ni macam nak hantar kad raya balik, tapi tak ada alamat la. Semua dah hilang. Kalau ada pun, alamat lama. Terus tak jadi nak hantar. Kalau ada yang hantar kat saya pun, 2,3 keping je la...Huhu...

Tapi hari ni saya dapat kad raya kosong dari jabatan. Comel gak kad ni sebab ada kartun gambar maskot jabatan. Dalam tu ada gak sekali sampul duit raya dari jabatan. Boleh la guna masa raya nanti.

Ni rasa tak sabar nak raya ni...Hehehe....




Koleksi kad raya dari jabatan


Sampul duit raya dari jabatan

18 Ramadhan...

Sekejap je masa berlalu. Pejam celik, dah masuk hari ke 18 kita berpuasa. Rasa macam baru je lagi kita berpuasa. Rupa-rupanya dah lebih dari setengah bulan dah. Kita ada lebih kurang 11 hari je lagi nak puasa. Lepas tu, raya..... Hehehe...

Ada seminggu lebih je lagi sebelum raya, tapi saya tak buat persiapan pun lagi. Ada pun butang baju melayu je. Tu pun orang yang bagi kat saya...Hehehe... Tak sempat lagi la nak keluar beli. Mungkin sebelum balik kampung kena beli dulu sikit-sikit. Nanti tak la kelam kabut nak cari kat KB pulak.

Apa pun, yang penting sekarang kena tumpukan pada puasa dulu. Jangan pulak asyik sangat nak buat persiapan raya sampaikan lalai dengan puasa. Hehehe...

Mimpi...?

Ni bukan pasal mimpi saya ek...Ni mimpi orang lain...

Hari Khamis lepas, tiba-tiba kawan saya, Nik Aishah buat misscall. Pelik gak. Tiba-tiba je misscall. Lepas tu saya pun balas la gak...Dia pun sms saya. Dia cakap dia teringatkan saya sebab semalam dia mimpikan saya. Dia mimpi saya hantar kad jemputan kahwin saya kat dia. Alamak...! Hehehe...

Macam mana orang lain boleh mimpikan macam tu ek. Saya pun jadi hairan. Bukan pe, saya ni calon pun tak ada lagi, takkan nak bagi kad jempuan pulak....Hehehe... Ala, mimpi je,kan... Bukan betul pun... Tapi kalau mimpi Nik jadi betul, Alhamdulillah.....

Kepada Nik, tahniah sebab dapat baby girl. Dah jadi mak member saya sorang ni. Tahun depan harap-harap dapat baby boy pulak ek....Hehehe...

Internet Dah Sambung...

Seksa rasanya bila tak boleh guna internet. Bila masuk kerja lepas cuti merdeka, tiba-tiba tak ada internet. Hari Selasa tu malas lagi nak tengok masalahnya sebab server tak ada masalah. Mungkin ada masalah lain. Jadi, semalam saya punuruskan la. Saya cuba telefon pihak streamyx. Mereka maklum yang akaun ditahan sementara sebab ada tunggakan bil. Alamak...

Macam mana pulak ni. Saya pun rujuk la pada pihak kewangan. Rupa-rupanya memang ada bil yang tak dibayar. Dah sampai mencecah RM 16,200.50. Fuyooo.... Banyak tu. Nape boleh jadi macam ni. Tapi semalam semua dah diselesaikan. Jadi, hari ni boleh la main internet lagi.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52...

31 Ogos menjadi tarikh yang sentiasa diingati oleh rakyat Malaysia. Esok merupakan Hari Kemerdekaan Ke-52 untuk seluruh rakyat Malaysia.

Bagi mereka yang pernah melalui zaman penjajahan dan zaman sebelum merdeka, tentu sekali pengertian merdeka cukup bermakna bagi mereka. Bagi generasi sekarang, mungkin pengertiannya berbeza.

Walau apa pun pengertiannya, yang pasti adalah kemerdekaan yang kita kecapi sekarang perlu dipertahankan. Tak kiralah bagaimana bentuk penjajahan yang ingin dilakukan, kita perlu bersatu untuk pertahankan kedaulatan tanah air kita.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52...

Sudah Suku Abad...

Sedar tak sedar, hari ni genaplah umur saya 25 tahun. Sekejap je masa berlalu,kan... Sampaikan tak sedar yang dah masuk suku abad saya hidup. Makin tua nampaknya...Hehehe...

Bila umur dah masuk 25 tahun ni, makin ramai yang bagi soalan cepu emas kat saya. "Bila nak kahwin...? Dah ada calon ke...? Calon orang mana...?" Hehehe... Jenuh saya nak jawab. Jadi, terpaksa la saya jawab macam artis selalu jawab. "Belum ada jodoh...Nak tumpu pada karier...Belum jumpa yang sesuai..." Hehehe...

Sebenarnya ni kali pertama hari jadi saya jatuh dalam bulan Ramadhan. Merasa jugak la saya berpuasa pada hari jadi saya. Jadi, tak boleh la nak sedih-sedih. Kena la gembira,kan... Maklumlah, sambut hari jadi dalam bulan yang penuh keberkatan. INSYAALLAH, tentu ada rahmat untuk saya.

Kepada kawan-kawan, terima kasih atas ucapan selamat untuk saya. Terima kasih juga sebab masih ingat tarikh hari jadi saya. Ingatkan semua dah lupa. Hehehe...

Harapan saya, semoga hidup saya akan lebih baik lepa…

"...Kalau Tak Suka, Pulangkan..."

Hari ni saya nak kongsi cerita. Saya ambik dari blog Amnah. Sedih gak bila baca cerita ni. Sekurang-kurangnya boleh buat kita sedar tentang pentingnya keluarga kita. Jangan dah hilang, baru nak mencari. Masa tu, mungkin dah tak guna nak menyesal.

Sekadar nak berkongsi...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yan…

Dugaan...

Alahai...Macam mana boleh terbabas pulak pagi tadi. Sebelum tido, saya dah siapkan serba sedikit hidangan untuk sahur. Tapi tak tahu macam mana, tak sedar pulak. Dah nak habis waktu baru saya terjaga. Mujur la sempat lagi minum air sikit. Kalau tak, tak tahu la.

Perut saya pulak asyik meragam je. Dah masuk 2 hari ni. Memang dugaan betul la bila puasa ni. Dah la tak sempat sahur, perut pulak sakit. Aduhai....

Perubahan Baru...

Hari ni saya baru mula masuk pejabat. Semalam saya cuti sehari lagi. Saya sampai sini petang semalam sebab saya bertolak dari KB sekitar 1.30 tengahari.

Sepanjang di KB, saya tak keluar sangat. CUma masa hari Sabtu, saya dan adik saya sempat keluar ke bazar Ramadhan kat stadium. Sebelum tu, kami pusing-pusing bandar KB dulu jap. Saja nak tengok perubahan baru kat tengah-tengah pusat bandar tu.

Sekarang ni, banyak perubahan berlaku di pusat bandar. Bangunan Kota Bharu Trade Center (KBTC) dah hampir siap sepenuhnya. Malah, masih ada kerja-kerja pembinaan yang belum selesai. Tapi pasaraya Parkson yang terletak di dalam bangunan tersebut sudah mula beroperasi.

Bukan setakat bangunan itu saja, yang paling ketara adalah dari segi jalan di sekitar pusat bandar tersebut. Jika dulu, terdapat dataran di antara stesyen bas dengan bangunan KBTC, tapi kini sudah ada jalan yang agak luas. Dataran itu telah dibuang dan dijadikan jalan bagi memastikan kawasan sekitar KBTC boleh dilalui. Malah, bentuk ja…

Salam Ramadhan...

INSYAALLAH...Hari Sabtu ni kita akan menyambut 1 Ramadhan. Sekali lagi kita akan menjalankan ibadat puasa selama sebulan sepanjang bulan Ramadhan.

Memang saya nantikan setiap tahun untuk menjalani ibadat puasa ni kerana sejak kecil lagi saya telah dilatih dan diajar untuk berpuasa. Malah, kehadiran bulan Ramadhan itu sendiri memberi saya seribu keinsafan kerana sepanjang bulan Ramadhan inilah kita semua akan berpeluang melipat gandakan jumlah amalan dan ibadat kita. Ternyata Ramadhan merupakan bulan yang penuh rahmat dan keberkatan.

Di sini saya mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf sekiranya selama saya menulis, ada tersalah kata dan terkasar bicara dengan semua. Semoga kita dapat memulakan Ramadhan dengan penuh keberkatan.

Selamat menyambut bulan Ramadhan...
Selamat berpuasa...

Teringatkan Dirinya...

Saya tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni ingatan saya kuat pada seseorang. Seseorang yang sangat penting bagi saya pada satu masa dulu. Hampir setiap yang saya buat, mesti mengimbau kembali kenangan bersamanya.

Walaupun sebenarnya cerita kami dah lama berlalu, tapi ingatan saya tak pernah lepas darinya. Sudah 4 tahun lebih cerita itu berakhir, namun saya masih tak dapat melupakannya. Bermacam cara saya cuba namun tak berhasil. Malah, kadang-kadang ingatan tu semakin kuat.

Saya tahu, memang tak patut saya mengingati cerita lama antara kami, lebih-lebih lagi dia sendiri sudah memulakan kehidupan barunya. Saya csendiri pun sebenarnya sudah cuba memulakan hidup baru, tapi setakat ni belum berhasil. Mungkin sebab kawan-kawan dah makin jauh menyebabkan saya teringatkan dia.

Kepada kawan-kawan yang tahu perkara disebalik cerita antara saya dan dia, mungkin boleh tolong saya. Tolong saya lupakan cerita lama tu. Tolong saya mulakan hidup baru. Hidup yang lebih ceria dan gembira...

PIKOM PC Fair 2009...

Pada 13 - 15 Ogos, bertempat di Terengganu Trade Center (TTC), telah berlangsung PIKOM PC Fair 2009. Macam kebiasaannya, memang ramai orang yang gi. Saya pun tak lepaskan peluang nak tengok apa yang menarik.

Hari Jumaat, saya sempat gi tengok-tengok dulu barangan apa yang saya rasa berkenan. Saya ikut adik saya dan kawan-kawan dia sebab diaorang nak beli barangan gak. Tapi hari Jumaat tu kami sekadar tengok-tengok harga dulu. Balik rumah, barulah fikir balik nak beli apa.

Sabtu, saya dan adik saya gi balik. Kali ni, kami memang nak beli barang. Adik saya beli beberapa barangan untuk kedai dia. Saya pun ada gak beli barang. Kalau tahun lepas saya beli external hard disk dengan MP3 player, kali ni saya beli kamera...Hehehe...Bukan apa, nak ganti kamera saya yang rosak tu. Kalau nak baiki kamera tu, memang habis gak dalam RM300++. Baik saya beli je yang baru sebab lebih ekonomi. Kualiti lebih baik dan harga tak beza sangat. RM 399 je, ditambah dengan beberapa aksesori seperti beg dan trip…

Tak Sempat Nak Kemaskini...

Sejak kebelakangan ni, saya semakin sibuk dengan kerja-kerja di pejabat. Sampaikan saya dah jarang nak kemaskini blog saya ni. Bukannya tak ada cerita nak dikongsi tapi tak sempat nak menaip...Hehehe...

Kalau dilihat pada jumlah saya post cerita pun memang dah jelas semakin berkurang setiap bulan. Bulan lepas tak sampai 10 kali pun. Bulan ni tak tahu la macam mana. Harap-harap tak la berkurang lagi. Tapi, INSYALLAH, saya akan update gak sekerap mungkin.

p/s : Mesti seronok kalau kat umah ada internet....Hehehe...

Dugaan Berterusan...

Sesungguhnya, jika ALLAH telah menginginkan begitu, maka tiada siapa yang mampu menghalangnya. Mungkin ianya dugaan untuk kita.

Seperti kami di JBPM Terengganu, dugaan untuk kami juga berterusan. Entah di mana silapnya, satu persatu dugaan menimpa kami. Sebelum ini saya pernah berkongsi dugaan-dugaan terdahulu yang berlaku. Pada mulanya, kami beranggapan dugaan itu mungkin sudah berakhir. Tapi, nyata sekali kami silap. Masih ada kesilapan kami yang ingin ALLAH tunjukkan.

Ahad lepas, satu lagi kemalangan melibatkan kenderaan jabatan kami. Kenderaan Perodua Kembara yang dipandu oleh pegawai dari Besut terlibat dengan kemalangan. Dari maklumat yang saya tahu, kenderaan ini dilanggar dari belakang sehingga menyebabkan tayar di bahagian belakang tercabut. Mujurlah tiada kecederaan serius yang berlaku. Cuma kenderaan yang agak teruk.

Kenderaan kali ini menjadi kenderaan seterusnya yang tersadai akibat kemalangan untuk tahun ini. Lebih tepat lagi, sejak awal jun, ini adalah kemalangan ketiga me…

Dah Masuk Bulan Ogos...

Sedar tak sedar, rupa-rupanya kita dah masuk ke bulan Ogos. Kurang dari 3 minggu lagi, kita semua akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Cepat betul masa berlalu, sehinggakan saya rasa macam tak percaya yang kita sudah nak berpuasa.

Dari kecil lagi saya memang suka bulan puasa. Tak tahu kenapa tapi memang saya tunggu-tunggu setiap tahun untuk berpuasa. Mungkin sebab saya dah diajar berpuasa dari umur 6 tahun, jadi rasa seronok tu memang dah wujud sejak dulu lagi.

Bila dah mula puasa nanti, mesti rasa kejap je masa berlalu. Lepas tu, kita akan berhari raya pula. Jadi, nampaknya saya dah kena simpan duit la. Bukan apa, untuk persiapan raya nanti. Maklumlah, anak saudara dah ada 2. Kena gak belikan diaorang baju raya. Bagi duit raya lagi. Belum kira lagi untuk kelengkapan saya sendiri. Banyak gak nak guna duit. Yang seronoknya budak-budak la. Baju raya dapat, duit raya pun dapat. Orang yang dah keje gak la yang makin pokai.

Ni yang buatkan saya rindu nak jadi budak-budak balik ni...Hehe…

Dahulu...Kini...Masa Depan...

Setiap orang pasti akan melalui saat dimana hidupnya sentiasa dibayangi oleh sesuatu yang berlaku pada masa lalu. Mungkin perkara yang berlaku tu sesuatu yang menggembirakan, menyedihkan, atau boleh mendatangkan kemarahan. Apa yang penting bukanlah pada apa yang telah berlaku, tetapi bagaimana cara untuk kita menangani situasi tersebut.

Saya tak nafikan bahawa saya sendiri menghadapi masalah ini. Kenangan yang lalu sentiasa menghantui dan mengganggu hidup saya. Pelbagai pengalaman yang telah saya lalui, ada yang gembira dan ada yang menyedihkan. Semuanya bagaikan masih berlegar di ingatan saya sehinggakan kadang-kadang saya melakukan sesuatu yang saya tak pernah lakukan dulu. Boleh dikatakan saya telah berubah menjadi seorang yang baru selepas saya melalui satu peristiwa yang memberi tamparan hebat kepada hidup saya.

Disebabkan peritiwa itu, saya pernah mengecewakan orang lain. Dan disebabkan peristiwa itu juga, saya telah mengecewakan diri saya sendiri. Kecewa kerana saya melakukan ses…

Macam Tak Sempat...

Ya ALLAH...Banyaknya kerja. Rasa macam tak sempat je nak siap.

Lepas Man dapat kerja baru, kerja saya makin banyak. Rasa macam tak sempat nak siap. Bos saya cakap, mungkin jabatan tak akan ambil pengganti untuk Man. Jadi, terpaksalah saya biasakan diri balik dengan kerja-kerja ni.

Mujurlah audit yang dijadualkan pada hari Selasa ni ditunda pada hari Khamis. Jadi, ada la masa sikit lagi nak siapkan apa yang patut. Tapi, rasanya macam tak sempat gak...Huhuhu...

Semoga Maju Jaya...

Hari Jumaat lepas, Man telah ke Kuala Lumpur untuk temuduga di sebuah syarikat swasta. Temuduga ni telah diaturkan oleh kawan Man sendiri. Man dicadangkan untuk menggantikan tugas kawan Man yang terpaksa melepaskan jawatannya kerana mendapat tawaran DPLI.

Mungkin sudah rezeki Man di situ. Man lulus temuduga dan dapat mengisi jawatan tersebut. Semalam merupakan hari terakhir Man bekerja di JBPM Terengganu. Semuanya terlalu cepat sebab saya tahu pun hari Isnin. Man terpaksa lepas jawatan cepat sebab hari ni dia dah mula bertugas. Task jauh pun, dalam Terengganu gak.

Sempena meraikan hari terakhir Man, bos kami belanja makan di restoran Rasamas. Semua kakitangan Bahagian Pengurusan turut serta. Maklumlah, kali terakhir makan bersama Man. Sempat gak ambik gambar bersama kat restoran tu.

Sebagai sahabat, saya tumpang gembira atas kejayaan Man mengisi jawatan tu. Sekurang-kurangnya, dia dah dapat kerja yang stabil. Gaji pun ikut kelulusan. Jauh lebih selesa dari apa yang kami dapat sekarang.

Wa…