Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Rezeki Raya...

Artikel Berita Harian Online Alhamdulillah. Tak sangka Kerajaan nak bagi lagi bantuan khas hari raya untuk tahun ni selepas Kakitangan Awam diberi 2 kali kenaikan gaji tahunan (KGT). Nilai RM500 mungkin agak kecil berbanding tahun lepas, namun rasanya ia satu nilai yang sudah cukup menggembirakan. Dengan kenaikan harga beberapa barangan sempena perayaan yang akan datang, sekurang-kurangnya bantuan ini boleh meringankan beban penjawat awam. Bayaran ini mungkin akan dibuat pada 31 Julai 2013. Semoga kita dapat memanfaatkan pemberian ini dengan sebaik-baiknya.

Selepas 5 tahun...

Alhamdulillah. Pada Mei lalu, dah masuk 5 tahun sebenarnya saya bercerita dalam blog kesayangan saya ni. Dalam kesibukan bekerja, saya tetap akan cuba luangkan masa untuk bercerita dan berkongsi maklumat terbaru mengenai saya, khas untuk tatapan sahabat-sahabat. Dalam 5 tahun ni, banyak sangat benda dah saya kongsikan. Dari soal kerja, persahabatan, keluarga, hinggalah hal-hal peribadi yang boleh dikongsi. Pelbagai pahit manis kehidupan saya kongsikan bersama. Siapa sangka, banyak benda berubah dalam 5 tahun. Contohnya dalam soal kerjaya. Waktu mula-mula berblogger ni, saya masih lagi kerja di Terengganu. Kemudian saya berhenti dan sempat menganggur 8 bulan. Dapat keje plak di KB tapi tak sampai setahun dapat tawaran menjadi pensyarah. Dan di sini lah saya sekarang. Muadzam Shah, Pahang. Namun, dek kesibukan yang makin ketara, jumlah post saya dalam blog ni dah makin menurun. Bukan tak ada cerita nak dikongsi, jauh sekali bosan untuk menulis. Tapi kerana kesibukan sehingga mem

Salam Ramadhan 1434H/2013M...

Alhamdulillah...Ramadhan datang lagi...Terima kasih Ya ALLAH kerana telah dipanjangkan umur ku agar dapat ku bersua dengan Ramadhan 1434H.. Ramadhan tahun ini cukup istimewa kerana ini pertama kali saya meraikan Ramadhan sebagai suami. Pasti suasananya berbeza dari sebelum ini. Saya dah merasai berpuasa bersama ibu bapa dan adik beradik. Saya juga dah merasa berpuasa sebagai lelaki bujang yang belajar di tempat orang, dan lelaki bujang yang bekerja di tempat orang. Dan kali ni, saya akan merasai suasana berpuasa bersama isteri. Semoga Ramadhan kali ini diberkati dengan pelbagai rahmat dan hidayah dari ALLAH SWT... Ahlan wasahlan ya Ramadhan...

Family Day JTMK 2013...

Pada 22 & 23 Jun lepas, ofis saya buat family day di Cherating. Saya pun join sama. Saya terlibat dalam pengurusan aktiviti sebab saya ditugaskan sebagai antara AJK Aktiviti. Ini pertama kali kami menganjurkan family day. Banyak sangat kekurangan yang berlaku. Mungkin kalau ada kesempatan untuk menganjurkan lagi family day di masa depan, mungkin penganjuran akan lebih baik. Saya nak kongsikan antara gambar aktiviti yang sempat dirakam sepanjang family day di Cherating.