Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2010

Pengetahuan Baru...

Semalam, saya menghadiri taklimat yang dianjurkan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad di Hotel Raudhah. Taklimat ni adalah mengenai program yang dianjukan oleh PUNB khusus untuk membantu bumiputera dalam mengembangkan perniagaan, khususnya para siswazah yang berminat menjadi usahawan. Sepanjang taklimat, banyak perkara yang diperkatakan mengenai program dan pakej yang disediakan. Saya cuba juga mendaftar untuk salah satu programnya, PROSPER Siswazah. Program ni adalah untuk membantu siswazah yang ingin menjadi usahawan. Setiap yang memohon kena menjawab soalan dan temuduga yang diadakan. Malah, mereka yang hadir memberi sambutan yang menarik. Ramai juga yang berminat dengan program disediakan. Saya rasa bagi mereka yang memang minat menjadi usahawan, bolehlahmengikuti program anjuran PUNB ni. Sekurang-kurangnya ada cara untuk para siswazah mengusahakan kedai atau perniagaan sendiri.

Impian Berakhir...

Akhirnya impian rakyat Malaysia untuk menyaksikan kepulangan Piala Thomas tidak menjadi kenyataan. Kita tumbang kepada China 3-0... Secara peribadi, saya cukup kecewa dengan persembahan skuad negara semalam. Mereka gagal memberikan persembahan terbaik mereka. Mereka tidak menampilkan persembahan seperti menentang Denmark di peringkat suku akhir. Mereka seakan-akan tenggelam dengan kekuatan China. Malah, semangat melawan mereka juga tidak seperti di peringkat suku akhir. Sebagai penyokong skuad negara, rata-rata kecewa dengan persembahan yang ditampilkan. Mungkin ini realiti sebenar yang perlu dihadapi bahawa impian membawa pulang Piala Thomas masih jauh dari sasaran. Harap-harap kegagalan di tempat sendiri ini menjadi pengajaran lagi untuk semua pihak.

Sesawang Yang Bersawang...

Alamak... 'Laman sesawang' saya dah 'bersawang'... Hehehe... Lama gak tak kemaskini blog saya ni. Biasanya sempat gak kemaskini seberapa kerap yang boleh. Tapi ni dah berminggu-minggu dah tak kongsi cerita. Bukan pe, tak ada cerita menarik nak dikongsi. Biasa la, duk umah je,kan... Nanti kalau ada cerita menarik, boleh la kongsi-kongsi lagi. Buat masa ni, tak leh nak cerita banyak la... Hehehe...