Langkau ke kandungan utama

Kursus PPK (Advance Network)...

Pada 7 hingga 12 Ogos lepas saya telah menghadiri Kursus PPK (Advance Network). Kursus yang dianjurkan oleh pihak HQ ni diadakan di AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur.


Kursus PPK ni adalah kursus yang penting untuk semua PPPT DH kerana ianya termasuk dalam kriteria kecemerlangan untuk kenaikan pangkat. Sepatutnya saya kena gi dengan Bariey, tapi sebab Bariey dan start cuti bersalin, jadi saya kena gi sorang la.

Sepanjang kursus ni, kami diajar mengenai network. Walaupun tajuk kursus ini 'Advance Network', tapi saya rasa intipati kursus ni takde lah advance sangat sebab banyak yang diajar tu tergolong dalam kategori basic network je. Cuma penceramah tu, En. Azli ambil inisiatif sendiri untuk menerangkan lebih lagi supaya ianya ada sikit unsur advance tu. Terima kasih la En. Azli ek...Hehehe...






Bila gi kursus macam ni, mesti la dapat kenal ramai kawan baru. Peserta kursus adalah pensyarah dari poli-poli lain yang terlibat. Saya kenal dengan Sanjay dari Poli Kuching, Syahrul, Azizah & Juliza dari Poli Mersing, Nizam dari PUO, dan ramai lagi. Rasa macam kerdil je sebab diaorang semua ni macam hebat sangat dalam network ni. Saya ni banyak lagi yang tak tahu. Ada yang tahu pun, dah lupa sebab lama dah tak diguna pengetahuan tu.

Kalau nak dikira, ni kali pertama saya kena berkursus di bulan puasa. Lain macam sikit la rasanya. Lebih-lebih lagi bila nak bangun dan turun bersahur di tempat makan hotel. Kalau time berbuka tu tak yah cakap la. Semua jenis makanan saya bedal...Hehehe...






Masa kursus, saya sempat gak keluar jalan-jalan sekitar KL pada sebelah malam, sebab malam takde kelas. Adik saya yang datang jemput dan bawak pergi jalan-jalan. Dua malam kami keluar. Pergi Jalan TAR dan Danau Kota. sempat la beli baju raya untuk mak ayah dan diri sendiri.

Hari terakhir kursus, ada sedikit taklimat dari En. Karim, pihak HQ. Disusuli pula dengan majlis penyerahan sijil. Lepas selesai, saya terus kemas pakaian dan terus gerak balik.




Secara keseluruhan, kursus kalii ni boleh la dianggap berjaya. dah genap la jumlah kursus saya untuk tahun ni...Hehehe...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

I'm Back...

Ya ALLAH...Lamanya tak update blog ni. Dah bersawang dah ni...hehehe.. Setahun lebih dah blog ni kosong. Mood nak menulis tu macam dah hilang lepas kes laptop hilang tu..Huhu...sedih ni.. InsyaAllah..Saya cuba untuk update balik siki-sikit. Doakan supaya mood tu datang balik...Hehehe...