Langkau ke kandungan utama

06042013...

Ish...Lama betul tak update. Sibuk je memanjang. Macam sebulan sekali je saya sempat nak post cite dlm blog ni. Cian blog saya ni...Hehehe..

Ok. Post terakhir saya sebelum ni adalah mengenai majlis akad nikah dan bersanding di sebelah rumah pengantin perempuan. Kali ni saya nak kongsi sikit mengenai majlis di sebelah pihak saya di KB.


Majlis di KB telah berlangsung pada 06 April 2013. Saya dan Nora balik KB pada hari Khamis dan sempat gak la membantu untuk persiapan majlis tu serba sedikit. Masa saya sampai tu, pelamin dah siap pasang. Memang cepat Kak Ida dari Jejari Bridal ni pasang. Lagi pun majlis di KB luar dari musim sibuk. Sebab tu senang sikit keje diaorg.

Majlis bermula tengahari. Bila rombongan pengantin perempuan sampai, kami terus dibawa untuk bergambar di pelamin bersama keluarga. Sambil-sambil wakil rombongan yang lain menjamu selera di bawah. Selepas bergambar, kami ke bawah untuk makan beradap. 

Selesai makan, rombongan perempuan mula beredar sebab mereka nak jalan-jalan di Rantau Panjang. Saya dan Nora pula teruskan sesi bergambar. Kami guna 2 persalinan pada hari tu. Satu persalinan warna kuning yang diambil dari Jejari Bridal dan satu lagi warna merah. Warna merah ni baju tradisi minangkabau. Memang mak saya beli dulu. Pakaian itu juga digunakan masa majlis adik dan abang saya sebelum ni.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih pada yang sudi datang, terutama sekali kawan-kawan saya. Man dari Terengganu pun ada datang. Rakan sepejabat saya, Dayah pun datang bersama suaminya. Cikgu Nahar pun ada. Yang paling seronok adalah keluarga di JB pun turut serta.















Bersama Dayah & Suhairi 









Cikgu Nahar pun datang 

Gusti dan isteri

Emma pun ada

Kepada yang sudi datang, ribuan terima kasih kepada semua yang membantu dan yang sudi hadir. Anda semua telah memeriahkan majlis ini. Hanya Allah mampu membalas jasa anda semua.

Sekali lagi, doakan yang terbaik untuk kami....



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...