Langkau ke kandungan utama

Lagi...Lagi...Lagi...

Dalam seminggu ni, saya duk giatkan lagi usaha saya untuk membuat permohonan kerja. Ada la 2,3 tempat yang saya mohon. Tapi tak tahu la macam mana,kan...

Selain dari permohonan online tu, saya ada juga memohon untuk jawatan Fasilitator Schoolnet. Tarikh tutupnya hari Khamis lepas. Saya dapat tahu pun petang rabu. Kalut gak la. Tapi mujurlah boleh dihantar permohonan menggunakan email. Harap-harap permohonan saya tu dipertimbangkan.

Hari ni pula saya isi KPLI. Permohonan baru je dibuka hari Isnin. Saya beli pin pada hari Isnin tapi tak sempat isi sebab talian internet tak memuaskan. Hari ni je baru saya dapat isi. Saya tak mengharap sangat sebab ni dah masuk kali ketiga saya mohon KPLI. Dua kali gagal, kali ni tak tahu lah.

Apa pun, saya akan tetap cari peluang kerja yang sesuai untuk saya. Harap-harap dapat la dalam masa terdekat ni. INSYAALLAH...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com