Langkau ke kandungan utama

Sibuk Di Akhir Semester...

Hari ni hari terakhir sesi kuliah untuk semester Jun 2013 PMS. Macam biasa la, bila dah abis sesi kuliah, masing-masing sibuk dengan menanda kertas dan markah. Final exam start 21 Oktober nanti. Bila dah start final exam, sibuk menanda kertas final pulak.

Ni la kitaran keje yang saya lalui. Nak kata dah biasa pun tak boleh gak sebab baru 5 semester saya mengajar. Banyak lagi benda perlu saya sesuaikan. Insya Allah, lama-lama nanti ok la tu.



Nak sambung menanda kertas pulak..Hehehe....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …