Langkau ke kandungan utama

Jom Ambil Ujian...

Ish... Dah lama tak jawab soalan-soalan mencabar ni. Rasa takut pun ada gak sekarang ni. Hehehe...

Ujian yang saya maksudkan adalah Ujian Penilaian Calon Guru untuk saringan calon awal permohonan KPLI. Ujian ini akan diadakan Sabtu ni. Nama saya dah tersenarai untuk menghadiri ujian ni. Jadi, kena la gi,kan...

Tapi saya baru je tahu. Macam tak sempat je nak sedia. Sekarang ni macam tak tahu dah perkembangan luar. Macam katak dalam gelas kaca la pulak...Huhuhu...

Apa pun, saya akan tetap buat yang terbaik. INSYAALLAH... Doakan saya ye...

Ulasan

mytafa berkata…
ermmm...wish u all da best..
cikgu riki
owhh bru bc, mtk upenya.. kt mane mtest? dpli?
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
dpli xmintak pun...kpli jah

Catatan popular daripada blog ini

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com