Alhamdulillah. Tak sangka Kerajaan nak bagi lagi bantuan khas hari raya untuk tahun ni selepas Kakitangan Awam diberi 2 kali kenaikan gaji tahunan (KGT). Nilai RM500 mungkin agak kecil berbanding tahun lepas, namun rasanya ia satu nilai yang sudah cukup menggembirakan. Dengan kenaikan harga beberapa barangan sempena perayaan yang akan datang, sekurang-kurangnya bantuan ini boleh meringankan beban penjawat awam.
Bayaran ini mungkin akan dibuat pada 31 Julai 2013. Semoga kita dapat memanfaatkan pemberian ini dengan sebaik-baiknya.
Ulasan