Langkau ke kandungan utama

2012 Dalam Kenangan...

Terlalu cepat masa berlalu. Rupanya kita dah sampai di hari terakhir bagi tahun 2012.



Alhamdulillah. Azam saya untuk tahun 2012 dah tercapai. Takde banyak sangat pun azam 2012 saya. Sikit je...Hehehe... (Klik sini untuk baca azam 2012)

Yang paling diingati saya sepanjang 2012 adalah majlis pertunangan saya dengan cinta hati saya, Nora. Walaupun perkenalan kami singkat, tapi kami ikhlas untuk menuju satu arah yang sama. Semoga harapan kami untuk ke jinjang pelamin pada 2013 nanti akan terlaksana. In sha Allah...

Untuk 2013, saya dah tetapkan azam yang baru. Macam sebelum, saya tak letak banyak sangat azam. Takut tak sempat tercapai...huhuhu..

Azam saya nanti adalah untuk memastikan impian untuk menamatkan zaman bujang akan tercapai. Selain itu, saya nak cuba belajar untuk kawal kewangan sebaik mungkin. Maklumlah, bila dah berumah tangga, kewangan kena stabil. Selain itu, saya harap dapat tingkatkan lagi prestasi kerja saya dari sebelum ini.

In sha Allah... Saya akan buat yang terbaik bagi memastikan azam 2013 saya akan tercapai.

Selamat tinggal kenangan 2012...

Selamat datang harapan 2013...




p/s : credit gambar dari facebook Mohd Zaidi Ismail



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com