Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

Selamat Pengantin Baru...

Semalam, 27 Mei 2012, merupakan hari bersejarah untuk 2 orang kawan sepejabat saya sebab masing-masing melangsungkan perkahwinan dengan pilihan masing-masing. Ila kawen di Salor, Kelantan dan Dayah di Muadzam Shah, Pahang. Disebabkan saya tak dapat balik Kelantan, saya gi ke perkahwinan Dayah je.
Hari Jumaat, saya sempat menolong Dayah untuk sediakan door gift utk tetamu Dayah nanti. Saya, Asyran dan Safia gi umah Dayah la malam tu. Kami siapkan gak door gift tu smpai kul 12 tengah malam. Alhamdulillah, siap gak malam tu.
Semalam, saya dan NS bersama-sama dengan Asyran & Abg Saiful gerak ke dewan kenduri Dayah dalam kul 12.30 tengahari. Masa tu pengantyin lelaki belum masuk dewan lagi. Masa kami duk makan, pengantin berarak masuk ke pelamin. Sempat gak tengok dan ambik gambar mereka. Tapi kami tak sempat nak bergambar dengan pengantin. Rugi sangat rasanya. Takpelah, yang penting majlis mereka dah sempurna.












Kepada Dayah & Suhairie, selamat pengantun baru saya ucapkan. Semoga berba…

Chong Wei Cedera...

Nampaknya impian Malaysia untuk membuat kejutan di Piala thomas kali ni semakin kabur. Pemain No. 1 Dunia yang juga 'kapten' pasukan Malaysia, Dato' Lee Chong Wei cedera ketika menentang Peter Gade dari Denmark semalam. Sekaligus memberi mata kepada Denmark dan melayakkan Denmark diobat juara kumpulan selepas menewaskan Malaysia semalam.
Kini, perjuangan skuad Malaysia bergantung kepada pemain yang belum mencapai tahap yang bolehj membawa Malaysia ke pusingan yang lebih jauh, lebih-lebih lagi apabila Malaysia akan bertemu pilihan no 1, China di suku akhir. Satu tugas yang sememangnya sukar.
Fokus Chong Wei kini seharusnya kepada proses untuk pulih dari kecederaan ni sebelum Sukan Olimpik bermula. Hari ni Chong Wei akan pulang ke Malaysia untuk menjalani pembedahan untuk merawat kecederaannya.


Kepada Chong Wei, semoga cepat sembuh. Malaysia masih bergantung kepada perjuangan anda di Sukan Olimpik nanti.

p/s : Credit gambar pada Berita Harian online

Setahun Sebagai PPPT DH41...

Sedar tak sedar, dah setahun rupanya saya bergelar Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41. Rasa macam baru je lagi saya melapor diri di Putrajaya. memang cepat masa berlalu, kan...

Masih segar lagi pada ingatan saya ketika lapor diri di Putrajaya pada 19 Mei 2011. Di situlah saya kenal Bariey, Naza & Shirazi. Bariey yang banyak tolong saya masa awal sesi pendaftaran, terutamanya pendaftaran di PMS pada 20 Mei 2011 sebab dia dah sempat survey PMS sebelum lapor diri. So, saya ikut je la dia dari Putrajaya ke PMS. Dari situ kami bersahabat baik sampai sekarang. Di PMS juga saya kenal kawan-kawan seangkatan lain.

Semalam, 20 Mei 2012, memang genap setahun saya menjadi warga PMS. Masih banyak yang perlu saya pelajari untuk menjadi pendidik yang lebih bagus. InsyaAllah, saya akan terus belajar untuk menjadi lebih baik.

Kepada kawan-kawan seangkatan, semoga anda semua berjaya dan lebih cemerlang di PMS ni...

Kelantan Juara Piala FA 2012...

Pertama sekali, tahniah saya ucapkan kepada pasukan Kelantan kerana berjaya menjulang Piala FA buat kali pertama dalam sejarah.

Secara keseluruhan, permainan malam ni bukanlah permainan terbaik Kelantan. Pada mulanya, saya berharap Kelantan akan tampil dengan gaya permainan menarik seperti ketika menentang pasukan Lions XI sebelum ni. Namun, jangkaan saya meleset. Nyata Kelantan masih agak buntu untuk menjaringkan gol. Ditambah pula dengan kesungguhan pasukan Sime Darby untuk bertahan. Kecekapan penjaga gol mereka juga wajar dipuji.

Walau bagaimana pun, penalti Ghaddar sudah cukup untuk memastikan The Red Warriors membawa pulang Piala FA buat kali pertama dalam sejarah ke negeri Kelantan.

Mungkin akan ada nada sinis dari pihak lain ke atas kemenangan The Red Warriors malam ini. Namun, itu bukan halangan untuk Kelantan meraikan kemenangan ini. Yang penting, sejarah telah terukir dalam saingan Piala FA. Tahun 2012 menyaksikan Kelantan bergelar Juara Piala FA buat kali pertama pada cuba…

Selamat Hari Guru...

Esok, 16 Mei, merupakan sambutan Hari Guru. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari guru kepada semua guru di malaysia, terutama sekali guru yang pernah mengajar saya sewaktu saya menjadi pelajar di SRK Ismail Petra 1, SMK Putera, & SMK Kota Bharu. Tidak dilupa pensyarah saya di FTM, UUM.

Antara guru yang sentiasa menjadi ingatan saya sehingga kini ialah Cikgu Nik Arina, Ustazah Siti Esaha, Cikgu Roslina, & Cikgu Rosdi sewaktu di SRK Ismail Petra 1 (1991 hingga 1996). Cikgu Nahar Sham, Cikgu Aziz, Cikgu Dayana, Cikgu Kamisah, Cikgu Kamaruzaman, CIkgu Hasnu, dan ramai lagi di SMK Putera (1997 hingga 2001). Di SMK Kota Bharu pula (2002 hingga 2003), tentu sekalai saya akan ingat Cikgu Rohaina, Cikgu Hajah Nornah, Cikgu Nazri, Cikgu Aida Suzanna, dan mendiang Cikgu Tan. Di FTM UUM pula, pensyarah yang saya sentiasa ingat ialah Puan Hamirul Aini, Encik Baharudin, Encik Hanis, Encik Tarmizi, Encik Adi, dan ramai lagi.
Saya sekadar menyebut beberapa nama sahaja bagi mewak…

Dekorasi Baru...

Dengan rasminya tamatlah sesi pengajian Disember 2011. Sekarang pelajar tunggu keputusan final exam mereka untuk semester ni.

Bagi pensyarah, banyak lagi yang kena kami siapkan. Dan sebelum bermulanya semester baru, ada sedikit perubahan telah dilakukan bagi susun atur meja pejabat di JTMK. Maklumlah, kami akan menerima kehadiran 3 pensyarah dari jabatan lain bermula 1 Jun 2012. Jadi, kena la siapkan tempat untuk mereka.
Pada hari Khamis lepas, kami telah sama-sama menyediakan susun atur meja pejabat ni. Idea untuk dekorasi ni telah disumbangkan oleh Anuar & En. Dollah. Mereka la banyak yang menyumbangkan idea. Saya sekadar tolong je. Dah takde idea nak mendekorasi susun atur ni. Kalau zaman keje kat JBPMNT dulu, memang banyak gak idea saya digunakan.


Sesi perbincangan untuk mendapatkan idea dekorasi baru 


Susunan asal meja pejabat JTMK 

Sesi mengubah susun atur meja
Dan selepas bersama-sama menyiapkan susun atur mengikut idea yang telah dikongsi bersama, ini lah hasilnya...



Ok la kan. M…

Setahun Selepas...

Sedar tak sedar, hari ni genaplah setahun saya meninggalkan MIS Pacific KB Mall. Rasa macam baru je lagi saya menulis entry pasal hari terakahir saya di MIS. (Klik sini untuk baca entry ini).









Walaupun saya kerja kat MIS Pacific KB Mall tu tak sampai pun setahun, tapi banyak la pengalaman baru yang saya dapat. Maklumlah, sebelum tu saya tak pernah terlibat dengan urusan perniagaan seperti di supermarket ni. Tu la pertama kali. So, banyak la benda yang saya belajar.

Bekerja dalam tekanan kadang-kadang memberikan kita peluang untuk berfikir dengan lebih baik dan bekerja dengan lebih gigih. Memang banyak sangat tekanan yang dihadapi sepanjang keje situ. Tapi mujurlah saya dapat laluinya dengan baik. Malah, boleh dikatakan saya telah 'memperbetulkan' balik MIS di situ daripada suasana yang tidak teratur ke satu keadaan yang jauh lebih baik. Alhamdulillah, berkat usaha dan kerjasama semua kakitangan MIS, semuanya mampu dilakukan.

Dan selepas setahun, kenangan di MIS tidak pernah say…

She's The One...

Dalam entry saya sebelum ni, saya ada kongsikan sedikit bayangan mengenai seseorang yang bermakna dalam hidup saya. Dalam entry saya yang bertajuk 'Jalan-jalan Dengannya', saya ada letak beberapa keping gambar dia. Tapi dari pandangan sisi. Saje nak bagi misteri sikit. Dan hari ni, buat pertama kalinya, saya akan umumkan siapa NS yang telah menjadi 'buah hati' kesayangan saya ni...Hehehe...

NS atau namanya Noraniza Safiee, seorang gadis comel yang telah menambat hati saya. Agak menarik kisah perkenalan kami ni sebab kami ni berkenalan pada awalnya melalui laman muka buku. Ala-ala lagu Najwa Latif tu.. Hehehe... Sekarang, jujur saya katakan yang kami bahagia dan sedang menuju satu arah yang sama.

Saya dengan ini berkongsi dengan kawan-kawan semua gambar baru saya dan NS...












Alhamdulillah. Sekarang saya memang rasa lebih bahagia. Ternyata kehadirannya memberi cahaya baru dalam hidup saya. InsyaAllah, jika diizinkan ALLAH, kami sememangnya merancang untuk ke tahap seterusny…

Sibuk Dengan Final Exam...

Dalam 2 minggu ni, saya memang sibuk. Banyak benda nak kena siapkan. Presentation final project la, uruskan report la, dan last sekali adalah final exam yang bermula pada 23 April lalu dan berakhir semalam. Tu tandanya semester pengajian dah sampai penghujung. So, banyak la keje nak kena siapkan. Hantar markah PB, nak semak kertas jawapan final exam pelajar, buat analisis, key in markah dan banyak lagi la. Tu belum kira lagi yang duk jaga exam. Fuhhhhh...Memang letih...




Minggu depan saya ambikcuti sebab nak balik KB. Nak rehat-rehat jap selepas semua keje yang memenagtkan ni. Balik dari cuti nanti, baru la sambung balik.

Jalan-Jalan Dengannya...

8 April lalu, saya sempat jalan dengan NS ke 2 tempat kat area Lanchang. Saje nak jalan-jalan sambil bawak adik-adik NS. NS cakap lama dah tak bawak adik-adik dia jalan-jalan. So, sempat la gi dua tempat.

Mula-mula kami gi ke Taman Rusa (Deerland) di Lanchang. Ada bayaran dikenakan untuk masuk dalam ni. Mula-mula sekali, kami gi la kat kandang rusa tu. Kami diberi bekas makanan untk diberi kepada rusa tu. Syok gak main-main dengan rusa ni. Boleh masuk dalam kandang untuk bergambar lagi. Ada gak burung unta kat sebelah kandang rusa ni.








Lepas siap bagi makan & bergambar dengan rusa, kami pusing-pusing dalam tempat tu untuk tengok haiwan ;ain yang ada. Banyak gak la haiwan yang ada. Adik-adik NS sempat gak bergambar dengan ular sawa. Kami juga sempat main-main bagi makan pada arnab. Memang menarik.









Dari Deerland ni, kami gi pula ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah. Masa tu kami sampai dalam kul 12 lebih, tapi pertunjukan semua mula kul 2 petang. Kami lepak je la kat s…